Bila gambar diEDIT

Thursday, December 30, 2010

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak tunjukkan perbezaan antara gambar yang dirakamkan menggunakan OLYMPUS FE-360 dengan gambar yang telah selamat di'EDIT' menggunakan Perisian Adobe Photoshop CS3. Sejak berjaya install CS3 dalam laptop, saya kerap bermain dengannya. Tukar sana-tukar sini. Crop sinun, Crop sinin. Dan akhirnya ada hasil yang memuaskan. Ada hasil yang.....ala..malas nak cakap..bukannya expert lagi kan? baru beginner. Kalau masuk resume pun boleh letak rating 3.5 je dari 10. Apa kata anda yang tolong decide. Mana satu yang kelihatan indah. Yang asal atau yang dah diedit atau kedua-duanya sekali? 

Lokasi Pengambaran : Perkarangan Stadium Alor Setar
Event : Laman Orkid
Tarikh : 17hb Disember - 27hb Disember 2010



Gambar 1 : Orkid Kuning. 


Untuk hiasan. Ini Kekwa.


Gambar 2 : Orkid Ungu
Inilah wallpaper laptop saya sekarang. Saya suka orkid. Dari dulu sampai sekarang.
I love orchird..


Gambar 3: Orkid Ungu sebelum dan selepas


Gambar 4 : Orkid Ungu Merah

So, antara 4 gambar ni, mana yang rasa-rasa korang the best pic? Tak kesahlah yang telah diedit atau tanpa apa-apa editing.

Sempat jugalah saya beli 3 anak pokok bunga orkid ni. Ok. saya pick je. My mom yang bayar. Beli anak pokok murah sikit. 3 anak pokok RM10. Macam beli barang kat pasar malam tu.. 3 barang RM10! Kalau beli yang dah berbunga ada yang dekat RM20-RM50. Tak pe2.. Saya dan mak cukup sabar nak tunggu anak pokok tu berbunga lagi 2 tahun. 

Angan-angan : Nak buat satu laman orkid dekat rumah saya sendiri. Jadi, mulai sekarang kena cari kerja, kumpul duit, beli rumah. Boleh buat taman orkid kat tepi rumah untuk koleksi bunga-bunga orkid kegemaran saya ni. Kalau ada duit banyak, satu pokok saya beli untuk mak, satu pokok lagi untuk saya. Amin..

Part 2 : Itaewon, Seoul

Assalamualaikum.. Salam dari bumi Seoul.. Eh, tak..tak..dah balik Malaysia pun.. Salam perantauan buat Mak dan Abah di Kedah.. Eh, salah entrie lagi..

Sebenarnya, kali ni saya nak bawa kamu-kamu semua mengembara ke bumi Seoul. Jom kita jalan-jalan di Bandar Itaewon. Bandar ke? Urmm..tak pasti pula. Untuk pengetahuan semua, inilah destinasi pertama kami sewaktu di bumi Seoul. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka pakai baju. Berlapis-lapis jugalah pakainya. Walaupun tak de salji yang turun dari langit, tapi suhu di luar mengalahkan suhu dalam peti ais. Ketaq kaki nak berjalan. 

Macam yang saya pernah ceritakan dalam entrie sebelumnya, Itaewon ni lokasi paling sesuai untuk muslimin dan muslimat mencari juadah dan makanan halal buat pengisi perut. Takkanlah pergi negara orang nak puasa straight 7 hari kan? Larat nak telan biskut kering je hari-hari, ye tak? Hehehe..So, pergi Itaewon, anda pasti terpesona dengan kedai-kedai makan yang halal bersusun itu.. Dah macam promoter pula.


Lepas bersarapan pagi di sebuah restoran Arab + Pakistan = Timur Tengah, Inchie Tour Guide bawa kitorang jenjalan kat Itaewon. Macam yang korang tengok dalam drama-drama Korea tu kan, kat sini memang diorang suka berjalan. Laju-laju. Kura-kura kalau nak berjalan seiring memang tertinggal. Even, kitorang pun banyak kali kena tinggal. Dan tidak saya nafikan struktur pembangunan di situ memang berbukit bukau. Ini tidak tipu.


Indahnya Itaewon, satu-satunya tempat di bumi Seoul yang kami bertemu dengan Masjid. Ini buktinya. Nak ke masjid tu, kena daki sikit jalan tu. Ada ais kena elak. Kalau tak, gedebom jatuh tergolek sebab tergelincir. Awas. Sakit tau.


Seronoknya datang musim sejuk ni sebab bila bercakap, mulut keluar asap.. Rasa nak bercakap jer. Sebab seronok tengok asap yang keluar tu. Ingatkan dalam drama-drama TV sebelum ni diorang pakai teknik GDI ke apa ke nak munculkan asap tu, tapi memang betul asap keluar.. Er, asap ke kabus ek? Orang panggil apa?? 


Tapi, yang tak seronoknya, bibir cepat kering. Kena rajin sapu lip balm atau lip gloss. Haa..time ni lah boleh tengok kawan-kawan laki sapu lipstick kat bibir.. Hahaha.. Silap-silap..sapu Lip balm. Untuk pengetahuan semua, MAFLA wajib pakai. Kuranglah sikit suhu sejuk yang sampai ke badan. Barulah rasa warm je sekali pun berjalan di bandar bersuhu bawah 0 darjah celcius. Kat Malaysia, kalau pakai mafla, konfem orang kata ada yang tak kena dengan kita nanti.. heheh..


Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar kat bumi Seoul ni.. Tapi tak sempat nak minta lagi.. Gambar-gambar ni baru dari 3 kamera. Ada banyak kamera lagi yang belum di ambil. Semuanya teruja. Setiap langkah rasa nak rakamkan dalam kamera. Itu sebablah selalu kena tinggal dek Inchie Tour Guide.. Wahaha..





Ini masjid Itaewon. Kami sudah ke sini.. Jujur saya bagitahu, saya tak suka pakai sarung tangan sebenarnya. Sebab tu banyak gambar saya, sarung tangan mesti tergantung je macam tu. Sejuk memang sejuk. Tak saya nafikan. Tak baik bohong kan? Tapi saya suka biarkan tangan saya dalam kedinginan suhu di bumi Seoul. Best je rasa. Tapi kalau dah gila-gila bekunya, pakai jugalah sarung tangan tu. Takut defrost pula.. Hehehe..Salji tak turun pun boleh defrost ke? Entah.


Dari kiri adalah Aimie, Akmal, Saya dan Siti Zubaidah. Girls in Black.. Enjoy the scenery very-very much. Lepas ni kita mengembara ke tempat lain pula ok!. Tadaaaa..

Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia

Salam..hai..Dekat mana-mana pun sekarang orang sibuk memperkatakan mengenai kemenangan Malaysia dalam menjulang Piala Suzuki AFF 2010. Walaupun saya ni bukanlah kaki bola pun. Itu benar. Tapi bila tengok orang excited, kita pun jadi teruja beb. Separuh masa pertama saya tak layan lagi. Nak tengok cerita Putera Katak sebab petang tadi tertidur dek keletihan. Bila iklan je baru buka tengok bola. Superb sih goalkeeper Malaysia tu, Saudara Khairul Fahmi Che Mat. Cantik je dia tangkap bola yang dihantar penyerang Indonesia tu. Kemas. Kejap. Sekali dapat tak bagi lepas dah. 

Berbekalkan 3-0 yang di jaringkan dekat Bukit Jalil hari tu, diorang terus mengaum di bumi Indonesia pula. Corak permainan diorang pun mantap beb. Terpegun i tengok. Lupa terus pada Putera Katak kat TV9 tu. Jaringan yang dibuat Safee tulah yang buat saya terus tengok bola. Untung-untung ada gol yang bakal disumbatkan lagi.. Tapi tak pelah..Walaupun kalah 2-1 dengan Indonesia, tapi kita dah menang bergaya. 

Malaysia dah pun berjaya julang Piala tu selepas 14 tahun mendambakannya. Tahniah skuad harimau Muda! Teruskan kecemerlangan anda. Bangkitkan semula kegemilangan Bola Sepak Malaysia. 



Dek keseronokan ni, saya terjumpa blog GF Khairul Fahmi Che Mat ni.. Baca punya baca.. Berjalan dari satu blog ke satu blog yang asyik bercerita pasal dia, terjumpalah biodata mamat ni dekat satu blog tu. Waduh, sudah lupa di mana blognya. Tapi, baru  ku tahu, mamat ini lahir tahun 1989.. Muda setahun dari sayalah.. Wajah nampak matured habis. Ingatkan dah 25-26 tahun.. Hahaha.. Sori beb.. Tapi you memang nampak matang habis. Nak tinjau blog awek dia? Pergilah ke sini.. 


Layanlah sendiri cerita yang ada..daaa..

De' Seoul : Part 1 _ Makan - Makan

Wednesday, December 29, 2010

Ingat tak lagi entrie sebelum ni? Saya ada bagitahu anda-anda semua yang saya pergi ke Seoul, Korea Selatan. Fly to Seoul. ('o,') 


Sebelum tu, Gomen Nasai...Sorry..Minta Maaf sangat-sangat sebab tak update apa-apa pun lagi pasal Seoul. Lepas balik dari Seoul, terus balik rumah. Kat rumah tak da internet pula nak update blog. Tapi, insyaALLAH saya akan update cerita De' Seoul tu nanti..


Entrie kali ni saya nak kongsikan dengan semua apa yang saya dan kawan-kawan makan dekat sana. Kebiasaannya, kami di bawa makan di Itaewon. Dekat situ ada banyak jugalah kedai-kedai makan yang halal. Sesuai untuk kita yang muslim.. Jom tinjau apa yang saya makan sepanjang 6 hari 5 malam di Seoul, Korea Selatan.


Inilah menu sarapan pagi kami. Lebih kepada makan Asia Barat. Saya pun tak pasti apa nama makanan ni. Sebab makan secara buffet. Ambil mana yang terkenan di hati. Ok lah. Boleh diterima perut.


Yang ini pula menu makanan tengah hari kami semua. Harga menu ini adalah sebanyak 4,500 Won. Kimchi boleh tambah bila-bila masa yang anda suka. Tiada cas tambahan dikenakan. Menu tengah hari ni kami makan di Kafetaria Dongguk University. Macam asam pedas pun ada. Tapi asam pedas kat Malaysia tetap yang terbaek..('o,-)*


Cuba teka apakah ini? hahaha..Sebenarnya saya pun tak pasti apa nama makanan ni. Yang pasti halallah. Menu ni kalau tak silap harganya dalam 5,500 Won. Dalam tu ada seaweed, sotong, tauge dan salad. Boleh tahanlah sedapnya. Tapi kalau kena makan hari-hari, memang tekak saya tak boleh nak terimalah. Ini makan tengah hari kami masa dekat Korea University.


Haa..cuba tengok gambar di atas dan di bawah.. Inilah menu makan malam kami waktu di sana. Tak ingat dah malam ke berapa. Restoran ni pun memang superb! cantik. Indah. Dan menu yang dihidangkan pada kami malam itu adalah Dejazi Stelganop. Mula-mula ingatkan nasi ayam dengan salad. hehehe.. Tapi, ayam tu memang sedap. Delicious. Fantastic! Rasa nak tambah lagi je. 

Dan di bawah ni adalah Turkeyish Tea. Dihidangkan selepas kami selesai makan menu di atas. Teh ni sedap. Tapi panas. Melecur jugalah lidah nak menghabiskannya. Teh orang Turki minum dekat Seoul, oklah kan? Tak perlu melancong ke Turki untuk menikmatinya..



Besau nau ayamnya.. Hehehe..besarkan? Ini menu makan malam. Ginseng Chicken Soup. Sedap sikitlah daripada sup yang selalu kita makan tu. Uniknya makanan ni, nasi tu dok dalam ayam. Jadi, ada bahagian yang nasinya terasa macam mentah sedikit. Tapi keseluruhan menu malam tu memang best. Nak pula dapat hirup sup waktu-waktu sejuk. Lagi mantaplah. Memandangkan dekat Seoul ni tak dapat nak cari sambal kicap yang pedas kaw-kaw tu, kami gantikan dengan kicap + lada hitam. Pedaslah sikit. Kalau pergi sana, jangan lupa cuba menu ini ya!


Seterusnya, kita berkenalan pula dengan BBQ Korea. Dekat sana, dipanggil Kagouge. Maaflah kalau salah pronounce. Ada kawan kata sedap. Tapi, entahlah. Waktu ni selesema saya macam menjadi-jadi je. Semua yang masuk tekak rasa tak sedap. Jadi, saya makan tak habis. Tapi, melihat pada kesungguhan teman-teman yang lain menikmati hidangan ini, saya pasti ianya memang sedap. Jadi, korang wajib cuba kalau datang ke Seoul.


Dan menu terakhir kami di Bumi Seoul sebelum berlepas pulang ke Malaysia adalah Korean Steamboat. Macam tom yam sotong pun ada. Wahahaha... Nak tahu apa rasanya? Jom pergi Korea. Restoran ni terletak dekat Incheon, Duty Free Shopping Area. Kalau tak salah di situlah. 

Itulah dia makanan-makanan yang sempat kami jamah selama berada di Bumi Seoul ini. Kalau ada rezeki lebih, mungkin lepas ni boleh terbang lagi ke sana. Doakan.. Selamat menjamu selera pada yang belum makan.. Nak tahu kemana kami pergi? Nantikan di entrie akan datang.. daa..


Fly to Seoul, Korea

Wednesday, December 8, 2010

안녕하세요... An-yong-haseyo!!..
Weehaa... pernah dengar tak ayat ni?? Urmmm..in simple word, siapa suka tengok cerita Korea? Sila angkat ibu jari anda.. hehehe... Giler handsome mamat-mamat Korean tu.. Jambu kan bila tengok dalam filem.. ada hengkau jumpa kat Malaysia ni?? hehehe..

By the way, sebenarnya...

Nak bagitahu... Saya nak ke Seoul, Korea Selatan.. InsyaALLAH, tepat jam 5.00pagi nanti saya dan kawan-kawan akan bertolak dari UTM ke LCCT.. Flight dijangkakan pada pukul 1.55pm waktu tempatan.. Bak kata orang dekat travel agent dan orang-orang berpengalaman, untuk penerbangan antarabangsa, kena berada di sana 3 jam sebelum waktu penerbangan.. Wah..to be true, esok adalah hari pertama saya ke LCCT.. haa..dengar cam orang "jakun" je kan? ngee.. Tapi..idaklah 1st time nak naik flight.. Tapi dah lama jugaklah tidak menaiki kapal terbang. Kali terakhir naik kapal terbang masa umur 11 tahun. Dari Kuching ke KL..ok, itu cerita lain..

Kembali ke cerita nak ke Korea..
Perancangan dah dibuat sejak bulan februari lepas.. Macam-macam kerenahlah yang muncul. Dan macam-macam cara juga dibuat untuk mendapatkan sumber kewangan supaya beban kewangan yang ditanggung berkurangan.. Tapi itulah, bukan mudah nak cari duit.. Eh, apa yang sedang dimerepekkan saat ini? Luggage tak habis isi lagi sebab tak tahu nak bawa apa.. sedih tak? Dijadikan cerita yang lebih sedih dan sayat, saya demam panas 2 hari sebelum hari kejadian..Wah..tidakkan itu sangat sedih.. Sebelum tu selsema.. Dan tika dan saat ini, selsema belum kebah sepenuhnya...

And...and...

Saya nak ke Seoul, Korea yang menurut pihak kaji cuaca di sana sedang winter. Orang tua-tua cakap salji..snow..ngee...suhunya paling minimum mahu -2 darjah celcius ke bawah gak.. grrrr..gigi bertemu gigilah jawabnya nanti.. Nak story banyak..tapi beg tak habis kemas lagi.. Just nak gtau rakan blogger yang saya akan bercuti selama seminggu untuk ke Seoul.. Andai kata di sana bleh dapatkan perkhidmatan wifi secara percuma, saya akan update story hari-hari kat sana.. hehehe..nantikannya... Minta diri dulu.. Happy Holiday... yeeha..

13 Ciri-Ciri Mendeteksi Cinta

Sunday, December 5, 2010

Assalamualaikum... Salam Satu Malaysia..

Pernah dengar pasal Baitul Muslim? Kalau tak pernah dengar, cuba search kat en.Google..mesti jumpa banyak info. Dan untuk julung kalinya, sebelum cuti aidiladha, sebelum paper final start dan semasa study week saya dan beberapa kawan pergi mengikuti Kursus Pembentukan Baitul Muslim (bukan Kursus Kahwin ye..) anjuran HALUAN JB.. Err...tak delah kursus 3 hari 2 malam ke apa.. Ye cuma kursus untuk sehari. Disampaikan dalam bentuk perkongsian dan pengisian. Banyak jugaklah fakta menarik yang saya peroleh. Biasalah, orang bujang.. Belum kahwin, bila dengaq ayat kursus kahwin, excited tak ingat.. Tapi bila dengaq pengisian Baitul Muslim ni, terduduk pikir sampai semput-semput.. hehehe..

Sebelum berceloteh lebih panjang seperti murai tercabut ekornya, meh ler saya kongsikan dengan korang semua 13 ciri-ciri Mendeteksikan Cinta. Pernah ditulis oleh Ibn Qayyim Al Jauziyah dalam bukunya yang bertajuk " Taman Orang-orang yang jatuh Cinta dan Memendam Rindu". Dan telah pun disusun semula oleh Kusmanwanti di dalam bukunya yang bertajuk " SMART LOVE". Walla..memang semart.. Terbaek punya..

**sumber google

Ok, apa 13 ciri-ciri tu?? Meh buat semakan..

1) Suka memandang orang yang dicintai dengan memerhatikan wajah, tingkah laku, kesukaan dan kebisaannya. (Lebih kurang macam...Kalau sehari tak jumpa, ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang dan ecetra..)

2) Malu, berdebar-debar dan salah tingkah (serba tak kena) jika orang yang dicintai memandang atau menemuinya.

3) Banyak mengingat, membicarakan dan menyebut orang yang dicintai.

4) Memenuhi keinginan-keinginan dan perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya. (Kalau kekasih hati yang minta, cepat je dipenuhi walaupun jauh atau ada halangan lain.)

5) Bersabar atas gangguannya.

6) Mendengarkan nasihat orang yang dicintai. (Nasihat tu umpama pemberi semangat. Ibarat mempunyai 1000 telinga untuk mendengar dan 1000 otak untuk menyimpan. Nasihat orang lain, tolak tepi.)

7) Mencintai tempat atau rumah orang yang dicintai.. (Hehehe..berdebar-debar bila lalu depan rumah atau depan keluarga orang yang dicintai tu.. Tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun jadilah.. Tak pun, dapat tengok tingkap bilik pun oklah..)

8) Selalu ingin dekat dengan orang yang dicintai.

9) Mencintai apa-apa yang dicintai orang yang dicintai dan membenci apa-apa yang dibenci oleh orang yang dicintai. (Faham tak ayat ni? Ala, dulu masa bujang, single mingle giler suka makan masakan pedas, letak cili api bertan-tan pun boleh makan, tapi bila orang yang dicintai tu tak suka makan pedas, automatik sos tomato pun dikatakan pedas sebab warna merah.. ha..kalau explain macam ni faham tak?)

* Sumber Google

10) Mahu berkorban untuk orang yang dicintai. (Lautan api sanggup ke redah..slogan bunuh diri namanya ini.. Yelah demi orang yang dicintai, diri terkorban pun tak pa.)

11) Cemburu (Cemburu itu perlu tapi kalau berlebih-lebihan akan membawa mudharat. Cemburu ni macam perasa dalam makanan. Kalau terlebih rasa tak sedap.. Tapi kalau kurang, tak rasa pape pula.. So, cemburu apa adanya..kerana cemburu untuk maknanya sayang.)

12) Suka Menyendiri(Suka berkhayal sensorang.. Suka berimaginasi..dah berangan-angan duduk kat pelamin sama-sama...Menyendiri yang berlebih-lebihan akan menyebabkan kita hilang kawan. Jadi, jangan sebab nak berkhayal kita jadi hilang teman..tak mau..tak mau..)

13) Menghindari segala hal yang boleh membuatkan hubungan dengan kekasih menjadi renggang.

Itulah 13 Ciri-ciri Mendektesikan Cinta. Bukan saya yang tulis. Sekadar menyalin semula apa yang ada dalam buku tu. Saya pun tak baca lagi buku "SMART LOVE" tu.. Ini sekadar apa yang disampaikan sewaktu Kursus Baitul Muslim tu.. Jadi? dah buat semakan? Adakah anda sudah jatuh cinta? Kalau ya, bagaimanakah anda menguruskan rasa cinta yang wujud di dalam hati itu? Kalau rasa ianya memudharatkan, cepat-cepatlah pergi berjumpa Kaunselor, Ustaz mahupun Ustazah..Mereka pasti sudi membantu. 

Selamat Membaca dan Selamat Mendeteksi Cinta! 

Blog Candy


Morning....
Hehehe..another blog candy to be join.. Held by crafter from SCRAPCOLLECTOR.blogspot. She making a blog candy as her burfday is just around the corner.. The lucky person will get such an interesting gift.. Very-very interesting..


The important part is to be her follower.. Then make an entrie for her blog candy.. I've done all.. Wish me all the best ya!

My Birthday Blog Candy

Morning everyone... 
Err..can i wish good morning? As it is already 3.20am, 5th of December..
Ok, this time i would like to join this creative blog.. Cabio's Birhtday Blog Candy. The owner of this blog organize this blog candy as December is her birthday months.. So, as given a chance, let's join it.. The gift are soooooo interesting.. I wish i'll be the lucky one..


This blog candy will be end on 14th December on the midnight.. So, hurry up guys!!!..

Dah Berubah (-o,^)*

 Assalamualaikum..おはよう

Hai semua !!!... Macam mana dengan wajah baru blog saya ni?? Puas dah godak-godak HTML code.. Main dengan Adobe Photoshop and ecetra.. Urmmm..ok tak? Saya tetap nak kekalkan blog 3 column.. kenapa? Sebab....dah suka...

Dari semalam saya dok meroyan mencari installer Adobe Photoshop yang full versionnya.. Sebab nak menyampaikan hajat menyiapkan header baru.. Tema header kali ini adalah orkid dan asian girl in kimono.. Yang mana, orang kampung saya panggil Gadis Jepun.. Disebabkan dah rambang mata tengok warna yang tersangatlah banyak, makanya...saya memilih untuk menggunakan background putih pada kali ini.. kenapa? Usahlah lagi dikau bertanya.. 

Header yang baru


Watermark baru...(-o,^)*



Akhirnya...saya berjaya juga mencipta satu header baru.. boleh tahanlah.. Hasil menggunakan Adobe Photoshop 7.0.. Sabaq..Sabaq...nanti nak install Adobe Photoshop CS3 plak.. yang itu lagi banyak function dia.. Penat dah... Layan je lah wajah baru blog saya ni ye.. InsyaALLAH, in coming time mungkin pengisiannya juga berubah.. Siapa tahu kan? hehehe... Lepas ni nak join giveaway pula..before going to bed..

K.... Oyasumi Nasai....おやすみなさい



Blog dah kucar-kacir???

Friday, December 3, 2010


Assalamualaikum...
owh...kucar-kacirnya blog hambo ari nie??? Tersalah designlah plak.. Dah jadi cam tak bermaya ja blog ni... Apakah??

Sebenarnya, time exam week ri tu, mouse aka tetikus putih kesayangan hambo tu buat hal pula.. Tak tau nak habaq mai lagut mana, tapi USB tetikus tu dah tak dapat dikesan oleh COMPAQ presarion kecintaan hambo ni... Hilang sabaq gak bila dikenang dan difikir.. Time-time hujung sem ni lah dia nak buat hal.. Macam tak bleh nak tunggu naik sem esok-esok ja.. huh!

Dah tak da tikus ni, nak men laptop pun jadi kuranglah.. Tapi itu tak bermakna waktu study saya bertambah.. hahaha... Saya tak boleh buat 1 kerja 1 masa..cepat bosan..yang endingnya akan menjurus kepada acara kuak lentang di katil yang empuk.. Makanya, saya perlu membuat 2-3 kerja dalam 1 masa..

Oleh itu, walaupun tikus dan mogok tak mau keje, still bleh guna mousepad dekat laptop walaupun kadang-kadang agak sengal dan membuatkan saya hilang terus sabar tu..hahaha... 
Sambil study, sambil layan cerita Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan Special.. Sambil study, sambil insaf sat dengaq pengisian cerita tu.. hehehe...

Eh, berbalik kepada pokok pangkal cerita.. disebabkan kesengalan tikus dan mousepad, template layout jadi bukan-bukan dah.. nak edit blog, tapi susahlah kalau tak da tetikus berkelajuan tinggi tu.. kalau kat seoul nanti leh dapat murah, kidnap lah sekoq tikus bawa balik Malaysia ni.. hehehe...

K..entrie bukan-bukan.. nak sambung layan KCB sambil bermain dengan felt.. Angan-angan nak buat passport holder.. entah jadi entahkan tidak.. tunggu ja lah ya..(-o,^)*