Unexpected Events!

Monday, June 25, 2012

Assalamualaikum...

Haaaa.. boleh je pun tak buka blog, tak buka facebook sampai 3 hari! Bukannya tak boleh! Quick update for today,yesterday and day before yesterday.. Yup.=D

Rabu (20 June 2012)
  • 12.00 tengah hari @Kuantan : Makan tengah hari dekat sebelah sungai Pahang. Gile mahal! Makan untuk 5 orang mahu RM240++.. Dasat.. Seumur hidup, pertama kali bayaq mahal sungguh untuk sekali makan je.. Bukan makan kat hotel atau restoran 5 bintang pun. Restoran tepi sungai je. Sebab apa? Gulai tempoyak ikan patin dengan ikan karai goreng kot!
  • 2.30 tengah hari : Gerak balik ke Alor Setar. Haa.. sebelum tu singgah KL jap, abah nak ambil dokumen dekat pejabat dekat KL.
  • 5.45 petang @Lebuh raya DUKE : Ohoooo Kedah! Here i come! Bercuti dulu! Eheh...
  • 10.30malam @Alor Setar, Kedah : Alhamdulillah... selamat sampai ke rumah! Next to do? Rehat! Urmmm...haaa... Habis baca 1 novel untuk perjalanan 8 jam tu! ahaha.. dasat!.. 
Khamis (21 June 2012)
  • 10.00pagi : Mak ajak pi Nat/Nad Khamis (Pasar minggu) dekat area rumah tu. Beli lala, sebab teringin nak makan! Beli sotong, udang, ikan mamu(?). Semuanya, apa yang saya nak makan! hahahaha...
  • 11.30pagi : Aktiviti memasak di dapur! Waaaa...rasa macam dah lama je tak pegang periuk belanga ni.. Al-maklumlah, dok makan kat kedai je..huhuhu.. 
  • 8.30malam : Pi rumah tok (mak kepada mak). Sekali-sekala balik, kenalah jenguk tok. Singgah beli durian! Yeay!.. Nyum..nyumm... Makan durian dengan tok.. Terbaikkk..
Jumaat (22 June 2012)
  • 2.30petang : Lepas solat Jumaat, abah ajak pi melawat Tok Long (Ayah sedara kepada mak) yang baru keluar hospital (lepas pembedahan). I follow sahaja. Tak salahkan pergi menziarah. Sebab, saya ni kalau dah balik rumah tu, mak ajak pi mana pun ikut.. Hatta kenduri kahwin sekalipun! EHeh..
  • 5.00petang : Gerak balik.. Haaa... sebelum tu sempat lagi ambil buah putat dengan buah ambra! Wahaha.... Ambra..Favourite tuuu.. Tau dak buah putat tu apa? Kalau tak tahu, google! Hehehe...
  • 5.45petang : Sampai rumah tok Wan Omar pula (Mak + ayah kepada abah). Haaa...ini part yang seronok! Kait buah bachang (ke machang ek?), korek rebung, cantas jantung pisang! Terbaikkk.. semuanya saya suka.. Rancang dengan mak, esok nak buat kerabu jantung! Wahhhh...lama giler tak makan jantung pisang idaman kalbu tu!
  • 8.00malam : Home sweet home. Sampai rumah, panas lauk + masak nasi.. Mandi, makan dan berehat-rehat.. Golek-golek atas katil.
Sabtu (23 June 2012)
  • 12.20pagi : Wa (Abang Mak) telefon. Bagitahu yang Tok Long dah meninggal dunia pukul 11.00malam (Jumaat) tadi. Adik dok jerit-jerit panggil + bagitahu. Blur sekejap! Sebab baru je melawat beliau petang tadi. Tak sampai 12 jam pun lagi. Macam mana boleh kata meninggal pula? Terkedu! Semuanya lengkap. Mak kata, jom pi sana. Bawa baju, tidoq sana ja.
  • 12.30pagi : Go go gooo to rumah Tok Long. Mak dah menangis. Saya? Terkedu! Sungguh! Beliau sudah pergi bertemu DIA. Jasadnya kini di depan mata. Bukan mimpi, tapi realiti. Kesian tok chik (isteri tok long). Anak-anaknya jauh. Usai dapat berita, masing-masing bergerak dari tempat masing-masing. Kami yang dekat, ziarah dulu. Mata dah ngantuk. Tok suruh pi baca Yasin, tapi mata nampak hurup macam menari-nari. Tok Chik suruh naik atas, tidoq dulu.
  • 2.30-3.00pagi : Mengantuk. Tapi sebab tempat orang, tak reti nak tidoq. Pukui brape ntah terlelap. 
  • 5.00pagi : terjaga. Eheh.. Pak Ngah naik atas rumah! Seganlah chek nak tidoq lagi.. Bangun, sarung tudung turun bawah. Lepak dengan mak-mak dekat luar rumah. 
  • 6.30pagi : Mandi! Subuh..pastu ada orang mai untuk mengaji. Eheh.. tumpang sekakilah dengan mak cik tu sementara ada air sembahyang ni. Dapat 1 juzuk pun jadilah. Daripada tak baca langsung. Sedaq tak sedaq, orang semakin ramai. Menziarah untuk terakhir kalinya. Lepaih mengaji, dok luar rumah + tersengguk-sengguk sebab tak cukup tidoq! Tapi tak boleh tidoq juga!..
  • 4.30petang : Abah ajak balik rumah dulu. Orait juga! Nak mandi lain! Pagi tadi mandi tak basah rambut sebab nak pakai tudung lagi kan..Sampai rumah, basuh baju+mandi segala, tak sempat juga nak tido!
  • 8.00malam : Pi rumah tok long lagi. untuk tahlil pula. Lepas tahlil, balik rumah..
  • 12.00tengah malam : Golek-golek, tidoq!
Ahad (24 June 2012)
  •  6.00pagi : Bangunnn..bangunnn...bangunnn!!! Kena pi Maktab. Bukannya sebelah rumah! Nun dekat Kulim nun.. Adoi! beratnya mata. badan pun tak hilang letih lagi. Tapi janji kena kota! Lawan syaitan yang goda suh tido lagi tu! Aigooo..
  • 7.20pagi : Gerak ke Kulim! Since dah lewat, niat asal untuk drive sendiri kereta ke Kulim terpaksa dilupakan. Sebab standard masa adalah 2 jam dari rumah untuk ke maktab. Kalau kereta banyak, boleh drag sampai 2 jam setengah. Maknanya kalau drive sendiri, mahu pukul 9.20-10.00 baru sampai nih! Ahahaha.. terpaksa guna khidmat abah untuk sampai on time! Sebab abah boleh buat within 1 1/2 hours!
  • 9.00pagi : Sampai maktabku tercinta~.. Having program with teachers and juniors..
  • 3.00petang : End of program. Jumpa kawan-kawan. Lepak-lepak sekejap.
  • 6.30petang : Naik bas (Butterworth - Alor Setar).. Tertidur seketika! Eheh.. khabor dah tak cukup rehat + tido!
  • 7.30petang : Sampai ALoq Setaq. Kenalah tunggu abah mai antaq adik pi tusyen kat situ baru balik rumah.. Alang-alang dekat tandop, jalan masuk aloq staq mall dulu. Abah nak mai pun dalam pukul 8.15malam jap g!
  • 10.00malam : Adik habis tusyen, balik rumah! Rehatkan badan sebelum mandi dan makan..Sanggup ooo tak makan burger sebab mak kata mak masak gulai ikan talang + kerabu jantung pisang + jantung pisang rebus! Perghhh... meleleh dengaq!.So, dinner malam ni pada pukul 11.00malam! Ahahaha...
Isnin (25 June 2012)
  • 12.50pagi : Tidoq chek, tidoq! Esok nak kena bangun awal lagi~
  • 11.30 pagi : bas pukul 11.30 pagi.. Tapi, abah dah cakap, kena keluar sama dengan abah g kerja.. Ye nak singgah company kejap! Wahhhh... Tunggu apa lagi??? Tidoqlah walaupun barang tak kemas lagi! Ahahaha...
Sungguh! Kita hanya mampu merancang. Tapi, perancangan ALLAH lebih sempurna. Kematian bukan sesuatu yang boleh kita duga. Al-fatihah buat arwah Tok Long. Semoga belaiu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kepulangan ke rumah kali ini taklah recharge sangat..=D Esok pulang ke KL dengan keletihan. Namun, tetap berharap, hari Selasa akan dijalani dengan penuh bertenaga!. Aja-aja fighting!..



0 comments: