Save The Date!

Wednesday, July 27, 2011

It's time to love
Somebody To love...

Save the date dear!
Hahaha... Jangan salah sangka ok. Save the date for the convocation. Yeay! Usaha selama 4 tahun dah semakin nampak hasilnya. Gembira bukan? Pasti. Setiap kali balik rumah mesti heboh satu taman suruh abah dengan kakak ambil cuti awal2x.. Cuti raya tu satu hal. Tapi cuti untuk ke JB itu 2 hal. Nak konvo pakai jubah naik pentas ambil scroll mestilah terasa lebih bermakna kalau ada keluarga di sisi.. Betul tak?


So, my dears please save the date for me ya!
24th September 2011
Afternoon Session
Faculty of Electrical Engineering

Yaw..
Saya ada terbaca...
Senior ni cakap Hari Konvokesyen bukanlah hari kita. Tapi sebenarnya hari untuk mak dan ayah kita. So, janganlah menyusahkan diorang untuk spend a lot of money semata-mata nak attend majlis konvo tu sebaliknya kita sebagai anaklah yang kena spend those money for them. Sediakan duit untuk kos minyak kereta, tol, penginapan, makan and etc..

Yea! and for me. Rumah dekat Kedah nun. Of courselah untuk minyak kereta dengan Tol je dah almost RM200 untuk pergi balik kan? Standard. Unless my dad ikut jalan kampung. Tapi kesianlah plak kan? Tapi, tak pa.. saya akan cuba usahakan untuk mengadakan duit itu.

Fuhh..rasa cam tak sabar-sabar plak nak convo.. Kalau dikira-kira dengan jari, ini adalah kali  keempat saya bergraduasi dan kali ke tiga menyarung jubah tetapi kali pertama dapat pakai topi tu.. Hohoho..itu yang tak sabar2x tu..


1st time pakai jubah + bergraduasi adalah ketika di Tingkatan 3. Budak MRSM mesti tahu kan? Majlis Graduasi Tingkatan 3. Then, 2nd time pakai jubah + bergraduasi masa Tingkatan 5. Walaupun dapat dok top ten masa tu, tapi disebabkan terlalu ramai pula yang dapat dean list topi tak cukup. so, semuanya tak dapat pakai topi. It's ok!. Kali ketiga bergraduasi adalah selepas matrik. Majlis graduasi Matrikulasi yang disampaikan oleh Dato' Noh Omar ketika itu. Yang ini tiada jubah. 

Dan kini, saya sangat teruja untuk menyarung jubah lagi. Dan yang paling penting nak pegang scroll sarjana muda! yeay!.. mode : tak sabarnya...~


Ok..adios~

4 comments:

NA said...

Tahniah Cik Sara. Betul gak yer jangan kita bebankan ibubapa tapi rasanya ibubapa tak kisah belanjakan duit untuk pergi konvo anak.

Terima kasih sekali lagi kerana ikut+komen blog saya :) Ini komen pertama Kak Wina.
-wina1979-

aamalinaazman said...

yay!
hehhee
dah tibe mase
~alahai..cepatlah bulan 9..kiki
>____<

Cik Sara said...

@NA

Ibu bapa pastinya berlapang dada untuk mengeluarkan duit untuk anaknya.. Tapi kalau masa ni tengah berduit, apa salahnya.. hehehe..Kalau poket kering, memang ma & pa corporation ajalah..ngee..

Cik Sara said...

@aimie amalina

Ye..cepatlah bulan 9..hehe