Assalamualaikum...
Uit..buat apa pagi-pagi ni? It's weekend! Ya, i know.. Weekend datang lagi.. Walaupun hari minggu sentiasa dinanti-nantikan, tapi saya tetap tiada apa-apa perancangan untuk menjadikan hari minggu ini sangat bermakna. Tak tahu nak buat apa. Dalam erti kata lain, hanya mampu bergolek-golek di dalam bilik sahaja. Sesekali pasang TV box untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia luar.
BERSIH? Uh, saya tak pernah ambil tahu. Naik konfius saya bila mendengarnya. Tapi tetap juga rasa macam tak relevan je nak berdemostrasi jalanan sebegitu rupa. Khabarnya banyak jalan di Kuala Lumpur ditutup angkara BERSIH. Sangat annoying bukan? Jalan di bina untuk memudahkan kenderaan sekaligus memudahkan warga kota untuk bergerak. Jalan bukan di bina atas tujuan untuk berdemostrasi jalanan.
Apa agaknya yang sedang berlaku di Kota Raya tika ini ya? Negara demokratik = demostrasi jalanan ke? Kata ada parlimen, dewan undangan negeri, Majlis Raja-raja dan sebagainya, jadi kenapa perlu ada lagi demostrasi yang menganggu gugat ketenteraman awam? Aish, manusia-manusia.. Tak boleh tengok orang aman damai sikit. Mulalah nak buat kecoh. Fuhh..apasal saya yang duduk jauh di JB pula yang terasa panas dengan BERSIH ni? hahaha.. Ok, skip topik ni..
Hujung minggu. Nak buat apa ek? Pergi bercuti? Ye! Saya suka itu. Lagi seronok kalau boleh bercuti ke Kedah. Hahaha..Ok! Cuti di sini bermaksud, kembali ke kampung halaman di mana ada Mak, Abah dan adik-adik. Balik kampung sebab nak belanja family hasil duit gaji pertama? Eheh..kalau tolak praktikal yang berbayar dulu, Ini merupakan pertama kalinya saya mendapat gaji walaupun hanya sekadar part time. Atau sementara. Ye! Saya tak pernah bekerja sebelum ini. Tolak pengalaman ketika berpraktikal dahulu. 5 tahun di asrama. Lepas SPM, haruslah kena tahan duduk rumah sementara tunggu keputusan. Jadi, saya tak berkesempatan untuk mendapat gaji. Dunia saya hanya di rumah.
Ikutkan, sepatutnya sekarang ini pun saya di rumah juga. Tapi dek kerana nekad mahukan duit, saya pujuk kedua orang tua saya untuk kembali ke UTM. Sementelah UTM ibarat rumah kedua saya, mak dan abah akur. Jadi, kini sudah sebulan kembali ke UTM, hati sangat-sangat ingin kembali ke rumah. Dapat jumpa 4-5 hari pun dah cukup gumbira. Nak balik 2-3 hari rasa tak berbaloi pula kan? buat sakit badan je travel naik bas 12 jam + 12 jam.
Jom pergi bercuti. Universal Studio di Singapore atau bercuti ke Pulau Manukan, Sabah? Adik kayu, sila buat kira-kira. Kalau akak air nak bercuti ke sana, berapa agaknya ongkos kesuluruhan.. Mahu buat belanjawan tahunan.. Mahu pergi bercuti ke tempat yang indah-indah.. Kekasih hati belum ada. Tunangan mahupun suami jauh sekali. Jadi, kamulah yang harus temankan saya wahai adik air! hahaha...
1 comments:
heee~ bole2..nnti sy tlong buat kire2 yep2 ^__^
Post a Comment