Nak Baucar Buku tu..

Thursday, January 5, 2012

Hujung tahun lepas iaitu sebulan yang lalu, ecehceh... 
Isu Baucar Buku 1 Malaysia sangat hangat diperkatakan.. Aih, kalau dah namanya student haruslah terkena tempiasnya juga kan? Walaupun tak tahu sebenarnya nak beli buku apa. Tapi, orang memberi, kita kenalah merasa.. Betul tak? Cumanya.. cumanya... Yang kita dapat cuma kupon buku dan kupon ni hanya valid di rangkaian kedai buku yang terpilih je.. 

Jom imbas balik kehidupan masa bergelar student UnderGraduate sejak 4 tahun yang lalu. 

Setiap sem, buku rujukan yang perlu dibeli adalah buku yang di"recommend" kan oleh Lecturer. Dan most of the books, we buy it from the lecturer since it's so difficult to get it from the bookstore. Tempat lain saya tak pasti. Ini pengalaman saya masa belajar degree dulu. Ada sesetengah buku tu hanya dijual di universiti sebab buku tu di"publish" oleh lecturer fakulti sendiri. As a part of academic curriculum lah. So, kalau tetiba nak cari dekat MPH, POPULAR apatah lagi di BADAN, memang konfem tak jumpalah.

Dari pengalaman saya yang suka sesangat pusing kedai buku ni....
Sangat susah untuk jumpa buku-buku rujukan yang berkaitan dengan engineering field especially Electronic Engineering. Dan kalau pun ada, buku ni lebih murah kalau dibeli melalui lecturer berbanding beli di kedai buku. Kenapa? Sebab atas budi bicara lecturer dengan supplier, student boleh dapat less. Kadang-kadang up to 50%. Dokat luar mana ado??..

Jadinya, kedai buku mana je yang sah untuk menggunakan kupon ini? Dan buku apa jo yang boleh dibeli ye? Kupon ni valid tak kalau nak beli stationary dan keperluan yang boleh didapati di Book Store tu? Contohnya macam dictionary, files, A4 Paper, paper tray, puncher, stapler, pens, Highlighter? Errr...ke memang kena beli buku semata-mata? Heee...

Ok..nak tuntut baucar buku... Untuk pelajar postgraduate nak tuntut dekat mana ek? urmmm... 



3 comments:

.:sao:. said...

senarai kedai yg boleh beli, saya xpasti sebab yg saya tahu dari pihak pentadbiran U saya, boleh g kat mana2 penjual buku, tapi depends samada dia nak terima baucer tu atau tidak.
penebusan baucer tak tertakhluk pada buku semata2 tp bahan2 yg berbentuk ilmiah.boleh campur dengan alat tulis,kamus elektronik,bhn bacaan umum & etc,utk tingkatkan budaya membaca..
contoh,kalau buku kita harga RM46, boleh ambil pen, kertas, etc untuk cukupkan RM50. sayang la kalau terus bagi kupon RM50 camtu je walhal ada RM4 lagi tuk guna hehe

Sir Rant-A-Lot said...

saya pun tertanya2 kat mana nk tebus voucher tu. Hope sgt MPH Boarders sume tu accept sbb at least maybe boleh beli buku motivasi or buku2 yg selama ni xdpt beli sbb bajet tiap sem kena utamakan buku text. So I think for me, eventhough sama situation as Cik Sara (beli ngn lecturer lagi murah), I think the vouchers will go a long way sbb now boleh la nk beli buku selain yg academic requirement. Bila lagi nk dpt duit beli buku2 pasal health, or maybe even learn a new language, ye tak?

SNM said...

Ada yang cakap, baucer ni valid dekat MPH & Popular shj! Dan last every semester pun, text book yg kitaorg pakai xde di kedai2 ni! Bese beli dgn fakulti/lecturer @ Kedai Buku Kinokuniya, KLCC! Hurmmmm...

Tatau la tu, klu btol valid kat kedai ni je, terpaksa habiskan baucer RM200 tu untuk beli stationary & bahan2 ilmiah lain!