Mahal ke? eheh... Bagi saya, mahal. Sebab atas RM500. Jadi, perancangan yang sangat teliti amat-amat diperlukan. Tanpa perancangan, berlapor makan anginlah jawabnya lepas tu.. huhuhu....
Jujur cakap, saya bukan seorang yang mengikut trend semasa. Biarlah orang nak kata saya ni outdated ke, ketinggalan fesyen ke and what so ever.. ada aku kisah?? Jadi, bila musim jualan telefon pintar mencanak naik dengan hebatnya..saya hanya memerhati. Bohonglah kalau tak jelous! muahaha...
Ok.. hari ni saya kongsikan tips macam mana nak beli barang yang anda idam-idamkan tapi diluar batas kemampuan bulanan anda.. Weee....
1. Survey market. Target apa yang kita teringin sangat-sangat nak beli tapi ongkos tak cukup. Kadang-kadang tu, bukannya tak de duit nak beli.. Tapi, kalau beli nanti tak ada duit pula nak makan. Takkan nak puasa setiap bulan pula kan? Contohnya, target nak beli either Galaxy SII or Galaxy Tab.
2. Then, usha pula harga-harga terkini di pasaran. Awal-awal dulu konfemlahkan RM1500 ke atas.. Fuyoooooooo.... mana nak bayar yuran pengajian lagi kan?? Cannot..cannot...
3. Haaa.. dekat sinilah bermulanya misi menabung!. Kalau katalah nak beli dengan harga max RM1500 kan? Dalam tempoh 6 bulan (Kan dah kata, saya tak ikut trend!). So, RM1500 bahagi 6 bulan. Sebulan saving dalam RM200++ jelah kan? Kalau nak saving lebih pun boleh..
4. Lepas tu, selang beberapa bulan... Cuba update harga barang yang kita nak tu. Manalah tahu turun dah harganya. Kata tadi nak beli ikut kemampuan kan? Tengok pula saving kita ada berapa banyak. Contoh macam SII tu dah turun harga. Paling murah boleh dapat RM1200.. Tapi masa kitorang pusing lowyat semalam, tak ada pula yang bagi harga tu.
5. Jalan-jalan lagi usha harga. Jumpa SII dengan harga RM1280, galaxy tab 2 7.0 pula RM1250. What derrr??? beza RM30 jeee.. Kalau ikutkan specs yang dok baca tu, SII lagi bagus dari galaxy tab 2 tu. Duit yang kita saving atas niat nak beli barang tu pula dah ada around RM1300++.. Ye lah, dah saving RM200++ sebulan kan?
6. Lepas dah timbang tara, bolehlah buat keputusan akhir. Daripada window shopping, jadi real time shopping! Muahaha... Kepuasannya? Puas beb! Dapat beli barang yang dulunya dekat RM2000 tu dengan harga RM1275 yang mana kita simpan sendiri duit tu. Tak menyusahkan sesiapa pun sebab kita tahu itu bukan satu keperluan, tapi satu kehendak! Giler puassss...
7. Ada lagi barang mahal yang nak dibeli? Haaa.. mulakanlah saving lagi..
Weeee... bila nak beli sesuatu yang dalam kategori kehendak ni, memang berkira sikit. Sebab, al-maklumlah.. duit yang ada bukanlah banyak mana pun. Dan yang berkehendak tu pula bukannya penting mana pun. Jadi, menabunglah. Praktikalnya, sediakan banyak-banyak tabung untuk pelbagai fungsi atau hajat... Urmmmm..bila nak g daftar tabung haji pula ni??? Huhuhuhu.... Dok nampak bangunan Tabung Haji dari dalam train, tapi jalan ke tabung haji tu tak tahu pula...
3-sekawannn... ^^
Sebiji tabung untuk buat down payment kereta + monthly payment (Hajat juga ni!)..
Sebuah Bank khas untuk saving for the worse. Mean that, 40% daripada keseluruhan elaun masuk tabung ni. =D
Sebiji tabung lagi untuk duit hostel bulan-bulan (Sebab hujung sem baru bayar)
Sebiji tabung lagi untuk duit yuran pengajian divide per month (pun hujung sem baru bayar)
Baki? Buat makan-makan, hulur kat mak sket, pastu berjimba sket..Dah nama pun sangatlah tak ikut trend semasakan? Tak delah kisah sangat pun baju pelik-pelik tu.. Saya beli mana yang affordable dan selesa untuk dipakai.. Yo! Tema bebelan hari ini adalah, menabung!