Hot Air Balloon Mai Kedah!!!

Sunday, May 30, 2010

Bila belon dah start mengembang..

28hb Mei 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu. Dianjurkan The Royal International Hot Air Ballon dekat Jalan Suka Menanti. Menurut iklan-iklan yang terpampang di banner-banner yang tergantung, ada 2 sesi Hot Air Ballon ni. Satu sesi pagi, lagi satu sesi petang.

Yang sesi pagi tu, memang konfemlah tak pergi dah. Malas nak keluar rumah pagi-pagi. Nak-nak pula time cuti macam ni. ('0,')

So, memandangkan sesi petangnya dikatakan bermula pukul 5.30petang, elok je lepas asar, saya ajak my dad and my mom pergi..Plus bawa my sister and brother sekalilah. Budak berdua tu mana boleh tinggal cenggitu jer.

Saya and family sampai kat kawasan Taman Jubli Emas tu pukul 5.15petang. Sesak juga jalan. Al-maklumlah, dalam 100m dari tempat hot Air Ballon tu, ada jualan Gudang Metrojaya pula. Mahu sesak jalan yang ada itu. Dahler satu lane je.

But, never mind...Bukan saya yang drive. My dad. saya duduk jer kat seat belakang.('o,')


Belon Udara Panas memenuhi ruang udara Alor Setar

Punyalah semangat pi sana nak tengok belon udara panas live depan mata. Tapi bila sampai, nampak paramotor jer. Ala, yang macam payung terjun tu.. Tapi ni pakai motor untuk terbang kat ruang udara alor setar.. (betul ke ni? pape je lah..)

Sambil tunggu hot air tu sampai, saya pun dah rasa hot. kata 5.30petang. tapi padang kosong je lagi. Mak ngan abah g jejalan dulu sekitar kawasan tu yang ada ditempatkan banyak-banyak khemah A. Ada macam-macamlah. Tapi yang saya suka, booth basikal tua ngan booth jual bunga.. ngee, nasib tak de duit, kalau tak dah borong bunga tu bawa balik umah.

Tunggu punya tunggu, pukul 6.00petang cenggitulah, barulah bakul tuk hot air tu sampai dan disusun kat tengah-tengah dataran lapang tu. Proses mengembangkan belon tu pun bermula. Macam gambar kat bawah nilah. 

Bakul Belon Udara Panas

Dekat pukul 6.30petang, barulah hot air tu siap sepenuhnya. sedia untuk dilepaskan. Tiket untuk naik hot air pun dah sold out. Saya memang tak mau naik. Nak tengok depan mata je. Plus amik gambar. Memang sesuai sangatlah dia buat kat Jalan Suka Menanti, sampai orang pun ternanti-nantikan kemunculan hot air tu. 

Sejam jugalah nak tunggu. sabaq je.. Yang kat bawah ada mata ni saya suka. comel. hahaha.. kuyu je mata dia. Tapi nice!

comel kan??

Kan, tadi ada cakap yang kat kawasan tu ada macam-macam booth kan? Urmm..kat bawah tu adalah beberapa keping gambar basikal tua yang sempat saya snap dengan En. Oly. Mak kata, yang basikal putih tu, basikal orang-orang kaya. Mak naik basikal hitam kat belakang basikal putih tu je. Kayuh g sekolah zaman dia dulu. Urmm.. Saya angguk jer. Sempat snap, tapi tak letak kat sini..


Sepetang...

Konon-konon nak capture dekat dengan hot air, tapi tak leh masuk dekat-dekat. Pasukan Rela yang bertugas pun banyak dan tegas. So, dapat captured dari tepi padang. Tapi ok lah, Thah balloon pun besar.. Kalau dok dekat sangat, tak leh nak captured whole balloon.

Gambar yang kat bawah ni pula saya snap dengan Mr.Oly lepas semua balloon tu berterbangan di ruang udara Alor Setar. Dari kejauhan jer. Time ni dah berkira-kira nak balik. 2 hot air balloon ni bertujuan untuk dipamerkan pada pengunjung-pengunjung yang tak sempat nak tengok awal-awal tadi. Kat belakang yang kecik tu, Gunung Keriang. Satu-satunya Gunung di tengah sawah padi.

Dari kejauhan..

Dan gambar yang bawah ni, saya snap masa dah nak maghrib. Time matahari dah mula nak terbenam. Area pukul 7.00 malam cenggitulah. Pukul 7 kat kedah dah nak gelap, tak macam pukul 7 kat JB. (@o,@)



Apa-apa pun, saya terhibur. Thanks abah ngan mak sebab layan juga kerenah saya nak tengok belon udara panas secara live walaupun terpaksa meredah kesesakan lalu lintas yang amat-amat.....HOT...

Bukan tak nak drive sendiri, tapi saya kenal mak ngan abah saya, mana diorang nak lepas anak-anak diorang pergi memana without diorang..unlesslah kalau masuk asrama. pergi belajaq. itu tak pa. Tapi nak jalan-jalan macam cenggini memang wassalamlah. ngee..

Itulah ceritanya bila Hot Air Balloon Mai Kedah!!!.. Luv..


0 comments: