Projek Hujung Minggu!!

Sunday, September 30, 2012



Persepsi segelintir masayarakat kita, aktiviti mengait ini untuk golongan tua dan ibu-ibu mengandung. Dulu-dulu saya pun fikir macam tu juga. Walaupun dok admire giler dengan hasil-hasil kait yang my mom buat zaman dulu kala. Tapi, bila sekali cuba, best! Santai giler. Tak payah nak setup barang banyak-banyak. Bosan-bosan dok belek bahan research ni, bolehlah juga try a new thing. Perlukan yarn dengan jarum kait je. Tak kisahlah mata satu or mata dua. Saya dah try dua-dua. But i thing, jarum kait mata dua lagi puas. Hasil kait jarum mata dua lebih tebal dan sejuk.. Eheh.. ada kaitan ke?

Ok..ok.. gambar dekat atas tu? Itulah gambar projek hujung minggu kali ni. Niat asal nak buat baby hat, tapiiiii.... huhuhu.. lain jadinya. Kecik sangat. Ingat nak olah jadi kantung air je lah lepas ni.. Muat letak botol minuman dalam tu.. Ngee.. Oh ye! Mengait ni hobi masa senggang saya je. Kalau menjadi, dan tak tahu nak buat apa dengan hasil kaitan tu, saya bagi je lah dekat orang as a gift.. Eheh.. Nak berbisnes memang tak retilah kan? Lagipun, ini benda part time je.. Sempat pula nak jual-jual kan? Yang penting, kepuasan!..

Dan kalau nak tahu, belajar benda-benda baru ni boleh bantu perangsangan rangkaian neuron yang baru dalam otak. Sementara, rangkaian neuron sedia ada yang tidak digunakan akan dibinasakan. Itulah yang berlaku dalam otak kita di luar sedar kita. Jadi, sesekali sekala buat benda baru, boleh juga aktifkan pergerakan neuron otak!..

Sebelum ni, saya belajar buat kraf dari kain felt. Dah popular pun sekarang kan? Tapi, bagi saya...renyahlah.. Nak kena angkut toolbox yang dalamnya ada macam-macam tu. Belom kira lagi nak kena gunting pattern, tekap atas felt, gunting felt lepas tu jahit pula. Tak pun tampal. Aigooo.. too many things to do. And too many things needed. Pengsan! Sudahnya tertinggal felt toolbox dekat rumah! Hahaha...

Beza dengan crochet ni. Tahu basic je dah cukup. Lepas tu, pandai-pandailah kreatifkan diri. Kalau tersalah, benang tu boleh reused! Hehehe.. Sekarang dah tahu macam mana nak baca pattern! Yeay! Alhamdulillah. Dan bahan yang diperlukan cuma yarn dengan jarum. Simple! Tak adalah bersepah tempat, nak kena mengemas bagaikan? Hahahaha...

This is just part of my exploration on crafting. Sampailah saya jumpa craft yang mampu menambat hati dan sanubari saya.. =D 




Segmen : TAHUKAN ANDA!!!!

Saturday, September 29, 2012


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan
Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahay) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
Perkara yang menyebabkan bertambah daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Inilah segmen TAHUKAH ANDA!!!!! yang saya peroleh daripada majalah maktab tahun 2001.. Muahaha... Dasat tak? Masih simpang sampai sekarang tu.. Orang yang gagal dalam melaksanakan 5S itulah saya! Hehehe.. suka sangat nak menyimpan.. Susah benor nak amalkan konsep sisih dan buang. Ngeee.. Apa-apa pun, Selamat membaca!!!..
 



Bajet 2012 : Sebuah nota

Friday, September 28, 2012

28hb September 2012..

Apa yang dinanti-nantikan orang ramai? Sudah tentulah pembentangan Bajet 2013 kan? Dan, dah kebetulan buat research dekat bilik hari ni, mahu layan sekejaplah apa yang dijanjikan dalam pembentangan kali ini.  Ahah.. inilah yang sempat saya write down dalam blog.. Untuk lebih lanjut, tengoklah berita, tak pun baca surat khabar esok ye.. Wartawan tulis mesti lagi lengkap dan betul daripada saya.. ^^,

251.6 billion ringgit -> langkah program dan pembangunan rakyat dan negara
201.9 bill untuk pembelajaan pengurus
- 1.1 billion untuk pembelian asset
 
49.7 billion peruntukan pembangunan
- 30 billion -> sektor ekonomi : pembangunan dan perindustrian luar bandar
- baki : sektor sosial iaitu pendidikan, kesihatan
- 4.6 billion -> sektor keselamatan
- 2 billion ->

Fokus : mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Memakmur Negara, mensejahtera rakyat : Sebuah janji ditepati
Kutipan hasil kerajaan dianggarkan 208.6 billion berbanding 207.2 billion pada tahun 2012

5 Fokus
1. Meransang aktiviti pelaburan
=> 12 bidang utama ekonomi negara diperhebatkan. termasuk pertanian, getah, kelapa sawit, padi.

Pelaburan swasta dijangka meningkat 148.6 billion pada tahun 2013.

-> Insentif pengambil alihan syarikat asing dan kadar cukai khas diperkenalkan untuk meningkatkan pelaburan domestik.
-> 1 billion : Skim PKS  => memajukan perniagaan industri kecil sederhana.
-> Membangunkan produk-produk halal => SME Bank + Bank Islam
-> Program Bisnes in Transformation diperkenalkan : Dengan menggunakan model franchais seperti kiosk and etc. -> Pinjaman kepada peniaga dan penjaja kecil.

=> Tingkatkan keupayaan negara dalam menyediakan ekosistem yang berupayaan menyokong rantaian penyimpanan... bla..bla..bla...
>> Hab Dagangan Minyak dan Gas 
 -> Bantuan kos ambilan tanah, pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10tahun.
-> Penapisan produk petroleum.
-> 20 billion dolar Amerika -> telah dimulakan

=> Global Insentive for training telah diperkenalkan pada tahun 2012.

>> Pelancongan
-> Tahun Melawat Malaysia 2013/2014 : sasaran 26.8 juta pelancong.
-> Pengecualian cukai pelancongan kepada pengusaha pelancongan selama 3 tahun.

>> RM30 juta disediakan bagi pembangunan program pertanian menggunakan teknologi tinggi.
>> Penambahbaikkan jelapang padi sedia ada bagi memastikan kelestarian bekalan makanan di masa akan datang.
-> Penambahan empat jawasan jelapan padi baru dengan keluasan 19 hektar antaranya di Kota Belud, Rompin dan etc

>> Golongan Nelayan
-> Insentif : 10-20 sen sekilo bagi hasil tangkapan yang didaratkan di jeti-jeti berdaftar.
-> Skim perlindungan insuran nelayan sehingga RM100 000.
-> Elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan bagi hampir 55 000 nelayan berdaftar.

>> Insentif kepada golongan Petani
-> Subsidi harga padi + Baja Padi + Harga beras + Benih padi sah dan bla-bla bla.. Juta-juta semuanya..
 -> Skim Perlindungan Takaful Padi diperkenalkan manfaat kepada hampir 100 ribu pesawah. RM50 juta sebagai permulaan.
 
>> Mencergaskan pasaran modal dan kewangan
-> Pasaran modal menerajui terbitan sukuk RM171 billion atau 71% daripada jumlah terbitan Sukuk global.
-> Penyenaraian FELDA dan etc. dan akan datang ASTRO juga akan disenaraikan. (apa kebendanya ni ek?? hahaha..)
-> Galakan kepada pelabur runcit untuk melabur dalam pasaran modal.
-> Pelabur individu diberi pengecualian duti setem...
-> TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menwarkan 40,000 pekerjaan.
 
>> 
-> Yayasan Wakaf Malaysia akan diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk wakaf korporat.

>> Pembangunan Usahawan Bumiputera
-> Equiti bumiputera telah meningkat : Tingkatkan penglibatan syarikat bumiputera dalam projek berimpak tinggi seperti projek MRT -> 43% kos insfrastruktur MRT diperuntukkan kepada syarikat bumiputra.
-> Penyediaan dana pembiayaan bumiputera SME Bank -> RM 1 Billion.


2. Memperkasa pendidikan dan latihan.
>> 21% daripada keseluruhan bajet.
-> Pelan Pembangunan Awal pendidikan Malaysia telah dilancarkan pada 11 September lalu.
-> RM38.7 billion ->Kepada Kementerian Pelajaran bagi Peruntukan Mengurus dan pembangunan
-> HOTS => Higher Order Thingking Skills bagi peningkatan kemahiran guru bagi subjek teras.
-> RM1 billion : penambahbaikkan dan penyelenggaran sekolah + pembelian peralatan + pembinaan blok tambahan.
-> Tambahan RM1 Billion kedalam tabung khas
=> RM400 juta (SK) + RM100 juta + RM100 juta + RM100 Juta (Sekolah Agama) + RM100 juta (SBP) + RM100 juta (MRSM)

-> Taska dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak : 
<< Geran Pelancaran (RM10 000) kepada penyedia pusat pendidikan awal kanak-kanak.
<< Projek Perintis Taska OKU : Down Sindrom, Austism, OKU Penglihatan, Pekak dan bisu, OKU Fizikal dan OKU Masalah pembelajaran
<< RM3.7 billion : melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

-> Graduan menggangur
>> Pelaksanaan Graduate Employability : RM200 juta peruntukan.
>> Skim Latihan 1 Malaysia : 1 Jun 2012 - 2016
>> RM440 juta -> Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran : Manfaatkan hampir 40 000 ribu pelatih berkemahiran.
>> RM366 juta -> Menambahbaikkan IKBN dan institut kemahiran lain.
>> PETRONAS : melatih 300 orang belia dalam bidang minyak dan gas
>> Golongan pekerja Swasta sentiasa sihat dan produktif : Menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di klinik kerajaan atau klinik panel PERKESO

3. Membudayakan Inovasi dan Meningkatkan Produktiviti
-> Model Penilaian Harta Intelek diperkenalkan
>> Mewujudkan Skim Dana Pembelian Harta Intelek.
>> Peruntukan sebanyak RM15 juta bagi program penilai harta intelek

-> Aktiviti RnD diberi perhatian
>> RM400 juta :  5 buah universiti : Nanotekno, Biotek, Automotif, Aero angkasa (Penyelidikan berimpak tinggi)
>> Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan RnD.

-> Usahawan Tempatan
>> Sumber pembiayaan Alternatif
>>Mengarusperdakan program kreativati dan inovasi.

>> Pembangunan Teknologi Hijau.

4. Konsolidasi Fiskal dan Perkhidmatan Awam.
-> Defisit Fiskal terus berkurangan -> Harapan kerajaan.
>> Pastikan kutipan hasil ditingkatkan
>> Sistem Subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

>> Golngan pesara
-> Penyelarasan pencen kerajaan sekurang-kurangnya 25 tahun :- RM720 kepada RM820
50371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)

>> Warga Emas
-> Diskaun 50% bayaran pemprosesan passport.

>> Angkatan Tentera Malaysia
-> Menambahbaik skim perkhidmatan ATM : Kelayakan masuk -> Ijazah dengan Kepujian (Pegawai)
-> Tingkatkan peluang kenaikan pangkat berdasarkan Time-based.
-> Bayaran insentif Khas : RM200 sebulan
-> Pasukan Simpanan ATM + Askar Wataniah : Selaras elaun khidmat tugas: RM4 sejam ke RM6 sejam
-> Pesara kurang 21 tahun =>
-> Skim Perlindungan Keselamatan berkelompok diperkenalkan kepada Anggota tentera dan polis.

>> Pinjaman Pembiayaan Perumahan (Penjawat Awam).
-> Elaun Pra-Perkhidmatan : Pegawai perkhidmatan SIswazah, Penolong Pegawai Farmasi/ Kesihatan, Juruteknologi Makmal Perubatan dan etc -> RM84 juta 

5. Mensejahterakan Rakyat.
>> RM6 billion : Inisiatif pembiayaan swasta -> Baik pulih sekolah dan klinik kesihatan, tangki air, tambatan banjir dan sukan.
-> Kurangkan kadar jenayah : RM591 juta -> laksanakan tambah bilangan anggota polis, naik taraf infrastruktur, unit perondaan motosikal (10 ribu moto baru), sukarelawan polis, tambah CCTV di 25 buah PBT semenanjung, Sabah dan Sarawak.

>> Anggota Polis
-> RM20 juta ditambah untuk perkhidmatan guaman.

>> 
-> Sokong Peranan Persatuan Penduduk : RM10 000 diperuntukan kepada persatuan berdaftar bagi aktiviti rondaan.
-> Pertingkatkan peranan rukun tetangga
-> Sepasang pakaian seragam bagi anggota rela yang aktif

>> Gejala Rasuah
-> + Penjawatan tambahan

>> RTP (Pembangunan Luar Bandar)
-> RM200 juta disediakan bagi pembangunan transformasi luar bandar.
-> UTC : Buat Passport antarabangsa dalam tempoh 1 jam. Beroperasi mulai 8.30 pagi -10 malam 7 hari seminggu.
-> UTC : Melaka dan Kuala Lumpur
-> Coming : Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching (6 buah pusat bandar utama)
-> RTC juga akan diperluaskan di beberapa buah negari sebagai pusat mini UTC.

>> Projek Jalan Luar Bandar dan Desa
-> RM1.6 billion : Insfrastruktur utiliti luar bandar : air dan lektrik
-> Desa Lestari : 29 buah kampung seluruh negara
-> RM88 juta : Program pembangunan ekonomi dan air bagi masyarakat orang asli
-> Perkhidmatan kesihatan : RM19.3 billion : mengurus dan pembangunan
-> RM20 juta : buka tambahan 70 klinik 1 Malaysia : Perkhidmatan Ujian Kolesterol, Darah, glukosa dan urine.
-> Tambahan 150 mesin haemodialisis.

>> Wanita
-> RM50 juta : 500 wanita akan dilatih dibawa program pengarah wanita, pelaksanaan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan, Geran RM1000 untuk jualan atas talian
-> Mamogram

 >> Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia
: RM1.2 billion : Bantuan warga emas, kanak-kanak, kurang upaya dan pesakit kronik.
-> RM400 juta bagi program 1AZAM 
-> Program Anjung Singgah ditambah sebanyak 6 buah lagi

>> Sukan
-> RM738 juta : Pembangunan Belia dan sukan
-> RM15 juta : Persiapan atlet ke kejohanan sukan Antarabangsa
-> RM50 juta untuk tempoh 4 tahun untuk program Road to RIO
-> Pembinaan kompleks velodrom tertutup.

>> Belia
-> Festival Belia Putrajaya
-> Youth Entrepeneur fund : Belia 30 tahun kebawah (maksimum pinjaman RM100 000)
-> 1M4U : Kreativiti dan Inovasi.
-> Telefon Pintar : Rebate sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar (RM3000 ke bawah pendapatan)

>> Seniman dan Karyawan
-> RM6 juta : pentadbiran dan kegiatan.

>> Memperluas jaringan pengangkutan awam dan bandar
-> Pelancaran Rapid Kuantan
-> Diskaun 50% kadar tambang bagi yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
-> Peruntukan RM1.9 billion : pembinaan rumah mampu milik
-> 50 000 unit rumah : KL, Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan
-> RM500 juta : pembinaan rumah secara usahasama : 20% lebih rendah dari harga pasaran.
-> RM30 juta : SPMB -> membina unit kediaman : apartment kos rendah
-> Harga sekitar RM120 ribu-RM150 ribu seunit.
 -> Skim Rumah Pertamaku : Had pendapatan minimum ditingkatkan dari RM3000 kepada RM5000 sebulan bagi peminjam peseorangan atau peminjam bersama suami isteri.

>> Pemberian Subsidi hanya kepada kelompok yang benar-benar memerlukan. Oleh itu Pemberian subsidi pukal akan diubah kepada subsidi bersasar -> Memastikan setiap rakyat malaysia dapat berkongsi kemakmuran negara.

>>BR1M Diteruskan : 
-> Ketua isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah
-> Pemberian BR1M diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan iaitu sebanyak RM250.
-> Dibayar mulai awal tahun 2013
-> Yang sedia ada tidak perlu mendaftar kali kedua. Pemohonan baru mulai November 2012.

>> Diabetes
-> Subsidi gula dikurangkan. Sebanyak 20 sen sekilo gram mulai 29september 2012.

>> Perbezaan Harga Minyak Masak
-> Peruntukan sebanyak RM1.5 billion bagi menstabilkan harga minyak di pasaran.
-> RM386 juta : memastikan harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih rendah dan pembukaan 57 buah kedai Rakyat 1 Malaysia.
-> Diskaun 50% bagi tambang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak.

>> Panggilan Haji telah tiba lagi..
-> Pencaruman KWSP (2012)

>> Kos Sara Hidup Rakyat.
-> 20 jenis perlepasan cukai individu.
-> Kadar cukai pendapatan individu diturunkan.

>> Keselamatan (Pengusaha Bas Sekolah)
-> Pemberian rebate tunai RM10000 menggantikan bas sekolah lama.
-> SKim Insuran perlindungan diri kepada semua murid (Had RM100 000)

>> Kebajikan Pelajar
-> Bantuan Geran Berkapita + Rancangan Makanan Tambahan + belian Buku Teks => RM2.6 billion peruntukan.
-> Bantuan Persekolahan RM100 bagi SK dan SM : Diteruskan.
-> Program baucar 1 Malaysia : RM250 kepada pelajar Universiti
-> Manfaat 1.3 juta pelajar seluruh negara.
-> Perlepasan cukai sedia ada pendidikan tinggi anak-anak sebanyak RM4000 dinaikkan kepada RM6000

>> PTPTN
-> Menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun (1 Oktober 2012) diberi diskaun 20% 
-> Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten (Bermula Oktober 2012)

>> Penubuhan pusat internet
-> RM150 juta diperuntukkan.

Penjawat awam
-> Bonus 1 Setengah bulan gaji. Aidilfitri + Disember + Januari (Setengah setiap bulan)
-> Pesara Kerajaan : pemberian RM500.

6 lagi bajet: Sebuah negara membangun berpendapatan sederhana tinggi -> Negara Maju Berpendapatan Tinggi

Buat rakyat Malaysia : Jangan cuba bereksperimentasi dengan menukar kerajaan sedia ada kerana hari esok belum pasti. =D Nikmati apa yang ada kerana sekali kita kehilangannya, sukar untuk kita mendapatkannya kembali. Beringat-ingatlah ye~

^^, sukalah tuuu..
 
       
     
 

 




Boboiboy!

Wednesday, September 26, 2012



Tu dia! Boboiboy! Dekat UTM Jalan Semarak. UTM KL lah tu.. ada apa? haaaa...urmmm... chek pun tak tau nak habaq ada apa.. Tapi kalau tak salah ada tandatangan MoU cenggitulah.. Sat naaaa....

MoU UTM & Animonsta Studios

Haaaa.. itulah tajuk albumnya. Aigggoooo... melepas nak bergambor dengan boboiboy and the gang! Eheh.. Untuk apa ek MoU tu??? Ermmmmm....


Pelancaran Dnia Futuristik Boboiboy! Yeay!...
Nak kongsikan itu je.. detail pasal MoU ni, hambo tak taulah pula..eheh.. just wait and see ajelah ye what will happened next.. ^^,
 





Hidup

Sunday, September 23, 2012



Hidup ni tak selalunya indah. Dah hidup ini juga kadang-kadang penuh dengan kejutan. Kejutan yang kadang-kadang tidak mampu kita duga. Dan hidup ini juga kadang-kadang tak pernah lelah dengan ujian. Ujian yang mampu menggugah duduk berdiri kita. Kadang-kadang kita gembira sebab berada di puncak. Dan tiba satu masa, kita menangis penuh esak mengenangkan jatuh duduk kita.

Dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Sebab mungkin yang kita impikan itu bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita. Sakit. Memang sakit. Tapi bukanlah untuk selama-lamanya kita rasakan kesakitan itu. Selagi belum tiba masanya, jangan sesekali kita putus harap. Sebab, realiti itu kadang-kadang bermula dengan sebuah pengharapan. Percaya dan yakin diri. Sekali melangkah bukan untuk berhenti di pertengahan. Semoga yang indah akan hadir selepas mengharungi sebuah kesakitan.

Sungguh. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus harap. Jangan pernah berhenti di pertengahan. InsyaALLAH, akan ada pelangi di penghujungnya...
Usaha dan terus berdoa. Semoga ALLAH hadirkan yang terbaik untuk kita. ^^, 




Freaky Friday!

Friday, September 21, 2012




20.09.2012
With love from Putrajaya~




Pi Pangkor III



Hari terakhir.. Tak mau story panjang-panjang.. Layan jelah gambaq yang tak seberapa tu ek.. ^____^ Oh ye! Nak tahu apa story sebelum ni? Jomlah usha sini.. Jangan malas-malas.. Cepat klik! Hehehe.... Cuma nak bagitahu satu je. Pagi hari terkahir di Pulau Pangkor, hujan selebat-lebatnya.. Terbatal hasrat untuk island hoping. Sedih! Huhuhu.. Tengah hari sikit barulah hujan stop and we all start our journey to going back home lah!..

The Big Families..

Goodbye Pangkor!



Shopping time!!!... ^^,




Pi Pangkor II

Sunday, September 16, 2012

Sambungan dari entrie sebelumnya.

Hari kedua di Pulau Pangkor. Beria beb turun pantai lepas subuh konon-kononnya nak tengok sunrise. Tapi...dukacitanya, tak nampak sunrise macam yang saya tengok dekat Tanjung Leman few years back. Sedih. Yang nampak cuma langit yang kelam bertukar kebiru-biruan. Matahari lambat sikit tonjolkan diri. Terlindung dek awan yang tebal kot. Muahaha.. Apa-apa jelah kamu ni Sara!
 

Hari kedua, lepas breakfast ada senam cergas.. Inilah senam cergas yang agak caca merba yang saya pernah join! Muahaha.. maklumlah, ahli-ahli keluarga staf juga yang conduct. Belasah ikut dan ja.Tak habis stretching kaki kanan, sambung kiri lepas tu patah balik kanan. Memang bikin saya ketawa jalah sepanjang senam cergas tu! Agenda Family day bermula selepas senam cergas. Ada beberapa jenis sukaneka dianjurkan. Penglibatan adalah dari semua ahli keluarga tak kira umur! Hohoho... memang berubah teruslah jadi macam budak-budakkan? ngeee..

Haaa.. sebelum tu, malam sebelumnya dah bahagikan kumpulan ikut kepala keluarga a.k.a ayah masing-masing. Kumpulan family saya pula banyak budak besaq! Bila budak besaq lawan dengan budak kecik, memang sonanglah nak menangkan? eheh.. Saya main juga. Dah tak ada budak kecik nak tolak pergi main kan?. Dan game yang tak boleh dilupakan adalah BOM apantahnamanya. Yang kena ikat belon dekat kaki, jaga belon kita tapi pecahkan belon orang lain! Muahahah.. Dah macam highlight pula game tu. Sabaq jalah. Hasilnya? Sakit dari pinggang sampai ke bawah sebab dipaksa "bergomol" dengan budak sekolah menengah rendah yang super besar tenaga dia! Eh, jangan salah faham.. Game ni pisah laki dengan perempuan. Haruslah jaga batas-batas pergaulan. ye tak?


Selesai je sukaneka, apa lagi? mandi pantailah! Tapi disebabkan macam tak ada orang je mandi laut time-time tu, terus sambung mandi dalam pool hotel tu. Muahaha... berendam lama jugalah. Ha! hari kedua dekat Pangkor adalah hari Jumaat. Jadi, haruslah pergi makan tengah hari awal. Sebab lepas tu, yang lelaki nak pergi sembahyang Jumaat. Pukul 3 petang, ada island tour pula. Maksudnya, naik van teksi warna pink tu, keliling pulau pangkor. Singgahlah dekat tempat-tempat yang menarik. Antaranya Kilang Sotong yang terletak di perkampungan nelayan. Oh ya! Pulau Pangkor ni majoriti masyarakat Cina kalau saya tak salah.

Dari perkampungan nelayan tu, kami dibawa pula ke Galeri Pangkor yang terletak tidak jauh dari Jeti Pangkor. It is a small house yang menempatkan a lot of historical things yang berkaitan dengan Pangkor. Termasuk perjanjian Pangkor. Ada belajar dalam buku sejarah kan? Selepas tu, kami dibawa pula ke Kota Belanda. Weee.. Honestly, tak bergambar sangat pun dekat situ.. Eheh.. Dari jalan nampak ada 1 runtuhan bangunan belanda lama. Eh! Sebelum tu pergi Chinese Temple. Adoi! Tepuk dahi. Ingatkan nak bawa tunjuk masjid kan? eheh.. Dekat temple ni boleh tengok arca tembok China tu. Ada arowana besarrrr punya..


Pada petangnya pula.....mandi time!!! Turun pantailah der.. Kan dah teringin-ingin sangat nak mandi pantai ni.. Hehehe... Ombak agak tinggi. Berapa gallon airlah yang dah tertelan hari tu tak tahulah. huhuhu.. Penat mandi pantai, sambung mandi dalam pool pula. Muahaha... Petang tu kira aci berendam jelah. Bertudung bukan halangan untuk mandi pantai dan pool ye.. Yang penting, pakai t-shirt hitam dan tudung.=D

Malam pula, BBQ time!! Enjoy.. Antara banyak seafood, ketamlah yang menjadi pilihan hati. Maklumlah..jarang nak jumpa ketam ni. Eh, ada spageti lagi u olls. Plus a lot of different salads! Nyum..nyum.. And the memorable things happened. Malam BBQ tu adalah 7hb September 2012. The next day adalah 8hb September, which is my birthday.. and this is what i get in advance!..

 


Thanks Mak, Abah, Along, K.Lang, Dik Man, Fiza and everyone yang get involve in making this birthday suprise for me! Weee... sambut birthday di pulau pangkor! Happy! Sangat! And i cried! Menangis sebab overexcited! Something i wish before.. and i get it.. Alhamdulillah.. ^^,



Pi Pangkor I

Pi pangkor! Yeay! Alhamdulillah... berjaya juga menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Fiu... debor-debor you all. Percutian ke Pulau Pangkor ni adalah pada 6hb September 2012. Ok. I know.. another backdated story right? huhuhhu... Dalam entrie sebelum ni ada bagitahu nak pi pangkor untuk Family Day. Here we come. Dah nama pun Family Day, haruslah pergi bersama-sama dengan yang lain. Naik bas company abah. Huhuhu...Dari Aloq Staq menuju ke Jeti Lumut. Dari pagi, hujan membasahi bumi Aloq Staq ni, jadinya terdelaylah sedikit perjalanan. Rancang lain, gerak jam lain. Tapi, itulah.. Kita manusia ni hanya mampu merancang je. Allah juga perancang yang terbaik.. ^^,.

Around 12.02pm jugalah we start our journey. 1.50pm berhenti rehat di RnR Bukit Merah. For lunch and solat. Disebabkan we all pergi dengan bas company dan yang pergi adalah staf-staf company, masa memang sangat flexible. Muahahaha... Dalam pukul 2.50pm kami mulakan perjalanan menuju ke Lumut. Keluar dekat Tol Changkat Jering untuk terus ke Lumut. Fuhhhh... Jalan nak ke lumut dah ghupa ulaq kena katoq! Nasib baik saya ni dah imune sangat naik bas.. Heheheh..Jauh jugalah dari Exit Changkat Jering tu nak sampai ke Terminal Lumut Waterfront tu.  Sekitar pukul 4.50pm sampai dekat Terminal Lumut.


Haaa... tak sempat pun nak posing-posing. sebab dah terlewat dari perancangan awal. Makanya, terus ke jeti untuk naik boat yang dah pun menunggu. Tepat jam 5.15pm, bot bergerak meninggalkan jeti Lumut. Best naik boat putih ni. Boleh dok luaq. Berangin je sepanjang perjalanan menuju ke Pangkor. Dapat cuci mata juga! Eheh.. Subhanallah.. Indah ciptaan ALLAH. Tak putus-putus pujian pada setiap ciptaan ALLAH yang kelihatan indah di mata. Sebab tu, duduk lepak dekat luar boat walaupun ada tempat duduk dekat dalam. Mabuk laut? Entah! Hehehe... Saya suka tengok laut, tengok langit, tengok bukit, tengok pulau and everything. Jadi, tak sempat nak fikir mabuk laut ke tidak.. muahahaha...


Lebih kurang 30-40 minit juga perjalanan dengan boat menuju ke Jeti Pangkor ni. Ha! Dapat tengok perkampungan nelayan dan banyak lagi pemandangan indah yang lain. Lebih kurang pukul 5.50pm kami sampai di Jeti Pulau Pangkor ni. Aih, pun tak sempat nak posing-posing ambil gambar sangat sebab teksi van yang dibooking dah menunggu. Semuanya laju-laju.. Sabaq ja chek! Dekat Pangkor guna van teksi warna pink kuning ni.. Eh, van teksi ke, teksi van ek? Apa-apa jelah.. hehehe...
 

Tanpa membuang-buang masa yang berharga tu, kami semua terus gerak menuju ke hotel penginapan. Hotel yang menjadi pilihan urusetia Family Day company abah tu adalah Puteri Bayu Beach Resort. Bolehlah.. Dapat pergi bercuti Free pun dah besar rahmat kan? Takkan nak memilih-milih pula. Ye tak? Sampai hotel, sementara nak tunggu dapat kunci bilik, ternampaklah map ini. Ha! nampak tak We are Here!? Ha.. kat situlah hotel kitorang. Dari beach hotel nampak pulau yang banyak bay tu. Dalam erti kata lain, kitorang menginap di pulau yang tak menghadap semenanjung. Tapi menghadap ke Selat Melaka? Muahaha... Dah lama tak belajar geografi.
 

Berapa harga bilik? Fiu... dah nama pun pergi free. Tak tergerak pula nak g tanya rate bilik berapa.. Muahaha.. Dah sampai pun pukul 6 lebih kan? Lepas check in, ingat nak mandi pantai.. (saya suka mandi pantai!). urmmm.. saya turun mandi pantai ke tak ek hari pertama tu? konfius sudah.. Haaa... turun main dekat persisir pantai je kalau tak salah. Lepas tu naik bilik, singgah bilik mak abah untuk makan homemade bihun goreng yang bawa dari rumah tu... hehehe...

Hari pertama di Pulau Pangkor, tak buat apa-apa pun. Sampai pun dah lambat kan? Takkan nak turun laut malam-malam pula? So, rehat ajelah.. Sabaq ja tak dapat turun mandi laut lagi.. Esok! Ye, esok i turun.. Dah jumpa pantai, tapi tak mandi ayaq laut memang tak sahlah kan?? Ok.. Esoknya buat apa? Tunggu next entrie ok!
 


Catatan Si Pengembara.. ^^,

Saturday, September 15, 2012

Saya seorang pengembara yang gemar mengembara ke serata tempat. Yang mencatat setiap pengembaraannya bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk cuma sekadar berkongsi pengalaman. Saya seorang pengembara yang mengembara ke sini untuk mencari ilmu, teman dan pengalaman. Tiga elemen yang membuatkan pengembaraan saya sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Hari ini (4hb September), saya memilih untuk mengembara menggunakan kapal terbang tambang murah. Tiket sudah pun saya beli seawal 3 bulan yang lalu. Menggunakan kapal terbang bererti saya perlu naik dari LCCT. Tapi, saya seorang pengembara yang belum arif dengan kawasan ini...

Hohoho.. Formal tak ingat tu! Ok. macam mana nak sampai ke LCCT? Kalau ada kereta, mudahlah kan? Tak pun ada orang yang nak hantar. Tapi kalau tak ada pilihan yang satu dua tu macam mana pula? Ha! Inilah yang saya belajar dalam pengembaraan kali ini!.. Mengembara ke LCCT menggunakan pengangkutan awam. Untungkan duduk di Kuala Lumpur. Kemudahan awam begitu banyak dan mudah untuk diakses. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Oh ya! untuk sampai ke LCCT, kena naik dari KL Sentral. Dah sampai ke KL sentral, bolehlah cari kaunter tiket KLIA Transit. Mudah je. Dekat kaunter KLIA transit tu, bagitahulah nak pergi LCCT. Harga tiket, RM12.50 termasuk harga untuk shuttle bus. Ha! Masa beli tiket tu, akak tu akan bagitahu macam ni, "Dik, nanti turun dekat Stesen Salak Tinggi, ambil shuttle bus untuk ke LCCT". Ha! Apa susah? dapatlah dua tiket macam dekat bawah ni..


Lepas tu, pergilah ke laluan menuju ke KLIA Transit ni. Insert tiket, ambil tiket, masuk train dan duduk dendiam. Oh ya! KLIA Transit ni orang panggil juga ERL. Destinasi terakhir adalah KLIA. Ha! Boleh tengok dalam gambar atas tu. Putrajaya/ Cyberjaya pun antara laluan KLIA transit ni. So, lepas ni... bolehlah pergi Putrajaya naik ERL ni. Berapa? Tak pasti pula. Yang pasti, lajuuuuu ooooo....


Inilah suasana dalam KLIA Transit ni. Pada saya, selesa! Sangat. Boleh hilangkan rasa penat terkejar-kejar pergi KL Sentral tadi kan? eheh.. Nak tidoq pun sempat lagi. Tidur-tidur ayam. Maksudnya, telinga kenalah alert dengan pengumuman yang dibuat. Takut terlepas destinasi pula nanti. Ha! Kalau bawa beg banyak pun tak ada masalah. Boleh letak dalam tempat bagasi tu. I'm sure, ramai yang pernah naik KLIA transit ni kan?


Selamat tinggal KLIA Transit.. Dah sampai ke Stesen Salak Tinggi. Kena disembark dan naik shuttle bus pula. Yeay! Haaa.. kat bawah nilah ghupanya shuttle busnya. Ada orang berbaju ungu sedia menanti. Bagi tiket dan masuk dalam bus. Shuttle bus ni selesa tau! Destinasi shuttle bus ni dah tentu-tentulah LCCT. So, kalau nak tidur, tak ada masalah.


KLIA Transit. Salak Tinggi.


Dan sampailah ke LCCT dengan jayanya. Seterusnya daftar masuk. pergi balai perlepasan.



And... i'm ready to fly.. Selamat tinggal Kuala Lumpur. Misi menaiki kapal terbang untuk bercuti di Alor Setar.. Eheh.. Mengembara di negara sendiri pun boleh bikin cuak ooooo... Tapi, apa-apa pun bila seorang diri ni kenalah pandai jaga diri. Malu bertanya, sesat jalan. Agak-agak tak reti tu, tanya jelah akak-abang beruniform tu. Selamat mengembara ye!...


Hehehe.. ini namanya backdated punya entrie. Dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pun saya naik kapal terbang. Beli pergi balik, senang. Sampai je dekat balai Ketibaan LCCT terus singgah kaunter beli tiket KLIA transit Ada je option lain untuk ke KL Sentral. Tapi, saya rasa lebih selesa naik KLIA transit. ehehe... Shuttle bus pun not bad lah. selesa. Ha! Kalau terlepas pandang kaunter tiket ni, jangan risau! Dekat luar, dekat shuttle bus tu pun ada orang jual tiket KLIA Transit. Dan, don't worry! Bukannya ulat tiket macam dekat Pudu bagai tu.. ^^,


"Curi-curi Suka" Giveaways

Wednesday, September 12, 2012

"Curi-curi Suka" Giveaways



Wanna join?
Click here! Right now!
(^__________^)



Seharian..

Tuesday, September 11, 2012

Uhuk..uhuk...
Panasnya badan!
Sah demam! Haaaaa....baru jejak KL semalam, dah demam? aigoooo....
Seharian semalam...
Saya naik public transport je... Rasanya habis semua public transport tu saya naik dalam satu hari tu.. bangun pagi ni, terus demam! Dasat tul!..
Semalam, dari Alor Setar ke Kuala Lumpur... saya ambil flight. Air Asia je. Yang tambang murah tu. Ikutkan schedule, flight saya pukul 8.35am. Dari rumah, memang berdesuplah nak g airport tu kan.. Takut gate closed! Sampai Airport Sultan Abdul Halim tu, jam pukul 7.55am. Good! Memang betul-betul 20 minit sebelum gate closed. 1st time tu nak naik flight dari airport sultan abdul halim tu. And honestly, tak tahu pun dekat mana balas perlepasan and kastam semua bagai.
Tengah gelisah sebab tak tahu gate mana nak tuju, dengaqlah ada annoucement..
"Penerbangan dari AOR ke KUL ditunda disebabkan cuaca yang tidak menentu di Kuala Lumpur."

Amek kau! Tunda! Sejam! Maknanya, kena tunggu flight dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dulu. Fuhhhh.. Menunggu jelah. 9.40 dapat pengumuman untuk on board. Around 9.55am barulah flight to depart. Dan sampai di LCCT pukul 10.55am hampir 11am jugalah. Sebabnya, bila masuk langit kuala lumpur boleh nampak langit kelam, awan yang tebal. Bergegar jugalah flight tu, compared masa berada atas kedah + perak.

Dari LCCT, terus pergi beli tiket KLIA transit. RM12.50. Dapat tiket tu, terus naik shuttle bus yang menanti. Sebab nanti, shuttle bus tu akan berhenti dekat Salak Tinggi. For us to take the ERL. Naik pula ERL sampai KL Sentral. Lepas tu, naik Putra LRT untuk ke Stesen Damai. Lepas tu, ambil teksi pergi ke UTM.. Muahahaha... Sampai awal, masuklah lab kejap kan? huhuhu.. Around 3.30pm, balik kolej. Naik bas kolej. Lepas tuuuuuuu......

Bukan nak rehatkan? Boleh pula g ambil teksi pergi LRT Sri Rampai untuk ke SOGO. Matlamatnya, bukan SOGO tapi Jalan TAR. Nak ikut mereka berjalan-jalan. Nak ke SOGO kena turun dekat Bandaraya. Tapi sebelum tu kena tukar dari Putra LRT ke Rapid. Muahaha... Pointnya? Habis semua kenderaan awam saya naik dalam satu hari!

Aeroplane -> Shuttle Bus -> ERL -> Putra LRT -> Teksi -> Bus -> Teksi -> Putra LRT -> Rapid!
Sampai dekat KLCC, tekak rasa semacam je.. adoi! ini tanda-tanda nak demam ni! huhuhu.. Sampai kolej, terus g beli panadol. Lepas makan je, terus telan panadol. Dan tido! Pagi-pagi dah rasa badan lain macam. Panas! Sakit kepala! Tekak sakit! Terbaiklah pakej tu. Dalam separuh sedar tu, cari towel kecik. Nak tuam kepala. Tak boleh biarkan. Kipas memang tak slow dah. biar lelaju. Comforter tolak tepi. Bagi haba tu keluar dan tak terperangkap! 

Alhamdulillah.. la ni dah ok sket. Panas pun dah berkurangan. Sakit tekak still ada. Sakit kepala dah ok sket. Rehat sket lagi, boleh sihat sepenuhnyalah nanti.. Sambil-sambil tu nak buat keje. huhuhuhu...

Haaaa... ada banyak cerita dan gambar yang tertunggak. Nanti ada free time, edit gambar dan story! Doakan saya cepat sembuh ye! ^^,

Dah lama tak demam!
 



September... I'm In Love!

Saturday, September 8, 2012

Ini namanya auto entry!
Hahaha...
Hakikat yang saya tak boleh nak nafikan.
Pertama, saya tak pernah lupa tarikh lahir sendiri
Kedua, saya tak pernah ingat pun umur semasa saya!

Jadiiii... mana-mana yang tarikh lahirnya sama dengan saya, konfem saya tak lupa! Tak perlu en.facebook ingatkan. Sebab i always remember.

Jadiiiiiinyaa... untuk malam ini... Tepat jam 12.00 tengah malam terlewat satu dua minit, saya nak ucapkan..



"Selamat Hari Lahir!! 
Sanah Helwah! 
Otonjobi Omedetou Gozaimasu! 
Saengil Chukhahamnida!"

Buat mereka yang sama tarikhnya dengan saya...
Zille, Nik Nur Fatma and Izyan Iryani..

Be happy. Enjoy your life. May ALLAH bless all of you. Dimurahkan rezeki. Bahagia dunia akhirat. Semoga ALLAH panjangkan usia untuk terus beramal dan beribadah kepada-NYA..
We are what we think we are..
So, all the best! 
 



Family Day!

Thursday, September 6, 2012

Adoi!
Ada entrie tertunggak!
Gambaq tak upload masuk laptop pun lagi..
Sibuk tadi...
Esok memang nak totally off..
For this...



With the family...
Doakan kami selamat pergi dan balik. And after the holiday, back to KL!.. ^^,



The lone ranger's Story!

Wednesday, September 5, 2012

Yuhuuuuu...
Alhamdulillah...
Selamat tiba di rumah. Oh ya! Being home doesn't mean I'm OFF!
Research tetap jalan.. Tukar environment kejap! Hehehe..
And for today...
Here it is...
Grammar error tu abaikan jelah ek.. Maklumlah..dah lama tak tulis karangan Bahasa Inggeris. Tajuk karangan hari ni : Catatan Si Lone Ranger dari KL Sentral ke LCCT sampailah ke Alor Setar!
Hahaha.. panjang tajuk tak boleh blahkan?


Ha? Gambar? Esoklah ek? Mahu tidur sudah.. Ini midnite candy.. Yang lain save for tomorrow lunch! ngeee...~



On schedule~

Monday, September 3, 2012

Lalalala...
Akhirnya..
At lastt...
eh, sama je kan maksudnya??
Bakal naik kapal terbang balik Aloq Staq! Yuuuuhuuuu...
Cominggg...


Hahaha... Nampak cam teruk sangat kan?
Tak adalah baru 1st time nak naik.. Nehi kabhi nehi.. Pernah dah naik sebelum ni.. Tapi secara lone ranger, belum pernah lagi..
Ini pun part of my advance birthday gift! Muahaha.. Banyak pula self advance birthday gift!
Siapa lagi yang nak memanjakan kita kalau bukan diri sendiri. Ye tak? ^^,

Lama dah beli tiketnya. Masa sale Air Asia dulu. Sebab misi saya bila dok KL ni adalah nak explore dan naik semua pengangkutan awam yang ado. Train KTMB dah naik bulan pose hari tu. Jadi, sempena ulangtahun nak genap 24tahun ni, kita layan aeroplane pula.. hehehe...

4hb? Yeap! Esok..
Originally, 6hb September tiket saya tau! Tapi tetiba mak bagitahu company abah buat Family Day dan satu family tak ada dekat rumah. Apakah? Jadi? Kita ikutlah kan?? Ngee.. itu yang awalkan tiket tu.. 6hb tu diorang dah gerak untuk family day.. Haruslah ikut..

Kenapa bukan 5hb?
Adoi! Tiket 5hb mahal giler! RM100++.. pengsan!..
Ampunlah ye.. tapi, being at home doesn't mean i stop doing research.. Gerak gak..30%? eheh...

Yeay Yeay! Naik kapal terbang!..
(^o,^) 

p/s : Jiran sebelah bilik saya dah naik kapal terbang pergi Sarawak.. Huhuhuu... I'm Miss Lonely~
Soooo..minggu ni macam minggu bercuti pula untuk kitorang.. eheh..
Next week dah mula sem baru kan? aigoooo...

Sara!!! Tahun 2 dah????
 
 



It's memoir : 2001 - 2012

Sunday, September 2, 2012

Wahhh... cer count.. Eh, salah! Cer kira.. hitung. 2012 tolak 2001.. 
Perghhhh... it's about 11 years ago..
11 tahun yang lalu! Comel deh..
Sekarang pakat-pakat dah cantik dan handsome..
Dulu berhingus, main tepuk tampar, gaduh jeling-jeling...
Sekarang saling rindu merindui. Hai hai kat facebook...
Dulu pakai tudung senget benget..
Tapi sekarang...
Dah ada yang jadi isteri, tunang, dan ibu(?)..
Pakai tudung pun dah comey~..
Rambut tak ada nak belah tepi lagi.. Semua jadi smart...
Cikgu.. Engineer.. Kapten..Doktor..Pegawai..Usahawan dan macam-macam lagi..
Walaupun dulu perangai nakal macam tak hengat!...
Tapi sekarang, hebat tu...
Gaji dalam poket dah ribu raban...
Dan ada title..
Bukan budak nakal yang tunggu nak kena denda je..
Siapa?
Tadaaaa...


Yang atas tu.. 1st photo masa tingkatan 1. Budak-budak lagi masuk asrama.. Ada dua homeroom. Dermawan dengan Hormat. Kan? Dan ini kawan-kawan kelas 1 Dailami. We stay together dalam kelas yang sama sampai tingkatan 3. Sebab tu rasa sayang sangat-sangat dengan mereka ni.. ^^, .. Sekarang? Rindu!


And this! Gambar masa form 3. Dekat air terjun Junjong.. Haaa.. dah jadi orang-orang hebat dah mereka.. Dulu masa sekolah, beria nak habis sekolah kan? Sekarang? Rasa macam nak back to school. Kalau benarlah time machine itu wujud, mesti ramai yang nak guna untuk kembali ke zaman sekolah-sekolah dulu kan?

Oh ye! Kitorang panggil, zaman dekat maktab. Sebab nama sekolah kitorang tak ada sekolah dekat pangkalnya. Yang ada cuma maktab. Tak percaya? Betullah. Maktab Rendah Sains Mara Polis Diraja Malaysia.. Kelas gitu~.. eheh..

Rindu kawan-kawan semaktab!