Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Episode 62 : Jishin desu!

Sunday, July 13, 2014

"Jishin desu! Jishin desu!" 

Amaran gempa bumi yang dihantar Agensi Meteorologi Jepun melalui telefon bimbit berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi Jepun membuatkan saya dan kohai tachi terjaga dari lena. Dalam keadaan separuh sedar, masing-masing memeriksa telefon bimbit dan beberapa saat kemudian terasa bergoyang-goyang. Namun, dek kerana masih kepenatan dek baru sahaja terlelap sekitar 4pagi dan dikejutkan amaran gempa sekitar jam 4:20pagi membuatkan kami kembali tidur. 



Begitulah kisahnya pada pagi 12hb Julai 2014 yang lalu. Fukushima, bandar kejiranan yang terletak lebih kurang 45km++ dari bandar Yonezawa. Tempat letaknya salah satu reaktor nuklear di Jepun. Gempa bumi kali ni adalah pada magnitude 6.8M pada di dasar laut pantai Fukushima. Ingat lagi tak tsunami 2011 yang melanda Jepun? Menurut laporan yang dikeluarkan seismologi, gempa bumi susulan ini adalah aftershock dari gempa bumi 2011. Dan dijangkakan akan ada lagi gempa bumi susulan selepas ini. 

 

"Saturday’s quake measured up to four on the Japanese scale of seven in terms of intensity, and Yoshida said there was a possibility aftershocks measuring a moderate three on that scale would occur in the next two weeks." -JapanToday

Pengalaman merasai sendiri gegaran gempa bumi kadang-kadang membuatkan saya rasa bertapa beruntungnya dilahirkan dan tinggal di bumi Malaysia yang jauh dari lingkaran gunung berapi seperti negara-negara lain termasuklah Jepun.

Tapi, dari sudut pandang yang lain saya kagum dengan sistem amaran bencana yang dikeluarkan pihak berkuasa Jepun kepada rakyat Jepun. Misalannya, untuk gempa kali ini, amaran dikeluarkan 10saat sebelum masyarakat di kawasan berdekatan merasai gegaran tersebut. Kebetulan, pada hari kejadian saya dan kohaitachi bermalam di Yamagata, yang terletak lebih ke utara dan lebih jauh jaraknya dengan Fukushima berbanding Yonezawa. Jadi, gegaran yang dialami tidak sekuat mereka yang tinggal di Yonezawa.

Gitulah al-kisahnya. 
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-NYA

Jom banyakkan berdoa untuk saudara seislam kita di Bumi Palestin. Dan Jangan lupa Qunut Nazilah.

 
   



Episode 61: Ramadhan Kareem

Friday, July 4, 2014

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Al-Baqarah, Ayat 183

"(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang memberat menjalankannya wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi, barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka wajib menggantinya, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah Menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak Menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya dan diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."

Al-Baqarah, Ayat 184-185


Dalam Al-Quran dah sebut tentang "WAJIBNYA BERPUASA". Dan WAJIB mengantikan puasa yang ditinggalkan.

Ramadhan datang hanya sebulan. 
"Apabila masuk bulan Ramadhan, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka,dirantai dibelenggu para syaitan" - Hadis Riwayat Muslim

Bulan yang sangat berkah untuk kita mengejar rahmat ALLAH. InsyaALLAH.



Episode 59: Daging Masak Lompap

Thursday, July 3, 2014

Ramai yang tanya saya apa Daging Masak Lompap tu? First time dengar.
Well..well..well..

Saya pun first time dengar. Secara tak sengaja tertonton ばんぐみ 5 rencah 5 rasa dekat tonton.com. Katanya masakan orang nogori. Iye ke? Jadi, sempena Ramadhan yang hadir ni, saya berazam untuk cuba masak Daging Masak Lompap ni.

Bahan-bahannya adalah:

Kisar (1/2 biji Bawang holland + 3 ulas bawang putih + sedikit halia + serai + cili hijau + cili padi )
Minyak
Daging secukupnya
asam keping
garam dan perasa
Batang Celery

 
 Nak potong daging ni, ada caranya. Kalau tak kena cara, liat jadinya. Tapi sebab saya ni memang tak reti potong daging, saya potong ikut suka hati jelah. Jadi, kalau ada yang terliat tu, minta halal masuk perut je lah.. kihkihkih...

Ok. Cara memasak adalah begini:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga masak. Masukkan daging, asam keping, garam dan perasa. Oh ya! sedikit gula. Tutup periuk dan masak atas api kecil. Biarkan selama lebih kurang 10minit. Plus minus ajelah..

Bila dah kering, buangkan asam keping tadi dan masukkan batang celery yang dah dipotong kecil. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Lepas tu, bolehlah tutup api, dah sedia untuk di makan!

Dari pemerhatian saya, daging masak lompap ni macam nak masak kari hijau. Bezanya, masak lompap tak guna santan. 

Itu sahaja kekdahnya. mudah kan? Selamat memasak!  
 



Episode 55 : Seindah Ramadhan di Bumi Jepun

Monday, June 30, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan datang lagi. Dan kali ini, Ramadhan saya di perantauan. sobss..sobss..sobs.. Another two months to going back to Malaysia. Maksudnya, raya juga di perantauan.. 

Seindah Ramadhan di Bumi Jepun yang tiada deretan bazar ramadhan yang mampu menganggu gugat nafsu makan..

   
Alhamdulillah..
Walaupun diperantauan, tetap ada solat terawih berjemaah. Cumanya, kalau dewan kaikan ada orang lain nak guna terpaksalah kami mengalah dan berterawih secara sendiri di bilik masing-masing.

Jemaah tak ramai. Memang kenallah muka sorang-sorang. Sebab itulah juga muka-muka yang main bersama, bergurau bersama. Eh? Hahaha...

Sebelum terlambat,
Salam Ramadhan buat keluarga di Malaysia, sahabat handai dan rakan taulan. Baik di alam realiti mahupun alam maya. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat dan berkah buat kita semua.. InysaALLAH..



It's Ramadhan! : Day 01 - Day 06

Monday, July 15, 2013

It's Ramadhan!


Ramadhan Day-1
Set a Mission(s)


Ramadhan Day-2
The Holy Quran is your BESTEST Friend!


Ramadhan Day-3
Make Dua' 
loads and loads and loads and loads of Dua's


Ramadhan Day-4
Tarawikh Prayes, Here We GO!!


Ramadhan Day-5
Providing Meal (Iftar) for the fasting ones
 

Ramadhan Day-6
Guard Your Senses!


Subhanallah..
It's Ramadhan Day-6..
Bagi yang bersungguh pasti beroleh janji-NYA..
Salam Ramadhan!




Salam Ramadhan 1434H

Tuesday, July 9, 2013

Assalamualaikum....

 

So, nak ambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Salam Ramadhan 1434H buat semua rakan-rakan di dunia maya, a.k.a rakan-rakan blogger..

Walaupun mungkin secara zahirnya kita tidak mengenali, tapi ucapan tulus ikhlas saya utuskan buat kalian semua..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.. Dan semoga beroleh barakah dan keampunan dari ILAHI..

Ayuh koreksi diri..
Berdoa pada ALLAH agar diberi kekuatan dan kesabaran bagi melalui Ramadhan yang mulia ini..
Setahun cuma sekali..

"Ramadhan tiba... Ramadhan tiba.."
Salam Ramadhan! 
 



Sejarah Islam : 7 Ramadhan pertama

Friday, July 27, 2012

Hari ini dalam sejarah Islam di Bulan Ramadhan. Tahukah anda?
Apakah peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ini? Biasanya kita dihidangkan dengan sejarah Malaysia pada tarikh sekian-sekian. Dan apa yang saya peroleh di FB hari ini adalah sesuatu yang......ooooookkkkk.. Tak tahulah pula selama ini. Jadi, untuk saya ambil tahu dan kamu-kamu juga mengetahuinya, jom kita tengok sejarah Islam. Apa yang telah dan pernah berlaku sepanjang Ramadhan ini. Maksud saya untuk 7 hari pertama yang telah kita lalui ini..

1 Ramadhan 587 H

 

Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.

2 Ramadhan 732 H

Pada tanggal ini lahir seorang Ulama agung iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunisia, dilahirkan dalam keluarga golongan atasan Andalusia.

3 Ramadhan 11H


Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia. Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.

3 Ramadhan 835H


Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantinople dalam rangka menakluk dan memasukannya ke dalam naungan Islam.
  
4 Ramadhan 1299 H


Pada hari ini bersamaan 20 Julai 1882 M pemimpin Mesir tatkala itu Khedive (jeneral) Isma'il Pasha mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari Jabatan Menteri Pertahanan.

5 Ramadhan 362 H


Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi (Syiah) memasuki negara Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentera dibawah pimpinan panglima terkenal Jauhar As-Saqoli pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada perlawanan. Kerajaan Fatimiyyah merupakan kerajaan bermazhab Syiah Ismailliyah.

Jangka Hayatnya selama 909-1171 (262 tahun)
Negara Jajahannya Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria, Libya, Maghribi dan lain-lain
Ibu Negaramya Mahadidiayah (Tunisia), Kaherah (Mesir)
 
6 Ramadhan 223H

Sultan Al-Mu'tasim mengadakan pengepungan terhadap kota "Umuriyah" yang merupakan sebuah benteng pertahanan terkuat Byzantine di Asia Kecil.
 
7 Ramadhan 361 H

Atas perintah Khalifah Fatimi, panglima Jauhar As-Saqoli meletakkan batu asas pertama pembinaan Masjid Al Azhar.Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman dalam fahaman Syiah.

Haa...itulah serba sikit ringkasan yang saya copy dan paste kan di sini. Kalau rasa nak tahu lebih detail, rajin-rajinkan diri untuk click gambar-gambar tu ok. Tak pun, ada Facebook kan? Cubalah cari page Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir. Tak pun carilah Raudhah Ramadhan. Best. Sebab mereka suka berkongsi maklumat yang kadang-kadang, kita pun tak tahu dan lupa nak ambil tahu..

Salam Ramadhan buat semua~