Hari ni nak ambil mood tulis tentang makanan Korea.
Korean cuisine.
Tapi sebetulnya, kalau nak baca lebih lanjut boleh baca dalam Wikipedia. Lengkap!
Sebagai mukadimah...nak kenalkan dulu dengan Hanjeongsik, a full course Korean Meal yang dihidangkan dengan pelbagai jenis menu sampingan atau disebut banchan.
Dari apa yang saya faham, Banchan ni terdiri daripada ratusan jenis side dishes yang dihidangkan di dalam bekas kecil untuk dikongsi bersama. Dan antaranya adalah kimchi (fermented vegetable), Namul (marinated vegetables), Bokkeum (dish stir-fried with sauce), Jorim (dish simmered in a seasoned broth) <- at="" boil="" by="" font="" looking="" simmered="" size="5" synonym="" the="" thesaurus="" to=""> Jjim-> (stimmed dish), and Jeon (Pan fried).
Antara banyak-banyak banchan,saya suka Kimchi. Seperti yang ditulis oleh Jamie Frater dalam artikel beliau yang bertajuk Top 10 Korean Foods You have to Try, Kimchi merupakan makanan yang wajib kamu cuba kalau berbicara tentang makanan korea!.
Nyumm..nyummm..Nyummy!
Masih teringat-ingat lagi makanan korea yang saya makan dekat Korea few years back.. Waaaa..rindu! Kumpul duit tak cukup-cukup lagini.. Gane nak g semula?? Huhuhu..
Tapiii...
sekarang ni rasanya dah falling in love dengan Bibimbap..
Kalau pergi area Korean Fusion, memang tak sah kalau tak beli Bibimbap.
Dalam artikel yang saya pernah baca, Bibimbap ni makanan sihat!.. Sihatlah kan kalau dipenuhi dengan pelbagai jenis marinated vegetables. Daripada tak gemar makan tauge, jadi in love dengan tauge! hehehe...
Sebab tauge dalam makanan korea, gemuk-gemuk tak macam tauge biasa. Nampak pun sihat!.. Hehehe...
Seterusnya...
Samgyetang. Atau bahasa mudah difahami Ginseng Chicken Soup. Yang ini saya pernah makan masa beberapa hari lawatan dekat Korea tu. Masa tu tak tahu pun nama dia Samgyetang. Kihkihkih.. Tapi, kalau dapat makan waktu winter, memang terbaik. Tapi setakat ni tak pernahlah lagi try makan dekat Malaysia. (^__^)
Amacam?
Tak terasa ke nak hirup kalau cuaca sejuk-sejuk tu?
Yang best tu, seekor ayam dalam mangkuk untuk untuk per dishes.
Nasi disumbat dalam tu.
masyuk kan?
Yang seterusnya adalah Bulgogi!. Marinated meat. Perghhhhh......
Kalau dapat makan yang dekat Seoul Garden tu memang rasa puaslah. BBQ sendiri meat tu. Makan pula ala-ala samgyupsal.
Tapi kalau tak salah saya, samgyupsal tu stand for Korean Pork Belly kan?
So, tak suruh pun makan pork.
Orang cakap ala-ala..
Samgyupsal wrap.
Dari tak makan salad, terus rasa sedapnya bulgogi yang wrap dalam salad ditambah pula dengan marinated vegetables, kimchi dan korean sauce.
Delicious!
Nyumm..nyum..nyummyyy!
Cara paling berkesan untuk galakkan orang yang tak makan sayur untuk makan sayur!.
Dan ini satu-satunya cara yang membuatkan saya pun makan salad tu!
Again!
No pork! No alcohol! No Wine!
Everything can be made in Halal version!
Itu yang penting kan?
Tapi..dalam banyak-banyak makanan Korea ni, ada juga yang saya tak suka..
Antaranya,Ddukppoki (spicy korean rice cake)..
Tengok dalam TV macam menarik..
Tapi bila makan, tak kena pula dengan tekak sendiri..
Tengok?
Terliur kan? Tapiiii... Eheh.. tak berapa nak kena dengan tekak orang melayu saya ni.. Huhuhu..
Atau mungkin tempat yang saya pergi makan tu memang masak tak sedap?
Kihkihkih...
Oklah.. itu je review pasal makanan. Lapar pula aih. Esok je lah cari makan dekat kafe kolej tu.. Lain kali kita review makanan negara lain pula.. Boleh?
Selamat malam you all semua..
Oh ya!
Gambar ni semua, kredit pada Prof.Google ok!
Semuanya saya curi dalam Image Google!
Bubbye!