Nyumm..Nyumm..

Tuesday, March 30, 2010

Untuk entri kali ni saya nak berkongsi makanan yang menjadi pilihan saya selama 3 tahun di Johor.

1. NASI AYAM PENYET
Ni menu baru. Baru pada saya. Satu-satunya yang saya takkan jumpa bila dah balik Kedah nanti. Saya tergerak nak berkongsi rasa pun, sebab ahad yang lepas, saya nonton cerita JJCM short term for Jalan-Jalan Cari Makan. Cerita yang dihoskan oleh Serina, anak Chef Wan tu. Episod JJCM kali ni, makan nasi ayam penyet..tapi dekat KL. yang saya nak berkongsi ni, versi orang Johor. Harga dia pun murah. Affordable.. dan yang paling penting, memuaskan... Kenyang pun ye juga.

Korang tahu tak nasi ayam penyet tu macam mana rupanya? Urmm..first time dengar nama dulu pun, saya pelik juga. Kenapa nama menu macam tu? apa bestnya nasi ayam penyet ni? And 1st time saya cuba setelah hampir 2 tahun ++ duduk kat Johor ni, iaitu awal tahun 2010, barulah saya realize betapa sedapnya makanan ni. Dah macam addicted je dengan menu yang satu ni..

Asal bosan jer dengan menu-menu yang ada dekat Arked K9, sure restoran ni menjadi pilihan saya. Mungkin ada orang akan kata mahal. Tapi saya kata, memuaskan!!.


Nasi ayam Penyet ni consist of nasi putih, ayam yang dipenyetkan.. before tu digoreng dengan bahan-bahan yang saya sendiri tak pasti apa..(yang pasti diiktiraf halal..dan restoran orang melayu)... yang paling penting dalam nasi ayam penyet ni, ayam dengan sambal belancannya. Marvellous! pedasnya menepati kehendak saya. Bagi yang tak tahan pedas, tak yahlah pandai-pandai nak habiskan semua sambal belacan yang diletakkan tu. Ikut kemampuan masing-masing.



Set Nasi Ayam Penyet Restoran Pinang = RM4.50



Selain tu, ada ulam-ulam macam sayur kobis dan timun. Yang wajib ada juga adalah tempe goreng. Masakan Jawa, tak lengkap kalau tak ada tempe. Bahan-bahan aksesori ni boleh berubah ikut tempat yang kita makan, tapi ayam, sambal belacan and tempe goreng ni, wajib ada. COMPULSORY!.. hehehe... Dan diselitkan juga dengan sup. sebab masyarakat Malaysia sangat sukakan makanan berkuah. Nyummy..

Ayam dia pun besar. Setiap kali makan nasi ayam penyet, saya suka order bahagian Peha. Sebab tu saya kata sangat-sangat memuaskan. Berbaloi-baloi..RM4.50 untuk sepinggan Selalunya, saya pergi makan ayam penyet ni dengan AKMAL HAYATI. Coursemate saya. Memang kamcheng habis bab makan-makan ni..hahahah...

Ada yang nak belanja saya makan nasi ayam penyet ni ke? Kecik tapak tangan, Laut China Selatan saya tadahkan. Addicted pada nasi ayam penyet, sampaikan seminggu tak jumpa macam tak puas. rasa mengidam jer...hahah..macam orang mengandung pula..Ooopppss...kahwin pun belum, mana ada mengandung... HIPERBOLA pula.

Makan...makan..dan makan.. Itu kalau saya di JOHOR.

********

2. PASEMBOR



Inche-Inche Tauge yang banyak..huhuhu


Ini kalau saya balik umah di KEDAH. even, kadang-kadang tak balik pun boleh teringat-ingat. PASEMBOR. ya! my favourite. Tempat paling saya suka dengan Simpang Kuala..area nak menghala ke Tanjung Bendahara. Asal cuti jer, sure saya akan merengek kat mak ngan abah minta Pasembor. Paling-paling sekali balik kena makan sekali. tak boleh tidak. Nanti naik bas balik JOHOR tak aman. dok ngingat Pasembor tak makan lagi..hahaha

Pasembor ni leh jumpa kat UTARA ja. Setakat ni, saya tak jumpa lagilah kat SELATAN ni. Kalau saya cakap dengan orang bukan UTARA, mesti dia akan tanya saya balik,
"PASEMBOR tu apa?"


Urmm..mungkin saya boleh samakan PASEMBOR tu dengan ROJAK ASMA yang terkenal kat JOHOR ni. Sama tapi tak SERUPA. Ada yang tanya,
"PASEMBOR tu macam GADO-GADO ke?"...



Melimpah-limpah kuah kacangnya..urmm..



Urmm..Jawapan saya tak sama.
Susahnya nak describe.. Tapi kalau ada yang teringin nak merasa, meh r turun KEDAH. Kalau kena timingnya, insyaALLAH saya boleh belanja. Tak pun, saya belanja, awak-awak semua bayar sendiri jer..hehehe..
Murah jer. RM3.50. Kalau yang standard size saya ni, makan sorang pun jenuh nak perabih. Sangat banyak.

Kalau makan kat warung tu, sampai nak menangislah saya nak habiskan. Kalau tak habis nanti abah tak nak bawa makan situ dah..(ayat provok abah dari kecik sampai dah besar..hahaha). Cuma satu jer yang mak ngan abah dah tak larat nak tegur setiap kali bawa saya makan pasembor or bawa balik pasembor tu kat umah..

"Hang dok kelebek menatang apa tu? makan jer lah.."
Nak tahu kenapa ayat ni yang keluar? Sebab....Saya akan belek-belek Pasembor tu dalam 5-8 minit semata-mata nak buang tauge yang diletakkan di tengah-tengah pinggan tu. Maknanya, setiap kali nak makan pasembor or anything yang ada mixed dengan Tauge, saya mesti take time (depend pada jumlah tauge yang diletakkan) untuk asingkan tauge dari makanan saya.

TAK SUKA!!!
tapi tak bermakna saya tak makan PASEMBOR tu.. macam mana susah sekali pun nak membuang Inche-Inche Tauge tu, saya tetap berusaha.. Hahaha... Nasihat saya, kalau nak makan pasembor ni sepinggan seorang, SILA kosongkan perut! Kalau tak, rasa perut sangat-sangat sebu. Kalau paksa juga makanan masuk perut, muntah nanti dibuatnya.

Owh yea!
Saya tak cerita pun lagi apa bendalah PASEMBOR ni kan? Urmm...dia sejenis makanan. Of Course..
Dalam dia ada macam-macam yang dicampur seperti rojak. Ada cucur udang yang dipotong (ini main menu).. Pastu ada Timun yang dihiris macam dalam laksa tu... Then, ada tauge(Very dislike)....Ada ubi kentang yang direbus(Sedap~).. Ada juga sengkuang..sejuk je...Urmm..paling menarik ada telur.sama ada versi rebus or versi goreng...Urmm..ada apa lagi ye?

Dan yang menambah selera saya, tentunya kuah nya. Kuah Kacang. Favorite saya tak kira waktu.

Cerita pasal PASEMBOR, rasa macam nak balik umah skrang juga. mengajak mak dan abah menikmati hidangan PASEMBOR kegemaranku.. Yeay!




Bencana Alam Dan Kempen "Earth Hour" 2010

Monday, March 29, 2010

27 Mac 2010. Sebanyak 88 negara menyertai usaha sejagat iaitu Kempen Earth Hour. Kempen ini menjadikan simbol menutup lampu sejam bagi mengatasi masalah perubahan iklim. Seperti yang dilaporkan di akhbar Berita Harian Online, sebanyak enam juta rakyat Malaysia menyertai kempen ini. Dan hal ini turut dibuktikan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bahawa dalam tempoh berkenaan, penggunaan tenaga elektrik akan berkurangan 550 megawatt bersamaan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




Kempen "Earth Hour" ini diadakan bukanlah semata-mata sebagai simbolik kepada penutupan lampu dan barangan elektrik yang lain. Sebaliknya sebagai satu kesedaran kepada masalah dunia yang semakin parah. Pemanasan Global yang semakin meningkat. Perubahan Iklim yang melampau. Segala kemusnahan ini bukanlah bersifat natural. sebaliknya, kemusnahan-kemusnahan ini disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Kemusnahan ekoran sikap tamak dan tidak ambil peduli dengan ekosistem dunia.

"Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41) "

"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
(al-Anbiya’: 31)."

Ayat dari surah Al-Anbiya' ini membawa maksud, "Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi "

Bukit ditarah tanpa mempedulikan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang terganggu. Semakin banyak "Skytower" di bina. Penggunaan cermin yang banyak di bangunan-bangunan tinggi yang secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada peningkatan suhu bumi.

Sabda Rasulullah : Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Namun, apa yang telah kita lakukan pada bumi kita? Sejauh mana kita menjaga dan bertanggungjawab dengan keseimbangan dunia?

"Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19)."

Menurut satu sumber yang diperoleh, pada Oktober 2009, Kerajaan Maldives telah mengadakan mesyuarat Kabinet di dalam laut bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kesan pemanasan global di negara mereka. Tahap air laut yang kian meningkat akan menyebabkan negara berkenaan tidak sesuai untuk didiami.

Satu lagi laporan menyatakan ais di Kutub Utara akan cair antara 10 hingga 20 tahun. Apabila ini berlaku, ia mengakibatkan banjir yang memberi kesan kepada satu perempat penduduk dunia. Keadaan ini adalah petanda pemanasan global dan perubahan iklim semakin membawa kesan yang besar terhadap manusia dan bumi. Pemanasan global bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani. Cara untuk mengatasinya sudah ada dalam pasaran. Ia bukan sesuatu yang baru atau susah untuk dilaksanakan.





"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji ALLAH, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan ALLAH melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha Keras siksa-Nya"
[Surah Ar-Ra'd,13: ayat 12-13]



Beberapa minggu sebelum Kempen Earth Hour dijalankan, saya mendapat sehelai artikel yang menekankan tajuk BENCANA ALAM susulan daripada Kejadian Gempa Bumi di Haiti yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut. Berpuluh-puluh ribu manusia terkorban. Tidak lama selepas itu, Gempa bumi di Chile pula menyusul. Sudah lama terniat di hati untuk berkongsi rasa. Berkongsi bicara berkenaan Bencana Alam yang seakan-akan seperti Amukan Bumi ini. Namun, kengkangan masa membatasi segalanya.

Kempen earth Hour yang dianjurkan oleh WWF membuka minda dan peluang untuk saya berkongsi penyampaian penulis artikel tersebut.




Sebelumnya, masyarakat dunia dikejutkan dengan Kejadian Gempa Bumi di Acheh yang mengakibatkan Tsunami yang mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa dan melibatkan 15 buah negara. Bencana alam yang paling dasyat dalam tempoh seabad. 26hb Disember 2004 menjadi tarikh yang mungkin tidak akan dilupakan oleh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Acheh khususnya.

Dalam mencari bahan untuk memuatkan entri saya pada kali ini, saya bertemu dengan suatu berita yang agak mengejutkan saya.

Chile Earthquake May Have Shortened Days on Earth

Tajuk artikel yang saya peroleh di ruangan Yahoo News!. Berita yang dikeluarkan oleh pihak Nasa. berita lanjut boleh diperoleh di link berkenaan:
http://news.yahoo.com/s/space/20100302/sc_space/chileearthquakemayhaveshorteneddaysonearth

The figure axis is the axis around which the Earth's mass is balanced. It is offset from the Earth's north-south axis by about 33 feet (10 meters).

Strong earthquakes have altered Earth's days and its axis in the past. The 9.1 Sumatran earthquake in 2004, which set off a deadly tsunami, should have shortened Earth's days by 6.8 microseconds and shifted its axis by about 2.76 inches (7 cm, or 2.32 milliarcseconds).

One Earth day is about 24 hours long. Over the course of a year, the length of a day normally changes gradually by one millisecond. It increases in the winter, when the Earth rotates more slowly, and decreases in the summer, Gross has said in the past.

The Chile earthquake was much smaller than the Sumatran temblor, but its effects on the Earth are larger because of its location. Its epicenter was located in the Earth's mid-latitudes rather than near the equator like the Sumatran event.

Tragedi demi tragedi melakar sejarah kehidupan manusia menjelang alaf baru ini. Baik bencana alam mahupun bencana angkara manusia kerap terjadi. Tapi perkara bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Ia sudah tercatat dalam lipatan sejarah sejak berkurun lalu dari tragedi banjir besar pada zaman Nabi Nuh, letusan Gunung Berapi Vesuvius ke atas Pompeli, azab Allah ke atas kaum Luth, Ad dan Thamud hingga tsunami Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia dan Taufan Katrina yang melanda New Orleans, Amerika Syarikat.

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)"

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. ( al-Hijr: 28-29)."


Apa yang tertulis sekadar apa yang saya baca. Wallahualam..

Yang kurang sama diperbaiki. Moga keseimbangan ekosistem bumi mampu dikembalikan. Setiap yang terjadi telah tertulis dalam kalam Allah..Tinggal sahaja kita untuk mengkajinya.




Inspirasi Hati

Kasih kaulah inspirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya



Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho...

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku?

Menunggu kata dari Tuhan

Saturday, March 27, 2010


MENUNGGU KATA DARI TUHAN...

Sebuah teater yang berjaya mengusik hati saya. Teater yang mengetengahkan pengisian sebuah hadis nabi. Kisah Sahabat Nabi yang bernama Kaab Bin Malik.

"Aku serahkan permasalahanmu pada ALLAH azawajalla.."


"Tidak langsung aku berniat untuk membohongimu wahai Rasulullah..."

50 hari Kaab dipulaukan oleh sahabat-sahabatnya. terpaksa berpisah dengan isteri tersayang selama 10 hari. Suatu ujian yang amat berat. Sedangkan Kaab masih beriman. Masih sujud pada tuhan-Nya.


"Percayakah kau bahawa aku masih mencintai Tuhanku dan Rasul-Nya?"

Akhirnya Kaab memohon taubat pada khaliknya. Memohon maaf atas kekhilafannya. Kekhilafannya kerana tidak menyertai peperangan ketika itu. Sujud taubat dengan penuh kekesalan. Demi menunggu wahyu Allah kepada Hambanya.

Sungguh berat ujian yang perlu ditanggung Kaab. Bagaimana pula dengan kita??... Sedangkan solat lima waktu sahaja seakan susah untuk dikerjakan.. Inikan pula ibadah-ibadah sampingan yang lain.

Saat teruji, kita mudah mengalah. Menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Astaqfirullah...

Teater ini telah dipentaskan sebanyak 33 kali. Dan pada kali ke-33 inilah baru saya berpeluang untuk melihat sendiri. Menghayati penyampaian keseluruhan teater tersebut. Pertama kali dipentaskan pada 26hb Mac 2009. Dan hari ini 26hb Mac 2010..genaplah setahun teater yang berasaskan hadis nabi ini dipertontonkan kepada umum.

Konsep dakwah yang lebih dekat dengan masyarakat. Sebuah kelainan yang saya cari selama ini. Memahami hadis melalui penyampaian teater. Suatu pembaharuan. Tahniah buat Tuan Director. Buat Sabri Yunus yang berjaya menyampaikan setiap isi dengan penuh penhayatan.


[ Poster pic ni saya ambil dari blog kak Asmah. Mohon keizinan..('o',)]

My New Look

Betapa depan laptop dari pukul 12.30 tengah malam sampailah ke subuh..semata-mata untuk memperbaharui layout blog...
Awalnya terkial-kial juga. Macam manalah nak tukar layout ni..BUT...Gagal bukan bermaksud gagal selamanya...
Saya cuba lagi..dan lagi..dan lagi..akhirnya, banyak juga yang saya pelajari.. Cantik-cantik template yang ada..tapi ini yang menjadi pilihan saya...

Alhamdulillah....~

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah....
Selesai sudah urusan saya....
Terima kasih Dr. Razali...
Apa yang berlaku memang salah saya sendiri..so, tak perlulah saya nak tunding jari salahkan sesiapa pun.. At least, dis thing remind me supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain. YEAY!

Apa yang berlaku?
Mehler saya kongsikan sedikit....
Hari selasa..last week..masa lab session...dah boleh online tuk daftar subjek sem depan. pakat-pakat menggunakan kemudahan internet yang sedia ada di Makmal Elektronik Perubatan untuk buat pra-pendaftaran. Lepas sorang, sorang..men gilir-gilirlah sebab komputer yang connect dengan internet sebiji jer. Tunggu..sorang demi sorang...
Akhirnya...it's my turn..
tak de masalah..sebab isi benda yang sama je dengan yang lain. Mujur dah g bayar yuran 2 minggu sebelumnya. kalau tak, tak leh mendaftar on9 lah jawabnya.

Selesai jer lab session...pakat ramai-ramai serbu pejabat fakulti kat P02 aras 2. nak ambil borang daftar subjek pula. Macam tahun-tahun sebelumnya, amik satu set jer. Dah keluar tembung ngan member. dia cakap kena ambil 2 tuk LI sekali. Owh ye ke? Kenapa tak tahu? tak pelah, masuk balik pejabat, minta lagi satu set dengan akak yang jaga kat kaunter tu. cakap ngan dia tuk LI..
Pass..
dekat tangan ada 2 set registration form.
End of the day. Isi that day pun bukan boleh jumpa PA pun. ambil borang, pastu g makan. Lunch hour..hehe...

Lepas tu dah tak ingat..
Tapi ada satu malam tu..
dapat message dari Aizat (dia ni perantara kitorang dengan PA)
Faham dari msg tu, registration form tu kena bagi tgh malam tu juga kat dia.
Wei yun datang bilik. minta tolong printkan result dia..Sebab our PA demand result sekali. OK!
Time nak isi borang, tengok ada 2 borang..(yang ambil ari tulah..)
Wei Yun datang bawa 1 set jer...Urmm..lupa langsung pada LI yang perlu daftar guna cara yang sama.
Bual-bual ngan wei Yun. Wei Yun minta tolong pass kan borang dia dekat aizat. OK!
Tahap ni masih lagi tak terlintas yang borang LI kena isi gak...
12.20am..Aizat message kata ye nak amik dah borang-borang tu.. OK!
satu group dekat s08...
dan saya di s24 combine with Wei Yun.

Esoknya....
yang saya ingat saya masuk lab tuk outlab session sebab PB-LAB tak siap lagi.
Ntah timing bila, aizat message tanya saya "ko anta sekali ke borang daftar LI?"
Jawapan saya "TAK"
Kena hantar sekali ke?..ngee...
patutlah semalam macam pelik ada borang kosong lebih..
and suddenly, Fairuz cakap, Q cakap yang PA cakap....banyak pula perantara cakapnya..
PA cakap, Borang daftar tul LI chairman LI yang sign. bukan penasihat akademik. OK!

Gtau Aizat.
Pastu Aizat kata tu citer 2 jam sebelum...Owh macam tu ek? OK!
Citer 2 jam kemudian lak....
PA call pejabat fakulti tanya, then pejabat fakulti cakap PA yang kena sign. (Pejabat memang tak leh bercakap..orang kat pejabat tu yang cakap..=P)..
GOOOOOOODDDDD!!!!!

Sebab borang kat bilik. Bila pula nak jumpa PA? Saya ni kalau bukan sebab nak daftar subjek, tak jejak dah bilik PA tu...ngaaa...
Aizat minta tolong ambilkan borang-borang yang dia hantar pagi tadi kat bilik PA..
Waaaa...g jumpa PA?

Mula-mula bagi alasan tak bawa kad matrik. Kang kena berleter pasal rule pula dengan PA. Tapi Aizat kata, maybe PA letak kat luar bilik ye. Kalau rajin nak jumpa dia, ketuklah pintu bilik dia.. ngaaaa...
Surely lah pilih yang pertama... Ni sume yang aizat kata tu dalam message jer..

At the same time, ajak Nazihah temankan..
Yelah..kalau nak kena berleter pun, ada teman di sisi..tak delah terkial sensorang...g pun tu PA naz juga..hahaha..
Naz tak mau..Takut jumpa PA. Pastu dia cakap, bagi dia 10 minit nak siapkan PB-LAB dia. OK!

Fairuz datang. Urmm..ajak je lah Fairuz..s long saya tak g sensorang.
Cakap ngan Udi yang Aizat suh Udi reply message Aizat.. Ingatkan pasal apa. Rupa-rupanya Aizat minta tolong Udi ambilkan borang daftar subjek tu. nak 3..(ini agak jelah..sebab tetiba udi tanya sapa yang nak tolong aizat amikkan borang tu..dia tak tanya ramai..macam tuju soalan tu dekat saya)..Tak pelah..saya g bilik prof, pastu singgah pejabat jap ambil borang tuk aizat, Nik dan Fahmi..semuanya OK! pada saya..

Yang ini saya ingat..
Hari Selasa berikutnya...
Ada Lab Presentation and Demo....
Masuk hari ni, dah brape hari ntah HP saya tak bertopup..
Communicate ngan orang guna FB and YM jer.
Ingatkan nak ambil sign KJ jer untuk borang daftar LI ni... malas nak deal ngan PA...
Tapi KJ tak nak sign plak...
time tu pun HUjan...Sangat lebat...
Dalam Lab, Wei Yun ajak g jumpa KJ minta sign.
Saya kata yang saya tak isi borang..
Seksyen brape pun tak ingat..sedangkan baru jer semalam buka web Industrial Training tu..

Keluar dari Lab, g pejabat Fakulti.
nak antar borang daftar subjek ngan tengok seksyen tuk LI.
mencari Aizat dan Wei Yun..tapi tak jumpa...
Nak message or calling, kredit tak ada..
tak terlintas pula nak pinjam handphone Akmal n Fairuz.
Noted!. tak buat pape ngan borang tu, sebaliknya g makan..

Lepas zohor, dalam pukul 3 cenggitu, awal sket kot..
gerak g fakulti..sebab ada discussion Reading. Group Discussion.
Lama duduk kat Lab tunggu Fairuz ngan Siti...K.ena pun tgh test. Langsung tak terbuka minda teringatkan LI tak daftar lagi...
dalam 3.45, K.Ena msg..ye dah abis test. tunggu kat foyer P05. nampak pejabat.
mengucap panjang sebab langsung tak teringat yang borang tu perlukan tandatangan PA..
Tak de harapan nak dapat tandatangan KJ..
Sebab KJ memang tak nak sign
Dia Suh cari PA dulu.
Saya pun mendaki tangga kat IVAT tuk ke bilik PA.
depan bilik PA, nampak form Aizat..OK! Dia dah hantar. Yang lain?
Urmm..pinti bilik PA diketuk...bukan saje2 nak ketuk.. tapi dengar bunyi pergerakan orang dalam bilik tu. Sure PA kat dalam..

Ketuk lagi pintu tu.. tak de respon..
Bagi salam..tapi tak berjawab..Urmm..Husnuzon..PA tak de. OK!
ingat nak patah balik ambil kertas ngan pen kat PO5..sebab g IVAT bawa pensel ngan borang jer.
Terserempak ngan AIzat n Koleq kat tangga.
Pinjam Pen Koleq, pau kertas Aizat sket sebab Aizat kata tinggalkan jer dengan note. OK!

Esoknya pula...
Pas kelas Fisio..
g IVAT..
dengan harapan kertas dah bersignature.
HAMPA....
form seakan tak terusik. (Tapi JJR milik PA ada waktu saya tinggalkan dan ada waktu saya ambil)
Ambil form tu. KECEWA..
Terserempak dengan Aimie, Jid dan yang lain.. sedang mencari PA mereka untuk tujuan yang sama.
Minta tolong Mie ambilkan sign KJ incase kalau diorang nak jumpa KJ juga.
Tapi PA diorang ada..
Tinggallah borang saya sendirian.
PUTUS HARAPAN...

TAK PE..SALAH SENDIRI..SO, SENDIRI KENA SETTLE LAH..

Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk itu..

next day...
dah boleh start online tuk LI...
after class, g makmal sistem
nak daftar online dulu..
registration form nanti fikir..

pergi bilik KJ dengan harapan dia boleh signkan..
Tapi dekat pintu dia dah letak notis suh g cari PA..
Urmmm....Sedey~
Terlintas nak email Dr.Afendi. Chairman tuk LI..nak minta dia signkan..
Dah sampai Makmal sistem semula..
Buka Yahoo!
Bawa cursor ke New.
keluar new page tuk message
taip segala macam ayat nak minta Dr.Affendi sign.
Last-last, message tu masuk draft.
takut plak nak minta Dr.Affendi sign.

Jumpa siti yang tengah on9 kat makmal sistem. tanya dia.
Siti cadangkan jumpa Dekan jer.. sebab kereta PA langsung tak nampak ari ni..
tu maknanya, dia tak de kat FKE.
ragu-ragu dengan cadangan tu..
boleh ke jumpa DEKAN?
OK! jumpa kakak kat pejabat fakulti dulu. bertanya.

Kakak tu kata, tak boleh. kena PA juga yang sign. Kalau PA tak de minta KJ.
Cakap ngan akak tu, KJ tak nak sign. PA tak jumpa. macam mana?
Akak tu cakap lagi..tak boleh juga. Kena tunggu PA ada.tak pun KJ kena sign juga.
Mata dah start nak berair. Hati dah sebak. sikit jer lagi dah nak pecah empangan air mata ni..

TAHAN..TAHAN..YA ALLAH..kuatkan hatiku..Aku tak nak menangis kat sini.

Esok last day antar borang tu. Saya akur. menapak keluar pejabat..
Mata berair.. tak mampu nak dibendung lagi..
Menangis lagi. Cepat2 cover dari siti.. Tone suara pun try kawal. Tarik nafas panjang2..
Ya ALLAH..bantu aku..

Tak nak menangis kat fakulti. tak nak menangis depan siti. cepat-cepat lap mata ngan tudung. dada sakit..sebak sangat..sedey~

Sudahnya..tinggalkan juga registration form tu kat bilik KJ berserta nota. mengharap sangat KJ signkan..

Hari ni...
kul 10.50pagi..
gerak ke Fakulti..dengan harapan, KJ dah sign. malam ni test..tapi nak study dok ingat borang tak setel lagi..
Sampai kat Po5..
direct g bilik KJ
HAMPA..

Borang dah tak de kat notice board.
mana pula KJ pergi? mana nak cari? KJ sendiri pun tak kenal..
Macam mana ni?
Ya ALLAH...

Alhamdulillah..tergerak juga hati nak bawa note clinical.
Lepak kat foyer Po5. ingat lagi setengah jam pergi tengok semula. mungkin KJ tak masuk bilik dia lagi..

Note dibuka. tapi hati tak tenang...otak ligat fikirkan pasal borang tu.
nampak AIzad, Yen ngan Koleq. Diorang tak perasankan saya..
Message Aizad tanya diorang buat apa kat fakulti ari jumaat..sebab setahu saya, mana ada kelas hari jumaat.
Aizad reply kata nak daftar LI. OK!

Tepat 11.32am..saya naik ke bilik KJ semula. Setiap langkah yang diatur..dalam hati "Ya ALLAH jangan hampakan aku lagi.."

Sampai bilik KJ, depan bilik dia nampak ada banyak registration Form..
YA ALLAH!
ALHAMDULILLAH....
salah satunya borang saya. dah bersign... Thank YOU ALLAH..Thank You Dr. Razali...
Syukur pada-Nya...urusan saya selesai juga..

.........,YM dan Kolej ..........

Monday, March 22, 2010


Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim...Tingginya dugaan-Mu buatku. Seakan lemah lututku untuk terus berdiri. Seakan Rapuhnya imanku untuk digugah. Kerdilnya aku disisi-MU. Sekali lagi air mata ini menitis. Awan Gelap beserta rintik hujan memanyungi bumi UTM..Seakan turut memahami kesedihan hati.

Entah dimana silapnya. ENtah dimana tungkahnya. Aku terduduk. Terduduk dengan fakta yang dihujahkan. Terduduk dengan kalimah katanya. Aku menangis. Tak ramai yang tahu tentangnya sebab aku duduk bilik single. Such an advantage to me. Namun, bilik sendiri terasa seperti sempit. Seakan tidak mampu meleraikan fikiran yang semakin kusut. Seakan tidak mampu membendung air mata dari tidak membasahi dunia realiti ku. Menangis. itulah yang termampu aku lakukan. Bila tiada kata mampu diungkap, tangisanlah yang akan melegakanku.



Dari satu hal ke satu hal. Seakan bertimpa ujian buatku. Apa yang terjadi membuat aku merenung kembali sebuah persahabatan. Persahabatan yang menurut persepsi general ku boleh berlaku sesama perempuan mahupun sahabat-sahabat lelaki. Nilai persahabatan padaku terlalu tinggi. Namun persahabatan jugalah ikatan yang paling sukar untuk aku teguhkan.

Terlalu tinggi syarat untuk aku kekal menjadi sahabat mu. Seakan terlalu tinggi nilai yang perlu kuberikan dalam menggarap erti persahabatan darimu. Terlalu tinggi sehinggakan aku terasa semakin jauh untuk menggapainya. Semakin kerdil untuk memilikinya. ini bloq aku, so ini kisah aku. Tapi nak citer sumenya.....urmm..susah juga.

Yang penting aku nak bagitahu yang ari ni aku menangis!!!. Aku menangis jua.

Tajuk dengan story? kalau related, susah juga. So, anggap je lah apa yang korang nak anggap. AKu dah penat! Aku ngantuk! Aku Stress! Petang nanti ada Japanese Test, tapi aku baru study sket dalam keadaan ter"emosional" tadi... Aku rasa nak makan lagi!!!makan! makan!



p/s :- Ari ni agak stress..penulisan pun beraku ko.. Gomen Nasai..

[Bertambah stress dengan polisi ntah apa2 kolej tut tut tut..tak naklah sebut..kang tak pasal2 kena panggil ke atas..tapi memang tak puas hati sebab habis sume pintu pagar dia nak kunci.. Safety kemenda namanya tu..bertambah geram dengan orang-orang yang tak reti beradap dan sombong lak tu..Waa..nasib aku tak rebut nak kolej berpagar. Macam sekolah asrama aku dulu jer.]

SAYA MEMANG TAK TAHU!!!!

Saturday, March 20, 2010

Tak sepatutnya ini terjadi. Ini Eksperimen yang terakhir. PB-LAB yang terakhir. Tapi inilah satu-satunya lab yang saya tak tahu hujung pangkal circuit. Satu-satunya lab yang kalau orang tanya, saya tak tahu nak jawab apa. sebab SAYA MEMANG TAK TAHU PASAL CIRCUIT TU!!!..

Previously...nak ngimbau nostalgia lama...wahaha...
Time test tuk Eksperimen ke-2.
Ada seorang kawan. Sian saya tengok dia. Macam tak tahu jer nak buat litar. Sedangkan masa ni lecturer nak amik markah personal. Nak tengok performance individual. Benda kalau dah grouping mesti ada sesuatu tuk jana individual mark. Untuk PB-LAB ni, test individu nilah caranya. Tak sampai hati melihat kawan yang terkial-kial nak sambung litar tu, saya pun bagilah litar yang dah saya buat dan dah saya dapatkan bacaan tu untuknya. Bukan berniat untuk menipu ataupun apa..tapi lebih kepada nak membantu. Saya tak nak dapat markah sorang-sorang.

Habis je test individu tu, saya balik ngan dia. Saya pun tanya dia, "Tak pernah buat circuit ke before ni? Cuak semacam jer kami tengok..."

Dari jawapan dia jelas menunjukkan dalam group dia part buat circuit budak-budak lelaki yang setel. Saya bukan nak mendiskriminasikan jantina. Tapi kadang-kadang benda ni obvious sangat. nak-nak, kawan saya ni memang lembut orangnya. Kalau tak diberi peluang untuk buat circuit tu, dia takkan rebut dengan lelaki yang ada untuk buat. Sudahnya, mereka hanya menjadi tukang catat nilai. Tukang buat report. kiranya semuanya yang bertulislah.. Kenapa jadi macam ni ek?

Soalan lecturer yang buat saya terfikir seketika , "Awak tak buat circuit? Tengok je? Mana boleh, tengok dengan buat lain. Atau awak catat value je.." Urmm..cubalah korang-korang yang ada pengalaman dalam bidang yang sama dengan saya ni, fikirkan..Pernah tak agaknya soalan ni ditujukan pada lelaki? Saya rasa tak..Sebab apa? LU PIKIRLAH SENDIRI..hehehe

Tak pelah.. Saya tengok balik diri saya..konon-konon muhasabah diri. Kenapa saya dan partner lab perempuan saya boleh buat circuit tu? Boleh sambung litar tu ke Vcc dan Vee? Orang lain saya tak tahu..Tapi ini cerita saya sebab ni blog saya!

Bila muhasabah diri ni kejap, baru saya realise...dalam usaha saya dan kawan ni nak mendekati circuit. nak memahamkan circuit, surely ada jer berlaku pelanggaran tak kenyal. perselisihan bahu. ini berlaku antara lelaki dan perempuan. Bukan saja suka-suka nak buat pelanggaran tak kenyal tu, tapi dah kalau itu jer caranya, nak buat macam mana?

Tapi matlamat tak menghalalkan cara!! ye, saya pernah terdengar tentang itu. Tapi, cuba korang tengok dua situasi ni. Kalau tak redah juga. kalau tak gasak juga, jawabnya melopong je lah tengok circuit. tahu-tahu dah keluar output. mana source, mana input pun tak tahu.

Last Eksperimen ni, saya malas dah nak bergasak.. malas nak merebut...cuba nak minimakan pelanggaran tak kenyal tu. Tapi apa yang dapat? Hahaha..itulah yang menariknya..Saya seperti teman yang saya maksudkan di awal cerita. Tak tahu pun apa yang berlaku pada litar... tahu-tahu output dah keluar. Tadi frequency tinggi, tiba-tiba dah rendah.. apa yang diorang buat pada litar tu?

Nak cakap lebih, malas... Sebab tahu saya tak menyumbang apa-apa pada litar tu. Balik-balik disuruh cari tentang theory dan segala macam yang bersifat akademik! Teknikal progress diorang setelkan. Argghhh....Tak sukanya!!! Kenapa lelaki tak nak bagi peluang kat perempuan? kalau rasa kitorang sangatlah slow bab-bab circuit, kenapa tak guide???

Selasa ni nak kena demo. kena presentation. Kalau tiba-tiba lecturer tu tunding jari dekat saya suruh saya ceritakan tentang litar tu memang nganga je lah jawabnya. nak cerita apa? Tak pun cakap jer kat Lecturer, "Puan, saya tak buat circuit ni. Saya cari pasal theory, prinsip jer. Tgk-tgk dah keluar output. macam mana design circuit pun saya tak tahu. apa kata Puan tanya jer dekat kawan-kawan lelaki saya ni..mereka sangat bersungguh dalam menyiapkan eksperimen ni..." ngee...itukah jawapannya? Konfem, individual mark saya kali ni sangatlah rendah. tapi apa nak buat?????

"Pelanggaran tak kenyal terjadi makanya circuit dapat difahami.....Kalau tak berlaku pelanggaran tak kenyal tu, maknanya KOSONG!!"

Isy, takkanlah asal lab jer nak uat pelanggaran tak kenyal baru dapat faham circuit? tak logik akal betol!!!.

Engineer + Medicine = Medical Engineer ('o,')

Wednesday, March 17, 2010

15hb Mac 2010..Saya dan rakan-rakan satu course pergi melawat Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Lawatan yang telah dirancang sejak minggu ke-3 sesi pembelajaran bermula (mengikut informasi seorang rakan) tetapi hanya berjaya dilaksanakan pada minggu ke-13... Such a long period even ini hanyalah trip yang biasa sahaja. Tapi, saya tetap appreciate kesungguhan seorang rakan yang sanggup bersusah payah turun naik HEP semata-mata untuk menjayakan program ini..

Sebenarnya, program ini merupakan salah satu dari coursework bagi subjek FisioLogi dan Anatomi yang saya dan rakan-rakan sedang pelajari. Dalam erti kata laen, kejayaan menganjurkan lawatan ini bermakna setiap dari kami berjaya menambah 10% markah kedalam akaun markah fisiologi kami.

Urmm..Budak engineering g lawat Muzium Anatomi? buat apa jer? Bersesuaian dengan course yang diambil..kami semua ibarat perantara antara Bidang Perubatan dan Bidang Kejuruteraan..Sounds interesting kan? Nak tahu menarik ke tak, Yok sertai komuniti kami...('o,')



Berhenti breakfast di Hentian Machap

Lawatan Akademik ini memberi peluang kepada kami untuk memahami konsep dan asas fisiologi dengan lebih mendalam. Selama 13 minggu mempelajari subjek anatomi dan Fisiologi ini, kami hanya melihat dan mengetahui sistem tubuh badan manusia lewat kepingan-kepingan gambar mahupun melalui buku-buku rujukan.

Kami sampai di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus KL pada pukul 11.30pagi. Terlewat setengah jam dari waktu yang tertulis di tentatif. Masa itu suatu yang subjektif..dah sampai tu kira ok lah...

Sampai kat UKM KL tu, saya dan kawan-kawan dibawa ke Dewan Diseksi.. Dekat situ boleh tengok pelbagai spesimen yang dalam proses untuk diawet..ataupun telah diawet. Destinasi pilihan adalah Muzium Anatomi di tingkat atas. Muzium ni macam 3D Library tuk medical student kat UKM.

Nak Tahu kenapa?

Sebab kat dalam Muzium ni terdapat pelbagai spesimen sebenar yang telah diawet dan disimpan di dalam jar bagi tujuan pembelajaran. Nak belajar Medical bukan macam belajar elektrik. Everything must be in a real form. kalau belajar elektrik dan elektronik, praktikal kita pada component yang hampir setiap sem kita jumpa di dalam makmal. Bagi budak-budak medical, spesimen ni lah yang menjadi alat bantu belajar untuk mereka.

Dekat dalam dewan ni boleh tengok Upper Limb, Lower Limb, Reproductive System, Digestive System, Pembentukan Baby dalam rahim ibu dan banyak lagi. Kami berpeluang melihat dengan lebih dekat struktur dan anatomi sistem tubuh badan manusia. To an engineer student, this is something new to us..BUT to mecidal student it's normal situation.

Kami diberi peluang untuk melihat dan memahami organ-organ yang terdapat di situ. namun, masa yang diperuntukan seakan tidak mencukupi untuk kami melihat kesemuanya.

Seterusnya, kami semuanya dibawa semula ke dewan Diseksi. Di sini kami diperlihatkan dengan Normal Human Body. Tak complete sangat sebab Death Human Body ni dah pun di awet. Segala organ dalaman juga sudahpun dikeluarkan. Yang tinggal hanya muscle dan bone bagi Pembelajaran Upper Limb and Lower Limb...

Berhadapan dengan mayat Sebenar! itulah yang terjadi. Tak sampai sejam di sana, saya mula berasa pening. tak tahan dengan bau cecair yang digunakan untuk mengawet. entah kenapa pada saat dan tika itu, langsung tidak terlintas perkataan takut atau seram. sedangkan yang dilihat adalah mayat sebenar. bukannya patung!

Kebetulan pula ketika itu di satu sudut lain di dewan itu, terdapat seorang staff yang pada hemat saya mungkin juga seorang doktor, sedang membersihkan bahagian lower limb tubuh badan manusia daripada lemak-lemak. Haa!!! Disinilah saatnya saya rasa seperti hendak muntah!!. itulah kelemahan saya.... Sedikit demi sedikit saya cuba menjauh. Khuatir tidak mampu menahan diri dari hendak termuntah.

Kawan-kawan yang lain begitu teruja melihat mayat itu. Tak pelah..lain orang, lain penerimaannya. Kalau saya boleh terima semua tu, pastinya saya tidak menyertai bidang kejuruteraan masa ini. Saya masih diberi pilihan. cuba secara fizikal dan mentalnya, saya tidak mampu untuk belajar perubatan. By the way, i luv Physics more than i love Biology since in secondary school!!...



3 SEP bertamu di UKM KL

Kuota Oh Kuota


Urmm....
17hb Mac 2010..
Seperti tahun-tahun sebelumnya...masuk jer sem 2 mesti kena pikir nak duduk mana next sem..
Tapi since 1st year until 3rd year tak pernah fikir pun.. sebab terikat sebab Jawatankuasa Kolej..
So, serta merta memang kena dok kat Kolej ini...

Now...
have to decide... for final year...
nak duduk mana..Stay di kolej lama atau moving ke kolej baru...

Malam sebelumnya..
mantan pengerusi dah bagi borang kuota pengetua untuk diisi..
BUT..
until now, no decision making...
Borang Kuota masih bersih tidak terusik...

Kenapa Kena Stay Kolej Lama?
1) Dekat dengan Fakulti..sebelah jer kot...
2) Bleh maen Lawn Ball for SUKAM next sem....Last time dapat Gangsa...who knows leh dapat perak lak ke?....hahaha
3) Single room mcm 90% leh dapat sebab dah final year..

Kenapa tak nak Stay Kolej Lama?
1) Yuran asrama mahal sebab lingkaran dalam...RM603
2) Cafe sedia ada tak berapa nak menarik..
Yang paling penting..Yuran mahal..selama ni tak realize sebab jadi jawatankuasa kolej dapaty diskaun 50sehari tuk bilik tu..

Pilihan apa yang ada? kalau antar borang kuota ni, insyaALLAH..tempat tu dah antar..
Kalau on9 for other college, tak de jaminan tuk dapat kolej yang dipilih tu...
takut nanti...

"""......Yang dikejar tak dapat..Yang dikendong berciciran...."

Apa kena ni...

Friday, March 12, 2010


Petang yang best~
Baru lepas hujan....
tak lah panas sangat....
Tapi....
rasa cam panas jer...
apa susah benor PB LAB k
ali ni???
Rasa macam nak jer campak dalam tasik nun...
biar di makan dek cik biawak...huhuhu..


Dah nak masuk 3rd week..tapi...
circuit tak juga jumpa2...
kalau jumpa circuit..component pula yang tak de dalam stor kat lab tu...
lagi seminggu nak kena demo and present..
apa yang nak dipresent??

S.A.B.A.R.....S.A.B.A.R.....S.A.B.A.R
Maklumat di hujung jari anda!
Ya! Sangat lah setuju..tapi apa yang dicari tak juga jumpa...
dua minggu mencari, macam jumpa benda yang sama je...

B.U.K.U?

Ya! Dah jelajah PSZ tu cari buku...tapi...
tak juga jumpa yang berkaitan...

Dari satu rak ke satu rak...
dari buku yang nipis sampai yang tebal..
dari rak bawah sampai rak atas..

semuanya dah belek..
dah teliti..
dah tengok..

Tapi..
Tak juga jumpa-jumpa....



Fahamkan konsep dulu!!
Ya! dari bacaan, fahamlah sket walaupun tak banyak...
1st time baca PB-LAB ingat mudah..
sebab pernah belajar dalam basic comm..
Tapi...
rupa-rupanya....dulu blajar concept dan block diagram semata2..
sekarang..
kena uat schematic diagram..
kena build circuit...
kena run dalam MULTISIM..
kena order component..
build atas protoboard

ALAMAk!!!!..
Cakap pasal protoboard....
G minta component semata-mata..
tak minta pun protoboard ngan akak tu...
Guys...Gomen Nasai..
tak sengaja...esok cuti..
Lab tutup..
tak leh nak amik protoboard..
haiyaa....
Component tak cukup...
protoboard lupa nak amik..
planner tertinggal lam LAB..
what happen???



Aku dan Lesen Memanduku....

Sunday, March 7, 2010

Lesen P....
Yang menjadi idaman setiap yang nak membawa kenderaan...
dalam senarai yang ramai itu, akulah salah seorangnya....
berangan-angan ingin memiliki kereta...
walaupun skill memandu masih ditahap yang lemah....

Sedar tak sedar, dah nak masuk setahun pun usia lesen memandu aku tu....
tapi boleh dibilang dengan jari berapa kali je aku bawa kereta...
kenapa???
Sebab aku tak yakin dengan kemampuan sendiri...
aku takut untuk berada di antara celahan kereta dan pemandu yang begitu ganas membawa kereta...

Balik rumah adalah bawa -bawa kereta ayahanda tersayang.. tapi bermain dengan perang psikologi..
Apa benda tu?
Perang psikologi yang hantar maklumat kat neuron otak bagitahu yang kete abah tu panjang....susah nak bawa... Otak pun sinaps maklumat pergi ke seluruh anggota badan yang nak drive kete abah memang susah....
Endingnya, keluar je lebuh raya, abah yang amik turn memandu...

Macam tulah setiap kali keluar drive ngan abah...
tak yakin jer, tukar driver...hahaha

Sebenarnya nak citer kisah ari ni....
7hb Mac 2010....jam 5.30petang...

hujung minggu kali ni sangat seronok sebab kakak usrah tinggalkan kereta kancilnya pada kami sahabiah usrah...gilir-gilir guna. dan petang ni, selepas Q drive diri sendiri ke KRP untuk latihan silatnya, aku ajak akmal untuk temankan aku uat test drive. Kebetulan wani pun ada...Practicelah bawa kete dalam u and blajar-belajar parking kereta walaupun kereta asyik senget je....
takpe2x...practice make perfect...

Around pukul 6, aku ajak Akmal g taman U..nak g isi minyak..and nak try drive sendiri ke Taman U..Selama hayat aku amik lesen ni, aci masuk jalan kampung jer...traffic light pun tak pernah jumpa...dan bila pertama kali jumpa traffic light, macam tak tahu nak buat apa....

Latihan selama beberapa hari kat u, menggerakkan hati aku untuk try bawa kereta di jalan yang ada traffic light. That's the challenge!!!..

Alhamdulillah..selamat pergi isi minyak...selamat masuk JUSCO Taman U...Selamat Parking Dalam JUSCO dan Selamat kembali ke UTM...walaupun banyak yang terjadi...

Apa??
1. Enjin mati dekat simpang tiga nak kuar dari Taman U lepas isi minyak... (cuak sebab tibe2 macam banyak jer kete dari depan dan belakang)
2. apa lagi?? kena honlah dengan kereta belakang...Sabaq je lah...
3. Kete berhenti jauh sangat dari tempat nak amik tiket parking..kenalah bukak pintu, kuar dan amik....
4. Berapa kali step ntah amik nak parking kereta ala-ala masuk belakang dulu...
5. Hujan...
6. Tak terkawal stereng sebab nak tarik wiper.. apa lagi, masuk line orang..sekali lagi kena hon....

itulah dugaan dan cabarannya..tapi itu semua tak membuat aku patah semangat..sebaliknya semakin yakin...Hujung bulan 4 nak buat praktikal.. Abah dah keluar perintah suruh drive sendiri g tempat LI..abah tak mau hantar! So, apa pilihan yang ada? Practice memandu supaya lesen aku tak digantung di rumah jadi perhiasan! Ya!!

Diari Perjalananku..

Ini diari catatan saya...apa yang saya buat...dan ke mana saya pergi...

Life is about a journey..

And i start my journey with :-

1) 8hb Januari 2010_Ladies nite

Dinner beramai-ramai dekat Danga Bay. Konvoi 2 buah kereta..siswi satu kos semuanya...
makan seafood...dan yang penting dapat makan kerang b
akar yang agak femes dekat Danga
tu...Dah kenyang makan-mak
an, me and my frends jalan-jalan sekitar kawasan Danga Bay.
Dan aktiviti wajib yang tak pernah kami semua tinggalkan adalah be
rgambar. Click..click..

inilah menu kami semua pada malam itu....

wajah-wajah yang datang....


2) 16hb Januari 2010_Trip to SIngapore

Akhirnya, jejak juga kaki ke Singapore. Pulau yang kalau tengok dari Danga macam bersebelahan je..tapi nak sampai ke sana, amik masa 3 tahun belajar dekat Johor ni... kui kui kui.. Ongkos untuk trip ini adalah dalam RM89 termasuk bayaran untuk menonton Song of the sea... tak termasuk belanja hidup dekat sana. Saya dan teman-teman sekadar membawa $30 dolar Sing. dan duit itu saya gunakan untuk bermain Skyride and Luge yang berharga $11 dolar Sing and membeli cenderahati Singapore..Seharian di Singapore bersama-sama teman sekuliah, sangat menggembirakan...Masa yang dihabiskan bersama sungguh menyeronokan. Dari Merlion Square, Chinatown, Arab Street dan destinasi yang terakhir di Pulau Sentosa. Walaupun keletihan, tapi jelas terpancar riak kegembiraan dan kepuasan di wajah setiap yang mengikuti lawatan ini...

Berlatar belakangkan Esplanade...

Di Merlion Square

Wajah-wajah gembira selepas bermain luge & Skyride...

3) 17hb Januari 2010_Forum Isu-Isu Mutakhir[Penggunaan
Kalimah Allah]_MSI

Atas ajakan seorang sahabat, saya menghadiri sebuah foru
m yang dibawakan oleh 3 orang ahli panel yang salah seorangnya merupakan peguam syariah yang sedang mengendalikan kes perbicaraan isu penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar dan artikel masyarakat kristian.
Solusi yang saya dapat lewat perbincangan dalam forum in
i bukanlah persoalan wajar atau tidak wajar sebaliknya apakah motif di sebalik semua yang terjadi ini. Sejauh mana kekuatan iman kita untuk berhadapan dengan cabaran dunia ini. inilah yang dinamakan perang psikologi. melalui cara ini, jiwa anak muda yang kering dengan ilmu agama pasti akan terbabas....

4) 18hb Januari 2010_Jogging_Hutan Bandar Mutiara Rini


Study, study juga..tapi rehlah jangan ditinggalkan. memandangkan hari isnin tidak ada kelas, makanya, saya dan beberapa orang teman mengambil keputusan untuk jogging di Hutan Bandar Mutaiara Rini. Tempat ni, menurut pandangan retina mata saya yang melihat, saya namakan sebagai Mini Malaysia@ Johor..nak tahu kenapa? sebab dekat Hutan bandar ni, ada pelbagai seni reka bentuk rumah-rumah tradisi masyarakat Johor. Malahan, terdapat juga reka bentuk rumah-rumah negeri lain seperti rumah panjang di Sarawak, Rumah tangga Batu di Melaka dan pelbagai lagi.

...dah nak balik....

..sonoknya...

5) 22hb -24hb Januari 2010_Mini Gathering_MidValley & Mines

Ini part yang paling seronok.. kenapa? Sebab dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Jumpa Izati, Fadhlina, Umai, Anah and Hafsah... Berbaloi-baloi turun ke KL. Yang jauh didekatkan..yang dekat dirapat-rapatkan lagi....kisah saya di Kuala Lumpur ni dah pun saya story kan pada entri sebelumnya...so, kat sini nak post gambar je lah...

izati, fahdlina, umai & wazirah

fadhlina, zati and sara

sara, anah, umai & hafsah

6) 31hb Januari 2010_Kenduri and Trip to Tanjung Piai

Niat asalnya untuk menghadiri undangan walimah kakak Saudara Wani...tapi bak kata orang, dah alang-alang berjalan jauh, kita teruskan berjalan. Memandangkan dah sampai ke Simpang Renggam, kami lanjutkan perjalanan ini ke Tanjung Piai, Pontian pula. Sangat menyeronokkan kerana trip kali ini melibatkan hampir kesemua sahabat-sahabat satu kuliah. ceritanya juga pernah saya kongsikan dalam entri sebelumnya, so, kali ni nak post gambar-gambar yang pelbagai tu...

meredah hutan paya bakau dengan berbaju kurung???...nice...

...:::....here we are...:::..

7) 6hb Februari 2010_Mai Sembang Kerjaya Dengan Kami_Alumni KLM

Sebuah program yang melibatkan ahli kelab Lambaian dan Alumni Lambaian yang dah berkerjaya dan berkeluarga. program yang lebih kepada perkongsian. Macam-macam yang saya tahu.

"It doesn't matter what courses you take. it's still an electrical engineering and the degree only a ticket for you to go outside. if you get place in medical maintenance (my major in u right now), then it's ur gold price. TAHNIAH. But if not, just try any work to gain an experience. And you are lucky as you get SHELL scholarship and it doesn't mean you can't work there only because the "SEP". and SHELL is the best and good company i ever work. try to get there Sara!"

Ya..itulah kata-kata seorang super senior kepada saya tika saya mengajukan pertanyaan tentang perkaitan antara kos yang saya ambil dan kelayakan saya dipilih sebagai penerima biasiswa SHELL yang secara kasarnya saya tak nampak sebarang perkaitan. Thanks ABang Azwar for that nice advice... See..walaupun datang tak dirancang, tapi input yang saya peroleh sangat-sangat bermanfaat. Thanks Q sebab ajak...

8) 15hb Februari 2010_Walimah Muhsin @ Taman Nuri

Selamat Pengantin Baru Muhsin!!! Dah jadi suami orang pun member kita yang sorang ni. Bertemankan Nazihah, saya menghadiri walimah di pihak perempuan.. bukan tak nak pergi ke walimah pihak lelaki, tapi tak ada ongkos dan bajet untuk itu. jadi, dah alang-alang tgh bercuti di ALor Setar, kesempatan yang ada, kami gunakan untuk meraikan seorang sahabat yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Buat Muhsin dan isteri, Seinfiniti doa saya panjatkan. muge bahtera yang dibina berkekalan sehingga ke akhirnya dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang banyak. Selamat Pengantin Baru. mohon restu untuk kami semua pula...('o,')


Pasangan mempelai dan Pengapit


sara, muhsin dan isteri, naz

9) 26hb - 28hb Februari 2010_Khidmat Mahasiswa bersama Masyarakat_Pontian

Program anak angkat selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya di Kg Parit Haji Abdul Rahman, Mukim Kayu Ara Pasong. Selesai sudah program. dapat Mak dan Ayah Angkat. Penatnya tidak terucap di bibir. hanya terpamer dek tindakan. Keseronokan jelas terpancar di wajah-wajah setiap yang menyertai. Suasana hiba menyelubungi kawasan Kg.Parit Haji Abdul Rahman saat perpisahan datang. Tetapi, pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan di akhirnya. tapi itu tidak bermakna ikatan dan ukhuwah yang terjalin dan terbina terputus di pertengahan. Program anjuran Pusat Kaunseling dan Kerjaya memberi banyak input buat saya. Seronok..seronok sangat..


keluarga angkat saya


akmal, Raimi, Q, sara,syuk dan Intan


minum petang bersama...