Salam Sabtu pagi.. Ohayou minnasan..
Semalam tonton Al-Hidayah. Dapatlah ilmu yang sangat berguna. Jadi, dari simpan sensorang eloklah kalau dikongsi di sinikan? Sambil tu, boleh sama-sama topup iman. Jom betulkan Niat.. Niat apa? Niat sebenar kita berada di sekolah, universiti mahupun ceramah dan majlis ilmu yang lain. Betulkan niat bahawasanya aku menuntut ilmu ini adalah kerana ALLAH S.W.T..
Tapi sebelum tu, cik sara nak bagitahu kamu-kamu tentang golongan yang menuntut ilmu ni. Ada 4 golongan semuanya. Let's check it out!
1. Untuk mendapatkan fizikal atau materialistik
Contohnya : Dia menuntut ilmu semata-mata sebab nak mendapatkan result yang baik.. Astaqfirullah, bila masuk minggu exam kekadang terjadi sebegini juga.. Ataupun, dia menghadiri majlis ilmu yang diadakan di tempat yang ber"air-cond" tapi tidak di tempat tanpa "air-cond". Pendek kata, pilih materialistik dulu baru masuk untuk majlis ilmu tu.. Urmm....
2. Untuk emosi atau seronok sahaja
Contohnya : Nak belajar sebab Cikgu tu best, Ustaz tu kelakarlah.. Tak naklah pergi dengar majlis ilmu tu, bosan betul tengok ustaz tu bagi ceramah..
3. Untuk intelek atau untuk pandai sahaja.
Contohnya : Dia menghadiri kuliah atau majlis ilmu yang dapat mencabar pemikirannya sahaja. Yang mudah, tidak mencabar ditolak ke tepi. Sebab dia belajar nak bagi pandai je.
4. Untuk spiritual atau untuk Allah.
Contohnya : Dia pergi kuliah atau majlis ilmu sebab nak menambah ilmu, memahamkan ilmu dan seterusnya membolehkan dia mengamalkan ilmu yang diperoleh itu.
Ok. Dalam 4 golongan ni ada 3 golongan yang tersasar dari niat sebenar menuntut ilmu atau belajar iaitu golongan 1,2 dan 3. Kenapa? Sebab 3 golongan ini terlalu mengharapkan orang lain. Dalam erti kata lain, 3 golongan ini adalah golongan yang mementingkan diri memasing.=D
Tapi, bagi golongan ke-4, mereka tak mengharapkan pada orang lain sebab mereka yakin ALLAH sentiasa ada bersama mereka. Oleh itu, mereka cuba mendapatkan ilmu dan menggunakan ilmu yang diperoleh itu untuk muhasabah diri meskipun penyampai ilmu itu tidak memiliki unsur humor dan mendatar. Sebab pada dia, bukan penyampai tapi isi kandungan ilmu yang disampaikan. Dan bila mendapat ilmu, dia akan cuba amalkan dan sampaikan juga pada orang lain.
Haaa.. macam mana? Agak-agaknya kita ni masuk dalam golongan yang mana ek? Kalau dah tersasar niat tu macam mana nak betulkan kembali? Apa pula tips agar belajar tidak tersasar dari niat awal kita? Haaa... saya olah dalam entrie berikutnya ye?.
Oleh itu, Jom muhasabah diri. Koreksi diri kita. Dan kenal pasti di manakan letak duduknya kita dalam menuntut ilmu. Adakah kita dalam golongan 1, 2,3 atau 4?
Sampai ketemu lagi~
2 comments:
kdg2 kaklimah penah jd golongan yg 1 2 3
emm.. kt cni xdpt tv al-hijrah.. freq brape cik sara??
Post a Comment