MEMO UNTUK BELANGKAS.....

Monday, December 28, 2009

Artikel ini saya salin semula daripada penulis asalnya untuk tatapan kita bersama. sebuah artikel yang telah ditulis oleh Saudari Fatimah Syarha Noordin, di dalam ruangan Majalah Solusi Isu Perdana. Bagi yang pernah membaca majalah ini, pastinya sudah mengetahui isi kandungannya. bagi yang belum pernah membaca, marilah sama2 kita membaca dan merenungkan kembali apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Artikel ini sangat berkaitan dengan apa yang telah saya nukilkan dalam entri sebelumnya. anggaplah ini lanjutan kepada perbincangan perihal Bencana Sosial yang semakin parah di bumi Malaysia ini..

Menyorot dasyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini. Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.
"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawwarah (berbincang). Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina. Awas! hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar cita-cita.

Seringkali bila ditanya pada syabab(pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah(menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?

Kerisauan ni lumrah...Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab. Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seseorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain?

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini makin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
"Dan nikahkanlah org yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha mengetahui."(An-Nur:32)

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkatasebagaimana dikutip dari al-Qurthubi : "Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad S.A.W juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.: "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata,"Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat Kaum Hawa,
Yakin dan percaya pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja,percayalah padanya.

Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah S.A.W. Beliau bersabda: "Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah(pertunangan)..

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.

Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya."(Riwayat Ahmad)

Oh, kaum hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan ddan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah." (Riwayat Bukhari)


Itulah segala isi kandungan artikel yang telah menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama anda. bukan isu perkahwinan atau pernikahan yang saya ingin tekankan. sebaliknya sebuah penyelesaian yang mengikut syarak Islam dalam menangani Bencana Sosial yang semakin menjadi-jadi ini. berapa banyak lagikah anak luar nikah yang perlu dilahirkan di bumi Malaysia ini? Sedangkan kita mampu mengurangkannya. Selama mana lagi hendak kita mendengar kisah anak dibuang, dibunuh. kandungan digugurkan. Sedarlah pemuda-pemudi generasi kini. Generasi pemimpin dunia akan datang.

Jauhkanlah diri dari perkara yang memungkinkan berlakunya zina.Berkawan tidak ada salahnya. tetapi biarlah kena pada caranya. Say no to Bonceng! kerana darinya bermula segala yang negatif..

Jadikan Membaca Budaya Kita 2

Sunday, December 27, 2009

ini adalah kesinambungan dari entri sebelumnya..

ada sesuatu yang saya terlupa. biarlah saya selitkan dalam entri ini. ayat sebetulnya, tak pula saya hafal. dari fahaman saya, penulis buku ada menulis mengatakan bahawa kehidupan kita hanya sebuah ilusi. kita ada blajar dalam sains, bahawa objek yang kita lihat akan terbentuk di dalam mata sebagai satu imej. imej yang sonsang. cuba rujuk balik buku sains kalau hendakkan kepastian ye..



maknanya apa sahaja yang kita pandang ini hanyalah sebuah ilusi. menaip di dalam laptop. mata yang memandang akan membentuk satu imej dibelakang retina. imej itu yang membolehkan kita melihat warna-warni kehidupan. apa yang dimiliki kita hanyalah roh. sebab itulah kita pernah mendengar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. sebab kehidupan yang sebenar adalah diakhirat nanti. apabila kita dijagakan bagi perhitungan.....

nak tahu lebih detail tentang realiti kehidupan dan bu
kti-bukti berdasarkan kajian dan penemuan santifik, sya sarankan anda untuk membaca buku "Penipuan Evolusi"..

Ok, sekarang nak masuk buku ketiga yang saya baca dalam tempoh seminggu tu. buku ni tak lah berat sangat. sesuai dengan peningkatan usia dan sebagai persediaan dan pertambahan ilmu.
tajuk Buku tu, "Soal Jawab tentang Nikah Kahwin". Pelbagai persoalan yang dibangkitkan. soalan2 yang mungkin kita malu untuk bertanya. tapi bila membacanya, kita peroleh jawapan. nak kahwin ni ingat benda mudah ke? kebetulan pula, hujung tahun time cuti sekolah camni memang ramai yang uat kenduri walimah. tapi nak sampai ke tahap akad nikah tu pun, leh timbulkan 1001 persoalan. apa yang boleh apa yang tidak.


Sebelum nak nikah, mesti ada proses merisik dulu. ye lah nak tahu, gadis yang nak disunting tu dah berpunya ke belum. tapi sayangnya, fenomena hari ni tak lagi macam tu. tak sempat nak dirisik dan disunting dah dibuntingkan dulu. Astaqfirullah...

Dah masuk merisik, kalau konfem yang disunting tu kosong or line clear, baru leh terus kepada proses pertunangan. merisik tu macam meminang jugalah. dah bertunang tu, tak bermaksud nak buat apa-apa pun tak pe. masih ada aurat yang perlu di jaga. masih ada batas yang perlu di pelihara antara kedua pasangan. Pertunangan ni sekadar isyarat pada org bahawa si dia sudah disunting. bukan bermaksud yang haram menjadi halal. tapi, fenomena hari ini, banyak yang terbaliknya. baru bertunang, tapi dah pegang sana sini. baru bertunang, tapi dah macam orang berkahwin pula.

dalam buku ni, semuanya ada dinyatakan. nak kahwin kena
tahu rukun nikah yang 5 tu. kalau rukun nikah pun tak tahu, macam mana nak kawen??? time nak nikah ni, hantaran kena amik kira. Mas kahwin? daripada buku tu yang saya faham, mas kahwin ni, hadiah dari suami untuk isteri. tak macam hantaran. hantaran boleh dimiliki seluruh keluarga. tapi, mas kahwin ni milik isteri seorang...

dalam buku tu ada menceritakan tentang seorang pemuda yang nak berkahwin. tapi dia tak ada harta apatah lagi duit. macam mana nak kawen? sedangkan mas kawen wajib diberikan kepada si isteri? Pemuda ni berjumpa Rasulullah. dia ckap ngan Rasululla
h yang dia cuma ada kain yang dipakainya itu sahaja sebagai hartanya. maknanya kalau dia jadikan kain itu sebagai mas kawen, tiada apalah yang tersarung di badannya. Rasulullah suruh pemuda ni balik ke rumah dan cari apa sahaja yang pemuda ni ada untuk jadikan mas kawen. tapi, cari punya cari, dia tak jumpa apa -apa harta yang dia ada. berbincanglah pemuda itu dengan Rasulullah. dan bila mana Rasulullah tahu yang pemuda ini menghafaz ayat2 dari Al-Quran, Rasulullah pun cakap dengan dia, segeralah kamu pergi menikah dengan perempuan itu bermas kawenkan ayat2 al-Quran yang dihafaz...

tapi, zaman sekarang ada ke lagi yang nak terima semua ni sebagai mas kawen? berita yang terpampang di dada akhbar tentang kenaikan mas kawen di negeri selangor tu pun dah mengundang pelbagai reaksi. dari RM80 kepada RM300.. setiap negeri dah ditetapkan kadar mas kawennya yang tersendiri. anda bagaimana pula?. sampai masanya kita pasti akan memikirkan persoalan yang sama. mas kawen.

okeylah itu bab mas kawen. macam mana dengan majlis walimah? wajib ke tak adakan? Benda baik, eloklah dihebahkan. biar jiran tetangga tahu. tak delah nanti dikatakan kita buat maksiat. ye tak? sebesar mana pun kita nak buat, buatlah ikut kemampuan sendiri. jangan sebb nak ikut cara diva, habis majlis hutang keliling pinggang. tak guna juga bang...


Tadi saya ada cakap pasal, belum sempat disunting dan dibunting. lebih kurang nak buktikan cinta, body yang tergadai. seperti yang saya petik dari cerita Semanis Kurma yang bertajuk buang anak, masalah sosial yang melanda anak remaja zaman sekarang bukan lagi suatu masalah. tapi dah menjadi parah. dah menjadi sebuah bencana sosial. Bencana, maknanya dah teruk sangatlah tu. dah terjadi baru nak menyesal. atau bak kata pepatah, dah terjatuh baru nak terngadah. saya menulis juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.


Itulah fungsinya kita membaca bahan-bahan ilmiah seperti ini. semoga apa yang tidak elok, dapat kita elakkan. sama-sama mengingati. dan sama-sama mencambah ilmu. bagi yang terasa diri bermasalah dalam nak handle cinta, atau baru nak berjinak dalam dunia percintaan, saya sarankan beberapa buah buku. semoga dapat membuka minda, membuka mata, dan membuka hati anda pada yang hak. apa yang mampu dielak, kita elakkan. Prevent better than cure..

Bacalah buku-buku ini sebagai persediaan dan penambah kepada pengetahuan se
dia ada anda...:
1. Aku Terima Nikahnya....oleh Ust. Hasrizal dan sequencesnya,

2. Bercinta Sampai Syurga...
3. Soal Jawab Nikah Kahwin.
4. Anda Bertanya, saya menjawb tentang masalah Agama.


Buku keempat yang saya sarankan ini banyak mengupas isu selepas berkahwin. Mahligai yang dibina gagal kerana asyik bersoal tentang hak. dari buku ni, banyak soalan yang ditimbulkan. antaranya, status anak yang dikandung luar nikah. apa statusnya walaupun telah berkahwin dengan orang yang telah menyebabkan kelahiran bayi itu. kesiankan? anak-anak luar nikah, ikatan darah dengan bapanya tidak diiktiraf. maknanya antara anak luar nikah dengan lelaki yang menyumbang benih kepada kelahirannya ini adalah bukan muhrim. apa2 persentuhan boleh membatalkan air sembahyang.

fikir2kanlah sebelum melakukannya. ikatan yang terjalin selepas berlakunya persetubuhan yang mengarah kepada kelahiran anak luar nikah tidak akan menghalalkan apa-apa. sebaliknya, anak luar nikah ini kembali dalam dilema. anak-anak tidak berdosa.

Ust. Wan Akasyah dalam siaran Semanis Kurma episod akhir 2009 ada memberitahu kita yang Lelaki baik tidak akan mengajak kepada kemaksiatan. Tak perlu nak buktikan cinta sampai tergadainya body. sedarlah....masih belum terlambat untuk kita memuhasabahkan diri...

selain daripada isu rumah tangga, suami isteri, buku keempat ini ada juga menghuraikan persoalan tentang kewangan, amal ibadat, kemelut diri, halal haram serta menantu dan mentua. seperti yang disarankan seorang kawan, saya juga menyarankan anda untuk membaca.

"Bagi kawan-kawan baca juga merupakan dakwah fardiyah..dapat beri pemahaman kepada kwan-kwan..aku harap2 sangat buku tu disebarluaskan pada kawan-kawan especially yang ada masalah dengan bercinta2 ni..tolong ek..sebar2kan.."

Selamat membaca...('o,')



Jadikan Membaca Budaya Kita

setiap kali duduk menghadap laptop...hati rasa nak coretkan sesuatu dalam blog ni. tapi bila nak memulakan penulisan, jari-jemari terasa kaku. otak seakan tak terjana ayat. sepi sahaja papan kekunci. tiada kata. dan kali ini, tergerak untuk saya berkongsi serba sedikit apa yang saya peroleh dari bahan bacaan saya.

segalanya bermula dari seorang kawan. minggu pertama semester baru buka, boleh saya klasifikasikan sebgai book's marathon. dalam seminggu, hampir 3 buah buku berjaya saya habiskan. dan kesemua buku-buku ini dari jurnal berat. bahasa mudah saya, buku fakta! Hakikatnya, saya bukanlah seorang yang suka membaca sesuatu yang bersifat fakta. seringkali saya tertidur setiap kali membuka buku-buku berunsur fakta.

Namun, atas dorongan seorang kawan, saya mencuba untuk membaca. Buku "Penipuan Evolusi". sepatutnya, sebelum semester lepas berakhir lagi saya sudah membacanya. tetapi dek kesibukan diri sendiri, Saranan kawan saya itu saya tepikan. senang kata, saya terlupa langsung. bila ditanya, baru teringat. tapi tak de pula inisiatif untuk saya meminta dari seorang kawan yang sedang meminjam buku tersebut.

semester baru bermula. bermula jugalah pengembaraan saya dalam dunia Penipuan Evolusi. Sebuah buku hasil penulisan Harun Yahya. buku yang membongkarkan kisah penipuan Evolusi Darwin.

Urmm..ingat lagi tak? dulu masa belajar Kajian Tempatan, bawah tajuk masyarakat awal dunia. dalam buku ada tulis yang manusia ini asalnya dari spesis beruk. dalam Sains pun ada bagitahu kita tentang Teori Darwin..dari sekolah rendah lagi kita dah disuapkan dengan Teori Darwin. dan ternyata, hasil penyelidikan yang dibuat. dan dari bukti-bukti yang ditemui, jelas menunjukkan, tidak terjadinya evolusi kehidupan manusia. dalam erti kata lain, manusia tidak terevolusi dari spesies beruk. sebaliknya kejadian manusia itu dari Pencipta-Nya. ALLAh S.W.T.

tidak wujud konsep kebetulan dan evolusi seperti yang dihebah-hebahkan melalui Teori Darwin itu. itulah serba sedikit yang dibingkarkan dari buku "Penipuan Evolusi". tidak saya nafikan, penulisan ini agak berat. tetapi bila mula membaca, hati tertanya-tanya, apakah lagi penipuan yang hendak dibongkarkan?

bukan riak ataupun takbur, tetapi 1st Impression bila saya membaca buku tersebut, saya ketawa..dalam hati tergerak gak."apa bodohnya Darwin bleh buat kenyataan macam tu!" asal reptilia dari amfibia setelah berlakunya evolusi. apa yang terjadi di muka bumi ini adalah satu kebetulan. mungkin asas didikan yang saya terima membuatkan saya ketawa seketika. namun, seronok pula bila membacanya sehingga habis. satu persatu Teori Darwin yang ntah apa-apa itu disangkal. Sangkalnya bukan dengan cakap-cakap kosong, sebaliknya dengan bukti-bukti saintifik.

"Yakinlah dengan Pencipta kita. Yakinlah dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Segalanya telah tertulis. dan yang pasti, dalam dunia ini, segalanya dijadikan oleh ALLAH S.W.T dengan fungsi yang tersendiri. Tiada satu pun yang terjadi di muka bumi ini secara kebetulan. "

Selesai membaca kisah Penipuan Evolusi ini, saya menerima e-book dari seorang Kawan. E-book berkenaan "Kemusnahan Dunia Kian Hampir". Pada awalnya, terbit juga rasa malas untuk membaca. tambahan pula saya baru sahaja selesai membaca Kisah Penipuan Evolusi yang amat berat penulisannya itu. bak kata kawan saya, tak hilang lagi rasa terkejut.

Entri pada e-book yang begitu menarik membuatkan saya meneruskan pembacaan. dari satu muka ke satu muka. dari Freemason sampai ke Illuminiti. from knowing nothing, to knowing something..Simbol-simbol Illuminiti dan apa yang berlaku dalam realiti dunia hari ini. terkejut! itulah reaksi pertama saya. wajah muka yang tenang mula berubah. persoalan demi persoalan datang. ketakutan mulai menerjah diri. ketakutan pada situasi dunia hari ini. kebenaran demi kebenaran tersingkap.

terkedu! habis sahaja membaca e-book tersebut. saya terkedu seketika. apa yang tidak pernah singgah di kotak fikiran saya itu, mulai bermain-main. fakta demi fakta cuba saya rungkaikan mengikut fahaman saya. apa yang berlaku, itulah realiti. saya teringat mesej dari seorang kawan bila mana saya habis membaca e-book tersebut.
"Kau tengah pening kot dengan macam benda realiti dunia hari ini...."

Memang benar apa yang dikatakannya. fakta-fakta yang saya baca itu bagaikan perakam visual yang bermain di kotak minda saya. semalaman saya berfikir. tak boleh tidur mengingatkan apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini. sempat saya bermain mesej dengan kawan. bertukar kata. ini apa yang dia kongsikan dengan saya..saya coretkan dalam blog buat perkongsian kita semua...
"Aku faham. Majoriti dari kita dah terleka dan terlari dari membincangkan perkara yang lebih utama dari yang utama...thats the situation of umat ISlam...no concern about others and thinking of the thing that not important than the most important...ni yang musuh-musuh,para Illuminiti mahu dan hampir berjaya.."

"Kadang-kadang, kawan sesama sendiri pun Speechless nak bincangkan benda ini..."

yang ini memang saya setuju. sebab kadang-kadang, saya sendiri jadi speechless bila berbincang dengannya. terasa macam banyaknyalah yang saya dah terlepas pandang. dan pengalaman saya sendiri untuk mengajak org lain berbincang mengenainya, akhirnya menuju kepada "tiada kata-kata"....speechless dibuatnya teman itu...

ini pendapat kawan yang menyarankan e-book tersebut kepada saya;
"Aku tyme baca tu, rasa mcm alangkah kerdilnya diri ini. tertipu dengan propaganda dunia...mungkinkah kiamat sudah benar-benar hampir dan menunggu perang bersama tentera Mahdi? alangkah tak bersedianya kita sebagai umat Islam..."

"Brape ramai antara umat Islam kaji Al-Quran dan hadith2 atau paling tidak mentaddabur dan memerhati isi Al-Quran? Semuanya akan dilabel sebagai kolot, tak up to date, dll bentuk penghinaan..ini yang musuh2 Islam mahu agar umat Islam jauh dari Quran...Sabda Nabi, berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah, nescaya xkan sesat. "

dari kesedaran yang timbul, saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan...

"Okeh, skrg ni sgla apa perancangan2 jahat org2 kafir, kita jangan tkt. Allah ada bersama-sama kita. Yakinlah dengan 200% keyakinan bahwa jika Allah mentakdirkan mereka tidak berjaya, mereka tidak berjaya! apa yang penting, umat Islam, Sara, aku dan semua umat Islam, peluklah Al-Quran seeratnya. baca setiap hari. tadabburkan ia. jangan biar ia terbiar walau sesibuk mana pun kita..Al-Quran peneman dan penenang jiwa..ia teman karib kita ketika suka dan duka..yakinlah orang yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah xkan dapat dikalahkan oleh mana2 musuh Islam..."


Sambungnya lagi...

"Sejarah membuktikan para sahabat diseksa, dikenakan perancangan2 jahat puak2 kuffar..lebih dahsyat dari apa yang berlaku sekarang..cuma versi yang berbeza...mereka tetap teguh dengan ujian2 fizikal mahupun mental. akhirnya Allah berikan kemenangan dan berita gembira buat mereka..."

"Pada pendapat aku, secara peribadi, bnd2 yang berlaku pada masa sekarang saling tak tumpah dengan apa yang berlaku pada zaman para sahabat...cuma versi yang berlainan dan watak-watak yang berlainan...buku2 sirah banyak mengajar kita bagaimana kesabaran, ketabahan sebenar..org2 beriman pasti diuji terlebih dahulu...samaada dalam bentuk fizikal mahupun mental...brsbrlah dan kuatkan tekadmu..."

itulah Resolusi yang diperbincangkan saya dan kawan saya itu. kata-katanya banyak membuat saya berfikir. tak saya nafikan, banyak menyedarkan saya yang selama ini agak terlena dari mengetahui semua ini. Bangunlah Sahabat2 ku. lihatlah sekeliling kita. muga apa yang disampaikan dari pembacaan dan perbincangan saya dapat mendatangkan manfaat pada semua. saya sendiri baru mula mengatur langkah dalam mengenal dengan lebih mendalam tentang perjuangan Islam.

Seinfiniti kemaafan andai ada tersalah kata..kerana saya hanya manusia yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Wallahualam..

Perjuangan di UTM ~

Monday, November 9, 2009


gambar ni saya edit berlatarbelakangkan gambar trip to penang dengan kengkawan course. Time to 1st year. 1 course tak ramai lagi.



n gambar ni saya edit after trip to KL. Industrial Visit to KL. time ni 2nd year. community course pun dah bertambah. gambar ni diambil sekali ngan junior saya. tapi gambar sekeliling tu adalah gambar coursemate saya. ada yang tak cukup sebab time edit ni, tak kenal sangat sume kengkawan yang baru masuk. maybe len kali akan dicukupkan corum.bagi yang takde, sorry ya!



dan yang ini merupakan gambar formal coursemate saya di UTM. Medical Electronic. Batch laen banyak perempuan dari yang lelaki. tapi batch saya ramai lelaki dari perempuan walaupun depannya Medical..interesting~

"Tinggal lagi 3 sem to go. All the best to all. bersama-sama mengemudi ke arah sebuah kejayaan yang diimpikan bersama. Gud Luck!!!"

Selamat Pengantin Baru

Sunday, November 8, 2009

Selamat Pengantin baru saya ucapkan buat seorang sahabat lama, merangkap ex-classmate saya time skolah dulu yang baru sahaja sah bergelar suami pada bulan 7 yang lalu. seingat saya, bulan 7 adalah bulan kelahirannya juga. Selamat Pengantin Baru buat Mohammad Rhomizal Aqmal Mazali dan pasangan. semoga bahagia ke akhir hayat dalam meniti perjalanan sebagai suami isteri.


saat melafazkan akad nikah


Walaupun sangat terkejut saat mendapat perkhabaran ini, namun dari jauh ku kirim doa agar Mizal bahagia di sisi isteri tersayang. Memikul sebuah tanggungjawab dalam usia semuda ini adalah satu cabaran. hadapilah dengan tenang.

Tak ramai pemuda zaman kini yang berani untuk memikul tanggungjawab dalam seusia semuda ini. bagi kebanyakan mereka, usia muda adalah usia untuk mereka lepak bersama kawan-kawan daripada terikat dengan sebuah komitmen. tapi, keputusan yang Mizal buat sangat kami kagumi. memilih untuk berkahwin supaya terelak dari datangnya fitnah dan dosa ekoran sering bersama dalam sebuah perjuangan di medan pembelajaran.

dengan perkahwinan, segala yang dibuat menjadi ibadah. lebih mudah berkongsi maklumat dan segala yang berkaitan dengan pengajian. Tahniah untuk Mizal. Buat Aini, anda memang seorang insan yang bertuah. Selamat Pengantin Baru. Seinfiniti ucapan tahniah dari saya.

"Selamat Pengantin Baru..semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. dapat anak nanti jangan lupa kat kawan kamu di sini..doakan kami bertemu jodoh yang baik('o,').. jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.."

Keranamu Mr.DSP

Saturday, November 7, 2009


first page


2nd Page

"inilah note yang saya bawa masuk time open book Test DSP"

Dari setebal-tebal buku sehinggalah sekecil-kecil tulisan. Semuanya untuk DSP.

Digital Signal Processing. Lanjutan daripada subjek Isyarat dan Rangkaian yang saya ambil ketika di tahun 2. Semua yang dipelajari berkaitan isyarat. DFT,DTFT, Sampling, Z-transform, Inverse, Filter Design semuanya bagai sukar untuk difahami. Setiap yang dipelajari secara teori di dalam kelas pasti ada masanya akan diuji. Semuanya melalui peperiksaan akhir. DSP. Satu-satunya subjek yang membenarkan pelajarnya membawa masuk buku rujukan dan sehelai A4 untuk rujukan. Dalam erti kata lain ia merupakan open book test.

Setelah berfikir dan berfikir, saya mengambil keputusan untuk menyalin semula semua nota-nota tulisan yang diberikan ketika di dalam ke dalam kelas. Siapa tahu apa yang diberikan itu dapat membantu saya untuk menjawab soalan final nanti. 1st attempt, kertas A4 penuh berisi tapi masih ada fakta yang tertinggal. Masih ada penyelesaian yang tidak tertulis. Apa yang perlu saya buat? Bagaimana mungkin segala nota, fakta dan penyelesaian itu saya muatkan dalam sekeping kertas a4?.
Puas berfikir akhirnya, datang idea agar kertas a4 yang biasanya saya lipat 3 dalam keadaan mnegak, kini dilipatkan kepada 6 bahagian. Jadi, jika dihitung, semuanya ada 12 column untuk saya isikan dengan segala fakta dan penyelesaian. Itulah yang berlaku. Dari setebal-tebal buku dan nota tulisan, saya compilekan kedalam sehelai kertas a4 menjadikannya sekecil-kecil tulisan.

Untuk menulis dengan tulisan yang sangat kecil bukanlah kebiasaan saya. Hampir sahaja tangan ini crame gara-gara menggunakan tulisan-tulisan kecil itu. Andai teman-teman lain sibuk membelek buku di dalam dewan peperiksaan untuk mencari penyelesaian kepada persoalan yang timbul, saya memanfaatkan sepenuhnya segala isi yang saya coretkan di dalam helaian a4 itu.

Begitu kecil, comel sekali tulisannya. Bagaikan tidak percaya nota kecil itu dihasilkan oleh saya. Seronok sekali bilamana kesungguhan menghasilkan nota kecil itu terbalas dengan kesenangan menjawab soalan. Tidak dinafikan, kebanyakan soalan yang keluar mirip-mirip example yang pernah ditunjukan di dalam kelas. Dalam erti kata lain, mirip seperti apa yang saya salin ke dalam helaian a4 itu.

Dari setebal-tebal buku kepada sekecil-kecil tulisan. Moga keputusan DSP saya nanti tidak mengecewakan. Biarlah kepenatan dan kesakitan yang lahir itu terubat dengan keputusan yang baik. Bukanlah markah penuh yang diharapkan tetapi cukuplah sekadar keputusan yang mampu buat saya tersenyum dengan sedikit usaha yang saya curahkan itu.

Quantos di Tanjung Lemano (Sebuah Percutian)


Kenangan terukir di abadikan di pasir pantai


Dekat Bandar Mersing....

Unik namanya. Sebuah percutian bersama teman-teman sekuliah. Percutian yang dirancang untuk merehatkan minda masing-masing sebelum kembali ke dunia kampus untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam menghadapi peperiksaan akhir. Saat mahasiswa-mahasiswa lainnya bertungkus lumus menghafal rumus, teori dan sebagainya, kami merancang satu percutian untuk semua. Memandangkan paper pertama kami yang mula agak lewat berbanding teman-teman yang lain, masa yang ada kami menfaatkan untuk bercuti di Tanjung Leman.

Terletak kira-kira 200km dari Universiti Teknologi Malaysia, kami berkonvoi dengan 4 buah kereta. Percutian ini disertai oleh 17 orang teman. Persiapan telah dibuat beberapa hari sebelum harinya. Antaranya termasuklan tempahan chalet untuk penginapan, membeli peralatan serta bahan-bahan untuk membuat BBQ serta membuat pinjaman barang daripada Jawatankuasa Kolej.

Hari kami bermula seawal jam 0615. Saya, Aizat,Ijad dan Wani pergi ke pasar untuk membeli ayam serta bahan basah lain untuk kegunaan bagi membuat BBQ di sebelah malamnya. Terlalu awal atau Pasar Taman U yang tutup membuatkan kami menukar haluan menuju ke Pasar Peladang. Agak kecewa dengan kekurangan variasi bahan basah disamping kebanyakan hasil taninya yang tidak sesegar pasar harian di Taman Universiti.

Usai pulang dari Pasar Peladang, teman-teman sekuliah lelaki mengambil tugas membasuh ayam sementelah kami telah menyiapkan bahan-bahan perapan ayam pada malam sebelumnya. Sebelum bertolak ke Mersing, ayam yang telah dibasuh dicampur dengan bahan perapan yang telah disiapkan. Perjalanan bermula kira-kira jam 11.00pagi.

Kami menggunakan laluan Tebrau untuk pergi ke Mersing. Dalam perjalanan ini, kami berhenti seketika di Tesco Tebrau memandangkan terdapat beberapa barangan lagi yang tidak dibeli memandangkan ketiadaannya di Pasar Peladang

.

Shopping time...at Tesco Tebrau

Mengikut perancangan yang telah disusun, saya dan teman-teman akan singgah di rumah Majidah, teman sekuliah kami untuk makan tengah hari sebelum melanjutkan perjalanan ke Tanjung Leman. Bagi orang luar seperti saya, kehadiran ke Bandar Mersing seolah-olah membawa saya kembali ke negeri asal saya. Negeri Kedah. Bandar Mersing sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan pantainya. Sebuah penempatan nelayan. Bandar Mersing terletak di persisir pantai yang menjadikan keunikannya itu menarik kedatangan ribuan pelancong baik tempatan mahupun asing. Bandar Mersing seperti Daerah Kuala Kedah di Kedah. Pekan Nelayan itulah gelaran saya.

Dari UTM ke Mersing, hampir 70% pandangan kami disajikan dengan keindahan dan kelapangan Ladang Kelapa Sawit. Baik yang masih menjadi anak pokok mahupun yang sudah masak ranum. Entah macam mana hendak saya terangkan tentang jalan yang telah kami lalui itu. Yang nyata agak membosankan. Sementelah jalan yang digunakan adalah jalan negeri. Laluan yang banyak dilalui lori-lori yang keluar masuk. Sasaran kami adalah Pekan Jemaluang. Yang menjadi ‘check point’ untuk memastikan kami berada di laluan yang betul.

Kedatangan kami ke rumah Majidah lewat tengah hari itu disambut baik oleh Majidah dan keluarganya. Pelbagai makanan di sajikan buat kami setelah mengharungi sebuah perjalanan yang jauh itu. Berselera semuanya menikmati hidangan yang tersedia.

Kat umah Majidah..masa menjamu selera...

Kengkawan yang ke Tanjung Leman....

Usai mengerjakan solat zohor dan asar secara jamak, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dirancang iaitu Tanjung Leman. Hendak sampai ke Tanjung Leman, kami perlu melalui Bandar Tenggaroh. Sebuah kawasan ladang kelapa sawit yang sangat luas. Dari rumah majidah yang terletak di Kampung Sawah Datok, kami mengambil masa kira-kira 30-45 minit untuk sampai di Tanjung Leman. Bagaikan terhibur dengan keindahan pantai setelah mengharungi jalan panjang yang berlatarkan ladang kelapa sawit.


Tanpa membuang masa, selepas check in ke dalam chalet tempat penginapan kami malam itu, kami bergegas menukar baju. Masing-masing bagaikan tidak sabar untuk menikmati deruan ombak. Kawan-kawan lelaki memilih untuk bermain futsal terlebih dahulu sementelah tempat bermain futsal di tepi pantai ada disediakan oleh pihak chalet. Bagi kami yang perempuan ini, pasti sahaja berjalan di persisiran pantai bagi mencari kawasan yang lapang dan tidak ramai orang untuk mandi air laut. Dalam bersuka, aurat tetap terjaga. Lebih kurang 100-200m dari tempat kawan-kawan lelaki bermain futsal, kami mandi di situ. Kedatangan kami pada hari bekerja iaitu Hari Isnin menjadikan kawasan pantai sunyi sepi. Terasa seolah-olah pantai yang mengunjur di kawasan itu hanya untuk kami.

kat tepi pantai di Tg.Leman..prepared tuk mandi!!!

Sebelah malamnya, seperti yang dirancang, kami mengadakan BBQ. Malam untuk semua. Di satu sudut, unggun api dinyalakan. Subhanallah..malam yang gelap bagaikan cerah diterangi unggun api yang marak menyala. Cantiknya tidak terungkap dengan kata-kata. Kami bekerjasama menyiapkan semua makanan untuk BBQ malam itu. Ada yang membakar ayam, ada juga yang menggoreng nugget dan tidak ketinggalan menghiris kobis dan carrot untuk dibuat coslaw. Serta Mesh potato.. kebanyakannya adalah resepi campak-campak berdasarkan guideline yang diberikan oleh teman dan yang diperoleh daripada internet.


Prepared for BBQ

times to eat..

Unggun api yang terbentuk...

Saya memang sukakan pantai.apatah lagi kalau ada unggun api di tepi pantai. Dan lebih indah kalau dapagt berkhemah dan berunggun api di tepi pantai.

Hari kedua....

Seawal jam 6.30pagi usai solat subuh, saya serta beberapa orang teman keluar ke pantai. Hajatnya untuk melihat matahari terbit. Tetapi johor di selatan. Bukannya kawasan yang sesuai untuk melihat kecantikan matahari terbit mahupun terbenam jika hendak dibandingkan dengan kawasan pantai barat dan pantai timur. Saat kami melangkah keluar dari chalet, beberapa orang kawan-kawan lelaki telah pun terlebih dahulu bersantai di tepi pantai. Menikmati embun pagi di tepi pantai.=P.

pagi di Tanjung Leman

Kreatif

Awal tak awal, lebih kurang pukul 7 pagi, kami sudah menukar baju untuk mandi. Kali ini kami lebih teruja. Memandangkan air laut tengah pasang, jadi air lautnya lebih jernih berbanding air laut sewaktu kami mandi petang sebelumnya. Keterujaan semakin tinggi sementelah air yang jernih membolehkan kami melihat ke dasar laut. Benar kata orang. Air laut di kawasan tanjung Leman ini memang jernih. Kejernihan inilah yang saya cari selama ini. Seronok. Gembira. Itulah yang boleh saya definisikan perasaan kami tika itu.

Sebelum mandi, sempat juga kami membuat coretan di pasir pantai. Mencatatkan nama kami semua yang pergi ke percutian ini. Catatan sebuah memori.. mungkin saat ini, coretan di pasir pantai Tanjung Leman itu telah lenyap dihanyut ombak dan air pasang. Namun memori yang terpahat dalam setiap kami pastinya akan terus segar. Create a memory wif frens before we leave the university life. Di sini tempatnya, sebuah persahabatan baru terbentuk. Sebuah perjuangan di titi, dan sebuah impian yang diimpikan semua. Di sini tempatnya, kita membina kenangan terindah. Tempat kita mengejar cita-cita. Semoga, semester yang berbaki masih memberi kita peluang mengadakan lebih banyak aktiviti menarik yang akan disertai oleh hampir kesemua kawan sekuliah.

Di Tanjung Leman sebelum Balik UTM

Seinfiniti tahniah dan terima kasih untuk Aizat, Yen, Majidah dan Ijad yang menjadi orang kuat di sebalik perancangan percutian ini. Kekuatan korang memberikan lebih kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perancangan ini walaupun pada awalnya mendatangkan pelbagai kontroversi.

Terima kasih kepada Akmal,Zul dan Muhsin yang setia memandu dalam jarak yang jauh. Kepenatan korang memang sangat dihargai. Kepada peminjam-peminjam kereta iaitu Naz, Abg Azwar dan Saudar Bad. Thanks for giving us medium tuk merealisasikan perancangan ini. Tanpa kereta-kereta ini, mungkin perancangan ini akan menggunakan kewangan yang lebih tinggi.

And thanks tuk korang yang sudi join trip ini walaupun sepatutnya masa yang ada ni digunakan untuk study. Sokongan korang adalah kekuatan kepada jayanya percutian kali ni. Thanks diucapkan buat Wani, Eqen,Intan,Taj,Udi,Nik,Fahmi dan Koleq. Lepas ni, bolehlah kita rancangkan percutian atau aktiviti laen lagi...

Pemimpin yang Sebenar ATAU sekadar Pak Turut???

Sunday, October 18, 2009

"Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan? bagaimana seorang pemimpin itu dilahirkan di kalangan ribuan manusia? di mana bezanya seorang pemimpin dan seorang pengikut? bagaimana pula definisi yang boleh diberi bagi membezakan antara pemimpin yang sebenar dan pemimpin sekadar Pak Turut?"

Acapkali pertanyaan ini muncul di kotak fikiran saya. puas juga memikirkan sehingga sampai saatnya seakan mahu melepaskan segalanya. bagaimana hati ingin berbicara andai bibir gagal mengungkapkannya? bagaimana mungkin penjelasan diperoleh andai emosi sentiasa menguasai fikiran? layakkah saya digelar seorang pemimpin? tidak betah mempertahankan pendirian sendiri? sering gugup saat ingin mempertahankan diri. susahnya.

entah dimana silapnya, saya semakin jauh dengan barisan pimpinan kolej yang saya sertai. entah dimana silapnya, semangat yang ada seakan pudar ditongkah arus masa. entah dimana silapnya, kepimpinan itu bukan lagi diam di hati saya. entah di mana silapnya, saya seakan telah melepaskan segalanya.

Kepimpinan = Profesional?
Sejauh mana kebenarannya?
dan selebar mana praktikalnya kedua perkara ini di dunia realiti?
saat melangkah kaki ke kem pembentukan pimpinan kolej, saya dan teman-teman yang lain seringkali ditadahkan dengan ungkapan "profesionalisme". tapi setelah hampir setahun berlalu, bukan profesionalisme yang saya lihat. tapi sekadar keputusan berdasarkan hieraki kepimpinan.

satu demi satu lembar kecacatan mula terserlah. Profesionalisme hanya tinggal nama. pemimpin yang lahir bukan lagi pemimpin yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. tetapi pemimpin yang lahir kini tidak ubah seperti Pak Turut. erti kata lain, tidak ubah seperti boneka atau patung kertas yang pergerakkannya dikawal di sebalik layar. perlantikan tidak lagi berdasarkan sifat kepimpinan yang lahir dari diri insan-insan itu sebaliknya perlantikan lebih berdasarkan kesukaan dan keselesaan insan tersebut dengan mereka yang melantik. bagi yang sering mengampu, jawatan pasti sah milik mereka. bagi yang cuba menegakkan pendirian sendiri, tiada tempat buat mereka.

Saya terkilan. sangat terkilan. sehingga ke penghujung pimpinan, permainan sebuah sistem kepimpinan masih berterusan. perkara ini saya tahu lewat penceritaan teman-teman yang terkena tempiasnya. mana yang salah harap diperbetulkan.

" Di akhir kepimpinan sesi kami, sepatutnya kami menganjurkan satu PROGRAM akhir yakni PROGRAM PENUTUP. pengarah telah dilantik. barisan AJK telah dipilih. perbincangan telah dibuat. namun, masalah kewangan seakan menjadi penghalang.

entah dimana rasionalnya resolusi ini dipilih. tanpa ada rasa ehsan, serta merta jawatan pengarah itu terlucut tanpa amaran. Program yang dirancang diserahkan pada insan lain di bawah label "TASK UNTUK PESERTA YANG PERGI KE KEM KEPIMPINAN AKAN DATANG"

Wujud pula jawatan penasihat. untuk apa ya??? Dimana Hak kami sebagai kepimpinan yang dilantik. Jawatan masih dipikul kenapa perlu program akhir ini menjadi sebegitu? tidak dinafikan walaupun yang melaksanakan masih ada seorang dua barisan pimpinan sedia ada, namun sensitiviti masih tercalar.

Dari seorang teman yang lain pula, saya mendapat tahu, mereka-mereka yang duduk di bawah label yang saya maksudkan di awal bicara tadi juga melakukannya dalam keterpaksaan. mungkin mereka akan terus dibonekakan demi mencapai kepentingan sesuatu individu?ini bukanlah peristiwa yang pertama. walaupun terdapat perkara yang tidak berlaku betul-betul di depan mata, tempiasnya tetap terasa. mengenali kawan-kawan yang menyampaikan, kepercayaan saya tetap pada mereka.

andai kepimpinan terus dibonekakan, wajarlah kiranya pemimpin itu tidak dilahirkan. lahirnya pemimpin sebegitu hanya akan mendatangkan mudarat pada masa akan datang. bukan bermaksud untuk menentang. tetapi setiap kita punya pandangan dan buah fikiran sendiri. mungkin mereka punya rasional. tapi apa yang berlaku tidak seperti yang diungkapkan dan di slogankan..

It's Part of mini Holiday

17hb Oktober 2009.
Cik Sara dan teman-teman cik Sara pergi ke Mersing. Tapi, belum sampai ke Mersing, kitorang singgah kat Tg. Balau. pantai kat area Johor. bawah sket dari Desaru. Pantai kat Tg. Balau tu dah indah. pengunjung pun ramai. tapi chalet dia tak berapa nak best. jauh dari pantai.


Cik Sara, Majidah, Aizat n Yen dekat chalet Tg. Balau


Amaran : Tidak Selamat untuk mandi dan berenang

Ya!!! board amaran ni, cik Sara amik masa kat pantai Tg. Balau. cam pelik pun ada. tulis amaran kata tak selamat untuk mandi atau berenang. tapi cik Sara tengok, ramai je pengunjung yang mengunjung kawasan ni. siap bermandi-mandi lagi walaupun masa ni dah pukul 1 tgh hari. matahari tegak atas kepala. mcam tak seiring pula amaran ni dengan suasana dekat tg. Balau tu...isy..isy..isy..

selain orang ramai yang datang berkelah, mandi manda ada juga yang pasang khemah. tak pasti lak untuk bermalam atau sekadar menjadi tempat perteduhan.

bersebelahan dengan Tg. Balau Resort, ada Muzium Nelayan. tapi sayangnya Muzium tu kelihatan terbiar tanpa ada pengurusan yang sistematik. mula-mula sampai macam teruja nak singgah dekat Muzium Nelayan ni. tapi kekecewaan yang diperoleh.


Cik Sara dan Majidah bergambar depan Muzium Nelayan

Dari luar je dah nampak betapa tak terurusnya kawasan ni. sedangkan kalau dimajukan dan dijaga pasti dapat dikomersialkan sebagai produk pelancongan sementelah kawasan ni memang menjadi tumpuan pengunjung selain ke Desaru. Sedih bila melihat daun-daun kering jatuh bebas sekaligus mencacatkan panorama.

Bot-bot nelayan yang dijadikan perhiasan dan dispaly tidak terurus. kedai cenderamata dan kaunter memang langsung tidak dibuka. bagi seorang yang suka melancong dan melawat tempat-tempat sebegini, ia amatlah mengecewakan.


unik

KONVOI RAYA : Raya Punya Pasal!!!

Wednesday, October 7, 2009



Selamat Hari Raya!!! Rasanya, belum terlambat untuk cik Sara mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat dan kenalan Cik Sara tak kesahlah sama ada korang semua dekat Tanah Malaya ni lagi or merantau di negara-negara orang. Apa-apapun, bersyukur pada ILAHI kerana masih memberi peluang dan nafas kepada kita untuk menikmati syawal kali ini. Akan datang, belum pasti.


Ha!! Kali ni, Cik Sara nak share story ngan korang semua pasal Konvoi Raya yang Cik Sara dah joined baru-baru ni. Konvoi raya ni sebenarnya disertai oleh kengkawan satu course Cik Sara ke rumah member-member yang tinggal area Johor Bahru ni. Bincang punya bincang, dapatlah kumpulkan hampir ¾ dari coursemate cik Sara untuk berkonvoi ni. Raya punya pasal, kitorang berkonvoi dengan 7 buah kereta. Destinasi pertama kumpulan konvoi kami ni adalah ke rumah Fairuz. One of our coursemate. Actually g rumah her brother yang terletak dekat Setia Tropika. Place that we never been there. Berbekalkan alamat dan sedikit explanation, kitorang cuba mencari. Bergerak dari UTM sekitar jam 10.30 pagi. Kitorang menghala ke Johor Bahru.


Nak dijadikan cerita, hampir sejam jugaklah kitorang mencari kat mana letak duduknya Setia Tropika ni. Dengar nama macam gah. Gerak punya gerak, tak sedar yang kitorang dah sampai kat Kampung Maju Jaya. Terkedepan pula. Terasa macam dah salah direction, kitorang buat U-Turn. Tujuh kereta buat U-turn memang mengundang gelak tawa di kalangan kami sendiri. Dah U-turn, tersalah direction lagi yang akhirnya membawa kami semua masuk ke Highway Utara Selatan. Rupa-rupanya highway yang kitorang amik tu menghala ke UTM balik! Macam dejavu pulak! Kitorang patah balik ke UTM dan mencari jalan semula ke Setia Tropika tu. Rupa-rupanya, dari Khayyan Village, tempat kitorang berkumpul lepas membuat U-turn pertama kali tu, kitorang sepatutnya menghala ke kiri. Masuk jalan besar macam highway.dari jalan tu, bolehlah nampak Setia Tropika di kanan jalan.


Rupa-rupanya Setia Tropika ni macam sebuah bandar terancang yang menempatkan lot perumahan elit selain kemudahan dan insfrastruktur baru. Pada pendapat Cik Sara, lagi beberapa tahun, majulah tempat tu bersesuaian dengan suasana di Johor yang memang tersangat up to date ini. Hehehe.. Akhirnya, aroung 12.00 tengah hari, kitorang sampailah ke rumah yang dicari-cari tu. Habis minyak cari rumah pertama je. Tapi semuanya Raya punya pasal!!

Dalam kepenatan mencari jalan, masing-masing masih menunjukkan wajah yang gembira dan ceria. Walaupun diasak dengan keroncong perut yang dah berubah dari lagu dondang sayang kepada lagu band rockers, masing-masing masih tersenyum dan bergelak tawa. Suka cik Sara tengok. Raya punya pasal, tak ada pun yang tunjuk muka marah walaupun dalam hati memasing, Cik Sara sendiri tak tahu macam mana rasanya.

gambar ni amik time kat umah Fairuz


Lebih kurang pukul 12.45tengah hari, kitorang amik keputusan untuk gerak ke rumah Dila pula. Rumah member kitorang yang sorang ni, terletak kat Kg. Melayu Pandan, kat Tebrau. Kali ni, tak susah sangat nak cari sebab explanation Dila memang detail. Sampai papan tanda “peringatan 70” pun dia bagitahu..hahahaha.. kalau sesat juga, tak tahulah nak kata. Lagipun, di kalangan kitorang sendiri, dah ada yang pernah datang ke rumah Dila sebelum ni, so probability nak tersesat tu, 0.01% lah. Sampai kat rumah Dila around waktu Zohor. Dah alang-alang masuk waktu, kitorang tumpang sembahyang kat rumah Dila bergilir-gilir sement

ara menunggu kengkawan lelaki mengambil makanan. Beraya di johor pastinya tak dapat dipisahkan dengan Soto. Macam tulah hidangan di rumah Dila. Cik Sara dan kawan-kawan dihidangkan dengan Soto yang pelbagai pilihan. Ada nasi impit, mee dan bihun. Malah kuah kacang juga dihidangkan untuk kami semua. Disamping hidangan ni, kami turut di sajikan dengan Daging masak lemak cili padi yang digoreng kering. Kalau tak silap Cik Sara, itulah

namanya. Cik Sara first time jumpa masakan daging tu, tapi masa kawan bagitahu nama masakan tu, cik Sara tak berapa nak alert..huhuhuu.. tapi sedaplah. Sedap sehingga tak teterbit dengan kata-kata.


Lepas semuanya selesai makan dan menunaikan sol

at Zuhur, kitorang mula berbincang untuk pergerakan ke destinasi berikutnya. Iaitu ke Simpang Renggam. Jauh tak jauh, adalah dalam sejam 45minit kalau naik bas ikut laluan biasa. Memandangkan kitorang nak gerak awal dari rumah dila, dan kebetulan pula, hujan baru sahaja berhenti atau dalam erti kata lain, sebenarnya rintik-rintik, keputusan di capai untuk ke Simpang Renggam menggunakan laluan biasa bukannya highway. Semuanya gara-gara tak mau keluarkan duit untuk tol lagi, kesesakan lalu lintas menjadi pilihan. Raya punya pasal!!


Jalan kat kawasan Tebrau tu memang sentiasa s

esak tambahan pula hujung minggu. Kereta berpusu-pusu dari kedua belah arah. Ini menjadikan konvoi berkereta sangat terjejas. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk tidak menunggu di dalam kesesakan sebaliknya berkumpul semula dekat Shell Sri Puteri memandangkan jalan menghala ke Simpang Renggam adalah melalui jalan balik ke UTM.


Tension!!! STRESS!!! Semuanya ada bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dalam keadaan cuaca yang hujan tu. Tapi...Raya Punya Pasal!!!! Kitorang tetap gelak-gelak lagi. Sesekali mata pandang kat luar sebab nak mencari kereta-kereta lain. Kalau nampak pun Cuma sebuah dua. Memang lost terus. Nak tak nak, tunggu kat Sri Puteri jelah. Dekat Shell tu, mana-mana kereta yang perlu topup minyak, bolehlah topup terus sebelum kitorang start another long journey.


Laluan kali ni, mengarah ke rumah Wani yang terletak kat Simpang Renggam. Nak sampai Simpang Renggam kalau ikut laluan biasa kena lalu Kulai. Dan Jalan-jalan kat Kulai ada yang dalam pembinaan dan pembaikkan. Jadi kesesakan jalan Raya itu memang pasti. Tapi sebab dah ramai yang nak ikut laluan biasa, kita turutkan juga. Yang bagusnya, Cik Sara yang duduk di kereta paling depan, sangkakan mereka yang kat belakang tak dapat nak follow sebab dari cermin sisi, Cik Sara Cuma nampak sebuah je kereta dari 6 kereta yang berkonvoi ke Simpang Renggam. Sampai di penghujung bandar Kulai, akhirnya semua mengalah untuk menggunakan highway. Bagi yang drive, tentulah tersangkut da

lam kesesakan adalah sesuatu yang memenatkan. Cari punya cari, adalah dalam 35 minit plus plus, barulah kitorang jumpa tol Sedenak. Lepas je amik tiket, baru kumpulkan teman-teman yang lain. Cukup 6 buah kereta, Cik Sara dan teman-teman start gerak ke rumah Wani.


Untuk destinasi yang ini, Wani naek dengan cik Sara dan 2 teman yang laen menjadikan kereta yang Cik Sara naek tu lead semua kereta menuju ke rumah Wani.
Kitorang sampai kat Simpang Renggam Area kul 6.30 macam tulah. solat Asar kat masjid berdekatan.


Konvoi Raya dah sampai ke penghujungnya. walaupun Syawal masih berbaki. dalam pukul 9.00malam, Cik Sara d
an kawan-kawan, selamat sampai ke UTM. penat memanglah penat. tapi terasa berbaloinya perjalanan tu. Walaupun sesat, keseronokn tu tetap ada. Tak ada peristiwa yang menimbulkan perseli sihan atau apa sahaja yang negatif.. m ungkin tahun depan Cik Sara nak ajak kengkawan Cik Sara pergi konvoi beraya lagilah. bak kata seorang member, mungkin pas ni leh Konvoi ke Mersing pula. umah Majidah pula.


hohoho.....