Itu Bukan Rezekiku..

Saturday, January 15, 2011


Assalamualaikum..
Nak sedih atau gembira? Urmm..perasaan saat ini = KOSONG. Seperti mana laptop kesayangan yang telah diKOSONGkan semalam, begitulah perasaan empunya laptop. KOSONG. Hehehe.. Takdir telah menentukan..dia bukan untukku.. 

Fuhh..korang jangan fikir bebukan pula. Dia yang dimaksudkan disini adalah TOSHIBA GLOBAL RECRUITMENT. Ye, saya tak dapat. Tapi itu tak bererti saya kecewa lantas jatuh terduduk tak mahu bangun-bangun dah. Perjalanan masih jauh..INSYAALLAH kalau diberi nafas.


Teringat soalan seorang teman sehari sebelum temuduga dengan TOSHIBA dulu.

"Kalau ko dapat g JEPUN tu, ko terima ke?"

Urmm..terkedu di situ. Memanglah impian tinggi menggunung untuk ke JEPUN, kalau tak idaklah saya apply recruitment tu. Tapi pada masa yang sama, saya terfikirkan juga bonding antara saya dengan SHELL.. Sebenarnya saya pun tak pasti apa status saya dengan SHELL..
Mungkin kalau saya berjaya dalam interview TOSHIBA tu, in the end saya terpaksa menolaknya juga memikirkan bonding antara saya dengan SHELL. 



Dan mungkin itu antara penyebab saya tidak dipilih. Berisiko andai tawaran itu diberikan kepada saya sedangkan ada orang lain yang lebih memerlukan tawaran berkenaan. Mungkin rezeki saya pada masa hadapan ada dengan SHELL. Tak bolehlah nak tamak ambil keduanya kan? Hohoho.. Think positive help you lead your life happily..

Yang penting, saya dapat pengalaman. Bertambah lagi pengalaman temuduga saya. Dapat atau tak, memang saya tak menaruh harapan dari awal. So, tak dapat pun tak palah.. Pengalaman yang diperoleh dari beberapa siri temuduga yang saya hadiri mungkin boleh digunakan untuk temuduga kerja dengan SHELL lepas habis belajar nanti. Yeay!

Ada tawaran kerja lagi? Saya nak apply..Saya nak ditemuduga.. Saya nak pengalaman itu. Saya sukakan perasaan berdebar-debar, gemuruh saat menanti ditemudugakan..('o,')

3 comments:

fiqkbe said...

camne nk apply keje? ajar aku weyh. aku x reti. huhu...

Cik Sara said...

Masuk Job market, tinggal resume kat situ. Job Malaysia pun bleh. Jobstreet.com pun bleh..nanti ye antar email pasal vacancies yang relate dengan apa yang kita isi dalam resume. Kalau nak, hantar resume kat company tu. Dependlah dia nak kita online atau pos biasa..

iPai said...

wah .. selamat berkjeraya nanti .. !!!