WIFI lembap | Ana Raffali juara AJL 25

Monday, January 10, 2011


Assalamualaikum..
Fuhhh..hampir setengah jam tunggu nak loading blogspot ni.. Stress dibuatnya. Nak buka Science Direct memang tak jaya dah. Asyik keluar HTML code je. Kalau faham tak apa. =(

Ok..Kehangatan AJL ke 25 dah pun berakhir sejam yang lalu. Dan keputusan yang sangat-sangat di luar jangkaan.. Ana Raffali.. Tolong Ingatkan aku. Tahniah. Walaupun Yuna dan Faizal Tahir tak menang, tapi semuanya dah buat yang terbaik..

Nak kongsikan dekat sini status my friend, Cik Rosmanifah. Menarik pula bila baca. Pinjam ye cik Ros..

Ku tahu cintaku bukanlah CINTA SEMPURNA
Akhirnya kau BERLARI meninggalkanku mencari KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
Wahai PELITA,aku bukanlah DRAMA KING.
 Inikah NOKTAH CINTAku? TOLONG INGATKAN AKU malamku tak lengkap
 tanpa ucapan SELAMAT MALAMmu. Aku leka pabila AKU ADA KAMU
Kenangan EKSTRAVAGANZA kita akan abadi seperti kecantikan SOFEA JANE
Aku telah HANYUT
JAHATnya aku MENCARI KONKLUSI cinta ini.

Pernah dengar? Ye..inilah tajuk-tajuk lagu yang bertanding dalam AJL kali ni. Menarikkan? Tapi paling saya suka adalah:-

1. Gandingan Ally, Cheryl dan FBI. Mantap seh.. bersahaja. Ada chemistry antara mereka bertiga. Seronok je tengok.
2. Persembahan pembukaan dari M.Nasir. Lama der tak dengar dia nyanyi live macam tu.
3. Persembahan dan gimik Faizal Tahir. Fuhh.. Tergamam. Bak kata FBI, speechless..
4. Ziana Zain.. Madah berhelah.. Anggapanmu.. Lagu-lagu dia masih menyengat. I like..
5. Siti Norhaliza dan persembahan pentasnya.. TERBAIK der.. Menyuntik kembali nostalgia waktu lagu-lagu etnik kreatif yang tengah naik dulu. Kalau ada Noraniza Idris, sure lagi meletup stage tu.. wahaha..

Apa lagi yang menarik untuk AJL kali ni ek?? Kalau nak kritik boleh?? hahaha
1. Persembahan Tomok, hambar.. Dah lah stage tak berapa nak terang, penari pakai baju hitam.. Kelam je..
2. Kenapa Sharifah Aini nampak pelik ek? Ke saya yang pelik?? urmm...
3. Shahir kena tampar? Fuhh..sakit tak? macam real je tamparan tu..
4. Lirik lagu Hanyut best. Tapi pesal tak menang AJL kali ni ek? Apakah kriteria yang dilihat para juri?? 
5. AJL kali ni kurang kehangatannya sebab dah tak de persembahan etnik kreatif yang sentiasa membuat stage bergegar dan panas..

Ok lah tu.. 5 perkara yang suka dan 5 perkara yang kureng suka.. Daa..


2 comments:

Kirsty Vittetoe said...

hey, I have a giveaway here, please come join in the fun!
http://pixiedustpaperie.blogspot.com/2011/01/pixie-dust-paperie-january-kit-my-funky.html

fiq said...

smlm mmg lembap giler la nk bkk website2 berilmiah ni. fb ngn blogspot laju pulak. hee..