Cuti-Cuti Cameron Highlands II

Wednesday, January 9, 2013

Hmmmmmm...Kalau update blog waktu-waktu cenggini maksudnya mata tengah berat.. mengantuk jeee.. So, jom kita melagho lagi.. Awal tahun hari tu ada cerita sikit pasal cuti-cuti Cameron Highlands dengan keluarga tercinta kan? Tak pe.. Tak payah susah-susah nak google bagai. Klik je dekat link yang saya bagi tu. As usuallah. Story without picsta. Eh, usual ke? Macam unusual je.. Eheh..

Dan sebelum penghujung tahun lepas pun, saya ada upload sekeping gambarkan? Kalau rajin, klik sini dan sini. Kalau tak berapa nak rajin, nah saya tempekkan semula gambar tu.. Hehehe..


Haaaa...


Dedua pun gambar dekat Tea Plantation. Tapi berbeza ketinggian dan latitute tempat. Eheh..

Cepat..cepat..nak story. Weee..tak sabaq. Punyalah lama terperam ini cerita. Hari kedua di Cameron Highlands. Gigil kot nak mandi pagi. Dah rasa macam tak mau mandi. Turun Simpang Pulai baru ingat nak mandi. Hahaha.. Rencananya.. Tapi gagah jugalah mandi, subuh dan bersiap. Pukul 8.00pagi kitorang log out. Eh, check out! Ambil jalan menuju ke Ringlet nun. Tapi sebelum tu, singgah dekat kawasan berhampiran Medan Selera Tanah Rata. Mahu breakfast. Dekat dengan Maybank tu ada kedai makan Melayu. Macam-macam menu juadah yang tersedia untuk di baham. Dan saya pilih nasi lemak je..ngeee...

Selesai makan pagi, teruskan perjalanan. Misi pagi ni nak mencari BOH TEA PLANTATION dekat Boh Heights kot kalau tak salah. Lupa sudah. Ala..ikut je jalan nak ke Ringlet tu, mesti jumpa nanti. Tapiiiiii...jalan dia, puas jugalah.. Kalah ular yang dipalu. Menguji keupayaan pemandu amatur macam saya ni. Sampai dekat satu simpang tu, masuk kiri. Ada signboard besau punya. Tapi, sila jangan tertipu dengan itu signboard. Maksudnya?

Haaa...dekat signboard tulis 6km.. Tapiii..tapiii... bila we olls drive naik bukit tu, lama giler nak sampai. Jalan bukit yang berpusing tu cuma muat-muat satu kereta pacuan empat roda. So, kena bawa slow-slow. Dan ada dekat certain-certain area yang kita kena bunyikan hon untuk maklumkan kereta bertentangan yang kita nak lalu. Tekanlah hon kuat-kuat pun. Tak ada yang marah.. Lagi disuruh adalah.. Eheh.. Masa naik, tak main pun dengan hon tu. Drive punya drive...akhirnya sampai juga di puncak yang tertinggi di Cameron Highlands! Fiuuu~ Kagum sekejap sebab mampu drive setinggi itu! Eheh...

Tapiiiiiiii....environment dia sangat..sangat.sangat berbaloi. Subhanallah.. Dah tak rasa macam dekat Malaysia pun ada. Gigil! Itu yang kemain lagi pakai sweater pink tu! Oh ye! Lepas dah park kereta dekat situ, kalau rasa stamina cukup tinggi, boleh panjat tea plantation tu untuk sampai ke tower dia. Tapi 3/4 dari bukit pun dah tak nampak apa, sebab kabus tebal sangat...we all decided untuk stop je lah. Naik atas lagi pun, konfem tak nampaknya menara tu waktu cenggini. Kabus putih lagi tebal!. Mak dengan abah I masuk Boh Tea Cafe. Adalah dua tiga bungkus teh terbaru dari BOH yang diorang sambar bawa balik Aloq Staq. Saya memang tak masuk dah Cafe tu! Ahaha..

Nak lagi gambar-gambar yang jelas dekat sini... No editting!
http://lensakamerasara.blogspot.com/2013/01/nature-cameron-highlands-boh-tea.html
 

Masa turun tu abah kata ye check odometer nak tengok berapa jauh sebenarnya puncak Boh Tea dengan signboard dekat tepi jalan tu. Nak tahu berapa jauh? 25km! Fullamak.. Biar betikkkk... Patutlah rasa lama je.. Eheh...

Okkk... dah panjang benor celotehnya. Next lokasi, we all singgah BEE FARM yang dekat bawah tu. Tak ada apa yang menarik sangat. Next, nak story pasal dekat MARDI. Fiuuu~.. Sabaq jalah noooo... Chek nak minta diri dulu..banyak workload tertangguh.. Mata pun dah celik sket, bolehlah sambung buat kerja lagi! Bye~
 



0 comments: