Seronok bertemu Ben Ashaari, Che Mat Gebu dan Blogger Otai yang lain~

Saturday, March 12, 2011

Assalamualaikum..Hai readers.. Selamat Malam sume.. Dah dinner? Saya belum.. masih kekenyangan dek masakan Che Mat Gebu....(sedangkan sekarang dok makan NIPS..hahaha)..

Ha..kan dah kantoi awal-awal..ok..saya cite..saya cite.. Hari ni saya berpeluang untuk berjumpa secara depan-depan dengan blogger otai ni.. Siapa mereka?? Mesti korang kenal.. One of them adalah Che Mat Gebu sebagai owner of the house. And owner kepada blog Dapur Tanpa Sempadan.. Selain tu, saya dapat jumpa Enche Ben Ashaari serta isterinya, Kak Azila, Kak Ayu pemilik Blog Citarasa Rinduan, Adi Budika (err saya tak berkenalan lagi dengan blog beliau) dan ramai lagi yang tak tertulis namanya.. Ada yang 1st time saya dengar.. Maklumlah, saya hanya blogger picisan..kih3x..

amacam? menyelerakan tak?
Al-kisahnya hari ini bermula seawal jam 11.00 pagi waktu tempatan..(^___^). Berjanji dengan Nadhirah Farhana, Syah dan Sunah Mohamad untuk gerak ke Sri Puteri bersama-sama. Dari Sri Puteri, kami naik bas ke Air Hitam.. Tak pergi air hitam, just berhenti dekat Tesco Kulai sebab dah janji dengan Kak Ayu nak jumpa di situ. Dari Tesco Kulai kami berkonvoi dengan 4-5 buah kereta menuju ke rumah CMG. 

Masuk je rumah Che Mat, mata terus terpaku dengan hidangan di atas meja.. Wah..nyum..nyum..perut memang dah lapar..hehehe..sempat isi perut dengan ais krim goreng je masa kat Tesco tadi.. Macam-macam juadah yang Che mat sediakan. Ada truffle, blueberry cheese cake, strawberry cake, bingka ubi, curry puff, nasi ayam dan buah oren serta air oren.. Rasa macam nak makan semuanya..Thank ALLAH, i am not on DIET.. hehehe..so, saya makan hampir semuanya except for strawberry cake.. Perut dah overloaded.. Even nasi ayam pun tak makan banyak sangat sebab dah termakan banyak sangat truffle..(^____^)

Bersama Kak Yati, Kak Azila dan Ben Ashaari..Wajah SunahsukaSakura ditutup atas permintaan beliau..

Selesai makan-makan, sesi Vlog Ben Ashaari bersama CMG pun bermula.. 1st assumption kitorang, ingatkan ada program masak-masak, hehe..Nad, i'm thinking the same thing as yours before datang ke rumah CMG tu.. But rupa-rupanya hanyalah sesi temubual antara Ben Ashaari dengan Che Mat Gebu.. Tak pe3x.. nanti kalau dah publish dekat www.1tube.my, saya bagitahu korang.. Eh, tak..saya publish dalam entrie seterusnya.

Before i rest my case,=P..maksud saya, sebelum saya mengakhiri cerita petang tadi saya nak ucapkan Thanks pada Junko sebab sudi hantar saya dan 3 rakan blogger UTM sehingga sampai di depan blok di UTM. Thanks ya! Terima kasih juga pada beberapa orang rakan blogger yang risau bagaimana kami hendak pulang ke UTM.. Bak kata Sunah Suka Sakura, tak fikir pun macam mana nak balik. Tahu nak datang, tapi tak tahu nak balik..=D

Keseluruhannya, sahabat blogger memang best dan baik-baik semuanya.. Walaupun hanya kenal di alam maya dan baru pertama kali bertemu mata dengan mata, tapi dapat suaikan diri walaupun agak malu sebenarnya..kih3x..

Kepada semua yang saya kenal di Rumah Che Mat Gebu, Salam perkenalan  saya ucapkan.. semoga ukhuwah sesama blogger akan terus terjalin.. kalau ada gathering blogger or something like this, nak join lagilah..(^______^)...

13 comments:

cik ayin said...

seronok betol :P

Sunah Mohammad said...

erk, takyah tutup la dear..enchek ben da tunjuk da..orang leh tengok dari pakaian tu ha...:)

shahsyaz said...

wah??laju betol update!!!

NadiRah said...

hahahhah!!!!!
lawak ar gmbr kak sunah!!
huhu

sArAh said...

wahhhh.. mesti best kan..

mOziLLa fiRefOx shortcut..

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

huih sedey..aku ditinggalkan..

cik pulau said...

wohooo.. tang makanan tu memang cik pulau jelez ok.. huhuhu..

fatihah said...

mmg tempting! nak jugak blaja... blaja kt internet je slalu tp xbest.sbb cm2 mane pon,cg amat diperlukan. lebih realistic.ekekek..

najwa's said...

aduh, sedapnya makan-makan. jeles okeh. :P

Cik Sara said...

@Sunahsukasakura
Hehehe..tak pe..biar suprise..kah3x..malas lah nak edit gambar yang baru..hehehe..

@Nad
Teringat amanat Kak SUnah kita pada K.Ayu, e2 yang tutup wajhnya..kih3x..

Kasawari said...

haha.. bab naik bas air hitam, tapi tak gi air hitam tu mmg lawak.. hehe..

salam kenal geng FKE.. hehe..

baguskan kenal2 jmpa2 gather2 ramai2 mcm ni.. makan pun sedap.. pasni Blogger UTM leh jadi tuan rumah.. buat kat Pak Lah pun ok gak.. haha

Citarasa Rinduan said...

sara--
thanks co sudi join..harpa tak menyesal yer..
nanti gather2 lagi..

Mamamya said...

hai sara...

semalam x sempat pun nak kenal2 kan..sedih....:(

akak sibuk dgn anak2...hero kecik tu pun dah start nak melalak...so kelam kabut jadinya....

mudah2an lps ni dapat jumpa lagi...