Photo of Royal Wedding

Saturday, April 30, 2011

Yeay! Selesai lagi satu paper final..2 more to go.. Sabar..sabar..
Urmm..sambil-sambil study imaging semalam kan, terbukalah siaran MediaCorp, TV Singapura nun.. Sekali tengok ada Live dari Kota London. Oh! Royal Weddinglah hari ni.. Tanpa lengah terus enlarge TV yang dipasang ke laptop ni.. Sambil tangan pegang note imaging, mulut membebel hafal term-term tu, telinga ngan mata elok je dok usha siaran Live tu..hahaha..ganaih dak? Tapi nak buat macam mana, chek ni memang pantang tengok TV.. Layan ja lah..

Ha? Royal Wedding sapa? Aih, takkan tak tau? Cucu Queen Elizabeth nun. Prince William dengan Kate Middleton.. Ah, malas ar nak cerita panjang, jom layan gambaq-gambaq yang sempat saya snap time nonton live tu..

Kate turun dari kereta di depan Buckingham **betul ntah ngejanya..~

Lambai-lambai kepada seisi dunia yang menyaksikannya

Kate Middleton - Permaisuri Prince William

Queen Elizabeth..Prince Charles..yang tengah tu tak taulah sapa dia..

The prince and ordinary woman => Royal Wedding

Lambaian dari Balcony Istana~

Termeterainya ikatan antara dua hati

Fuhh..Dasat tol Royal Wedding ni.. Sesak kota London tu weh.. Kita yang tengok kat Malaysia ni pun dah rasa macam dok kat sana juga.. Depa kahwin pukul 10.00pagi waktu kat sana.. Kat Malaysia dah pukul 6 petang lebih..

Lepas ni semua pakat tunggu depa dapat anak pula.. 
Prince + ordinary women = Half-blood prince children

hehehe...Dah macam kisah cinderella pula Si Kate Middleton ni.. cuma dia cerdik dan berpendidikan sketlah dari cinderella tu..=)

~adios

Wow!

Friday, April 29, 2011

Konnichiwa...Hai semua..Assalamualaikum..
Back from Postgraduate Briefing.
Interesting! Super duper Best!

Hehehe..dulu semangat dah nak kerja (setengah tahun yang lalu).. Macam tak mau blajaq dah.. Yelah mengenangkan diri yang sudah pun bertunangan dengan En.Shell. Tunggu waktu akad nikah je yang tak tahu bila waktunya.. Sekarang ni ibarat gantung tak bertali.. Eh, merepek sudah..

Tapi..betullah..masa awal-awal masuk U dulu..cerita 4 tahun dulu, berangan nak belajar sampai tingkat yang tertinggi dalam sistem pembelajaran kat Malaysia ni.. Kalau atas PhD tu ada lagi, lagi lah nak panjat sampai ke atas tu. Bila daftar je cos engineering kat UTM ni dah dok berangan kat umah; pada masa hadapan nama saya jadi cenggini:

Assoc. Prof. Dr. Ir. Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli

Haaa..kan bertambah-tambah panjangnya nama yang dah sedia panjang tu.. kih..kih..kih.. Dasat tak angan-angan? Tapi bila dah masuk U, istiqamah sat ja..lepas tu seronok berprogram kat kolej.. Tapi sejak setahun setengah yang lalu, dah istiqamah balik.. Bersungguh-sungguh pulun bagi naik balik pointer yang terhempas ke bumi tu.. Kan berangan nak grad dengan flying colors..=) So kenalah terbang lebih tinggi..


Time berangan tinggi-tinggi ni terlupa sekejap yang diri ini ada bonding dengan SHELL.. kahkahkah.. Ada juga try minta lepas dari SHELL dengan alasan nak sambung belajar. Tapi dia cakap tak buleh.. Still kena buat online application. Still kena attend Shell Recruitment Day (SRD), still kena screening like other candidates yang bukan Scholar holder and still..still..still.. After all those thing, kalau dia dapati yang saya tak layak untuk berkhidmat dengan SHELL;

Will granted with a "Surat Pembebasan".. 

Dalam erti kata lain, Yeay! Putus tunang.. hahaha.. Bolehlah kalau nak sambung belajar. 
Ada member cakap;

"Ko buat-buatlah tak layak..Boleh sambung belajar"

Interesting juga kan? Surat pembebasan dari SHELL maksudnya segala pembelanjaan yang pernah dikeluarkan selama 4 tahun ni dikira Halal..Anda bebas tanpa syarat. Sebarang kontrak dan penjanjian sebelumnya dikira batal. Kalau masih berminat dengan SHELL, sila apply selepas 3 tahun..

Mesti ada yang tanya: 
"Tak nak kerja dengan SHELL ke?"

Urmm..sebenarnya bukan tak nak.. Cuma tak tahu dekat bahagian mana dalam SHELL yang layak untuk saya. Ada juga try search dekat Career and job dalam website SHELL tu tapi semuanya bagaikan benda asing.. Well Engineer? Bahasa melayunya Jurutera Telaga kan? 
Apakah kelulusan yang ada untuk saya jadi Jurutera Telaga ni?? Dan engineer position lain yang pelik-pelik tu.

Dan yang menjadikan gantung tak bertali tu, sebab saya tak tahu bila SHELL akan panggil. Bilanya SRD tu. Dan bilanya segala-galanya akan bermula??

Disebabkan gejala gantung tak bertali ini, saya cabangkan lagi perancangan saya.. Sambung belajar. Sebab tu tadi g dengar juga Postgraduate briefing. Sebelum ni pernah ada dah.. Tapi sebab time tu macam yakin je akan dipanggil SHELL, so tak attend pun briefing tu. Tapi sejak dapat email baru ni mula berfikir,

"Saya perlu buat perancangan lain andai kata SHELL bukan tempat untuk saya.."

Ye! daripada serabut-serabut pergi attend interview yang macam konfiden je jawab tapi lepas tu dapat soalan "Are you bonded with anything?" lebih baik usha peluang sambung belajar kan?

Sementara nak tunggu SHELL panggil untuk SRD adalah lebih baik kalau saya apply untuk jadi RO atau ARO.. At least bulan-bulan ada duit yang masuk.. Dan kalau ditakdirkan jodoh tak panjang dengan SHELL, bulehlah saya sambung  belajar terus kan?

Research project yang lecturers bentangkan tadi sangat-sangat menarik perhatian saya.. Tapi...Sara, esok Imaging Final Exam..apa kau tengah buat ni??? hahaha..

Ok..ok..panjang dah cerita..nanti kita sambung lain ek..

~adios~
Salam petang Jumaat..

Plan dulu...

Ohayou~
Cam seronok je bila baca status kengkawan yang dah pun bergelar graduan U.. Tak kisahlah dari u mana, tapi kebanyakkannya dah pun selesai exam.. Saya? Belum lagi.. Ada lagi seminggu nak berjuang sungguh-sungguh.. Eh, sebelum ni pernah letak kat status:

Hidup kena ada Plan A dan Plan B.. Kalau perlu sediakan Plan C dan Plan D.. sebab hidup ni sukar dijangka. Kita hanya mampu merancang..Allah jua yang Maha Mengetahui..~

Apa plan saya? Urmm..better tulis dekat sini sebelum hilang ingatan.


PLAN A

Attend SRD (Shell Recruitment Day) organized by my lovely sponsorship - SHELL

If success
Working with them untuk tempoh 5 tahun seperti yang tertera di dalam agreement sebelum ni.. Agreement simpan lagi.. Agreement yang sah kan, takkan nak buang kot..

Dalam tempoh 5 tahun kerja ni, nak cuba dapatkan IR dalam tempoh 3 tahun. Untuk itu, lepas dapat scroll WAJIB daftar dengan BEM. Borang dah download. tunggu dapat scroll bolehlah isi..

Dalam tempoh 5 tahun kerja ni juga, saya rancang nak kahwin waktu tahun ke-3 kerja.. Saja amik yang tengah-tengah.. Sekarang dah 23 tahun..tambah lagi 3 tahun dah 26 tahun.. Oklah tu kan? janji kahwin sebelum umur 30 tahun.. Bukan apa, nak elakkan kompilasi untuk mengandung di usia yang agak tua..

Tapi kalau jodoh sampai awal, tahun depan pun boleh kahwin..=) Mana-mana yang terbaik yang disediakan ALLAH..





PLAN B

Still attend SRD - Sebab WAJIB..hahaha

If fail,
Sambung belajar. Alang-alang UTM dah buka offer kan? buat apa susah-susah hidup nak cari dekat U luar.. Walaupun teringin nak sambung belajar dekat luar negara, tapi siapa tahu kalau rezeki ilmu tu memang dekat negara sendiri kan?? hehehe..

Kalau layak sambung PhD, saya sambung PhD..Kalau tak layak, sambung Master pun kira ok what? =)

Kalau sambung PhD or master, kalau tak silap dalam 3-4 tahun jugak kan? So, dalam tempoh ni haruslah nak kahwin juga. Kalau sampai jodoh yang dijanjikan ALLAH.. itu fakta yang tak seharusnya ditidakkan oleh kita sebagai manusia..

Seterusnya? kita tengok dulu dalam tempoh setahun ni laluan saya ke mana.. Plan A atau plan B.. Banyak-banyak plan pun serabut nanti.. Tak mau-tak mau..


So, sebagai persedian untuk plan B tu, saya nak g dengar briefing daripada lecturer-lecturer FKE untuk student yang berminat untuk sambung postgraduate.

Ayat mudahnya :- kalau ada rezeki kerja, i kerja sampai lebam.. TAPI kalau tak dapat kerja, takkan nak tanam anggur yang belum tentu mendatangkan hasil tu kan? Jadinya, kita sambung belajar..Belajar sampai lebam..

~adios

Abstrak : Part III _ Nature

Thursday, April 28, 2011


Mornings!!.. Sebelum kita memulakan operasi study sampai lebam, meh nak share lagi gambar-gambar yang berjaya di edit semalam.. Kali ni about nature. Abstrak. Tapi sebelum tu nak tanya, gambar Lomo tu macam mana? ok. Tak cukup ilmu lagi namanya tu..hahaha..

Korang, dalam photoscape pun boleh belajar imaging.. Kenapa? Sebab dia ada filter. Then ada contrast enhancement. Ada juga dilation dan erosion. Belum lagi masuk saturation, white balance, hue segala bagai..Tengah cari kot ada image registration dalam ni.. Kira study jugalah ni kan?? =)...wahaha..

Demi masa...

Santai

Istana Lama~

It's end of winter

Sebiru hari ini..Birunya bak permaidani taman syurga..

Dalam banyak-banyak gambar ni, mana yang boleh dikategorikan sebagai gambar LOMO? Nostalgia? 90-an? 80-an? Kalau grasycale saya tahu..(^_______^)
 Saya tahu edit je.. tapi tak pernah kisah pula lepas edit tu jatuh dalam kategori mana..

Nak edit guna adobe photoshop, menuntut masa yang banyak.. Nanti jadi penanam anggur di rumah, bolehlah edit banyak-banyak gambar lagi..Mantapkan kemahiran ini untuk dijadikan nilai tambah dalam soft skill, ok tak? 

P/s :- Gambar wedding sendiri nanti, bolehlah edit sendiri kan? Hahaha... tapi photographer kena juga tempah.. Takkan sendiri kahwin, sendiri amik gambar sendiri edit? cam kelakar pula.. Logik3x..

M.E.R.E.K.A : Part II

Last entrie sebelum masuk tidur..
Tajuk : M.E.R.E.K.A part II
Subject : Rakan-rakan sekursus..

Working principle for MRI bermula dengan meletakkan subject atau patient ke dalam ruangan Magnetic Field yang besar. Kita aplikasikan konsep working principle ini ke dalam foto-foto di bawah. Semuanya random pick. Saya ambil gambar yang menurut mata kasar saya, ibarat subjek masuk dalam magnetic field.. Dan inilah hasil-hasilnya.. Selamat mencuci mata~











Masih belajar..Dan mencuba untuk mendalami proses peng"edit"an gambar supaya gambar yang diambil, dapat memberi kelainan. Eh, jangan risau.. ini sekadar hobi.. Bukannya saya nak buat portfolio online untuk apply kerja pula..=)

Ok tak hasil yang saya dapat?? hehehe..nyte~


Abstrak : Part II

Assalamualaikum..

Fuhh..Abstrak part II.. Bila masanya part I? Ada..tapi malas nak cari dekat mana link entrie itu.. hahaha..dasat tak i ni? nak tulis blog tapi malas nak godek3x.. Bukannya apa.. internet teramatlah slow..kalau berlumba dengan siput, mesti kena tinggal 100 meter kebelakang.. So, daripada kita pandang ke belakang, lebih baik kita teruskan perjalanan yang menanti di hadapan kan? Ok..another outcome dari aktiviti edit-edit di Photoscape..











** Ada di antara gambar ni saya ambil sendiri dan kemudiannya edit. Ada juga gambar yang saya ambil dari Album Gambar Korea yang diambil oleh rakan-rakan yang kemudiannya saya edit sendiri. Sesetengah gambar memang dah sedia cantik, tapi untuk naikkan lagi seri dia, kita mulakan aktiviti ubah suai. Ada unsur-unsur klasik dan nostalgik tak?? hahaha...

adios~

M.E.R.E.K.A : Part I

Wednesday, April 27, 2011

Assalamualaikum..
Lama rasanya tak buat entrie bergambar banyak-banyak.. Dok pulun taip cerita panjang-panjang..sampai orang baca pun naik bosan.. Tak pa..tak pa..Tak mau cerita panjang-panjang dah.. Terimalah hasil kerja saya yang tak seberapa menggunakan photoscape.. Semakin gumbira mengedit gambar..~

Aimie Amalina Azman

Akmal Hayati Rusli

Siti Zubaidah binti Tumari

Nak lagi? Maaflah..kebanyakan gambar ni dari Album Korea hujung tahun lepas.. Sebab sesaja suka-suka cari gambar.. Dan kebanyakan gambar yang akan saya kongsikan nanti adalah random pick. Sebab tu banyak koleksi dari Korea.. Tapi lepas-lepas ni nak cuba cari gambar lain untuk diubah suai dalam erti kata lain untuk diedit..

Photo Editting Make me Happy! Yeay!





Kelakarlah~

Hahaha..kelakar..kelakar..kelakar..Nak gelak dulu..hehehe...
Eh, asyik sangat ketawa sampai lupa nak bagi salam.. Assalamualaikum readers... Selamat pagi..selamat tengah hari dan selamat selamat selamat..Yeay! selesai sudah satu paper.. Smack down Tomo Paper! yeay! =) kih..kih..kih..kenapa saya suka sangat?? Sebenarnya bukan happy giler-giler sebab exam tomo dah selesai.. tapi rasa kelakar dan geli hati dengan apa yang berlaku.. Dah last-last sem pun buleh jadi cenggini.. Ingatkan bila dah last sem sama-samalah bantu..tapi lain pula jadinya...


Semuanya angkara hint.. nak dengar cerita?? Ok adik-adik, duduk keliling nenek..nenek nak cerita satu hikayat.. Mungkin ada yang pernah dengar hikayat ni, tapi biar nenek ceritakan juga.. Eh, choopp! nenek tak larat nak cerita.. biar saya gantikan nenek bercerita..

Bila musim peperiksaan hampir tiba, kelas terakhir merupakan kelas yang paling seronok. Sebab apa? Sebab time kelas terakhir ni lah lecturer nak "bocor"kan soalan exam. Mula-mula lecturer bagi sikit. Dah namanya pun budak kan? minta lagi.. Lecturer serba salah.. Tapi sikit-sikit dia bagi juga hint apa yang akan keluar exam. Tak kisahlah apa pun subjeknya, perkara sebegini pasti berlaku. PASTI.

Dalam seronok-seronok dan stress study walaupun ada hint diberi, muncullah kertas peperiksaan yang dulu-dulu, sehari sebelum peperiksaan sebenar. Berpegang pada prinsip "Sharing is all about caring"..."Nak success sama-sama"...makanya, operasi penyebaran Past year paper bermula.. Internet menjadi medium penghantaran. Malangnya, di satu sudut lain rupa-rupanya ada insan yang dah pun dapat dulu Past year paper ni siap complete dengan skema jawapan lagi.. Tapi tak de usaha untuk menyebarkan di situ. Kenapa? mungkin jawapan hanya pada mereka. Menanti. Menunggu. Tak juga beroleh. Tak sabar menanti, terus pergi berjumpa dengan insan's yang ada skema jawapan tu..

Sedihnya, tiada keterbukaan dalam berkongsi jawapan. Masih ada yang sembunyi-sembunyi.. Kenapa? saya pun tak tahu. Ok, sambung cerita. Disebabkan sedih dengan jawapan yang diperoleh yang tak berapa nak complete dan nak bagi tak bagi, terus buat keputusan untuk jumpa dengan lecturer. On da way jumpa lecturer, terserempak pula dengan sekumpulan rakan-rakan. Berita gembira "Skema jawapan dari lecturer pada mereka!" Tak lah complete sangat, tapi itu yang berjaya di simpan dalam ingatan waktu berjumpa dengan lecturer. Tapi..walaupun ada skema, niat asal untuk berjumpa lecturer tetap diteruskan.

Dah selesai jumpa lecturer, terus duduk bersidang dengan mereka di meja bujur. Sama-sama completekan soalan past year paper tu. Saya namakan kumpulan ini sebagai kumpulan B. yang tadi tu kumpulan A. Kumpulan B ni bagitahu, mereka baru nak taip-taip untuk email kan pada yang lain.."Wah!!!..bagus betul mereka ni.. betul-betul ingat member yang lain".. Kumpulan A masih belum berkongsi apa yang mereka peroleh.

Ada satu lagi kumpulan iaitu kumpulan C yang langsung tak menerima apa-apa. Saya sebagai coordinator..atau orang tengah..hahaha..Saya kata: "Tak pe..nanti saya scan dan email dekat semua..". Dalam hati, bilalah kumpulan A nak bagi apa yang diorang dapat ni.. Kenapa kumpulan B dengan C tak tahu pape dari A?? Pelbagai persoalan. Tak kisahlah.. lepas maghrib, pergi makan dulu sambil duduk lepak3x..hahaha..mentang ada jawapan, sempat lagi g lepak kan??..

Balik bilik, tanya dengan kumpulan C dah dapat pape skema ke belum. Jawapan: BELUM.. Aih, kumpulan A ni memang tak mau share dengan orang lain ke? Kumpulan B dah serah dekat saya untuk saya sebarkan. Tapi saya nak tunggu kumpulan A dulu.. Kecewa. Tak sampai hati pula membiarkan kumpulan C terkontang-kanting tanpa jawapan. Lepas isya', saya pun memulakan operasi menyalin dan memahamkan skema. Hampir pukul 10.00++ saya scan dan emailkan kepada kumpulan C. Since kumpulan C masih tak dapat pape, saya dahulukan mereka. Dalam hati masih mengharap yang kumpulan A akan berkongsi apa yang mereka dapat. betul atau salah bukan persoalannya, tapi sama ada kita "makan" sorang-sorang atau "makan" ramai-ramai..

"Kalau dapat pape tips bagitahu ek?." Kata insan G.

Tapi peliknya bila Insan G ni yang dapat tips, tidak pula dikongsinya dengan member yang lain. Makan sorang-sorang. aih..kelakar..

Almost 12am. tak dapat pape juga dari kumpulan A. Ehm..tak pelah..sharing is caring..buka juga email..Attach image yang scan tadi. pilih3x..send email. No discrimination. Walaupun sedih dan kecewa dengan sikap segelintir insan yang tidak sudi berkongsi, saya kongsikan juga.

Eh, tadi ketawa..tiba-tiba sedih plak? ngok ngek kan?? yang kelakarnya bila tengok ada insan J dari kelompok kumpulan A yang dapat latest hint ni, pulun hafal dan study sensorang.. Tidak pula diajaknya ahli kumpulan A yang lain. Err..tidak diberitahu agaknya. Mungkin semua dah terima email saya agaknya.. gembira semacam je pagi-pagi tu.. Tapi...tetap nampak selfish di situ..Dapat dan simpan. 

Itulah kisahnya adik-adik.. Esok-esok jangan buat begini ye.. 

Apa yang kita dapat, kita sebar-sebarkan.. Kita kongsi-kongsikan.. ilmu kan? bukan luak pun kalau bagi kat sini sikit, kat sana sikit.. Lagi banyak kita kongsi, lagi bertambah ilmu yang kita ada. Sebab tu cendekiawan zaman dulu sangat cerdik.. Sebab ilmu yang dia dapat, dia bagi benefit pada orang lain.

Dan saya pun suka berkongsi dengan orang yang suka berkongsi. Kalau orang kedekut, then tak de sebab untuk saya ikut berkongsi dengan dia.. Tapi kadang-kadang badan tak membenarkan apa yang hati nak.. sebab tu tangan bergerak juga menghantar email.

1 paper dah selesai dengan jayanya. Tak mengharapkan markah penuh. cukuplah sekadar mampu menaikkan pointer semula. Dah semester terakhir  sebagai mahasiswa utm, haruslah berdoa dan berusaha untuk yang terbaik kan? So, lepas ni..sebar-sebarkan lah apa yang ada. Tak de scanner, rajin-rajinkanlah diri menaip dan meng'email' kan pada yang lain.. Mungkin apa yang kita bagi tak lengkap dan tak betul seratus peratus, tapi at least setiap kali dapat sesuatu, kita ingat yang kita ada kawan-kawan yang sama-sama ambil subjek tu. Takkanlah esok-esok keluar markah gila mantap, tapi kawan-kawan lain rendah je.. sedih kan? Dan jangan pula sengaja share benda yang dah kita tahu salah. Konon-konon nak bagi kawan-kawan yang lain kantoi.. Tak baik menzalimi orang lain..

End of story... nak rehat jap..nanti nak sambung study imaging pula.. 2nd paper on 30th April 2011..

Nothing at all

Saturday, April 23, 2011



Nak menulis.. tapi tak tahu nak ditulis apakah.. Buhsan study.. Tesis dah siap! yeay! Eh!tetiba? Urmm..sekarang tengah tunggu Supervisor approve lepas tu bleh hantar untuk hardbound.. MUST! Final paper start Rabu ni..27hb April 2011..
Lepas tu next paper on 30th April.. Rehat jap..jumpa balik paper seterusnya pada 5 Mei 2011.. Dan paper yang terakhir sebelum bergelar graduan UTM adalah pada 7hb Mei 2011..

Makanya, harus memastikan Tesis dapat disiapkan sebelum tarikh berikut.. Kenapa?? Sebab lepas tu nak packing barang balik KEDAH..
Wee..Negeri Jelapang Padi..Wait for me!!! hahaha...

Sengal kejap.. Study..study..study..family outing..family outing..family outing..family outing..running man..running man..study..study..study.. itulah aktiviti hari-hari.. Eh, tipu! baru hari ni study.. Sebelum ni sibuk siapkan assignment dengan tesis.. Dan dengan rasminya, final draft tesis telah berjaya disiapkan..weehaa...hepi2x..

Kalau ada kena edit dan perbetulkan, nanti buat cepat-cepat.. urmm.dah habis blajar nak buat apa?
Nanti mesti Tok kat Kubang Sepat ajak dok kampung dengan dia.. Belum lagi tok dengan wan dekat Bukit Pinang.. Tu tak kira lagi mak dengan abah sendiri yang dah rindu dengan anak dia ni...hahaha..and yang utama adalah...
Abah..rindu nak drive!!! hahaha..Lesen dah nak expired ni..help3x!!

Ok..cukup dah..kang meroyan plak jadinya..
~

Kajian KPT --> DONE!

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikum...

Fuhh..dekat seminggu ambil untuk siapkan Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ni.. Dekat 200 soalan jugalah kena jawab merangkumi beberapa aspek.. Dasat-dasat.. Kenapa seminggu? Sebab bergantung harap pada WIFI je.. Jadi ada masa dan ketikanya, WIFI tunjuk full bar tapi tetiba survey down. Ok.. tinggalkan dulu.. Cuba lagi lain kali.. Sehari dapatlah jawab 2-3 bahagian.. Nak habiskan 10 bahagian tak ke ambil masa sampai seminggu juga tu??

Apa kebendanya Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ni? Entahlah.. saya pun tak tahu.. Dapat arahan kena isi kalau tidak, akan menjejaskan proses pengijazahan untuk KONVO ke 47 nanti.. Tak caya? Betullah tak tipu.. Arahan tu berbunyi begini:-

Untuk makluman juga kegagalan untuk mengisi kajian tersebut boleh  menjejaskan kelancaran proses penganugerahan ijazah sarjana muda pada konvokesyen ke 47 kelak.

Jadi,untuk memastikan proses penganugerahan ijazah berjalan lancar, haruslah menurut kata.. Kalaulah Harvard hari tu pun keluar arahan macam ni, mesti saya tak berani skip.. hahaha..UTM oh UTM..

Borang kajian ni wajib dijawab oleh semua pelajar IPTA seluruh Malaysia. Sebab ini adalah dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.. Tarikh tutup untuk menjawab kajian ni secara ONLINE telah dilanjutkan sehingga 30 April 2011.. So, kalau rasa anda mahasiswa tahun akhir dan belum menjawab Kajian ni lagi, silalah berbuat demikian..


Dan inilah hasil dan laporan penilaian saya.. Dahsyat3x.. Memang tak de bakat dalam keusahawanan..

Untuk lebih jelas, sila rujuk petunjuk dan nota di bawah.. Kalau agak-agak tak nampak juga, kliklah gambar tu untuk tumbesaran yang lebih sempurna..


Adios~ bye..

TUTORIAL : JOM TULIS TESIS CARA MUDAH

Sunday, April 17, 2011

Assalamualaikum.. Selamat Malam.. Salam Sejahtera.. Sonok layan cerekarama malam ni.. Kisah Tempe.. Faveret sejak dok JB ni. Haa..Kawan-kawan...ari ni saya nak share sikit cara nak tulis tesis atau report cara mudah hanya dengan menggunakan Microsoft Word. Kalau sebelum ni kita tulis report atau buat tesis (masa FYP 1) mesti buat front page kat word lain. Lepas tu new, buat table of content then new lagi untuk buat isi pula. Kalau lecturer minta hantar softcopy, ada 3 word berasingan.. mcm tak bestlah kan kena buka satu-persatu word yang ada tu.

So, kali ni saya nak sharelah sket. Mungkin ada yang dah tahu..Dan mungkin ada yang baru tahu.. Ini ikhlas nak share.. Yok blajar sesama..

Header 1
First of all, tulis dulu perkara pokok yang perlu ada dalam sesuatu report mahupun tesis tu. Bukan suruh lukis pokok atau tulis perkataan P.O.K.O.K tapi perkara pokok yang saya maksudkan di sini macam Introduction, Theory and etc. Lepas tu, select all. Nampak tak ada Quick Style? ha..click situ.. Pilih heading 1. Hasilnya macam gambar dekat atas tu. Dah selesai? Jadi tak? Jangan risau warna dengan font nanti pun boleh tukar.. Ok, seterusnya kita nak sediakan page untuk buat front page pula.

Lepas tu letak cursor anda pada Huruf pertama baris pertama yang guna HEADING 1 tu. Macam dalam ni, saya letak cursos dekat depan 1.0 INTRODUCTION. Lepas tu pergi dekat page layout --> page breaks --> Next Page. Macam yang tunjuk dalam gambar dekat bawah tu.

Next Page
Kenapa guna Next Page? Sebab senang nak buat page number nanti. Ok, dapat tak setakat ni? Everything ok kan?.. Lepas tu letak pula cursor dekat depan 2.0 THEORY. Click Page Layout --> Page breaks --> Page . Kalau tak faham boleh rujuk gambar dekat bawah ni. Ulang dan buat perkara yang sama untuk setiap perkara pokok yang disenaraikan awal-awal tadi.

Page


Kebaikan bila guna Page break ni adalah, tak payah tekan enter banyak-banyak kali bila nak pergi next page. Dan bila dalam part introduction tu makan ruang sampai 3-4 page, secara automatik Theory and Literature Review tu akan pergi ke next page yang baru dan akan sentiasa berada on top of the page. Begitulah kisahnya. Cubalah buat dan lihat sendiri.. Susah juga nak cerita ni..

Lepas tu kita buat anak pokok pula. Selalu kalau ada parents, mesti ada child kan? Ok. kira kita nak buat child lah sekarang. Tulis anak-anak pokok yang korang nak letak. Macam saya, saya letak Pulse Oximeter dan Wireless Mesh Network. Select anak-anak pokok ni, lepas tu pergi Quick Style, and pilih Heading 2. Perasan tak yang dia kecik sikit dari INTRODUCTION tu. Tahu-tahu.. Tak nampak apa jadi ek? Tengok gambar kat bawah.. Setakat ni ok tak? Nak teruskan ke step yang seterusnya pula. Kalau ada yang tertinggal, cepat kejar..hehehe..


Heading 2
Kalau dalam anak tu ada cucu pula, select dan pilih heading 3. begitulah seterusnya kalau ada sampai 7 keturunan dalam 1 tajuk. hehehe.. Letaklah number sket. Dah siap buat perkara pokok dan anak-anak pokok. Isi buatlah sendiri ye. Macam biasa. Sekarang kita nak buat table of content pula. Dekat sini, akan nampak dengan jelas fungsi heading 1, heading 2 and etc.

table of contents


Langkah yang perlu diambil seterusnya adalah pergi ke References --> Table of Contents. Dan secara automatik akan keluar macam gambar dekat bawah ni. Lepas ni kalau tambah isi banyak-banyak, tak payah nak susah-susah hidup buat table of contents cara manual macam sebelum ni. Terus right click dekat table tu, pilih update field --> entire field. Automatik  Table of Contents ni terupdate dengan sendirinya.. pantas dan tuntas. Boleh buat report or tesis dengan tenang tanpa perlu fikir macam mana susahnya nak buat table of contents nanti..


Berdasarkan gambar dekat atas ni, nampak tak bezanya antara Heading 1 dengan Heading 2. Sama juga kisahnya kalau nak buat Table of Figure dan yang seadik beradik dengannya. Kalau untuk figure, jangan lupa add caption pada figure tu. Lepas tu update field macam yang buat dekat table of contents tu.. Secara automatik muka suratnya akan berubah.. Seronok kan? Jimat masa.. Jimat tenaga.. Jimat otak nak fikir dan nak naik turun page..

Itulah sahaja al-kisahnya.. Ini 1st time buat tutorial. Kalau berterabur, minta maaflah.. Kalau dok depan saya, senang sket nak tunjuk ajar.. Kalau dah di alam maya ni, ini ajalah yang termampu. Kalau ada tak faham kat mana-mana, bagitahulah ye.. InsyaALLAH..kalau boleh tulun, saya tolong..

Ok..Enjoy your day menulis tesis mahupun report..daa..

UPDATE : Kalau nak tahu macam mana nak asingkan page number roman dengan nombor biasa, jemput baca dekat sini ek... --->>>> KLIK SINI!!!

Harap dapat membantu~...
Bagi yang masih berhadapan dengan masalah, do drop your Question and email dalam ruangan komen ok! InsyaALLAH.. Saya akan respon secepat mungkin. Dan bantu anda sebaik yang boleh.. .(^_______^). 

Saya tak suka bila...

Saturday, April 16, 2011

Entrie warming up..hahaha..boleh ke? Assalamualaikum..Selamat malam..Eh, dah pagi..Selamat pagi.. hehehe...
Fuhh...perut dah kembung makan durian..Sedap2x.. Thanks pada insan yang sudi belanja saya dan rakan-rakan makan durian.. Dapat durian free.. nyum..nyum...
Eh..eh, cam lari dari tajuk entrie pula..kita simpanlah kisah durian ni seperti mana kisah-kisah lain turut tersimpan dan terperap itu..hehehe..

Saya tak suka bila....
1. Bila saya kena menunggu orang.. Dalam erti kata lain saya tak suka dengan orang yang tak reti nak tepati masa.. Yeah!.. Sebab bila saya gagal untuk tepati masa, saya mesti kena marah.. Tapi kalau orang lain tak tepati masa, tak pe pula.. Saya sangat tak suka. Kalau sekali dua kita gagal untuk menepati masa itu kira waktu kecemasanlah kan.. Tapi kalau dah setiap kali pun kita asyik lambat je, tak ke macam nak mengundang amarah orang lain.. Jadi saya berpegang pada prinsip, "Jangan biar orang menunggu kita..Dan saya pun tak mahu tunggu orang.."
Ayat kasarnya :- Kau bukan anak raja mahupun permaisuri apatah lagi puteri raja untuk aku tunggu-tunggu..

Saya tak suka bila...
2. Orang berteka teki dengan saya.. Ok..saya bukan nak masuk pertandingan "Jawab Teka-teki". So, either kau cakap straight to the point atau kau jangan sesekali keluarkan point lepas tu kau cakap "Tak de pape.." "Entahlah.." 
Aih, memang pantang tok nenek aku kalau dengar orang cakap lepas tu tak nak habiskan ayat. Kalau tak nak cakap, dah simpan je. satu huruf pun kau jangan keluar.. Buat serabut kepala otak aku je dok pikir apa yang kau nak sampaikan walaupun sepatutnya aku tak payah pikir pun.

Saya tak suka bila...
3. Ada orang yang mencari kesenangan di atas kesusahan orang lain. Macam mana nak cakap ye?? Tak faham? Tak pelah..tak de contoh pula nak tulis.. Kalau ada karang, saya tulis..

Saya tak suka bila...
4. Orang hanya cari saya bila bab akademik, tapi bila bab bersuka ria langsung tak ingat kat saya.. Aih, ini pun pantang juga.. Kau ingat aku library bergerak kau ke?? Memanglah sharing is caring.. Lagi banyak ilmu kita kongsi, lagi banyak pahala yang kita dapat.. Tapi kalau tang nak cari ilmu je baru kau cari aku, time lain kau buat tak reti je dengan aku, kawan ke namanya tu?? 
Contohlah:- Saya terror giler guna Software CAD (hahaha..padahal sebutir pun tak tahu benda ni..dah nama pun contoh kan?? layan je dulu..), lepas tu memandangkan kau perlukan seseorang untuk ajar kau software tu, kau pun datang dekat dengan aku, cakap baik punya suruh ajar kau. Tapi bila aku dah ajar-ajar dan kau pun dah terror, kau buat dek je dengan aku.. Pergi berlibur sikit pun tak jemput aku sekali.. Apa kes?? 

Saya tak suka bila...
5. Orang cari saya waktu dia susah je.. Bila dah senang, lupa terus dengan saya. Memang tak suka..tak suka..dan tak suka.. 

Saya tak suka bila...
6. Ada orang yang tiba-tiba dok terhegeh-hegeh depan saya. Shuh..shuh..g memain jejauh.. Meluat saya tengok orang dok terhegeh-hegeh ni. Kalau rasa nak terhegeh-hegeh pastikan anda jauh dari pandangan mata saya..

Dan saya tak suka bila...
Bila-bila saya rasa tak suka.. Ada masalah ke?? hehehe.. Dah nama pun manusia kan?? Mestilah ada ketikanya kita akan terasa dengan orang. Mesti ada ketikanya kita tak puas hati dengan orang..Dan ada ketikanya kita rasa cam lantak kaulah..malas aku nak layan.. Dan segalanya ada ketikanya.. Mungkin kau, aku dan dia berbeza sekalipun rambut kita mungkin sama-sama hitam..Sama-sama ikal..Sama-sama kerinting..Tapi itu tak bermakna kita sama dalam segala hal.. Kalau tak, tak delah variasinya kan??

Tapi dalam banyak-banyak yang saya tak suka..Saya memang tak suka yang no.1 tu.. Jadi, janganlah salahkan saya kalau tetiba anda lihat saya buat tak tahu je dengan anda.. Sebab saya memang tak suka dengan orang yang berkali-kali dok lewat.. Saya tak kata yang saya ni sempurna selalu datang awal, tapi saya cuba untuk tidak membiarkan orang menunggu saya.. Sebagaimana saya tak suka ditunggu begitu jugalah saya tak suka menunggu..

Point-point lain masih boleh toleratelah.. Biasalah manusia.. Hahaha.. Dan yang paling penting saya tak suka bila..
JANJI MELAYU disamakan dengan LEWAT MENEPATI MASA..

Weh..malulah..orang melayu yang menjadikan janji melayu sebagai suatu yang negatif.. Sampaikan:-

A : Weh, nak kumpul pukul brape ni??
B : Kumpul pukul 6.30pagi ek?
C : Ala..janji melayu..Cakap pukul 6.30..Sat g pukul 7.00 baru semua berkumpul.. Biasalah tu..

Dah macam stigma kan? Asal janji melayu je mesti kena ada delay masa.. Sampai bilalah fenomena ni nak berterusan. Tak boleh ke kalau kita dah janji dengan orang tu nak jumpa pukul 9.00, mean dat pukul 9 tu dah face to face dengan semua orang.. Bukannya pukul 9 tu baru nak gerak dari rumah atau bilik memasing..

Fikir-fikirkan..dan renung-renungkan.. Di mana letaknya kita.. Adakah kita antara golongan yang sentiasa membiarkan orang menunggu kita..atau adakah kita sentiasa menunggu orang..atau adakah kita yang merealitikan Janji melayu sebagai Lewat?.. Dimanakah??

** Pernah juga buat experiment, datang lambat.. Tapi lepas tu rasa bersalah pula sebab biarkan orang menunggu.. Pernah juga saya datang lewat 5 minit, tapi rupa-rupanyan masih menjadi orang terawal yang sampai.. kelakar kan?? Lewat but still antara yang terawal.