Topup Iman : 4T

Sunday, June 17, 2012

Salam Ahad!!..

Walla..walla..walla.. Tengah buat apakah? Ini adalah entrie ke-677 sepanjang saya berblog! Huhuhuhu... Ya ALLAH, apalah yang dah aku mengarut-ngarut dalam penulisan blog a.k.a e-diary ini?? Semoga tiada yang merepek dan bertentangan dengan akidah. InsyaALLAH..

Haaa.. untuk topup Iman kali ni, nak kongsikan tentang 4T. 4T yang sangat-sangat kita perlukan sebagai hamba ALLAH. Sumber? Ikim.fm siaran pagi tadi..

Sebagai hamba ALLAH, kita perlukan 4T ini. Apakah?
  1. Tauhid
  2. Tasbih (Segala pujia-pujian kerana ALLAH S.W.T)
  3. Tunduk (Dihadapan ALLAH)
  4. Tawadhuk 
Ok. Yang saya sangat tertarik adalah berhubung point ke-2 dan ke-3. Sebab kita selalu tertinggal dua point ini. Tak percaya? Jom tengok situasi ini.

Minah : Alololo...comelnya baby niii..
Ali : Comelkan? tengoklah sapa mak dan ayahnya....

Urmmm.. nampakkan? Kita tak bertasbih pada ALLAH.. Sedangkan kita sangat dituntut segala puji-pujian kerana ALLAH... Subhanallah, comelnya baby ni.. Indahnya ciptaan ALLAH yang menjadikan setiap satu hambanya..

Sebab apa?? Haaa.. sebab tak semua ibu bapa yang cantik dan segak, anak dia akan comel dan segak juga. Semuanya ALLAH yang tentukan. Jadi, bukankah sewajarnya kita berikan puji-pujian itu kerana ALLAH s.w.t. Penciptaan ALLAH yang MAHA sempurna. MasyaALLAH..

Tunduk di hadapan ALLAH. Maksudnya, janganlah kita terlalu ego mendabik dada. Terus-terusan meletakkan kesalahan itu pada ALLAH. Hakikatnya, sebagai hamba kita perlu tunduk di hadapan ALLAH. Mengakui kesalahan sendiri. Ya ALLAH, sungguh aku khilaf. Tidak meminta petunjuk daripada sebelum mengambil keputusan ini. Dan aku akui inilah hasil kepada kekhilafanku sendiri.

Contohlah.. masa nak kahwin, tak nak buat solat istikharah minta petunjuk ALLAH. Ikut sangat rasa suka. Bila dah berkahwin, keluarga tak bahagia, kita salahkan ALLAH. kita lupa untuk tunduk kepada ALLAH mengakui itu adalah salah kita. Astaqfirullah.. Ya ALLAH, ampunkan segala dosa dan kekhilafan yang pernah aku lakukan. Sungguh! Aku lupa!..

Hehehe..gambar ni macam ada unsur pengajaran je disitu.. Contohlah ini yang berlaku.. Emak-emak, ayah-ayah nak salahkan ALLAH juga ke? Nak meninggi ego juga ke? Anak-anak?? Nak salahkan ibu bapa sebab tak beri didikan yang betul? Enough! Hentikan. Kembalilah kepada ALLAH.. Sehina-hina diri kita, tunduk dan mohonlah kemaafan dari ALLAH. Akuilah kesilapan yang dah kita lakukan. Allah maha mendengar setiap rintihan hamba-NYA. Ingat! 1 jari kita tunding pada orang lain, 4 lagi akan kembali kepada kita. Jadi, tunduk! tunduk dan mohonlah keampunan dari Tuhanmu. Cukuplah yang lalu kita jadikan teladan atas keegoan kita..
 
Sungguh! Carilah kemuliaan di sisi ALLAH dengan memohon keampunan ALLAH dan sentiasa menyerah diri kepada ALLAH. ^^, smile~

Dan sebagai penutup, saya kongsikan pula 4 perkara yang boleh menjadikan kita seorang manusia yang hina..
  1. Kalau kita menyerahkan hidup pada SYAITAN.
  2. Ketika kita mengikut hawa nafsu sama ada sepanjang waktu atau ada ketika dan waktunya.
  3. Ketika kita tidak berbuat baik dengan ALLAH dan insan lain.
  4. Ketika kita hilang kepercayaan kepada ALLAH.
Astaqfirullah.. Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Ini hanyalah perkongsian untuk peringatan buat diri sendiri dan kalian semua.. Wallahualam...



0 comments: