Twinkle Twinkle Little Stars

Thursday, July 28, 2011


Pernah tengok bintang-bintang begini? 

Suatu masa dan ketika dahulu, saya suka buat bintang-bintang ni. Tapi, saya tetap saya. Orang kata, cantik. Juallah. Saya jawab. A'a..cantik.nak simpan. Berbotol-botol saya buat. Ada yang saya bagi pada kawan dan ada yang hilang begitu sahaja...

Ingat lagi masa tu, agenda utama masuk kedai nak beli wrapping paper. The one yang cantik dan gorgeous. Lepas tu saya akan guna pensel dan pembaris untuk buat garisan. Lepas tu potong guna gunting. After that, bermulalah operasi melipat bintang-bintang.

Tapi zaman sekarang tak payah susah-susah. Dekat kedai dah banyak jual kertas potong siap untuk buat bintang ni semua. Betul tak? Dan benda ni pun bukannya susah pun nak buat. Dulu, konon-kononnya setiap bintang yang saya lipat ibarat impian dan angan-angan yang ingin saya capai. Ada angan-angan tu diwakili oleh puluhan biji bintang.

Kalau saya sedih, saya akan buat bintang. Melihat ratusan biji bintang membuatkan saya tersenyum. Dan dari seni mak mula tahu yang saya sukakan sesuatu yang kreatif. Tapi kelemahan saya, i don't know how to make money from this kreativity. So, saya buat. simpan. dan kalau sayang, saya bagi orang..

Sekarang saya dah tak buat semua ni.. entah. tak tahu kenapa.

Rindu pula nak menghasilkan bintang-bintang sebegini..

Oho..~adios..

2 comments:

NA said...

Kak Wina tak reti buat bintang tapi memang dahulu ada ketika orang sibuk buat bintang. Memang cantik dan seronok tengok.

Mungkin Sara boleh jual kalau orang nak. Itu cara buat duit.

-wina1979-

aamalinaazman said...

hahahha
sara..sile la berbisnes dengan munge2 tu dulu yee
pas tu bawu buat bintang ni..
ayoo akak air..hehehe =p