This is true us!

Wednesday, February 22, 2012



Betullah tu..
Bila kata sambung belajar..
That's how our parents see us..
Books all around us..

Bila kita bagitahu kawan-kawan kita nak sambung belajar sebagai postgraduates students, that's how our friends see and judges us..

For undergrads?
They might admirer us for what we do..
Lab work? Einstein?

Supervisors?
List of work must be done.
Conference, paper.. etc..

Examiners?
Entahler.. belum experience lagi..

Tapi yang nyata!
How we see OURSELVES!!..

Too Much work to do 
sehinggakan kita rasa...
tak tahu where to start..
and at the end..
"Soooo many things to dooo, BUT YET NOTHING has been done.."

Tapi...
Itu bukan alasan untuk mengejar impian dan cita-cita yang terbina..

Aja-aja fighting!

mode: memotivasikan diri sendiri..=D





Jom ke Jombali

Tuesday, February 21, 2012


Crab Meat Wantan Mee Soup

Hot Lemon Tea

Lamb Chop

Nasi lemak seafood

Jom pi Bali.. Heee...
JOMBALI Restaurant..
Harga OK! Rasa pun OK!.. Orang pun ramai...
Ada system wireless button macam dekat mcD tu..
Waiter takkan tunggu kita punya order..
So, boleh take time dan pikir puas-puas nak makan apa..
Dah selesai pikir, isi borang yang diberikan..
Tekan button, nanti waiter datang ambil borang order tu.

Harga pun pada saya affordable dan rasanya sangat sodap..
Tempat lain saya tak tahu..
Tapi yang ini dekat CAREFOUR Wangsa Maju..

Note: Fuhhhh... Kesibukan berganda.. tak dan dah nak belai-belai ini blog..(-o,-)"
@>------^-------------





Eye Test

Monday, February 20, 2012



Quite good for a person that 
1. watch TV a lot...
2. Read a lot...
and 
3. Sleep a lot... ahaks...

and now, use computer and laptop more than 10 hours per day!

Jagalah mata kita.. nak guna lama lagi ni..(^_____^)




LololololliPOP

Wednesday, February 15, 2012




Candy candy in the house...
Sooooo many candies... with soooo many flavours.... Also sooooo many sizeeee...

Oh! Awesome! I falling in love with this shop!..
Ahaks.. Bianata~
Dah captured baru realised there is a note said that NO PHOTOGRAPH because our CANDIES are too SHY...

Lalalala...

note: Angin kuat... macam nak hujan je ni..~




Sampah masyarakat

Monday, February 13, 2012

Assalamualaikum...

Dan salam tengah hari Isnin buat anda-anda dan anda-anda di luar sana.. heee.. Bukan nak cerita pasal sampah masyarakat yang itu.. Tapi nak story pasal sampah dan masyarakat. Ya ALLAH, dah berapa bulan saya duduk KL ni.. Tiap-tiap hari tengok sekeliling. Rupa-rupanya, kotor sungguh kawasan kita ni. Bukan salah orang DBKL tak buat kerja! Tapi salah kita-kita yang tak ada kesedaran nak masukkan sampah ke dalam tong sampah.

Mesti ada yang cakap, kalau sampah tak bersepah, nanti mak cik-pak cik DBKL tak ada kerja pula nak buat. Aigoo! What the heck ha your mentality? Ke ada masalah mental? Tak berbau pun beg tangan atau beg galas kau tu kalau simpan dulu "sampah ringan" tu sampailah kau jumpa tong sampah. Samalah juga halnya dengan yang bawa kereta. Agak-agaklah kalau nak buat kulit kacang, plastik keropok twisties keluar tingkap. Ate, simpan dulu molek2x dalam kereta tu, dah sampai destinasi nanti, cari tong sampah dan buang. Tak susah pun kan?

Janganlah asal kebersihan je nak serah pada Dewan BandarayaBandaran. Asal sampah je kena tunggu pak cik-mak cik sapu sampah yang kerjakan. Rosak pandangan dan pemandangan tahu tak?! Kebersihan itu kerjasama seluruh masyarakat. Jadilah masyarakat - Sampah = Harmoni. Bukannya Masyarakat + Sampah = Huru Hara.


Malaslah nak cakap kawasan lain, sama je rasanya. Saya ambil contoh pemandangan yang setiap pagi dan petang saya lihat bila nak pergi ke kampus. Dekat kiri kanan jalan, penuh dengan plastik minuman, botol minuman rebena, kotak minuman, plastik makanan yang secara tak langsung merosakkan pandangan dan pemandangan. Ni semua hasil pembuangan sampah dari tingkaplah ni. Konon kereta dia bersih sangatlah. Sampai sisa plastik dan bungkusan makanan dicampak keluar sesuka hati.

Nasihat yang:
1. Bagi korang yang suka sangat buang sampah keluar tingkap. Tak kiralah tingkap kereta ke, tingkap lori ke. Hatta tingkap rumah sekali pun. Korang tak sedar ke? Sebenarnya koranglah sampah masyarakat. Masyarakat yang membuat sampah!. Bukan membuang sampah! Kalau betul korang masyarakat yang membuang sampah, mestilah ada satu kesedaran sivik untuk masukkan sampah ke dalam tong yang disediakan. Kalau kawasan pembuangan sampah tu yang menghasilkan pencemaran kepada pemandangan, ha! itu barulah salah DBKL, DBKK dan semua DB-DB yang ada sebab tak menjalankan tugas.

2. Ini pula bagi mereka yang berkepuk duit dalam bank tu. Ewah, lepas keluar je duit sekoyan, terus buang slip tu kat situ. Kot ye pun nak buang, masukkanlah dalam tong yang disediakan. Kertas slip tu kan ringan? Ate, masukkanlah betul-betul. Ini tak, bersepah kertas tu dekat mesin ATM tu. Buruk tahu tak? Tak pun, apa kata korang masukkan je sekali dalam dompet dengan duit yang korang keluarkan dari ATM tadi. Nanti dah sampai rumah, tak pun ofis, ha! buang dalam tong sampah. Tak renyah pun kan? Kebersihan pun boleh terjaga.


3. Yang jenis lempar sampah masuk longkang, parit, sungai dan seadik-beradik dengannya. Adui! ini pun satu lagi jenis penyakit sampah masyarakat ni. Elok-elok dah orang yang bina bandar ni design parit, longkang segala bagai sebab nak elak banjir dan supaya laluan air adalah tenang. Dek kerana orang berpenyakit sampah masyarakat yang tak reti nak buang sampah ni, terus dibuatnya sampah dalam kawasan tu. Lepas tu, bila banjir mulalah bising. Pengairan tak sempurnalah. Itulah inilah. Yang sebelum ni dok buat sampah sampai nak jadi tembok china kat parit, sungai, longkang tu tak sedar pula

Wahai masyarakat sekalian!
Tahukah anda, plastik adalah bahan yang paling lama tempoh biodegrasinya?. Pampers anak kecik kesayangan anda tu, bukannya hari ni buat sampah esok hilang dimamah bumi. Tidak! Tolonglah, sama-sama kita jaga kebersihan kawasan tempat kita ni. Jangan sampai kita duduk berjirankan sampah! Jangan juga letakkan tanggungjawab menjaga kebersihan  bandar, pekan mahupun kampung di pundak orang-orang DB mahupun JKKK.. Sama-samalah.


Tahukah anda, penyakit yang banyak menimpa kita seperti kencing tikus dan aedes pembawa maut itu adalah berpunca dari sampah-sarap yang kita buat?! Bertepuk tangan golongan tikus dan aedes bila tengok manusia buat sampah. Sebab apa? Sebab kita tolong buat komuniti baru untuk mereka sekaligus menyumbang kepada kemusnahan komuniti manusia! 

So, jomlah pakat duduk dan fikir. Agak-agakkan, kalau suka sangat buat sampah daripada buang sampah ni, mungkin satu hari nanti nisbah tikus, aedes dan adik beradik dia tu lebih ramai dari manusia. (T______T)

Heee...maaf ye kalau ada terkasar bahasa.. Ini semua terkesan dari pemandangan pagi tadi dan hari-hari sebelumnya..=D



7 lubang semuanya

Friday, February 10, 2012

Apa yang 7 lubang semuanya???






Permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...
CONGKAK

seronok kan? Tapi yang paling seronok kalau main congkak kayu dengan biji guli nilah.. Congkak moden zaman sekarang dah tak best, plastik! ahaha..

So, petang-petang Jumaat ni apa kata kita main congkak! Buat satu strategi, konfem lubang lawan akan banyak yang terbakar.. ngeee..

(^_________^)

Jangan ajar sangat anak-anak dan adik-adik kecik kita main PSP, video game, DOTA segala bagai. Sekali sekali ajarlah diorang main Congkak, tak pun batu seremban. Urmmm..main galah panjang pun sonok.. Tapi kalau padang luas, ajak main rounders lagi menawan..

Heee...sungguh saya rindu zaman-zaman itu.. 

Batu seremban dekat Korea panggil Golgi.. Betul ntah.. hahaha...

Kalau SBS nak shoot Running Man kat Malaysia, saya suggest mereka main Congkak! hahaha.. Sepak bulu ayam tu diorang dah main kat Beijing dulu.



Can you see what i see again?

Thursday, February 9, 2012




Can you see what i see??
Not the motorbike at the back..

Beautiful isn't it?



It's so memorable!


Ini "souvernier" zaman sekolah. Button collection yang buat saya jatuh cinta dengan subjek matematik moden dan matematik tambahan...


Button ni diberi bila berjaya skor dan berada dalam rangking top 10 untuk subjek matematik tambahan dan matematik moden. Jadi, secara tak langsung wujud sebuah persaingan sihat untuk skor subjek tu. Dan, sebagai hasilnya.... berjaya dengan jayanya dalam subjek matematik.. agagaga...


Macam mana killer pun subjek math tu, sebab nak kumpul button ni semua killer-killer tu tolak ke tepi.. Ahaks.. Button ni banyak buat saya teringat zaman belajar kat MRSM dulu. 

"MATHS" I never fail to improve!


Selain dari button ni, apa yang membuatkan saya FALL in LOVE dengan subjek math ni adalah..... Cikgu-cikgu di Jabatan Matematik begitu suka bermain dengan smiley sticker! Ahaha...

Maknanya, kalau skor 100%, half of the front page tu memang full lah dengan lots of sticker. Suka-suka. Kalau markah semakin berkurang, sticker pun semakin berkurang.. Ahaks.. Bermotivasi tinggi pula bila tengok paper penuh dengan sticker. Senyum sampai ke telinga. Dan senyuman tu tak terhenti di situ.. Bertambah lebar bila cikgu pinkan button tu ke tudung! Awesome!

Rindunya zaman sekolah itu..~



Can you see what I see?



View from Floor 7 KSJ, UTM International Campus..


Al-kisahnya di sini..
Kalau awan tebal, tak nampaklah..



Untuk kamu...


Untuk semua wanita di seluruh dunia...
Wanita seluruh dunia...

Ku ingin kau tahu... 
Jom kita sahut kempen ini...


Tapi....
Ingat! Jangan menutup aurat ketika dikempenkan SAHAJA!!!
Tapi, jadikanlah ianya "the way of your LIFE"..

"Jilbab adalah pakaian takwa..
Dan takwa syurga menjadi balasannya...."





Di sebalik awan

Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum... dan salam pagi Rabu...
Pagi yang fresh! Setelah bercuti hampir 5 hari..ahaks..

Ni kisah beberapa hari selepas bermastautin di UTM International Campus atau lebih tepat, bermastautin di Kediaman Siswa Jaya, Setapak. Satu malam tu, dari aras 7 blok kolej tu sahajalah kan nak melepaskan pandangan melihat panorama malam. Dan tiba-tiba...
"Eh, cahaya apa tu?" Persoalan yang menarik. Dan lebih menarik bila cahaya kerlipan lampu itu muncul seakan-akan terapung di langit.. Dalam hati, "Ada bukit ke kat situ? kenapa tak pernah perasan pun?"

Tak pelah.. Tak payah fikir benda pelik-pelik. Kita tunggu je siang. Bila siang je. Terus tengok ke arah yang sama. Tapi awan tebal melindungi semuanya. Tak kelihatan apa-apa melainkan awan. "Ah, sudah! Apa yang aku nampak semalam?." Dan bermula dari itu, setiap pagi dan malam even di waktu petang, mesti pandang ke arah yang sama. Nak tahu apa yang ada di sebalik awan itu. Takkanlah kerajaan langit pula kan? Super the tak boleh dipercayai..

Sehinggalah suatu hari tu, atau pun lebih tepatnya hari ini.. Awan di sana sangat nipis. Sehingga boleh ternampak bangunan yang betul di atas puncak. Memang betul-betul atas puncaklah. Ala! Lupa nak ambil kamera zoom pemandangan tu.. Tapi lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni..


Owh!... rupa-rupanya itulah Genting Highlands ek? Awesome! Nampak macam dekat je..Ahaks.. Di sebalik awan itu bukan Kerajaan langit. Tapi Genting Highlands! kota keriangan! Terjawab sudah persoalan cahaya yang kelihatan tempoh hari.. ahaks...

Nampak je dekat, nak sampainya entah biler!



February 2012 Blog Giveaway

Monday, February 6, 2012

Assalamualaikum....
Yorrobun, annyeong haseyo..
Ahaks.. skip skip the intro..

First Giveaway for this year.. Ngee..lama dah tak join giveaway ni.. Let's check it out..


Blog Giveaway anjuran Sis Azlina yang sangat aktif dalam menghasilkan Handmade Greetings Card especially quilling card. Handmade beliau memang sangat awesome..
Tak jemu mata memandang..(^____^)

So, kalau nak join, g klik gambar tu.. Tak pun.. Klik kat sini.. Due date dia on 28th February 2012.. Join lah ok! Yang tak ada blog pun boleh join ok!





Salam Maulidur Rasul 1433H

Saturday, February 4, 2012

Maghrib menyusul,
bermulanya tarikh 12 Rabiulawal...

Kalau diingat kembali sirah Rasulullah..
Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah..

Salam Maulidur Rasul 1433H...
Memandangkan Maulid Nabi jatuh pada hari Ahad, makanya Hari Isnin dikira sebagai cuti ganti...
Dan Selasa pula hari Thaipusam...
Kata mereka, KL bercuti..

Wallawehh...
Ini bermakna, panjangnya cuti ini. Bermula sabtu sehingga selasa..
4 hari keseluruhannya..
4 hari yang entah apa nak diisinya..


4 hari yang bakal dipenuhi dengan makan, tidur, membaca, menonton, makan dan tidur kembali.. Ahaks..
cuti 4 hari yang sangat tidak produktif! Oho..
Kenapalah Tahun 2012 banyak sangat cuti??
Kalau duit pun sama banyak dengan cuti, mesti seronok boleh pergi bercuti kan???
Hik hik...

Pantasnya masa berlalu...
Cepatnya masa meninggalkan kita..
sehingga kadang-kadang buat kita terfikir...
Apa yang telah kita lakukan..

Haih, kalau ikutkan hati..
memang selamat dah balik Kedah..
Tapi, kalau dah balik kedah kang, malas pula nak mai KL semula..
Agaga...

(^_____________^) 



450ml...

Friday, February 3, 2012

Selamat hari Jumaat...
Ohayou Minnasan~~~....


Hehehe.. dalam entrie sebelum ni ada bagitahu nak pergi Pusat Darah Negara (PDN) dekat Jalan Tun Razak tu kan? Hehe.. Daebak! Setelah mengharungi sesaknya jalan di kota, akhirnya sampai juga ke PDN tu selepas azan asar.. Dek kerana ker"terujaan" nak menderma darah, terlupa nak g solat dulu. Kaki pun melangkah laju je masuk ke kaunter untuk menderma tu.. Hehehe... Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah menderma darah. Hahaha.. Tak caya? G tanya Q. Berapa kali dia pujuk dan ajak, semuanya berjaya saya tepis.. Agaga..

Tapi.. Kali ni.. dalam nak tak hendak, 450ml darah sudah pun sampai ke Tabung Pusat Darah Negara. Gulp! Tapi, pengalamannya....wallaweh..malu plak nak cheghita..=(

Sampai je dekat PDN tu, diberi borang untuk diisi. Antaranya personal details kitalah. Lepas tu ada few question tentang keadaan diri kita. Korang pun mestilah sedia maklumkan kalau ibu mengandung, tak pun wanita yang didatangi haid amatlah tidak digalakkan untuk menderma. Jadinya, kalau tidak terjatuh dalam kedua-dua kategori tu, bolehlah menderma..!

Siap isi borang, g timbang berat. Tak cukup berat pun, tak boleh gak! Lepas timbang berat, ye check darah dulu. Terasa sakit lagi jari tengah tangan kiri ni.. Ngee.. Saya berdarah O. Lepas tu, pak cik tu masukkan darah ke dalam satu cecair ni. Lebih kurang begini dialog mereka berdua:

Pak Cik A : Tenggelam ke timbul?
Pak Cik B : Tenggelam. Boleh derma.

Kitorang : Apa yang tenggelam, apa yang timbul? Kalau timbul kenapa??

Hahaha.. Rupa-rupanya, kalau timbul ada something wrong pada darah dan tak bleh menderma. Urmm.. tak tahulah apanya. Lepas tu, isi buku merah. Buat julung kalinya! (^_______^) Takut, berdebar-debar. Semuanya cukup lengkap. Maklumlah, tak pernah menderma darah. Tengok jarum cucuk ke badan pun dah takut!. Jumpa Doktor dulu. Semartlah doktor tu.. seorang doktor cina yang fasih berbahasa melayu! Teringat dekat teman-teman kampus! Ahaha..lari topik!

Few minutes after that, barulah pergi ke ruangan menderma. Berteman! Hahaha.. nama pun first time. Takut. Nurse suruh duduk dekat kerusi yang disediakan tu. Lepas sapu local anaestetic, proses mencucuk di tangan kanan pun bermula. Err..pejam mata masa tu. Bila darah meluncur laju keluar ke tiub dan pek yang disediakan, jadi teruja plak! Hahaha.. Laju juga darah keluar nooo... 

5 minit. Ok lagi.. 10 minit..ok lagi.. Dalam hati, bila pek darah ni nak penuh? Macam dah kembong je. Dan untuk minit-minit yang terakhir, dunia terasa kelam. Telinga bagaikan tidak lagi mendengar apa-apa. Pap! Pengsan! Hahaha.. malunya.. malu..malu.. Pengsan tak lama pun. paksa juga buka mata. Dalam kabur-kabur tu, nampak kiri kanan ada nurse. Dalam otak, aku pengsan ke? Nak angkat tangan, tapi macam tak larat. sudahnya biar je diri terbaring. Dalam tempat berair-cond tu, badan boleh berpeluh-peluh! Pin tudung dah pun nurse tu longgarkan. Kata kengkawan yang ada kat situ, muka pucat sangat! Oho..

Perlahan-lahan buka mata, dan tengok sekeliling. Then, tak berapa lama lepas tu, Doktor yang semart tadi datang. Check tekanan darah. "Tekanan darah rendah ni." ujar doktor yang semart tu lepas dia telek alat tu. Ala.. tak ingat namanya. Yang guna untuk check tekanan darah secara manual tu. Isy!..


Ok! Tekanan darah yang tadinya normal. Lepas derma darah, terus jadi tekanan rendah! Doktor suruh minum air 100 plus dan rehat. Fine. Tengok jam dah 6.15pm. Err.. solat belum lagi. Air 100 plus dah habis setin. Diri? Ok dah kot. Brapa lama lagi nak rehat? Setelah yakin dengan diri sendiri, kami bertiga pun bergerak ke "kantin" untuk menjamu selera.. Hahaha.. Makan makanan yang disediakan kat situlah. Selesai makan, terus cari surau.

Selesai ambil air sembahyang, berdirilah nak betulkan anak tudung. Dan sekali lagi. Duniaku terasa begitu kelam. Telinga pun macam dah tak dengar apa yang kawan dok cakap-cakap tu. Sebelum rebah, cepat-cepat sandar ke dinding. Adui! Nak pengsan lagi!!! Mujurlah Izyan dan Nisa cepat bertindak. Hehehe.. kalau tak, memang rebah ke bumi dah. Badan terasa seperti sedang melayang-layang.. 

Rasa nak pengsan kali kedua lagi teruk dari yang pertama tadi. Bila dah stabil sikit, tengok jam dah pukul 6.52pm. Ala.. what to do! Nak berdiri pun terasa denyut-denyut di kepala. Dalam erti kata lain, salah tingkah bebila boleh rebah semula. End up, bangun dan jalan perlahan-lahan menuju ke kereta Izyan. Dan pulang ke kolej. 

What a nightmare! Hahaha... sampai ke bilik, pengsan tak hengat! Bukan derma darah je ni. Rasa macam dah derma sekali semua tenaga yang ada dalam badan ni! Parah betul!. Orang lain relax je menderma. Saya juga yang nak collapse! Aih.. Pengalaman baru di Pusat Darah Negara.. Ahaha... Lagi 3 bulan? Mungkin boleh cuba lagi. Orang kata 1st experience memang macam tu.. Dah 2nd, 3rd nanti, relaxlah.. Lagipun darah O kan penderma universal.. (^________^)

Kerana 450ml....



Sudu & Garfu : Laksa Lemak Sarawak (Juadah Hujung Minggu)


Konnichiwa… Halloooyaa!! Let’s rock and roll!! (^o,^)

Segmen sudu & Garfu kali ni saya nak share satu resepi.. Diterbangkan khas dari Sarawak.. Ohooo..Tapi tak delah sampai kena tempah tiket Air Asia segala bagaikan? Percutian selama lebih kurang 10 hari di utara tanah air membuatkan saya seorang tukang masak! Ahaks.. Terubat rindu nak pegang senduk, periuk, kuali segala bagai beb.. Puas! Kembali ke Kuala Lumpur dengan semangat yang baru.. Aja-aja fighting!.

Ok.. Tak payah nak mengarut sangat-sangat. Jomler hambo kongsikan resepi Laksa Lemak Sarawak. Hambo dah buat.. Terbaik.. Thumb up!! Arigato ne SajiOnline.com… Adik cari resepi dalam internet untuk mak, akak dia ni yang tolong masakkan..=D Check this out guys!

Bahan-bahan:
1 kg kelapa parut – ambil santan pekat secukupnya
500gm bihun
120gm tauge
300gm udang bersaiz sederhana
60gm sambal laksa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
350gm timun
500gm ayam
2 biji telur
1.5 liter stok ayam
15gm daun ketumbar

Rempah Laksa(Dikisar halus):
2 ulas bawang putih
50gm bawang merah
2 ulas bawang besar
60gm belacan
10 hiris lengkuas
6 biji buah keras
30gm cili kering
2 batang serai
30gm kacang (Goreng tanpa minyak dan kisar)

80ml minyak masak
5gm asam jawa- ambil airnya.


Cara penyediannya saya buat ikut style saya ajelah ye.. Malas nak ikut resepi sangat. And by the way, memasak ni tak semestinya kena timbang betui macam dalam resepi. It’s all about your instinct. Kalau nak timbang-timbang ni, silap hari bulan sampai ke malam pun tak boleh makan lagi..=D

1.    Basuh ayam bagi bersih-bersih. Lepas tu rebus ayam sampai masak. Air rebusan ayam atau kita panggil stok ayam tu biaq je dalam periuk. Angkat isi ayam tu bawa keluaq. Ayaq tak payah buh banyak-banyak. Agak-agaklah.. Tinggalkan dalam ¼ daripada periuk tu untuk ditambah rempah laksa dan santan sat lagi.

2.    Dah dapat stok ayam kan? Campuq dengan sambal laksa. Dalam 1 pek ada 3 bungkus. Saya guna sebungkus je. Ala, sambal laksa yang instant tu. Instant Sambal Laksa Sarawak. Masukkan santan pekat dan jangan sampai bahan-bahan ni menggelegak macam lava gunung berapi tu. JANGAN!. Lepas tu, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Paling mudah guna je Pasti Sedap!. (‘o,’)

3.    Perlahankan api. Jom kita buat rempah laksa pula. Inilah yang istimewanya..=D

4.    Kisar sehingga halus semua bahan-bahan rempah tu. Oooppss.. saya terlupa nak masukkan belacan! Ahaks.. Tapi sodap je.. Lepas dah kisar, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar tadi dan goreng sehingga garing.. Err..sehingga pecah minyak. Selesai, masukkan rempah laksa ni ke dalam kuah laksa tadi. Panaskan kuah dan kacau supaya kuah laksa tidak pecah minyak.

5.    Kuah sudah pun selesai untuk di makan. Celuq bihun dalam ayaq panaih. Celuq juga tauge. Ha! Rebus udang. Lepas tu kopek kulit udang sebelum dihidangkan.

6.    Rebus juga teluq!(Err..actually goreng dadar dan hiris halus-halus). Kupas kulitnya sebelum dihidangkan. Ayam yang diasingkan tadi tu, ambil isinya dan carit-carit. Err..tak faham? Siat isi ayam tu macam nak buat serunding tu.. Kasaq-kasaq pun tak pa.

7.    Daun ketumbar dan timus dihiris halus.

8.    Siap untuk dimakan! Selamat mencuba..

Sedap.. Selain laksa penang, laksa sarawak is one of my favourite. Selamat mencuba semua!..





Cool February

Thursday, February 2, 2012

Wallaweh...
Happy February..
Selamat hari Wilayah...
Ooopppsss...
Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke------- buat emak yang tersayang..
Walaupun jauh di mata (nun di utara), tapi sentiasa dekat di hati..
Besday Mak semalam. 1 Februari 2012..

Coollll Februari... Februari sudah. Maknanya, semester 1 bakal berakhir.. Lap dup lap dup.. Apakah perkembangan semasa yang kelihatan tidak berkembang ini?? Huhuhu...


keep motivated!
Note:
Hati manusia sebenarnya lebih kompleks dari otak manusia...

Bersiaran langsung dari @CAIRO. 
Center of Artificial Intelligence And Robotics..

>>>>> Petang ni nak g derma darah dekat Pusat Darah Negara??.. Gulp! Berani?? Wait and see...>>>>>>