HUSM Kubang Kerian : Day 1

Saturday, May 5, 2012

Assalamualaikum..

Salam Sabtu.. Saturday we meet again. Alhamdulillah. Sabtu yang lepas (28hb April 2012), saya menikmati pagi di bumi Kelantan. Lebih tepat lagi di Kubang Kerian, Kelantan. Pemergian ke negeri Pantai Timur ini adalah atas desakan kerja.. Hehehe.. Macam ada yang mendesak pula.. Silap. Atas tuntutan mencari ilmu di sana. Saya pergi ke sana berdua. Tidak berseorangan. Lagipun, berdua kan lebih baik? Ngeee...

Bas dari Hentian Putra bergerak pada jam 10.10malam, which is 40min late from scheduled. Never mind. Hentian Putra yang sesak bukan sahaja dengan manusia, malah sesak dengan bas yang berpusu-pusu hendak ke Kelantan dan Terengganu. Jadi kami faham kenapa bas kami kerterlawatan.. Setelah hampir 7-8 jam perjalanan ke Pantai Timur, which is tak selurus lebuh raya utara selatan, pada jam 6.20pagi kami tiba di Wakaf Che Yeh. Eh, belum sampai lokasi lagi. Pak cik bas berhenti ajak solat subuh dulu. Ok. 1st point yang sangat awesome! Selama ni saya travel jauh dari JB -> Alor Setar, mana ada pak cik bas berhenti solat subuh sebab pak cik bas yang selalu saya naik tu india. Jadi, bila sampai je Kedah, matahari dah menjenguk. Solat subuh sekadar menghormati waktu yang telah berlalu pergi.. Sobs..sobs.. So, pak cik bas ke kelantan bagus! Solat subuh pada waktunya. Haa! Saya naik bas Konsortium Mutiara Double Deck.

Sebenarnya, sampai je Kota Bharu tak tahu pun bas tu berhenti dekat mana. Yang pasti bukan terminal bas. Ada kawan kata, bas ke kota bharu berhenti dekat Tesco. Jadi saya buat andaian, kami juga diturunkan di Tesco. Hehehe.. Dari Kota Bharu, ambil teksi ke Kubang Kerian. Kata kawan juga, itu lebih mudah. Baik.. Dari KB ke Kubang Kerian tak lah jauh sangat.. Hehehe.. Bolehlah.. Sampai dekat hotel, pagi sangat. Check in pukul 10.00am. Oho! What to do? Badan dah penat.. Tapiiii.... Sudahnya kami menapak ke gerai depan JAKEL, bersebelah Mydin Kubang Kerian untuk menikmati sarapan pagi di Kelantan. Breakfast biasa-biasa je. Tak adalah luar biasa ke apakan? hehehe.. Breakfast roti telur dengan teh tarik. Yeay!..

Selesai makan, dan tak tahu dah nak buat apa. Kebetulan yang disengajakan (Hehehe.. pilih hotel betul depan HUSM), HUSM dah depan mata. Walaupun temujanji kami adalah keesokan harinya, why not dah alang-alang tak boleh check in lagi, kita round HUSM dulu. Right?.. Inilah momen HUSM yang sempat dirakan lensa kamera saya. Banyak lagi, tapi selebihnya macam menunjukkan betapa tembamnya saya sekarang.. Hahaha..
Hospital Universiti Sains Malaysia



Warna tema bagi HUSM adalah ungu! One of my favorite color. Purple!. Bila cakap ada kerja dekat hospital je, first assumption orang-orang yang mendengar "Doktor ke? Medic?".. Err.. sebenarnya tidak. Tapi doakan urusan saya dipermudahkan dan dapat Dr. dalam tempoh kurang dari tiga tahun ini ye. Terima kasih. Doa saya buat kalian juga..=D. Tujuan ke HUSM adalah untuk mendalami ilmu berkenaan fMRI dengan lebih lanjut. Kata orang, nak melihat dari sudut praktikal dan hands-on bukan lagi teori dan fakta dari buku.

Jadi, pagi itu kami berjalan-jalan di Hospital. Mencari arah untuk ke Jabatan Radiologi. Mencari dan terus mencari. Tersosat di pertengahan jalan pun ado. Biasolah, tempat baru! Hehhe.. Puas berjalan-jalan, Jabatan Radiologi pun telah ditemui dan masa pun masih berbaki, kami lepak-lepak di Taman Apex. Taman utama depan HUSM tu. Tak adalah besar sangat, tapi oklah.. Untuk berehat seketika.
 
Pasar Siti Khadijah


Akhirnya, kami berjaya juga check in pukul 10pagi tu. Masuk ke bilik, dan terus rebah di katil. Hehehe.. Niat dah merehatkan badan untuk seketika. Tanpa sedar, dua-dua pun terlelap.. Hehehe.. terbaik.. Terjaga bila azan zohor berkumandang. Baiklah, masa untuk mandi, keluar mencari makanan tengah hari dan juga tiket bas ke Kuala Lumpur. Usai makan tengah hari, sekitar jam 3petang kami menaiki teksi untuk ke Terminal Bas Kota Bharu. Nak beli tiket. Tanyalah pak cik teksi tu, apa je yang best dekat kelantan. Err.. i mean dekat-dekat dengan terminal bas tu. Pok cik teksi royak, dekat dah dengan Pasar Siti Khadijah. Yang famous amos tu.. Baiklah, boleh serbu lepas beli tiket nanti. hehehe..


Selesai membeli tiket bas ke Kuala Lumpur, kami menapak ke Pasar Siti Khadijah yang dimaksudkan Pak cik teksi tadi. Mencuci-cuci mata. Pasar Siti Khadijah, menurut pandangan mata saya tidak ubah seperti Pekan Rabu yang famous amos di Kedah, tapi Pasar Siti Khadijah lebih besar. Dan tidak ubah juga seperti kompleks Padang Besar, cumanya di Pasar Siti Khadijah ada pasar basah juga. Selesai di Pasar Siti Khadijah, kami hanya menurut kaki yang melangkah! Hahaha.. dan tanpa sedor, kami tembus ke Dataran Quran. Dataran yang ada 5 tiang di atasnya al-Quran. Dan di sudut pandang lain ada 2 gerbang utama yang ditengahnya ada sebuah tiang tinggi berserta al-quran besar di atasnya. Haaa.... gambar? tunggu next entrie. Oklah, mahu buat kerja pula. Cerita seterusnya, nanti kita cerita ye..=D

Selamat Pagi Sabtu Minnasan~..





1 comments:

Cik Pulau said...

wahh.datang kelantan.
tak jumpa punnn. heee~