SNSD punya pasal....

Saturday, April 7, 2012



Cerita dah basi. Tapi tak kira, nak tulis juga. Nak! Nak! Nak!.. Sebelum ni ada tulis pasal Girls Generation dekat KLCC. Tapi, masa tulis entrie tu, belum terjah lagi KLCC. Keterujaan nak jumpa retis Korea telah membawa saya dan kawan sekampus menerjah KLCC elok je lepas asar. Ahaks.. Sebelum tu, awal-awal nak bagitahu yang kami pergi ke KLCC menggunakan kenderaan awam a.k.a PUTRA dan Touch n Go. Kenapa? Haaaa...panjang ceritanya..

Around 5.00pm, lepas solat Asar kitorang tunggu teksi depan kolej. Gilerlah kalau nak drive ke KLCC tu.. Mahu tempoh kesesakan lalu lintas je dekat Jalan Tun Razak dan apa ntah lagi jalan area Setapak tu. Dari kolej, ambil teksi ke stesen LRT Sri Rampai. Yang paling dekat lah tu. Touch n Go into the PUTRA. Tak sampai setengah jam, kitorang dah menjejak ke KLCC ni. Awal lagi kan? 

Kitorang pun pusing-pusinglah KLCC tu, konon-kononnya nak cari dekat mana sebenarnya pentas yang dimaksudkan itu. Tapi, yang kitorang jumpa hanyalah skrin besar dekat tengah-tengah tasik. Ooooookkkk.. Betul ke tidak SNSD datang Malaysia ni? Dekat satu sudut, adalah sekumpulan budak-budak remaja yang pada hemat saya peminat kipas susah mati(?), die hard fan(?) SNSD.. Pink gitu... Siap bawa gambar retis korea tu lagi.. Wa tabiklah sama korang-korang.. Kenapa? Sebab saya minat gitu-gitu je.. Idaklah sampai nak berabis untuk retis-retis tu..=D


Rupa-rupanya, pentas untuk SNSD berkonsert tu on the other side. Dekat dengan Dewan Philharmonik Petronas (?). Keluar je pintu KLCC tu....... Perghhhhh.... ribuan manusia. Pakat dah beratur nak masuk kawasan berbayar. Dari sisi pentas di luar lingkaran berbayor nampaklah sekumpulan wanita tengah dok nari-nari sambil sound check atas pentas tu.. Wohooo... Itukah mereka??? Tapiiii, aih malaslah eden nak bersesak, berebut semata-mata nak melihat.. Habis kang tersentuh sana sini. Dah nampak dari jauh pun jadilah. Konsert? Layan dekat skrin besar sudahlah. Ate, nak kena pergi solat maghrib dulu.. Karang kalau dah bersesak dan dengan jayanya dok depan-depan, kena juga berundur ke belakang untuk pergi solat.. Moleklah kalau bersolat dulu~..

KLCC hari tu sangat full.. Bukan ribuan tapi puluh ribu dah rasanya. Dekat Signature penuh. Dekat surau pun penuh beb! Sudahnya, bergegas ke Masjid As-Syakirin yang tak jauh dari KLCC tu. Konsert SNSD start lepas isyak. Elok sangatlah tu. Daripada pergi bersesak, layan jelah dekat Skrin besar tu. Awesome juga apa. Sedor diri tak bertiket.. Makanya, kita layan je apa yang ada... Yang tak boleh blah, dekat area depan skrin besar tu pun, manusia penuh! Ramai giler. Tapi layan~...

Satu je yang tak best! Bukan setakat sound system tak baguih. Visual Screen system(?) pun benar-benar menaikkan amarah! Hikhikhik.. Tahulah kami ni penonton di kawasan public area a.k.a free access area, tapi agak-agaklah.. Tengah-tengah SNSD nyanyi joget-joget tu, boleh pula tayang gambaq KLCC dekat skrin tu.. Mahu hangin kitorang! Setakat KLCC tu, kalih belakang dah nampak!..

Lebih kurang setengah jam jugalah Girls Generation nyanyi joget-joget atas pentas tu.. Antara lagu yang diorang nyanyi dan joget-joget :- The Boyz, Genie and Mr.Taxi and Hoot~.. Habis je persembahan SNSD, semua angkat punggung blah beb! Hahaha.. Meskipun lepas tu masih ada persembahan artis omputih. Masa nak balik ni lagilah tak boleh blah..

Kan dah kata tadi, kitorang naik pengangkutan awam a.k.a PUTRA. on da way nak ke stesen LRT KLCC yang underground tu, terpaksa tempoh kesesakan umat manusia! Adooi! Tengok konsert tak adalah bersesak pun.. Nak balik pula yang penuh sesak. Dahlah jalan underground tu bertutup tiada saluran udara. Manusia pula dah macam sardin dalam tin! Penuh!. Panas! Tersangkut pula dalam laluan underground tu!..

Mujurlah pakai Touch n Go kan?? Selit dekat tepi-tepi tu, dan akhirnya berjaya juga tembus ke train. Sesak sebab orang nak membeli token!.. Aigoooo.... Tapi, overall enjoy the concert.. Berbaloilah kan sebab tengok percuma. Kalau nak tengok face to face dekat-dekat, kenalah melabur beli tiket.... Errr.. may be next time? Super Junior? Hik hik hik..

Cerita dah basi tapi masih segar di ingatan. Sebab!!!! Nak tengok SNSD punya pasal, sampai terperangkap di laluan bawah tanah menuju ke stesen LRT KLCC..ahaks..~

Isy..isy..isy..  

 



3 comments:

Shafiq said...

Besttt...Sy Xdapat Pegi Tengok SNSD..Adei..

Izyan Yazid said...

moment yg masih segar dlm ingatan..SNSD punyer pasal..i like!!..

Izyan Yazid said...

moment yg masih segar dlm ingatan..hahaha...i like!!