Sebulan sekali je..

Thursday, July 7, 2011

Fuhh..memang.. Sebulan sekali je. Tak payah banyak-banyak kali. Tapi yang sekali tu lah rasa macam nak sentap je. Terganggu emosi. Tergendala segala urusan. Hanya kerana sebulan sekali je. Kalau isi borang tu ada ruangan penyakit, nak je tulis : 

Penyakit : Senggugut
Kekerapan : Sebulan Sekali. Setahun 12 kali..

Pengecualian diberikan kepada ibu-ibu mengandung atau yang sudah monopouse n juga yang tidak stabil. Kalau google, banyak je maklumat boleh dapat. Maklumlah, sekarangkan maklumat di hujung jari sahaja. Yang lelaki, sila main jauh-jauh kerana keistimewaan ini hanya diberikan kepada wanita sahaja.. Err..hahaha..isu sensitif plak..


Tapi memanglah.. Banyak2x penyakit, senggugutlah yang tak boleh nak kawal. Sangat2x teruk. Sakit pinggang. Sakit perut. Sakit ari-ari. Pendek kata semuanya serba tak kena dan serba sakit. Bukannya selalu pun. Sebulan sekali je. Ada orang bila datang haid, tak rasa pape pun. Baguslah, tiada kesakitan yang perlu ditanggung. Tapi ada sesetengah orang mengalami senggugut yang sangat teruk. Kalau saya, saya kategorikan sebagai intermediate.. Hahaha..Tengah2x..

Sakit yang bertambah sakit kalau berlama-lamaan di bilik berhawa dingin. Serta merta sakit mencengkam sampai ke hulu hati. Kalau boleh, rasa nak menangis sebab sakit sangat. Tapi, sebelum air mata yang mengalir untuk menzahirkan kesakitan, adalah sangat wajar untuk segera kembali ke bilik dan tidur!.. Wanita haid sering dikaitkan dengan perubahan emosi. Tapi, kadang-kadang tak haid pun boleh beremosi juga. Sebab wanita itu penuh dengan emosi.. Ooppss...apakah ini?

Cara mengatasi senggugut yang teruk? Urmm..minum susu!.. Ada orang kata, saya senggugut teruk sebab kurang kalsium dalam badan sebab tak minum susu. Bila kalsium kurang, waktu dinding .... jatuh dan membentuk darah kotor kerana tidak berovulasi dengan sperma, bahagian ari-ari terasa sakit yang mencengkam.. Err..tiba-tiba saya tidak dapat mengaitkan kalsium dan sakit. Susu musuh utama saya. Jadi senggugut telah menjadi rakan baik saya.. Terbalik sudah..

Ada orang bila senggugut, dihulurkan ubat tahan sakit yang berwarna pink. Bila telan hilanglah rasa senggugut tu. Tapi pil ni agak berisiko. Di mana, aturan haid akan menjadi tidak teratur. Orang lain saya tidak pasti, tetapi untuk kebaikan diri sendiri, pil ini saya hindarkan. Haid yang tidak teratur sangatlah tidak bagus. Kenapa? Fikir-fikirkanlah sendiri. Oleh itu, guna cara lain untuk mengatasi kesakitan senggugut ketika haid..

Bertungku! Anda pernah dengar? Tapi tak perlulah nak panaskan batu tungku macam ibu-ibu lepas bersalin amalkan tu. Masak je air. Letak dalam botol yang tahan panas, lepas tu alaskan dengan tuala dan letakkan di atas perut. Lebih spesifik di bahagian ari-ari. Sebab yang sakit bukannya perut kita. Bawah sikit dari perut tu. Tapi selalunya kalau muka pucat plus pegang perut dan tetiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat prihatin : "Tak sihat? Sakit perut ke?"  Dengan pantas kita mengangguk.. Iye kan jelah.. Takkan nak jawab : "Tak lah.. Senggugut".. Tak pepasal karang muka blushing ala-ala guna Revlon.. 

Lain orang, mungkin lain cara mengatasinya. Ikut keselesaan setiap individu. Tapi cara yang paling dipersetujui ramai adalah tidur! Dengan tidur, segala kerisauan dan kesakitan seolah-olah pergi meninggalkan kita. Yeay!


0 comments: