Nothing Special...

Tuesday, January 4, 2011


Assalamualaikum..
Hai semua!! Lagi berapa minit untuk memasuki hari baru. Kelas hari ni batal. Makanya secara fakta, belum mula belajar lagi. Bosan jugalah. Tak de benda nak buat. Walaupun sepatutnya waktu-waktu lapang sebegini saya fokus kepada persiapan untuk temuduga dengan TOSHIBA hari Jumaat ni. Tapi, macam tak ada mood je nak buat persiapan. Entahlah. Nak kata tak bersungguh-sungguh apply, memang hajat lama dah nak pergi luar negara. Tak kisahlah peluang yang diberi itu sama ada untuk belajar mahupun bekerja. Dua-dua pun saya terima.

Tapi..tapi..dari malam semalam sampai ke siang tadi dan pusing ke malam balik, saya dok menghadap SUDOKU ni juga. Kalau tahap Difficult tu bolehlah terima lagi. Ini dok buat tahap Easy dari semalam lagi. Hehehe.. Sara..Sara..(sambil menggeleng-gelengkan kepala..) Nak kongsi sikitlah pasal Interview TOSHIBA ni. Setiap tahun TOSHIBA akan recruit sejumlah mahasiswa lepasan universiti untuk dilatih dan diserap kerja dengan TOSHIBA di seluruh Jepun. Tak kisahlah sama ada kena letak dekat Hokkaido ke, Tokyo ke anywhere inside Jepunlah. Nama program ni adalah "TOSHIBA Global Recruitment"

Permohonan perlu dibuat secara online. Dah tutup pun. Sekarang dah nak masuk fasa ditemuduga secara lisan pula. Getaq kaki lutut bila ingat pengalaman kena interview. Darah gemuruh tinggi sangat. Beku otak tak bleh pikiaq. Nak pula kena speaking English semedang je nanti. Fuhhh.... Memang harulah jadinya. Kalau dapat join TOSHIBA ni, memang superb lah. Gaji dia bayar ikut mata wang jepun.. Dah nama pun training kat jepun kan? 
Doa-doalah ada rezeki saya untuk pergi ke Jepun tu ye.

Oh ye! Follower saya dah mencecah 98 orang. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi menjadi follower saya. Dan tak lupa juga buat Silent Reader blog saya. Mungkin saya kenal anda, dan mungkin juga belum sempat berkenalan. Apa-apa pun, salam ukhuwah.. Teruskan mengikuti Ceritera Sara.. Hehehe.. Siapa agak-agaknya yang bakal menjadi Follower ke 100? Kita tunggu dan lihat..

daaa..

1 comments:

fatihah said...

insya-Allah aka bole kije nga toshiba. amin..