Tiket Puasa (?) atau Tiket Raya ?

Sunday, July 31, 2011

Sana sini orang sibuk dok bercerita pasal Khairul Fahmi(Goal keeper m'sia) dengan tunang dia. Apa jadi? Korang google je konfem keluar banyak cerita. Malas den nak bercerita kat sini. Sikit pun beta tak ambil port kalau diorang nak putus ke sambung ke apa-apa je lah..

Apa yang lebih membimbangkan saya tika ini adalah tiket balik kampung. Agak-agak korang dah start jual ke belum? Dari JB ke AS saya suka ambil Konsortium. Setakat ni perkhidmatannya ok. Not bad. Ada 2 trip. Trip pukul 7pm dengan trip pukul 9.30pm. Kadang-kadang saya ambil yang pukul 7 tu. Kadang-kadang ambil pukul 9.30pm. Dependable.. hahaha.. Balik sensorang kan? Apa kisah nak ambil tiket pukul brape pun. Tak payah deal ngan sesapa pun. 


Dekat Sri Puteri dengan Larkin tak jual tiket raya awal2x. Selalunya seminggu lepas puasa start baru diorang jual untuk balik raya. Saya nak balik 2 minggu sebelum raya. Moga2x tiket bas tak habislah. Ingat nak beli online tadi. Tapi bila tengok balik, kalau purchase online, kena collect tiket dekat Larkin. Jauhlah pula nak pergi kan? Sudahnya, tak jadi nak purchase online. Hujung minggu ni kot g Sri Puteri beli tiket. Sambil2x tu usha juga dekat online data, tiket available lagi ke tak.

Tapi kan....
Kalau beli online, total semuanya dalam RM64.50 including bank charges. Tapi kalau beli dekat kaunter mahunya RM70.20. Beza dalam RM5.70. Tapi kan..tapi kan...
Bila kira balik nak kena g ambil dekat Larkin, dari UTM nak ke Larkin tak ke nilai dia jadi sama? So, usah membebankan fikiran.. Dengan ini, saya redha je lah beli tiket RM70.20. Dekat pun dekat. ('o,')

Bagus juga kan ada E-Ticketing ni. Tidaklah tertipu dek ulat tiket yang melata nak tipu duit orang tu. Tambah2x musim raya nanti. By the way, kepada masyarakat islam seluruh dunia tak kira di mana jua anda berada, SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK. 

2 comments:

aamalinaazman said...

akak!
pat beli tiket
jgn lengah2 cam ari tu
hehehehe
leklok taw!

Anyyss Shuhaimi said...

salam ramadan kak!