Apa Penyelesaiannya?

Thursday, May 20, 2010

Situasi 1
Lokasi : Wad Paediatrik Atau Wad Kanak-Kanak


Kalau zaman saya kecik-kecik dulu, kalau kanak-kanak kena penyakit demam kuning atau apa-apa jer penyakit yang berkaitan dengan kulit, orang tua-tua pesan suruh letak je bawah cahaya matahari pagi. Saya pun pernah kena jemur bawah cahaya matahri pagi. Masa tu duduk flat ada beranda depan rumah. Dekat situlah kena jemur. Cahaya Matahari waktu pagi ni banyak manfaatnya. Tapi, disebabkan ozon yang semakin menipis, kaedah penjemuran di bawah matahari tidak lagi sesuai diguna pakai masa kini.


 Makanya, semua kanak-kanak yang mengalami demam kuning atau apa sahaja penyakit kulit yang lain akan di bawa ke hospital. Mereka ni akan ditempatkan di bawah satu alat yang bertindak seperti cahaya matahari. Mesin ni kita panggil “Phototherapy Machine”. Mempunyai 4 mentol yang mengeluarkan cahaya biru dan 2 mentol yang mengeluarkan cahaya oren.

One day, datang seorang jururawat. Hendak menjalankan rutin hariannya. Ada pesakit yang memerlukan penggunaan mesin ni. Berbekalkan pengetahuan yang ada, jururawat ni pun pasanglah seperti yang biasa dilakukan. Tiba-tiba, hanya 3 mentol yang menghasilkan lampu biru tu. Lagi satu mentol tidak menyala-nyala. “What’s going to happen then?” . Speaking you.. hahaha

Jururawat 1: A, cuba hang tengok mesin ni. Kenapa lampu dia tak menyala ek?

Jururawat A yang sedang memeriksa mesin phototherapy yang sedang digunakan di kamar yang sama pun beralih kea rah teman yang bertanya. Dibelek-beleknya mesin itu seperti apa yang diketahuinya.

Jururawat A : Urmm..aku pun tak tahulah wei. Kau call je help desk buat report.

Usul jururawat A. Laporan pun dibuat dan direkodkan.


Situasi 2
Lokasi : Dewan Bersalin


Ok, bahasa Inggerisnya Labour Room. Pada yang pernah masuk ke Dewan Bersalin, tahniah diucapkan. Sama ada anda masuk ketika hendak melahirkan atau anda dilahirkan di Bilik Bersalin. Kalau Tanya saya, 1st time saya masuk Labour Room masa buat praktikal. Sebab saya tak dilahirkan di Bilik Bersalin macam anda-anda semua. Saya dilahirkan di rumah. Rumah saya tulah Bilik bersalin bagi saya. Tapi saya harap bila saya yang nak melahirkan anak nanti, saya berpeluang untuk melahirkan mereka di hospital. Di bilik bersalin. Hahaha..Jauh benor berangannya. Kahwin pun belum dah fikir pasal nak lahirkan anak. Ok, cut itu cerita.



Ok, kalau dalam bilik bersalin, biasanya apa yang ada? Yang pasti, Warmer untuk baby coat dan juga Infant Incubator kalau-kalau bayi yang dilahirkan tu tak cukup bulan. Kat sini nak cerita pasal WARMER dulu. Digunakan untuk menghasilkan suhu yang bersesuaian dengan baby. Supaya baby yang baru lahir, boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.


Jururawat B : Sister, cuba you tengok warmer ni. I setting temperature only 32 degree. Tapi it’s too hot for the baby. But the other baby I setting at 36 degree, ok je. Normal heat.

Sister yang bertugas itupun pergilah melihat-lihat keadaan warmer tu. Dah nama pun sister kan? Biasanya pengalaman sister ni lebih banyak daripada jururawat yang ada.

Sister : I think there’s a problem inside that machine. Nanti saya call ……. Buat report.

And laporan pun dibuat. Yelah, baek jururawat dan sister mereka Cuma tahu bahagian penggunaan mesin sahaja. Bagaimana nak servis mesin-mesin yang diorang handle tu diluar pengetahuan dan kawalan mereka. Ada yang lebih pakar.

*** So, tuan-tuan,puan-puan, adik-adik, saudara-saudari di luar sana. Agak-agak koranglah kan, kepada siapa laporan ni buat? apa tindakan yang akan diambil? Adakah mesin itu akan dibuang begitu sahaja? kembalikan kepada pihak pengeluar? Urmm..fikir-fikirkan ye. Mungkin boleh jadi panduan untuk anda-anda yang rasa tak tahu nak pilih bidang apa kat U nanti.




0 comments: