BEN ASHAARI : MASIHKAH KAU INGAT??

Saturday, January 15, 2011



Assalamualaikum..
Hari sabtu yang sungguh indah.. Assignment yang banyak menanti untuk disiapkan.. Tapi segmen Encik Ben kali ini kelihatan lebih menarik daripada longgokan assignment di depan mata.. Oleh itu, saya nak buat karangan untuk Segmen Masihkah Kau Ingat anjuran Encik Ben ni.. 


Itulah point-point atau isi yang perlu ada dalam karangan yang harus melebihi 100 patah perkataan.. Fuh, nak tulih apa ni? Lama dah penulisan BM ditinggalkan..

Alkisahnya bermula...
Saya mula mengenali dunia blogging ni pada tahun 2008. Waktu tu saya join JKMKTC. Dari blok s19, saya pindah ke blok JKM. Dapatlah berkenalan lebih rapat dengan kakak-kakak Senior yang juga sama-sama dalam JKMKTC. Tertarik pula bila tengok Kak Ena yang ketika itu biliknya di depan bilik saya, sibuk meng'update' blog. Masa tu macam blur je. Tertanya-tanya juga apa kebendanya blog tu? Risik punya risik, barulah tahu apakah itu blog. 

Datanglah minat untuk menyertai dunia blogging. Pengetahuan saya ketika itu adalah KOSONG.. hahaha..suka pula dengan perkataan KOSONG ni. Naiflah. Memang tak tahu pape pun. Internet pun sekejap ada sekejap tak de. Dah macam Chipsmore pula. Saya start blogging menggunakan wordpress.com. Kak Ena lah yang memperkenalkan. Masa tu kalau tak silap saya gunakan nama

Orchird de Medic

Kalau tak silaplah. Dah tak ingat macam mana nak masuk blog wordpress tu. Macam tak jumpa dah je blog ni dalam laman sesawang ni.. Lepas tu, macam penat je guna wordpress.. Lambat bebetol nak upload gambar. Dah ler masa tu saya sendiri lembap bab-bab blog ni. Lepas tu, dari Kak Sunah, saya berkenalan pula dengan blogspot. Dah terfikir-fikir nak tukar nama. Tapi masa ni pun naif jugak. Ingatkan nama URL dengan nama blog harus sama. Itulah yang url panjang giler. Sebab itulah nama blog saya waktu 1st time join blogspot. Blogspot ni baru buat 1 tahun 4 bulan dan 1 minggu yang lalu. Masa burfday saya yang ke-21 tahun.

Perlahan-lahan saya belajar mengenali dunia blog. Tapi tak berapa aktif sangat meng'update' blog. Tak cukup masa dan tak dapat wifi. Tapi dulu saya suka tukar layout. Macam habit je. Tapi, sekarang macam dah tak tahu nak buat background macam mana lagi. Pahit getir.. Tak lah pahit sangat waktu mula-mula berblogging.. Tapi sangat getir untuk mencari sambungan internet. 

Suka Duka..Sentiasa suka. Duka belum ada lagi. InsyaALLAH, semuge tak diberikan ujian yang berat. Mereka yang datang dan pergi? Awal-awal buat blog mana tahu blogwalking segala bagai. Makanya, pengunjung yang datang tentunya mereka-mereka di atas. Memberi komen pada entrie yang saya buat. Dan sekali lagi saya tekankan, saya masih naif ketika itu. Nak balas komen pun tak reti.. hahaha..

Saya mula aktif berblogging dalam erti kata berblogwalking dan meng'hupdate' status ketika menjalani praktikal selama 3 bulan di Hospital Sultanah Bahiyah. Kak Pah dan Fiq banyak membantu saya mengenali blogger-blogger top dan salah seorangnya adalah Encik Ben. Bermula dari situlah saya mula aktif berblogging. Rasa tak lengkap pula hidup kalau tak blogging. Layan FB pun tak seseronok layan Blog.

Blog yang saya follow hari ni? Urmm..pagi tadi, follow blog Dapur Tanpa Sempadan. Kenapa? Sebab pagi tadi masa jalan-jalan tinjau blog Encik Ben ni, nampaklah entrie menarik dari Blog Dapur Tanpa Sempadan. Terliur tengok dishes yang dia tunjuk dalam blog. Dah lah blom breakfast. Tanpa segan silu, terus jadi Follower dia..Lepas ni kalau rajin, nak ikutlah resepi Mat Gebu dalam blog tu.. KALAU RAJIN ya..

Urmm..itulah al-Kisahnya.. Dari pagi mengarang ayat malam baru siap.. Tak tambah lagi dengan aktiviti memformat laptop bagi memastikan usaha berblogging lebih pantas dari biasa.. Rasanya dah lebih 100 patah perkataan ni.. Boleh terima ek Encik Ben? Sekarang saya masih dalam proses mengenali lebih dekat dunia blogging yang tersangat besssst ni.. Semua rakan-rakan blogger adalah pendorong dan semangat untuk terus berblogging dan meluaskan network.

Masihkan kau ingat..