<- Such an interesting and knowledgeable talk show program brought by TV Al-Hijrah..
Seperti kata Imam Shuaib Webb, for him "TV Al-Hijrah adalah satu-satunya TV yang seimbangkan keperluan Dunia dan Akhirat tapi tetap melebihkan akhirat."
Okkkk... malam ni i skip from studying for my 1st evaluation preparation. Duduk depan TV and then terjumpa dengan Rancangan REFLECTION. Dan kebetulan pula pengisian REFLECTION malam ini adalah berkisar tentang Isra' dan mikraj. Ethics and success. Bagaimana kejayaan dunia dan akhirat yang seimbang dan diiringi dengan akhlak yang baik. Urmmm... i guess i have to search for the full video to completely understand the contents.
Let's check it out contents yang saya dapat dan faham. Selebihnya, sama-sama kita cari full video REFLECTION SPECIAL EPISODE. ISRA' MI'RAJ at UIA.
- Iman itu bukan sekadar pengetahuan semata-mata tetapi ianya sesuatu yang bernilai. Yang diberi pada insan terpilih iaitu kita. Muslim. Anak-anak Adam. Saudara seagama. Dan pengetahuan itu tak semestinya perlukan keyakinan.
- Kejayaan yang sebenar adalah kepercayaan kita kepada ALLAH tanpa mempertaruhkan apa-apa. Dan kejayaan itu bila mana kita gembira di dunia dan akhirat. Dunia adalah jambatan kepada akhirat.
- Untuk meraih kejayaan yang berlandaskan tuntutan Islam, kita janganlah memisahkan dunia dan akhirat. Keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat perlu seiring dengan akhlak yang baik.
- Tetapi kejayaan juga boleh menjadi fitnah.
- Sebagai seorang imam atau ilmuwan (Walau apa pun profesion kita : Doktor, Jurutera, Peguam, cikgu dan etc), jangan kita mendabik dada dan menjadi ego. Sebaliknya kekalkan kesederhanaan dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan.
- Kisah sebenar Sheikh Sharawi di Mesir. Menurut Imam Shuaib Webb, tandas di masjid sekitar Kaherah sangat kotor. Dan suatu hari, anak beliau yang memandunya pulang ke rumah mencari-cari beliau. Dan anaknya terjumpa beliau sedang duduk mencuci lantai bilik air. Anaknya bertanya "Apa yang ayah lakukan?"......
- Imam Shuiab Webb menceritakan peristiwa Isra' Mikraj di mana ALLAH menyebut "HAMBAKU" sewaktu menjemput Muhammad naik ke syurga. Jadi jelas di sini bahawa ketinggian sesebuah kejayaan itu adalah dengan menjadi Hamba ALLAH. dan apa yang membezakan kita adalah darjat ketaqwaan kita kepada ALLAH.
- Hakikatnya, untuk memisahkan dunia dan akhirat sangatlah mudah tetapi yang paling sukar dilakukan oleh kebanyakan kita adalah untuk menyatukan kejayaan dunia dan akhirat. Kerana keseimbangan kejayaan dunia dan akhirat akan menjadikan kita berkuasa dan apa yang lebih penting, seimbang dan seiring dengan akhlak.
- Siapa orang yang paling hebat?
- Jawapan yang perlu anda berikan adalah Nabi Muhammad S.A.W kerana kalau diteliti sirah dan sejarah hanya Rasulullah sahaja yang mampu pergi ke 7 buah syurga. Is it COOL right?? Yeay! Its COOOOOLLLLL...
Oklah.. Itu sahaja buat masa dan tika ini. Nak berehat pula.. Esok nak sambung buat preparation untuk 1st evaluation. Doakan saya ye sahabat-sahabat maya!.. Sampai berjumpa lagi dalam ruangan ini..
Semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah Isra' Mikraj ini. I'm really want to look for the whole video. Tentang 7 buah syurga yang Rasulullah pergi, dan bertemu dengan nabi-nabi ALLAH, kemudian ke Sidratul Muntaha, Baitul Ma'mur dan seterusnya bertemu dengan ALLAH. I really want to hear that story again..
Next to do after Presentation : Looking for the full video!!
0 comments:
Post a Comment