Sekitar Dongguk University |
Assalamualaikum.. Hai.. Entrie kedua untuk tahun baru. Entrie baru tapi cerita lama. Saya tak habis lagi bercerita pasal kembara kami ke bumi Seoul selama 6 hari 5 malam tu. Banyak yang diceritakan. Banyak gambar yang nak dikongsikan. At least, if anything happen to my collection, saya masih ada blog ni untuk membaca dan mengimbau cerita lama. 1st day, lepas breakfast dan jalan-jalan sekitar Itaewon kami meneruskan lagi agenda kami menuju ke Dongguk University. Sebuah Universiti yang diilhamkan oleh golongan Buddhist.
Keterujaan melihat snow pada pokok |
Di sana kami dapat melihat pelbagai penyelidikan yang terbaru dan sedang dijayakan oleh pelajar-pelajar Master di sana. Antaranya sensor mata yang membolehkan manusia mengubah channel di TV tanpa perlu menggunakan remote control. Dengan menggunakan perisian Window Visual Basic C++ mereka cuba mengadaptasikan mata sebagai sensor atau tetikus yang melayari monitor TV. Menarik. New Thing. New Experience. Selama ni guna Window Visual Basic untuk siapkan assignment vending machine je. Tapi, siapa tahu dengan perisian yang tak seberapa tu, boleh menjana jutaan ringgit. Wow!
Siti, Akmal, saya dan Aimie |
Selain tu, ada lagi beberapa projek dan penyelidikan yang diperlihatkan kepada kami. Kagum. Itulah yang mampu saya ekspresikan. Walaupun bahasa menjadi cabaran untuk kami memahami apa yang cuba disampaikan (their english pun sama broken dengan we all. But their slanga lebih pekat dari we all). Perbezaan budaya dan bahasa membuatkan kami rasa macam nak ketawa je. Kawasan tumpuan kami sudah semestinyalah Department Kejuruteraan Elektrik dan Elekronik. Itu main course kami di UTM. Dongguk University ni sangat sesuai untuk pelajar-pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik melanjutkan master mereka ke sini. Teknologi yang digunakan jauh ke depan berbanding yang ada di Malaysia. Err..ye ke? tapi projek master diorang memang mantap dan gempak!.
Lawatan Akademik ke Division of Electronics and Electrical Engineering |
Di bawa berjalan-jalan sekitar Dongguk University. |
Selepas mendengar taklimat, diperkenalkan dengan kepelbagaian teknologi dan penyelidikan baru dan usai solat jamak Zohor dan Asar, kami di bawa berjalan-jalan sekitar kawasan kampus. Cantik. Besar. Wah..rasa macam nak fly g futher study kat sana je.. hehehe..
Since universiti ni diasaskan oleh golongan Buddha, adalah wajib untuk berjumpa dengan monumen Buddha di tengah-tengah dataran kampus. Ada juga monumen 3 ekor gajah. Gajah dan Buddha adalah sinonim. Tak perlu saya kisahkan panjang lebar.
Sebuah kenangan |
Bangunan akademik..macam dalam cerita doraemon tu.. |
Dekat sini juga ada banyak monumen dan tinggalan khazanah seperti seni bina rumah tradisi Korea. Kat UTM tak da. Nak tengok khazanah macam ni, pergi Danga Bay atau Mutiara Rini. Ok.
Orang-orang korea saaaaangat jambu. Hahaha... Tergoda seketika. Rasa macam nak tarik satu bawa balik Malaysia.. ahaks..boleh ke? Haaa...Dongguk University ada sediakan biasiswa bagi yang berminat melanjutkan master ke sini. Ada yang full scholarship dari university tu sendiri. Summer Scholarship kalau tak silap. Kalau berminat, cuba-cubalah google Dongguk University. Siapa tahu masa depan anda ada di sana..
Panaroma-panorama yang dapat dilihat di Dongguk University. Rasanya ada banyak lagi tempat yang tak sempat kitorang lawati dek kesuntukan masa. Kalau nak tahu lebih detail, moh datang belajar ke sini. Tapi Dongguk University ni tak delah sepopular Korea University, Seoul National University mahupun Yon Seng Yonsei University.. Tapi untuk pembelajaran, It's quite ok dude..
Lepas ni saya bawa korang mengembara menikmati rice cake di Tteok Cafe.. Daa..
4 comments:
best nyer dpt main salji...
hehehe..sonok2..nanti kami share gambar time dekat tempat ski pula..pegang salji kat sana..
waaa..besy nya dpt p korea. i wish to go there. japan da terlepas da as i have my trial spm on student exchange trip last 3 years..pity me.. :(
course electrikal enginering(kuasa industri) ssuai x utk ppuan??
Post a Comment