Sudoku Dan Kakuro

Monday, January 24, 2011

Assalamualaikum..
Selamat pagi Isnin...
Tahun baru, sem baru..dapat hobi baru lagi.. Wah..banyak pula hobinya. Bukan hobi, saja suka-suka. Pernah main Sudoku dan Kakuro?? Mesti ramai di luar sana yang dah terror maen puzzle game ni. Mungkin saya yang masih ketinggalan. Tapi, tak pa..Better late than never. Naik je sem baru ni tetiba rasa otak cam lembap je. Dah lama tak main dengan nombor dan formula matematik yang gempak lagi debom tu. 


Tanpa melengahkan lagi masa untuk merangsangkan kembali otak yang dah lama sangat tidur ni, saya pun memulakan langkah mengonline. Online sudah. Free pun free. Duit tak yah kuar.. Otak boleh rangsang. Cari punya cari, jumpalah satu web ni. 

krazydad.com/puzzles

Ada banyak Sudoku kat situ. Memandangkan saya baru nak berjinak-jinak. Orang kata baru beginner, Makanya saya download Sudoku yang easy level dulu. Nak mencari rentak. Nak tahu macam mana nak main benda alah ni sampai ramai sangat yang suka padanya. Saya main 10 set. Set yang print hari tu dah pun selesai semuanya. Nanti nak print set baru pula. Dah tertarik pula. Ada 9 x 9 kotak kecil yang perlu diisi dengan nombor 1 sampai 9. Dalam setiap column dan row tak boleh ada nombor yang sama. Dan ada 3x3 kotak besar. Dalam kotak 3x3 tu mestilah terkandung nombor 1 sampai 9 juga. Tak mudah sangat dan taklah susah sangat.. Sebab baru easy level.. hehehe..


Sementara menunggu untuk print set Sudoku yang baru, saya berjinak-jinak pula bermain Kakuro. Kakuro ni abang kepada Sudoku. Kalau Sudoku tadi kita kena susun nombor 1 sampai 9 je, tapi untuk Kakuro kita kena susun nombor 1 sehingga 9 yang bila ditambah menghasilkan nilai di kanan, kiri, atas dan bawah. Main logik matematik jugalah. Yang ini pun saya main easy level dulu. Baru nak main, tak bolehlah nak terjah terus yang medium or high level. Kenalah tahu kedudukan dan kemampuan awal kita.. Betul tak? Jadi, sekarang bila bosan, saya main Kakuro pula.. Sekarang baru berjaya buat 5 set. Ada banyak set lagi untuk dibuat. Jom main.. Ransangkan kembali minda anda!!..


1 comments:

Muhammad Rusydi said...

kakuro erk?

saya dulu kipas-susah-mati sudoku... pastu dah try kakuro mase matrik... tough juga bila dah masuk level tinggi