Sahabat Dunia Akhirat

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum... Ohayou!!!!

Hari ni nak tulis pasal Sahabat Dunia Akhirat. Kebetulan pula, pagi tadi buka jer TV muncul Fitrie Yahya ngan Ust. Hasrizal. Kalau tak silaplah. Dalam slot Motivasi Pagi. TV3. Actually tak berniat pun nak tengok. Nak iron tudung sebenarnya. Al-maklumlah.. Orang bercuti, saya kena g keje! Half Day!. Tengah2 dok iron tudung ni, bukalah TV. Tajuknya pun best juga. Sahabat dunia Akhirat. Tak wrote down pape pun. cos tengah menyeterika. Tak cukup tangan nak pegang Pen and kertas. But adalah isi2 yang tertangkap di kotak minda ni..

Antaranya...

Dalam 7 golongan yang akan mendapat keteduhan di padang mahsyar nanti adalah:

Dua sahabat yang berkasih kerana Allah Taala.

****Ok! take note ye pada mereka-mereka yang banyak pengetahuannya berbanding saya. Tegur andai yang tertulis ini salah.

Urmm.. Tinggi nilai persahabatan ni. Bila kita nak berkawan mesti kita fikir nak kawan dunia akhirat. Tak mau kawan time duniawi jer. Akhirat none!.. Tak buleh..Tak buleh cenggini.

And yang paling menarik minat saya tuk mendengar lagi slot motivasi ni adalah:

Ust. Hasrizal ni ada cakap;

Kawan yang baik adalah kawan yang berjaya, bukan sorang-sorang. Tapi dia berjaya sebab kawan-kawan dia berjaya. Dia berjaya membawa kawan-kawan dia untuk sama-sama berjaya.

*** Ayat ni ayat saya sendiri. Point yang disampaikan tu baru point Ust. Hasrizal.

Dan banyak lagi input-input yang menarik. Yang paling penting, dalam membina sebuah persahabatan...Kita tak leh KEDEKUT!!

Bukan je KEDEKUT dari bab DUIT. Yang lebih PENTING...JANGAN KEDEKUT ILMU!!
Bukankah ilmu tu akan berkembang kalau kita kongsi-kongsikan? Dan Ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain, kenapa nak disembunyi-sembunyikan. Betol tak? Setuju tak?

Dan Kalau boleh, dalam berkawan ni, janganlah kita KEDEKUT MASA. Maksud saya kat sini, bila kawan kita dalam kesusahan, janganlah KEDEKUT sangat dengan MASA kita. Masa ni kawan kita sakit, dalam kesusahan dia minta tolong kita. Tapi kalau kita terlalu pentingkan diri, agak-agaklah kan? kalau esok-esok kita pula yang jatuh sakit. yang susah, kawan kita ni nak tolong tak? Fikir-fikirkanlah ek? Tak yah r sampai kawan minta tolong kita temankan dia jumpa doktor ke, pergi hospital ke, kita bagi alasan;

Homework aku banyak, tak siap lagi. Tak bulehlah wei, aku banyak kerje. and macam-macam lagi..

Tolonglah berperikemanusiaan sikit. Bukan mahal pun harga yang perlu dibayar untuk sebuah pertolongan tu. Lagipun, dia minta tolong teman je. bukannya dia suruh korang terjun bangunan ke. Pergi disko ke. Buat benda ngarut-ngarut kan?

*** Tapi tak taulah kan kalau dalam world ni ada juga spesies yang minta upah bila kawan minta tolong.. hehee.,..

Hehe..Okeylah.. macam dah mengarut. Kang ada yang ingat saya nak lepas geram plak kat dalam blog ni. Tapi sukacita ingin saya tekankan disini adalah.. Jagalah persahabatan yang telah anda bina. Jangan kerana sikap yang egoistik, pentingkan diri dan segala yang negatif itu merosakkan persahabatan anda.

Okeylah...
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. ('o,')

0 comments: