[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 4 (Payung Je punnn...)

Friday, September 30, 2011

Selesai sudah menghantar jubah.. Walaupun rasa tak puas lagi nak bergambar.. Heee.. Tak pe..cukup-cukuplah tu.. Ada rezeki, lain kali sarung lagi.. Betol tak? betol tak??


Lepaih pi hantaq jubah sat tadi, panjatlah empat tingkat bangunan HEP tu sebab nak pi ambil transkrip plak. Cheq nak habaq kat hampa, transkrip ni penting woo kot nak pi cari kerja nanti.. Jangan dok buat main.!

Dah dapat transkrip, lencong g Alumni plak.. Well..dah grad mean you are alumni member.. adoyai!.. Pi lah redeem kupon saguhati yang dia bagi tu..

Meh nak tunjuk kat you all especially dekat adik kayu, rupa saguhati alumni yang i dapat.. Pejam mata please...






















Tadaaaaa......




Bak kata abang dekat alumni yang tak brape nak handsome tu.."Payung je dik.."


Ai ai.. payung je mie.. Itulah rupanya.. Tapi nak tau lagi dak? Ada member lain pi redeem awai lagi dari cheq dapat album CD, Torchlight dengan T-shirt.. So, mana lagi menarik dan tertarik?? heee.. Tak survey lagi yang lain dapat apa.. Wokeylah..nak sambung baca Novel sat.. Malam-malam sket, baru nak pi berjalan dari satu blog ke satu blog...


daaaaa...


eh lupa plak.."I'm PROUD TO BE ALUMNI UTM!!!!"


heheheh...



[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 3 (Baju Melayu VS Lounge Suit (Blazer))

Thursday, September 29, 2011

"Hilang dah identiti melayu.."

"Kenapa?"

"Kau tengoklah tu.. Mostly pilih Lounge Suits a.k.a blazer.." Sambil menunjuk ke arah rakyat-rakyat jelata yang bakal berkonvo sekejap lagi..

"Kan ke itu dress code nya?."

"Tak juga.. Cuba kau tengok sana.." Bebola mata beralih ke arah yang dimaksudkan..

"Eh, dia pakai baju melayu lengkap bersampin. Tapi...Cina kan tu?."

Angguk-angguk..."Itu pun dress code untuk konvo juga.."

Oho..a'a..Melayu hilang sudah di dunia...

Itulah antara dialog yang telah diubahsuai supaya mesejnya sampai. Itulah suasana yang kelihatan di perkarangan Dewan sebelum dan selepas majlis konvokesyen. Sana sini lelaki-lelaki segak bergaya memakai lounge suit hitam bertali leher indah. Nak mencari yang pakai baju melayu lengkap? 1 dalam 50 mungkin. 


Kenapa ye? Lounge suits lebih menjadi pilihan hati?? Tak segak ke pakai baju melayu cekak musang lengkap bersampin? Oho...

Tapi tak wajar juga persoalkan pada mereka.. Sedangkan Pro-cansellor dan staff kanannya semua memakai Lounge Suit dibalik jubah konvo mereka.. Apatah lagi pemuda-pemudi bakal pemimpin negara ni.. Ye tak?

Dalam course saya sendiri, seorang je yang memakai baju melayu lengkap. Teruja juga waktu melihat tu.. Wahh..barulah sesuai "Takkan melayu hilang didunia.."..

Mana lagi mahal ek? Lounge Suit atau Baju Melayu Hitam lengkap bersampin? Saya tak tahu..


I got Origami Shuriken...

Shuriken..Shuriken..Yargh!!!...

Siapa suka tengok cerita ninja kat sini? Angkat-angkat.. Eh? Angkat tanganlah.. Kalau ada shuriken, plese Put your hands up!.. Hahaha..

Apa shuriken tu? Sejenis senjata. Ya! Jangan memain ko. Mr.Wiki said to me that shuriken is a sword hidden in the hand. Well known in Japan. Kalau main game Naruto with my little bro tu, memang selalu lah ambil watak yang lempar shuriken ni.. Walaupun masa tu tak tahu pun menatang apakah itu.. Hahaha..



But it can cause wound. Jangan memain beb.. Tajam..

Balik rumah kat kedah nanti nak main lagilah game Naruto Shippunden tu.. Bleh main shuriken cenggini..

Naruto Shuriken Rasengan

Tak pun..yang ini pun ok..


Nak baling shuriken ni ada 3 cara. Hidden Method, Fan dan Frisbee method. Nak baca lebih lanjut, dekat sini

Tapi yang ada pada saya ni tak tajam pun.. tapi cantik... Tak jumpa kamera plak nak ambil gambar.. Tapi rupa dia cengginilah...


4 angle star or known as Shuriken. Arigato ne~.. Mungkin nampak tak seberapa.. Tapi pemberian yang ikhlas itu jauh lebih besar maknanya... 

Dok saja2x tadi, terus google How To make Origami Shuriken.. And guess what? I found this. Tapi...cam malas plak nak buat.. Bukannya nak main lawan-lawan pun kan? Dah ada satu cukuplah.. Ole-ole dari Jepun.. Kalau buat sendiri dah x jadi ole-ole plak.. Hahaha..

"Domo Arigatou.. Terima kasih... Thanks Buddy!"


[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episod 2

Wednesday, September 28, 2011

Detik yang paling menggembirakan pastinya semasa Konvokesyen. Bukan? Ye saya tahu. Kamu mesti nak kata detik pernikahan dan perkahwinan adalah yang paling menggembirakan.. Apa? Bukan juga? Baiklah. Detik kamu dan saya berbeza.. Buat masa ini, Konvokesyen adalah yang paling menggembirakan saya..('o,')

Malas nak celoteh panjang..Jom ler layan picsta-picsta yang ada... 





Tang bergambar..Memang No.1. Laju ja.. Terima kasih pada En.Tripod kerana memudahkan urusan mengambil gambar..=D.. Next gambar...


Akan bersambung lagi...Heeee...

Urmmm..tetiba rasa dah lama gila tak kemaskini bloglist.. Bukan setakat kemaskini, update bloglist pun dah lamaaaaa sangat tak buat.. Nak kena buat segmen juga ke??? Heeee...

Wordless Wednesday #6 : Congratulations



To all my friends..
Congratulations on your graduation!!

[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episod 1

KK bukan Kota Kinabalu mahupun Kuala Kangsar Apatah lagi Kota Kemuning. Nehi. Nop. Nooo.. Tetapi KK stands for Kisah Konvo. Corat coret sekitar Majlis Konvokesyen ke-47 yang lalu.. 

Alhamdulillah.. Usaha yang dibaja selama 4 tahun yang lalu akhirnya membuahkan hasil dan berjaya dituai dengan jayanya.. Yeay! Pembuka kepada Majlis Konvokesyen ini adalah Malam Penganugerahan Dekan..

Subhanallah. Thank you Allah!!

Tidak sia-sia usaha saya selama 3 semester terakhir untuk menaikkan kembali CGPA akhirnya membolehkan saya meletakkan diri di kelompok senarai Dekan. Subhanallah.. Maha suci ALLAH.. Jatuh tak bererti kita tak mampu bangun. Selagi ada usaha, tiada yang mustahil dalam hidup. Meskipun tidak berjaya mendapat First Class, but i'm proud with myself. Teettt..Masuk bakul angkat sendiri.. Hik hik hik..


Dan medal itu untuk mak dan abah yang selama ini tak jemu-jemu memberi sokongan dalam segala aspek. Terima kasih mak! Terima kasih abah!

Sebenarnya tak expect pun akan dapat bunga tu.. Sebab dah pernah minta masa Konvo Matrik dekat PICC dulu.. Tapi tak dilayan.. Huhuhu.. Tak sangka kali ni dapat sampai dua sekali.. Suka2x..Thank you..Thank you..Thank you..


Kalau nak tahu...Family saya sampai JB hari Jumaat pagi, 23hb September. Malamnya, mak dengan abah attend Malam Penganugerahan Dekan tu. Esoknya, pergi majlis Konvokesyen yang dibuat sebelah petangnya..

Dan inilah keluarga saya.. Thanks for coming to JB..Yaw~




"Life may not be simple as we see. And to success, it's begin with a single step. Allow yourself to make mistake for you to learn more about it. Once you fail, doesn't mean you keep failing, but take it as a motivation and step again. Nothing is impossible. You have to believe in yourself when no one else does. That's what make you a winner.."



Jika kau fikirkan kau boleh...Kau pasti boleh melakukan... Jika kau fikirkan kemenangan...kau hampiri kejayaan... Engkaulah apa kau fikirkan. Terkandung dalam pemikiran.... nyanyilah sendiri ye..nite~


Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

Tuesday, September 27, 2011

Entrie panaskan enjin.. Erk? Bolehlah kata begitu..

Thanks kancil sebab jemput saya join segmen ini.. Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform.. Yo! saya suka... Sangat2x.. Cerita pasal konvo kita simpan sat naa.. Moh layan segmen Sang Kancil ni dulu.. Nak join juga? Ace click header kat bawah ni ye..



Timeframe : Sekitar tahun 2004 kalau tak salah.
Lokasi : Pengkalan Chepa, Kelantan
Event : Perkhemahan Kadet Polis MRSM Se-Malaysia untuk Kali pertama..

Wahhh..kelas gitu..Perkhemahan Unit Beruniform untuk julung-julung kalinya.. sebelum ni tak ada.. Seperti yang tertera di Event, saya dulu anggota Kadet Polis Maktab. Saya sertai kor Kadet Polis ni sejak di tingkatan 1. Masa rekrut anggota baru, saya g join.. Nak dijadikan cerita, masa ni mostly budak perempuan batch saya join Pandu Puteri. Hampir 3/4 jugalah dari satu batch tu. Tapi 3/4 dari budak perempuan kelas saya pakat join Kadet Polis. Memang bestlah kan bila dah reramai join..=D

Masa menengah rendah, tak banyak sangat aktiviti. Jadi ini kisah waktu di tingkatan 4. Dah senior sket since anggota kadet yang tingkatan 5 dah stop badan beruniform. Dan kebetulan pula masa ni anggota kadet polis maktab majoritinya perempuan. Tak dapat sambutan untuk rekrut anggota lelaki. Oleh itu, untuk pertandingan kawad kaki, the gurls yang ambil bahagian sebab lelaki tak cukup kuota..(T_____T)

Memandangkan kitorang ni anggota kadet polis MRSM PDRM yang memang basenya di kem polis, banyak jugalah advantage yang kitorang dapat. Bas maktab paling cantik antara semua sebab ikut design bas polis bukan design mara. Cuma ada logo MRSM lah. Khemah2x memang ada banyak stok. Dan yang paling best, kitorang satu-satunya pasukan yang bawa tukang masak sekali pergi perkhemahan tu! Hahaha...Suka2x..

Dari Kulim ke Pengkalan Chepa, kami menaiki sebuah bas + sebuah trak polis untuk mengangkut buluh-buluh dan kelengkapan perkhemahan serta sebuah van polis.. Paling best, Pak cik polis ni lah yang banyak bantu kitorang setup tapak perkhemahan kitorang. Memandangkan kitorang antara yang paling ramai bawa ahli kontigen, makanya terjadilah situasi di mana kitorang dapat 2 tapak. Satu tapak rasmi yang diserahkan kepada budak lelaki dan satu tapak tidak rasmi untuk the gurls..

Rasmi ni maknanya, terlibat dengan pengiraan markah base terbersih +kemas + cantik. Tidak rasmi maknanya, ikut suka ko lah.. Bila diingat-ingat kembali, memang pak cik-pak cik polis ni lah yang sangat supportive dan sangat membantu menjadikan tapak khemah selesa dan cantik. Siap buatkan tandas dan tempat persalinan untuk the gurls. Thanks a lot Uncles..

Aktiviti yang paling best? Main bearing kot.. Hahaha..sebab ini yang paling kelakar. kena guna kompas untuk allocate final point. Maknanya, kalau awal-awal dah salah, memang sudahnya tak jumpalah final point. Sampai dekat point ketiga kot, arah kompas atau bearing menunjukkan ke arah khemah urusetia. Kitorang pergilah kat khemah tu.. Cari-cari klu tapi tak jumpa. Patah balik dekat checkpoint sebelumnya untuk check bearing lagi sekali.. Tapi tetap yakin yang ianya menunjuk ke arah khemah urusetia.. Tapi masalahnya, klu dekat checkpoint tu tak jumpa pun! Lama jugalah.. 

sudahnya, kitorang skip check point tu dan follow group yang lagi satu untuk ke check point seterusnya.. Rupa-rupanya, klu tu dilekatkan dekat batang pokok belakang khemah urusetia! Yang kitorang tak terfikir pun untuk selongkar belakang khemah tu.. Aci tak?? End up walaupun menjadi pasukan terakhir yang tiba tetapi memandangkan wanita hanya ada 2 kumpulan, kitorang end up as a 2nd winner.. Lambat-lambat pun dapat hadiah juga!! Weee...

Maaflah..tak ada gambar nak dikongsikan.. Semuanya berbentuk hard copy dan disimpan di rumah.. sedey~.. Pape pun, the memories still with me..~

Memorable Tuesday




It's awesome..
Thanks dear for the gift.. Really like it..

Cekak rambut with my name on it.. Wonderful..
Novel tu tak sempat baca lagi..penat sangat..
By the way..
Seronok spend time with you all night semalam..
And a lot of Thank You for the Gift..

Really - Really love you dear..

(^________^)

Officially Graduated

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah...

Officially graduated!


24th September 2011
3.30pm
Dewan Sultan Iskandar, DSI UTM Skudai..

Bachelor of Engineering (Electrical - Medical Electronic)

p/s : Gambar dari facebook Rusydi~

Double Double H mai UTM..

Friday, September 23, 2011

Tu dia..Assalamualaikum.....Dah tido ke semua?? Entrie sebelum masuk tidur.. Heee..lambat plak malam ni nak tidurnya.. Hangpa-hangpa semua..Mai sini mai.. Dekat sikit..Chek nak habaq mai.. Double Double H mai UTM..

Erk?? 

Siapa Double DOuble H? Group hip hop terbaru ke?? Ngee..Bukan-bukan.. 2 personaliti muda yang berbakat. Kebetulan pula nama mereka ini berpangkalkan huruf yang sama..sebab tu saya kata Double Double H.. Nak tahu siapa??

Jap nak godek2x gambar....


Haaa..kenal tak?


Lagi sorang..yang ini...


Haruslah kenal kan? Hafiz Hamidun dan Heliza Helmi.. See..Double Double H kan??? 

Kenapa diorang mai UTM?? Sebab ada Forum Perdana sempena Festival Konvokesyen ke-47 ni. Tajuk Forum yang dibincangkan tadi adalah "Setulus Kasih Adam, Secangkir Bicara Cinta Hawa".. Hamik kau.. Tajuk pun panjang..

Hafiz Hamidun datang sebagai moderator manakala Heliza sebagai panel disertai oleh Dr. Azhar serta Ustaz Sharin.. Kupasan yang sangat menarik. Nanti saya kongsikan ye.. dah ngantuk.. Nak tidur.. Esok ada raptai.. Err..pagi ni..pukul 8 jap g..ngeee..

Jom Berpesta....

Thursday, September 22, 2011

"Malam pesta muda mudi...."

Jom2x..kita berpesta~.. Padang kawad yang sememangnya dah penuh dengan khemah sejak sebelum raya hari tu dah pun semakin dipenuhi manusia-manusia. Yang kecik.Yang besar. Yang tua. Yang muda.. Semuanya ada.. Nak cari apa? Baju? Tudung yang macam-macam tudung tu.. Skirt labuh. T-shirt. apa sahaja yang kamu cari....semuanya ada...

Wahhhh...Promote pesta konvo plak.. Heee...

Sekarang dah Pesta Konvokesyen ke-47. Setahun 2 kali. Dan untuk sekian kalinya, maskot lebah ditampilkan. Lebah... Lebah..dan kenapa lebah??? Entah..


Banyakkan aktiviti? Tapi cam tak ambil port sangat.. Sebab apa?? Sebab lebih fokus pada majlis konvokesyen hari sabtu ni.. Yaw..tak sabar-sabarnya...

Jom usha apa entrie blogger-blogger ni..


p/s : Oooopppsssssss...Edisi kali ni dipanggil Festival Konvokesyen..Ayuh kita berfestival..

Nak didik anak-anak..

Wednesday, September 21, 2011

Pendidikan awal kanak-kanak. Early childhood education. Inilah kisahnya yang saya nak kongsikan. The one that i told before.. Dekat mana? Jap..nak mencari....



Haaaa.....dahhh jumpa..Kat sini...Sini...sini...Hee..

Saya panggil beliau kakak as she mention herself as kakak. Oklah tu.. The best word adalah "Mother is the best tutor for her own child!".

Ok. Kenapa? sebabnya, early childhood education bermula sejak dalam kandungan ibunya lagi.. Betul tak? betul tak?? Jadi, sebagai seorang ibu atau bakal ibu, kita kenalah ada time frame err.. rangka kerja..err..bukan2x..Kita kenalah ada perancangan "bagaimana nak jadikan anak kita pada masa hadapan".. As an educated mommy to be.. hahaha..perancangan itu perlu.. Dan tindakan ke arah melaksanakan perancangan itu adalah sangat penting..Crucial. Vital!..

Bagaimana kita melihat anak kita pada masa hadapan???

Sebagai contoh:-
Kita nak anak kita bila umur dah 4 tahun bleh cakap bahasa melayu dengan bahasa jepun secara fasih nya.. Hahaha..giler ko nak ajar anak bahasa jepun? sedangkan diri sendiri terkial-kial? Tapi tak mustahil kan? Itu contoh je..


Tak pun...
Kita nak anak kita nanti jadi seorang tahfiz. Umur baru 4 tahun, dah hafal surah-surah pendek dalam al-Quran. Tak mustahil kan? Tak semestinya apa yang dididik dari kecil, bila besar dia tak mau jadi tahfiz itu suatu pembaziran.. Tidak.. sebaliknya, ilmu yang dah sebati dengan dia akan jadi nilai tambah kepada dirinya sendiri..

Ok. Let say, kita nak anak kita bila umur dah 4 tahun dia boleh bercakap bilingual. Kalau nak dia bercakap 3-4 bahasa pun bolehlah.. Tapi let say bilingual. Masa dalam kandungan tu, dedahkan bayi kita ni pada bunyi-bunyi yang boleh meransang pemikirannya. Dengarkan bayi dengan ayat-ayat al-Quran adalah yang terbaik.. 

Bila baby dah tengok dunia..means dah selamat melahirkan..seawal usia 3 bulan, kita mainkan CD bercorakkan pendidikan. Kat malaysia ni tak banyak lagi kot.. Tapi still ada.. Cubalah cari.. Walaupun mungkin kita tengok baby tu macam tak faham pape pun.. Tapi on the other way, CD pendidikan yang sangat ceria lagi berwarna warni ni akan merangsang pemikiran bayi. Kecil-kecillah senang nak dibentuk. Ni bila dah besar baru nak ajor grammar segala bagai, memang biol sketlah otak nak tangkap..hehehe...

Praktikkan One to one tutor. Maknanya, approach anak-anak kecil kita ni satu persatu. Kalau anak kecil ramailah. Kalau tak ramai, then focus hanya pada yang satu tu.. Nak pula, zaman sekarang ni ada macam-macam game yang bersifatkan pendidikan.. Kalau dulu, aci main batu seremban je.. tak pun lompat getah.. Hebat sket, main lompat-lompat dari tingkat 2 bangunan flat.. Owh! saya suka itu..


Isyy..tetiba rasa susah plak nak bercerita tentang Early Childhood Education ni.. Aci tak sambung entrie ni bila dah dapat anak sendiri nanti?? Ngee.. selebihnya, ate search kat internet.. Ini adalah hasil olahan saya selepas mendengar kakak bercerita.. Tapi yang pasti, pendidikan awal kanak-kanak iaitu seawal usia 3 bulan adalah sangat penting..Dan ibu memainkan peranan yang saaangat penting..

If your husband can afford you and your child, why don't you stay at home and teach them.. Tapi, kalau rasa you need to help your husband, gunakan masa-masa terluang to be with your childs..

~Nasihat untuk diri sendiri...Entrie ni best..


Makan..makan..dan makan..

Makan..makan..makan...

Sedap kan kalau dapat makan? Siapa yang tak suka makan?? Angkat kaki tangan anda!!.. Dan paling best kalau dapat nasi.. Hahaha...Inilah lidah orang melayu namanya.. Kalau dapat nasi putih tambah pula lauk pauk yang sedap..Fuhhh..mengancam!.. Tak payah lauk sedap2xlah..dapat nasi, ikan masin dengan kicap pun dah rasa cukup berselera.. Apa orang kata?? Sampai mak mentua lalu pun tak perasan?? Ok! yang itu saya tak tahu.. tapi setakat ni, mak sendiri lalu saya sedar lagi lah..=D


Perempuan banyak makan. Pelik ke? Tak boleh ek? Kelihatan sangat luar alam ek? Alahai! Susah arr cenggini.. Sebab saya suka makan. Lagi banyak lagi suka.. Tidaklah sampai tak ingat nak berhenti langsung kan?? Langgar sunah Rasulullah plak.. Tapi tak de lah makan seciput je.. Tak kenyang.. Metabolisme badan tak bleh nak berfungsi sebab tak dapat makanan!

Eh, apa ke bendanya pagi-pagi aku dah merepek pasal makanan ni?????????? Ngee..

Moral of story :
Lapor r.. Tak ada geng plak nak g ajak makan time-time cenggini.. Kena tunggu pukul 12tgh hari sat g lah..makan free..hehehe...

p/s : Kepada bakal suami saya yang entah di pelosok dunia mana saya pun tak tahu... Kalau agak-agak masa you bawa i keluar makan nanti i makan sket sangat, maknanya itu bukan diri i lah..Itu tengah cover line namanya.. Shy-shy cat.. Makanya, tolong ingatkan i to be my self! Sekian.

Macam tak percaya je..

Tuesday, September 20, 2011

Selamat pagi semua!!!!

Maaf sangat2x..semalam tak sempat nak g balas kunjungan teman-teman.. Terlupa yang broadband dah expired! Hahaha.. Kena g tukar plan ni.. Ambil yang monthly punya..=D

Dialog semalam;

"Data dah boleh baca?"
"Dah..tapi tak stabil sangat.."
"Owh..tak pe2x..yang penting data tu dah dapat.."

Angguk-angguk

"Lepas ni awak kena buat apa?"
"Owh, nak cari macam mana nak bagi ID dekat data tu.."
"Awak guna LabView, extract dulu data-data tu bagi dapat final data je..Lepas tu awak tambah ID dari situ.."
"Owh...Extractkan data macam buat masa PSM dulu?"
"Betul! Lepas tu, nanti convert yang LabView tu kepada Assembly Language untuk burn dalam microC.."
"Susah tu. Saya tak reti sangat MicroC.. Saya buat yang LabView dululah.."

p/s : Ini adalah dialog yang telah diskemakan bahasanya..

Itulah al-kisahnya.. Mujurlah tak uninstall lagi LabView dari laptop. Kalau tak, jadi kerja plak nak install balik. Dah ler susah bebenor nak dapat versi crack ni.. Makanya, pagi ni..saya pun godek2xlah laptop. Cari balik labview yang buat masa PSM dulu.. 

Jumpa! Tapi tak boleh buka lah plak.. File dah lari.. Tak syncronize dengan yang simpan dulu.. Haiyark!! Godek2x lagi..Jumpa yang JPG punya. Fuhh..mujurlah print screen juga.. Kalau tak, hancusss...


Tapi....Arggghhh..aku ke yang buat ni dulu?? Apsal macam tak faham pun apa yang aku dah buat dulu?? Trylah nak buat lagi sekali tapi based on current project.. Tapi....

Ok..i'm lost! Macam tak percaya je itu saya yang buat dulu.. Dr. tolong sket2x je.. Kali ni kena start semula..dan buat lagi sebab yang ada tak boleh buka! Great!..

Setengah Hari

Monday, September 19, 2011

Fuhh..pedih dah mata dok hadap laptop. Sakit leher gak dok tegak depan laptop ni.. Walhal kerja depan mata dari tadi tak bergerak-gerak..Heee....

Apa yang saya buat??

Mencari dan terus mencari peluang untuk sambung belajar ke luar negara. Dah undergrad tak ada peluang, kita cuba untuk post grads plak kan?? (Dah lama teringin nak blajar kat luar..) Mengikut saranan Dr.Mahathir iaitu "Pandang ke Timur", satu persatu website U dekat Jepun dengan Korea saya godek2x dengan sabar.. Sesekali cari juga dekat Google Search pengalaman orang sambung blajar kat Oversea ni..Maklumlah..tak de pengalaman.. Zero knowledge!..


Rata-rata yang dah berpegalaman cakap kalau nak sambung master by research, kena cari supervisor.. Supervisor oh supervisor! Lepas tu kena apply U dulu.. Dah dapat baru bleh fikir dan apply untuk funding pula.. Tapi...hakikatnya, yang pertama tu pun tak lepas lagi.. Macam mana nak cari supervisor kat oversea tu??..


Ok..otak dah biol.. kena stop dulu kot.. sambung buat kerja semula..heee..

Ceritera Open House Syawal 1432

Open House sana sini sinun.. Tapi satu pun tak ambil gambar.. Pergi untuk melunaskan tanggungjawab untuk makan.. Erk?! Hujung minggu kali ini diisi dengan aktiviti rumah terbuka.. Syawal kan sebulan? Betul tak?? Cuma sedihnya, kali ini tiada lagi aktiviti Konvoi raya. Itu part yang sedih. Wee..

Bermula dengan hari Selasa lepas. 13hb September 2011. Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTM bersama Staff.. Err..memula tak tahu pun itu untuk staff semata-mata. Ingatkan memang untuk mahasiswa. Makanya, tanpa melengah-lengahkan masa, pukul 11.00pagi lagi saya, Siti dan K.Shikin gerak ke Padang Kawad. Tapi, kira staff jugalah kan? Sebab status RA sekarang.. Ngee..

Kebetulan, padang kawad memang tengah penuh dengan khemah-khemah. Al-Maklumlah, minggu depan kan dah mula Majlis Konvokeysen. Makanya, Pesta Konvo atau Festival Konvo juga turut bermula. Oh! Berbalik pada kisah Rumah Terbuka UTM. Sepanjang-panjang khemah tu dipenuhi dengan staff-staff UTM dari pelbagai fakulti dengan hidangan masing-masing.. Memang masyukkk..Sana sini ada makanan. Soto. Satay. Mee Kari. Murtabak. Laksa Johor. Bihun Sup. Ketupat nasi dengan rendang. Lemang.. Sooooo many. Rambang mata. Rasa nak ambil semua sekali.. tapi tangan penuh.. Makan seadanya sahaja..


Sekitar pukul 12.00tengah hari, Sultan Johor dan staff kanan universiti mulai memenuhi ruangan tapak. Class gitu you... Jumpa Sultan Johor meskipun tak berjabat tangan.. Eh, tak boleh.. Haraaammm... Orang kata Sultan Johor berjiwa rakyat.. Pada pandangan mata saya tanpa bantuan kaca mata mahupun kaca televisyen, saya akui beliau memang mesra dan berjiwa rakyat. Sempoi koo... Staff kanan even NC sendiri pakai baju melayu.. Sultan datang pakai kemeja je.. Yang pasti warna biru. Since kat sini known as Royal Blue bukan Royal Yellow like others..


Sebelum Jamuan Raya tu, ada satu lagi event dekat DSI. Tak ingat plak apa kebendanya event itu.. Tapi main guest untuk event tu memang Sultan dan kerabatnyalah.. Haa..lagi satu.. Tengok dalam TV, Sultan Johor suka aktiviti bermotor kan?? Hari tu pun adalah beberapa biji motor besar yang follow tuanku.. Class you.. Ada yang bergambar dengan motor besar dan kereta Sultan sebab nak bergambar ngan sultan secara personally tak dapat.. Tapi...saya malaslah..dengan tak ingat nak bawa kameranya.. Dah tengah tak sihat time tu.. Memang pandang dari jauh je..hahaha...




Panjang pula cerita pasal itu.. Seterusnya...PotLuck dekat MEP. Dah story dah ari tu.. So, skip part ni.. Lanjutkan pula ke Rumah Terbuka Dr.Rubita pada 16hb September 2011.. Sama dengan Hari Malaysia tu.. Seawal jam 8.30pagi kitorang dah terpacak depan rumah Dr. Siapa kitorang tu? Me, Siti, Q, Noni dan Ellie.. Awal kan terpacak kat sana?? Sebabnya, nak menolong mana yang patut.. Sempatlah tolong-tolong potong timun, carrot, bawang untuk buat acar.. Sempat juga memasak Ayam masak merah tomato. Sempat juga tengok Dr. masak nasi tomato..


Menu hari tu?? sangatlah banyaaaakkk....
Ada nasi tomato + ayam masak merah tomato + acar, Soto bihun, Laksam, Roti Jala, Kuih Seri muka and bla bla bla..Sudah je menolong masak dan mengemas, kitorang pun melantak..Sampai full lah juga perut ni.. Bila perut dah kenyang, faham-faham je lah kan?? Mata pun mula kuyu...




Sebelum balik ke UTM, kitorang singgah rumah Izzati dulu.. Beraya lah kononnya.. Tuan rumah jamu spagetti. Meskipun perut dah rasa maca nak meletup, makan jugalah..Rezeki jangan ditolak..Musuh jangan dicari deh..Pukul 1.00 tengah hari kitorang balik UTM..landing-landing kat bilik dulu.. Around pukul 4.30 kitorang g rumah Dr. balik.. Heee..1st round tadi tak sempat nak makan laksam dengan roti jala sebab perut dah full. Jadilah melantak untuk 2nd Round.. Dr. pun sempoi.. Dia yang pesan. Kalau lapar, mai lah lagi.. Bagai pucuk dicipta..


Last open house dekat rumah Dr.Fauzan. 18hb September 2011
Yang ini, Dr.pesan datang dalam tengah hari. Pukul 1.00tengah hari saya, Siti, Ana dan Wani terpacak depan rumah Dr. Disambut oleh Hariz dan Aisyah, anak dr. yang kecik lagi tu. Comel! Masa tu Kak Siti, wife dr. tengah tido kan baby Fariz (Tapi baby tak mau tido..). Menu dekat rumah Dr lagilah menarik.. Cumin Rice.. kalau tak salah itulah namanya.. Marvellous tak? 1st time tengok, kitorang macam..."Nasi apa ni ek? Macam tak pernah jumpa je.." =D




Cumin Rice + Ayam masak Madu + Salad + Soto nasi + Ayam madu with blackpepper sauce + tembikai.. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk mengkagumkan kitorang.. Memang brunch kat rumah Dr. lah ari tu..=D The best part is.... Play with baby Fariz.. And ada sesuatu yang Kak Siti kongsikan dan menarik perhatian kami-kami semua.. Apa dia?? Story kat entry akan datanglah..dah panjang sangat ni..


K lah..Itu sahaja ceritera Open House kita.. Daaa

Kosong ~

Sunday, September 18, 2011

Rasa nak menaip walaupun tak tahu apa yang nak diceritakan atau diluahkan.. 
Rasa nak menangis walaupun tak tahu apa penyebabnya atau punca..
Rasa nak ketawa walaupun tak tahu apa yang kelakarnya...

Mungkin menangis pada diri sendiri..
Atau mungkin juga ketawakan diri sendiri...

Ada saat yang menggembirakan...
memang sangat gembira...

Tapi bila sampai untuk berduka..
Tak pasti perlu atau pun tidak..

B : Kau rasa sampai bila kau boleh bertahan macam ni? Sebulan?

Geleng.

C : Seminggu. Atau mungkin 2 minggu.

Angguk. Mata yang memandang tidak seberat bahu yang memikul dan hati yang merasa. 

Home Sweet Home. The best ever.

Homesick? Geleng. Not a kids anymore. I'm a grow teens.





Sebab Jubah je Pun..

Saturday, September 17, 2011

Fullamak.. Ponat2x..Ponat berdiri deh.. Sekian laginya, saya bangun awal hari ini.. Seawal 7.30 pagi dah gerak ke destinasi. Awal kan? Masuk lab hari-hari pun tak seawal ni.. Fuhhh...

Destinasi mana? Ke sini....

Ramai kan orang? Semuanya tengah dok beratoq tunggu Stor Jubah buka.. Kitorang yang sampai pukul 7.30pagi ni pun dah kena dok depan CIMB Bank. Punyalah panjang.. Dengar kata, orang first datang dalam pukul 6.30pagi.. Dasat kan?? Semuanya disebabkan Jubah je pun.. Tapi excited dia......Marvellous.. Memang lenguhlah kaki nak berdiri.. Kebas punggung dok tepi jalan tu.. Belum pun pukul 9, barisan dah sampai bangunan HEP!


Haaa..inilah wajah-wajah orang yang tak sabaq-sabaq nak ambil jubah.. Mesti adik kayu tertanya di manakah kakak kayu.. Ehemm..kakak kayu dengan ...... Dah tahu kan? Hahaha... Penat oooo beratur nak ambil jubah konvo..sampai berpeluh-peluh... Menjadikan bertambah-tambahlah excited nak pakai masa konvo nanti.. Bila konvo? Sabtu depan..heee..

Tunggu punya tunggu.. Hampir 3 jam jugalah.. Dekat pukul 11.00pagi baru berjaya mendapatkan set jubah. Dasat kan? Semuanya keranamu Jubah Konvo! =D.. Dan hasilnya seperti di bawah..


Haaa.. tu dia.. kiri kanan beg jubah.. Satu untuk diri sendiri.. Satu lagi, member punya.. Dia minta tolong ambilkan.. Jadilah satu orang sampai dua beg.. Dalam beg itu ada jubah, robe dengan lapel. Untuk FKE, Lapel kitorang warna kuning.. Save for the date..

Tengoklah..esok tak pun lusa ke.. Pergi bergaya dengan jubah.. Buat Pre-Konvo Photograph..=D...

Urmmm...nak pakai baju apa masa konvo nanti ek? Baju raya nak pakai Jumaat Malam untuk Majlis Makan Malam bersama Dekan.. Sabtu?? Urrmmm..jom shopping!!! Hehehe..