Selamat Hari Abah!

Sunday, June 17, 2012





Masa kecik-kecik dulu, abah suka bawa kami adik beradik pergi airport. Bukan masuk dalam airport tu. Tapi berhenti kereta dekat luar pagar airport. Lepas tu tengok kapal terbang turun naik dekat runaway tu. Bukan kami sekeluarga je. Ramai je lagi yang lepak dekat luar lapangan terbang tu untuk tengok kapal terbang. Al-maklumlah, masa tu tinggal dekat Sarawak. Jadi, setiap kali tengok kapal terbang turun naik macam eksaited sangat-sangat. Nak balik semenanjung bukan boleh selalu. Tunggu abah punya giliran, baru naik kapal terbang balik semenanjung. Jadiiii... pengubatnya, tengok kapal terbang on the runaway!..


 
Bukanlah tetiap hari.. Tapi selalu jugalah. Seronok kalau naik kapal terbang. Tengok awan-awan yang macam gula-gula kapas tu. Awesome! Especially kalau naik MAS. Sebab untuk budak-budak, MAS selalu bagi games. Antaranya replika kapal terbang! Suka sangat. Dan yang paling saya ingat adalah, dapat pergi kokpit jumpa pilot! Masa tu last flight kami sekeluarga dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab abah yang request kata anak-anak nak tengok tempat pilot bawa kapal terbang! Eheh...

Terima kasih abah! Sebab bawa kami merantau jauh. Dan sampai sekarang saya suka merantau. Cumanya, tak boleh nak naik kapal terbang selalu walaupun hati nak sangat-sangat naik kapal terbang biarpun hanya dari KL ke alor setar. Tapi... One important things, saya belajar tentang hidup. Saya belajar untuk merantau.. Dan saya belajar untuk menjadi seorang anak yang matang. Semuanya saya belajar dari Abah.



Terima kasih abah atas ruang dan peluang yang diberikan dari saya kecil sehingga kini. Terima kasih atas sokongan fizikal dan material dan segalanya untuk saya berada di mana saya berada kini. Terima kasih abah... untuk segalanya. Walaupun ungkapan ini sukar terucap di bibir.. Tapi tak pernah putus dalam doa. Selamat hari Abah! Abah!.. ^^,
 



Topup Iman : 4T

Salam Ahad!!..

Walla..walla..walla.. Tengah buat apakah? Ini adalah entrie ke-677 sepanjang saya berblog! Huhuhuhu... Ya ALLAH, apalah yang dah aku mengarut-ngarut dalam penulisan blog a.k.a e-diary ini?? Semoga tiada yang merepek dan bertentangan dengan akidah. InsyaALLAH..

Haaa.. untuk topup Iman kali ni, nak kongsikan tentang 4T. 4T yang sangat-sangat kita perlukan sebagai hamba ALLAH. Sumber? Ikim.fm siaran pagi tadi..

Sebagai hamba ALLAH, kita perlukan 4T ini. Apakah?
  1. Tauhid
  2. Tasbih (Segala pujia-pujian kerana ALLAH S.W.T)
  3. Tunduk (Dihadapan ALLAH)
  4. Tawadhuk 
Ok. Yang saya sangat tertarik adalah berhubung point ke-2 dan ke-3. Sebab kita selalu tertinggal dua point ini. Tak percaya? Jom tengok situasi ini.

Minah : Alololo...comelnya baby niii..
Ali : Comelkan? tengoklah sapa mak dan ayahnya....

Urmmm.. nampakkan? Kita tak bertasbih pada ALLAH.. Sedangkan kita sangat dituntut segala puji-pujian kerana ALLAH... Subhanallah, comelnya baby ni.. Indahnya ciptaan ALLAH yang menjadikan setiap satu hambanya..

Sebab apa?? Haaa.. sebab tak semua ibu bapa yang cantik dan segak, anak dia akan comel dan segak juga. Semuanya ALLAH yang tentukan. Jadi, bukankah sewajarnya kita berikan puji-pujian itu kerana ALLAH s.w.t. Penciptaan ALLAH yang MAHA sempurna. MasyaALLAH..

Tunduk di hadapan ALLAH. Maksudnya, janganlah kita terlalu ego mendabik dada. Terus-terusan meletakkan kesalahan itu pada ALLAH. Hakikatnya, sebagai hamba kita perlu tunduk di hadapan ALLAH. Mengakui kesalahan sendiri. Ya ALLAH, sungguh aku khilaf. Tidak meminta petunjuk daripada sebelum mengambil keputusan ini. Dan aku akui inilah hasil kepada kekhilafanku sendiri.

Contohlah.. masa nak kahwin, tak nak buat solat istikharah minta petunjuk ALLAH. Ikut sangat rasa suka. Bila dah berkahwin, keluarga tak bahagia, kita salahkan ALLAH. kita lupa untuk tunduk kepada ALLAH mengakui itu adalah salah kita. Astaqfirullah.. Ya ALLAH, ampunkan segala dosa dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Sungguh! Aku lupa!..

Hehehe..gambar ni macam ada unsur pengajaran je disitu.. Contohlah ini yang berlaku.. Emak-emak, ayah-ayah nak salahkan ALLAH juga ke? Nak meninggi ego juga ke? Anak-anak?? Nak salahkan ibu bapa sebab tak beri didikan yang betul? Enough! Hentikan. Kembalilah kepada ALLAH.. Sehina-hina diri kita, tunduk dan mohonlah kemaafan dari ALLAH. Akuilah kesilapan yang dah kita lakukan. Allah maha mendengar setiap rintihan hamba-NYA. Ingat! 1 jari kita tunding pada orang lain, 4 lagi akan kembali kepada kita. Jadi, tunduk! tunduk dan mohonlah keampunan dari Tuhanmu. Cukuplah yang lalu kita jadikan teladan atas keegoan kita..
 
Sungguh! Carilah kemuliaan di sisi ALLAH dengan memohon keampunan ALLAH dan sentiasa menyerah diri kepada ALLAH. ^^, smile~

Dan sebagai penutup, saya kongsikan pula 4 perkara yang boleh menjadikan kita seorang manusia yang hina..
  1. Kalau kita menyerahkan hidup pada SYAITAN.
  2. Ketika kita mengikut hawa nafsu sama ada sepanjang waktu atau ada ketika dan waktunya.
  3. Ketika kita tidak berbuat baik dengan ALLAH dan insan lain.
  4. Ketika kita hilang kepercayaan kepada ALLAH.
Astaqfirullah.. Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Ini hanyalah perkongsian untuk peringatan buat diri sendiri dan kalian semua.. Wallahualam...



Topup Iman : R.E.F.L.E.C.T.I.O.N

<- Such an interesting and knowledgeable talk show program brought by TV Al-Hijrah..

Seperti kata Imam Shuaib Webb, for him "TV Al-Hijrah adalah satu-satunya TV yang seimbangkan keperluan Dunia dan Akhirat tapi tetap melebihkan akhirat."

Okkkk... malam ni i skip from studying for my 1st evaluation preparation. Duduk depan TV and then terjumpa dengan Rancangan REFLECTION. Dan kebetulan pula pengisian REFLECTION malam ini adalah berkisar tentang Isra' dan mikraj. Ethics and success. Bagaimana kejayaan dunia dan akhirat yang seimbang dan diiringi dengan akhlak yang baik. Urmmm... i guess i have to search for the full video to completely understand the contents.


Let's check it out contents yang saya dapat dan faham. Selebihnya, sama-sama kita cari full video REFLECTION SPECIAL EPISODE. ISRA' MI'RAJ at UIA.
  • Iman itu bukan sekadar pengetahuan semata-mata tetapi ianya sesuatu yang bernilai. Yang diberi pada insan terpilih iaitu kita. Muslim. Anak-anak Adam. Saudara seagama. Dan pengetahuan itu tak semestinya perlukan keyakinan. 
  • Kejayaan yang sebenar adalah kepercayaan kita kepada ALLAH tanpa mempertaruhkan apa-apa. Dan kejayaan itu bila mana kita gembira di dunia dan akhirat. Dunia adalah jambatan kepada akhirat.
  • Untuk meraih kejayaan yang berlandaskan tuntutan Islam, kita janganlah memisahkan dunia dan akhirat. Keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat perlu seiring dengan akhlak yang baik.
  • Tetapi kejayaan juga boleh menjadi fitnah. 
  • Sebagai seorang imam atau ilmuwan (Walau apa pun profesion kita : Doktor, Jurutera, Peguam, cikgu dan etc), jangan kita mendabik dada dan menjadi ego. Sebaliknya kekalkan kesederhanaan dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan.
  • Kisah sebenar Sheikh Sharawi di Mesir. Menurut Imam Shuaib Webb, tandas di masjid sekitar Kaherah sangat kotor. Dan suatu hari, anak beliau yang memandunya pulang ke rumah mencari-cari beliau. Dan anaknya terjumpa beliau sedang duduk mencuci lantai bilik air. Anaknya bertanya "Apa yang ayah lakukan?"......
  • Imam Shuiab Webb menceritakan peristiwa Isra' Mikraj di mana ALLAH menyebut "HAMBAKU" sewaktu menjemput Muhammad naik ke syurga. Jadi jelas di sini bahawa ketinggian sesebuah kejayaan itu adalah dengan menjadi Hamba ALLAH. dan apa yang membezakan kita adalah darjat ketaqwaan kita kepada ALLAH.
  • Hakikatnya, untuk memisahkan dunia dan akhirat sangatlah mudah tetapi yang paling sukar dilakukan oleh kebanyakan kita adalah untuk menyatukan kejayaan dunia dan akhirat. Kerana keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat akan menjadikan kita berkuasa dan apa yang lebih penting, seimbang dan seiring dengan akhlak.
  • Siapa orang yang paling hebat?
  • Jawapan yang perlu anda berikan adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana kalau diteliti sirah dan sejarah hanya Rasulullah sahaja yang mampu pergi ke 7 buah syurga. Is it COOL right?? Yeay! Its COOOOOLLLLL...
Oklah.. Itu sahaja buat masa dan tika ini. Nak berehat pula.. Esok nak sambung buat preparation untuk 1st evaluation. Doakan saya ye sahabat-sahabat maya!.. Sampai berjumpa lagi dalam ruangan ini.. 

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah Isra' Mikraj ini. I'm really want to look for the whole video. Tentang 7 buah syurga yang Rasulullah pergi, dan bertemu dengan nabi-nabi ALLAH, kemudian ke Sidratul Muntaha, Baitul Ma'mur dan seterusnya bertemu dengan ALLAH. I really want to hear that story again..
Next to do after Presentation : Looking for the full video!!



LEGOLAND!!!

Saturday, June 16, 2012


Haaa... siapa tengok majalah 3 tadi?? Angkat tangan!!! Majalah 3 yang mengupas tentang LEGOLAND!!.. Quite interesting! Saya suka! Sebab saya berjiwa kanak-kanak. LEGOLAND MALAYSIA telah di bina di kawasan ISKANDAR MALAYSIA. Saya pernah dengar tentang kawasan itu sewaktu menuntut di UTM SKUDAI tapi tak berapa aware tentang pembinaan LEGOLAND ini. Jadi, bila menonton kupasan TV3 berhubung LEGOLAND MALAYSIA, hati ikut teruja!! Nak pergi!!!...

Maklumat yang diperoleh, LEGOLAND MALAYSIA bakal dibuka kepada umum pada 15hb September 2012, sehari sebelum Hari MALAYSIA.. Wahhhh... Ini yang rasa nak pergi ni! Hehehe.. Sebuah taman tema yang berasaskan LEGO! Quite interesting u all.. Tengok pun dah rasa teruja. Kebanyakan teknologi untuk pembinaan LEGOLAND MALAYSIA ni berasakan teknologi kejuruteraan dari GERMAN. Antara model LEGO yang boleh kita tengok dekat LEGOLAND MALAYSIA nanti adalah Replika Masjid Sultan Abu Bakar Johor, Downtown Johor, Menara Jam,KLIA dan pelbagai lagi replika bangunan dunia bakal berada di sana.. seperti Taj Mahal, China Palace and etc. Teruja kan??

Model LEGOLAND Malaysia
 
Dan perkara yang menarik tentang LEGOLAND MALAYSIA adalah, replika bangunan yang terdapat di LEGOLAND MALAYSIA ini adalah ciptaan anak muda kita sendiri. Rakyat tempatan yang menongkah arus dalam menghasilkan semua replika itu. Very the Malaysian. Sesuatu yang boleh kita banggakan pada masyarakat dunia. Memang tak sabarlah menantikan pembukaan LEGOLAND MALAYSIA ni.


Tengok-tengok juga tadi. TIKET untuk masuk  LEGOLAND MALAYSIA adalah:
> Single day ticket untuk Dewasa (RM140) dan Kanak-kanak/Warga Tua (RM110)
> Annual Pass untuk Dewasa (RM275), Kanak-kanak (RM210) dan Warga Tua (RM210)

Jom baca apa sebenarnya LEGOLAND ni..
"Inspired by Asia’s growing love affair with all things LEGO®, the new 76-acre theme park will cater to kids from 2 to 12 with more than 40 rides and attractions – from roller coasters to race cars as well as family-focused interactive shows. Nearly all of the rides are hands-on, so you can push, pull, pedal, program, steer, squirt, splash, crawl, climb and yes – build your way through a full day of non-stop fun.

LEGOLAND Malaysia is the sixth LEGOLAND to be built in the world and the very first in Asia. The park is divided up into seven themed areas. Each theme area is designed to ensure that heroes of all ages will find much to explore and enjoy at the LEGO® experiment centres, roller coasters, water attractions and shows. The whole family can thus embark on a day-long voyage of discovery and adventure.

The centrepiece of the park is MINILAND. Here, on a scale of 1:20, famous Asian towns and landscapes have been recreated from over 25 million LEGO bricks, with loving attention to detail. To make MINILAND as realistic as possible, people, animals, cars, ships, trains and aeroplanes can be moved at the touch of a button – together with the appropriate background noises."   



Pssss.... Kena mula menyimpan duitlah ni.. At least sebulan RM47. Kalau nak masuk on Grand Opening Day tu.. Tapiii.. Simpan sebulan RM30 pun ok.. pergilah bulan 10 nanti.. Okkk...Jom Menabung!! hahaha..