Matrik!

Thursday, January 31, 2013

Siapa kata masuk Matrikulasi itu tak best?

Ohoi.. Belum cuba belum tahu ok! I've been there. Saya dah mengalaminya. Dan pengalaman itu sangat-sangat seronok! Membahagiakan! 
Ramai yang kata tak nak masuk matrik sebab matrik susah. Masuk matrik belum tentu dapat pergi U. Keluar matrik, sijil matrik tak laku.. and bla..bla..bla..bla..

Pada saya, mudah je. 
Ada ke benda yang senang dalam dunia ni? Kesenangan itu bermula dari kesusahan. Nak berjaya, kenalah susah dari sekarang. Macam pepatah orang putih tu : 
There is a rainbow after the rain.

Eh, betul ke ayat tu? Gasaklahkan. Janji bahagia.. Kihkihkih..
Setiap orang ada jalan cerita yang berbeza. Jadi, tak payahlah susah-susah hidup nak bandingkan jalan cerita kau dan aku. Ye tak? =D

Bestnya matrik ni, tempohnya cuma setahun. Tapi sekarang dah ada matrik setahun dan matrik dua tahun kan? Ok, yang itu saya tak berapa arif. Saya nak kisahkan tentang matrik setahun ni. Saya masuk Matrik Pulau Pinang. Atau pofular juga dengan nama Kolej Matrikulasi Pilihan Pertama! Yeay! Memang pilihan pertama pun. Sujud syukurlah saya tak ikut pilihan buah hati(masa mohon tu!). Eh, salah. Ex-buah-buahan. Dah jadi suami orang kan? Tak baik oooo simpan rasa jiwa raga dekat suami orang!..

Saya pilih KMPP walaupun mak dengan abah suruh pilih Kolej Matrikulasi Perlis. isy..isy..isy.. Ketegaq juga kau ni kan Sara? Suka sangat buat keputusan sendiri!. Tapi, mak dengan abah i steady beb!. Masa dapat surat tawaran dari Bahagian Matrikulasi tu, merekalah yang paling supportive. Sokong dari depan, belakang, kiri dan kanan.
 

Sebagai menghargai sokongan mak dan abah yang super supportive tu, walaupun tak dengaq cakap pada peringkat awalnya, i give them the one as above. Ala-ala, "walaupun cheq ketegaq dok ikut kepala sendiri, tapi cheq nak buktikan pada mak abah yang cheq boleh berjaya. Walaupun cheq tak masuk Matrik Perlis macam yang mak dan abah nak, tapi cheq buktikan yang cheq boleh buat yang terbaik dekat KMPP.."

Haaaa..gitu!
Jadi, sejak hari itu. Apa pun keputusan saya, sekalipun selalu tak ikut cakap mak abah, diorang tetap sokong. Sebab mereka berdua yakin dan percaya saya akan buat dan dapatkan apa yang saya nak.... Kecuali soal jodoh! Kihkihkih.... Jodoh pertemuan tu kan urusan ALLAH. Eh, salah masuk mode.

Saya masuk matrik tanpa ada apa-apa misi ataupun visi. Yang saya tahu, saya masuk matrik sebab kecewa tak dapat mana-mana program Fast Track Mara sebab slack pada percubaan SPM subjek Kimia.. Oh! Sooo sad! Masuk Matrik, maksudnya jumpa kawan baru, suasana baru dan semuanya baru! Saya pilih Aliran Sains Fizik. Sebab i do hate biology! =D
Peringkat awal, dalam praktikum saya jumlah lelaki dan perempuan adalah seimbang. Tapi beberapa minggu kemudian, ramai pelajar perempuan yang keluar dan tukar ke aliran hayat. Akhirnya hanya tinggal kami bertujuh sahaja pelajar perempuan didampingi 14 orang pelajar lelaki. Setylelah kan?

Memang banyak Huha daripada study. Belajar pun macam banyak HUHA dari fokusnya. Sedar tak sedar, ukhuwah jadi rapat. . Habis je peperiksaan semester 1, memang tak expect apa-apa. Just bear in mind, tak fail! =D
And guest what? Buka-buka result terjojol angka 4.0!
Masa tu macam BELIEVE IT OR NOT! Again?
Kiri kanan orang ucap tahniah. One best word i ever heard.
"Tahniah! Sebab kau dah buktikan orang melayu pun mampu dapatkan top score than other races dalam praktikum kita."

Yeahhh.. that's make me smile and happy. I'm one of the malay students yang score 4.0 among chinese and indian students in that matriks. Of courselah i happy kan? After that, timbul another challenges.

"Nak score 4.0 tu mudah sebenarnya. Tapi, nak makesure you maintain that results next semester? Do you think you can do it?"

Gulp!
Bibir laju je cakap : InsyaALLAH. Saya yakin saya boleh maintain pointer 4.
Dalam hati : Banyaklah kau punya yakin! Adoi!

Jadi, takkanlah semester kedua tu nak menganga tanpa ada apa-apa usaha pula kan? Usaha tangga kejayaan! Tak larat naik tangga, kita pakai escalator tak pun lif! Yang penting, berhenti dari memberi alasan.
Walaupun kawan-kawan bagi gelaran ulat buku, tapi saya tahu mereka tahu. Saya ni pantang di ajak HUHA, laju je nak ikut. Jadi, saya tahu mereka tahu fakta yang satu itu. Belajar itu perlu. Tapi meluangkan masa bersama kawan-kawan juga perlu. 
Nak seribu daya, tak nak beribu alasan boleh di jana.
Jadi, jangan takut untuk melangkah masuk ke Matrikulasi. Susah atau senang, itu semua mindset kita! Percaya! 



3 comments:

Ann@zanyra said...

life matrik sgt best dan menenangkan dan mmg byk main..pointer sem 2 drop giler..adehhhh..tp tetap kenangan manis kt situ..

Ann dl KMM:)

Dylla Abas said...

x pernah blaja kt matrix...so xtau rasanya mcm mana..klu tgk kwn2..nmpk je diorang enjoy blaja kt matrix tu :)

AmiRa FaRhaNa said...

saya bakal menuntut di kmpp.cantik blog akk.sudilah singgah blog saya.
www.lukluatulislam.blogspot.com