Bila Snow White pegang sword!

Monday, June 4, 2012



Biasalah... Gambaq dari kamera handphone ja. ISO tak tinggi. Pixel pun cukup makan. Nak harapkan white balance dengan bantuan image editing with cross processing and a little bit old film notes!

Eh, that's not the point!..
Hari ni.. Malam ni.. teman Izyan menonton movie "Snow White and the hunctman". Betui tak tau ejanya. Review filem??

Errr.. ini filem yang ke-5 atau ke-6 sepanjang hayat saya. Hahaha.. sebab bukan kaki wayang kot. So, boleh kira dengan jari tangan lagilah berapa kali je pergi tengok. Filem ni mula pukul 7.40pm. But since we all gerak dari kolej lepas solat maghrib, masuk pawagam dalam pukul 7.55pm. Masa tu, Snow White tengah hidupkan api pakai daun-akar-kayu kering tu.

Komen? Dari 5 bintang saya bagi 4. Hahaha.. Banyaklah tu.. The whole story menarik sebab dia tak follow kisah dongeng snow white yang kita dok baca selama ni pun. Snow White dulu-dulu mana tahu berlawan kan? Eheh.. Tapi yang tak bestnya, saya rasa jurukamera dia nervous kot masa minit-minit awal cerita tu. Sebab untuk scene dalam prison tu, macam bergegar je dekat screen. Naik pening kepala nak tengok. Retina mata ikut bergerak!..

Then, ada juga part-part yang kelakar. Contohnya macam masa dalam Dark Jungle ada raksasa besaq, Trol kot namanya. Mula-mula bukan main mengamuk dia sampan hawin si Hunctman tu ke tanah. Tapi, bila bertentang mata dengan Snow White, terus malu-malu.. Hahahaha...

Part kelakar yang lain masa snow white dengan hunctman bertemu orang kerdil. Apa yang berlaku?? Haaa.. Kenalah pi tengok sendiri.. Bahasa Inggerisnya pun mudah difahami dan jelas.

"Mirror, mirror on the world, who is the prettiest among all??"

Good nite!