Sejarah Islam : 7 Ramadhan pertama

Friday, July 27, 2012

Hari ini dalam sejarah Islam di Bulan Ramadhan. Tahukah anda?
Apakah peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan ini? Biasanya kita dihidangkan dengan sejarah Malaysia pada tarikh sekian-sekian. Dan apa yang saya peroleh di FB hari ini adalah sesuatu yang......ooooookkkkk.. Tak tahulah pula selama ini. Jadi, untuk saya ambil tahu dan kamu-kamu juga mengetahuinya, jom kita tengok sejarah Islam. Apa yang telah dan pernah berlaku sepanjang Ramadhan ini. Maksud saya untuk 7 hari pertama yang telah kita lalui ini..

1 Ramadhan 587 H

 

Kaum Muslimin berjaya menguasai kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penguasaan kota ini diketuai oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan kelajuan kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds.

2 Ramadhan 732 H

Pada tanggal ini lahir seorang Ulama agung iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunisia, dilahirkan dalam keluarga golongan atasan Andalusia.

3 Ramadhan 11H


Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia. Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.

3 Ramadhan 835H


Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantinople dalam rangka menakluk dan memasukannya ke dalam naungan Islam.
  
4 Ramadhan 1299 H


Pada hari ini bersamaan 20 Julai 1882 M pemimpin Mesir tatkala itu Khedive (jeneral) Isma'il Pasha mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari Jabatan Menteri Pertahanan.

5 Ramadhan 362 H


Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi (Syiah) memasuki negara Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentera dibawah pimpinan panglima terkenal Jauhar As-Saqoli pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada perlawanan. Kerajaan Fatimiyyah merupakan kerajaan bermazhab Syiah Ismailliyah.

Jangka Hayatnya selama 909-1171 (262 tahun)
Negara Jajahannya Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria, Libya, Maghribi dan lain-lain
Ibu Negaramya Mahadidiayah (Tunisia), Kaherah (Mesir)
 
6 Ramadhan 223H

Sultan Al-Mu'tasim mengadakan pengepungan terhadap kota "Umuriyah" yang merupakan sebuah benteng pertahanan terkuat Byzantine di Asia Kecil.
 
7 Ramadhan 361 H

Atas perintah Khalifah Fatimi, panglima Jauhar As-Saqoli meletakkan batu asas pertama pembinaan Masjid Al Azhar.Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman dalam fahaman Syiah.

Haa...itulah serba sikit ringkasan yang saya copy dan paste kan di sini. Kalau rasa nak tahu lebih detail, rajin-rajinkan diri untuk click gambar-gambar tu ok. Tak pun, ada Facebook kan? Cubalah cari page Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir. Tak pun carilah Raudhah Ramadhan. Best. Sebab mereka suka berkongsi maklumat yang kadang-kadang, kita pun tak tahu dan lupa nak ambil tahu..

Salam Ramadhan buat semua~



2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

ilmu nih!

ayuniSumairu said...

time kasih berkongsi ilmu...^__^
jemput ainggah http://cahayayuni.blogspot.com/2012/07/make-me-strong-ya-rabb.html