MJIIT Launching Ceremony~

Saturday, June 2, 2012

Assalamualaikum...
Konbawa minnasan..untuk mereka yang masih berjaga seperti burung hantu itu.. Dan Oyasumi Nasai minnasan.. Buat mereka yang sedang enak diulit mimpi atau sedang bersiap-siap ke kamar tidur!.. Fuhhh... Nak bagitahu kamu-kamu semua.. Entrie hari ini bertajuk "HARI INI DALAM SEJARAH"

Haa... mungkin 10 tahun akan datang, sekitar tahun 2022(?), RTM akan siarkan slot HARI INI DALAM SEJARAH. Dan salah satu peristiwa atau memorial yang tercatat pada hari ini (Eh, semalam), 1 Jun 2012... Dengan rasminya pada tepat jam 1605, 01062012 Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan dan melancarkan Institusi Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun atau officially known As Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Buat pengetahuan semua, menurut akhbar-akhbar online yang saya baca setelah hampir 11 tahun MJIIT digantung tidak bertali pembiayaannya, kini MJIIT telah dilancarkan semula hasil lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia kita. Urmmmm.. tak taulah chek betui ke tidak. Tulis apa yang wartawan tulis je! Hahaha... Tapi yang tak boleh blah tu, ada ke satu akhbar online ni dia tulis MJIIT ni dekat Universiti Teknologi Mara????? Hello... MJIIT tu dekat Universiti Teknologi Malaysia, kampus Jalan Semarak nun. Bila tahun plak berubah jadi teknologi Mara??? Konfius sudah!.. Eheh..

 



Ok. entrie berbau cerita berita setakat itu sahaja. Ini cerita selaku warga MJIIT pula. By the way, jangan politikkan apa-apa isu di sini ye? Saya bukan pro-kerajaan, pro-pembangkang pun bukan.. Masih memerhati dan akan terus memerhati.. cheeewaah!.. Oke. Kembali kepada pokok pangkal cerita!. Kalau nak tahu, MJIIT ni adalah hasil usaha dan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jepun yang ingin membawa pembelajaran dan teknologi Kejuruteraan Jepun ke Malaysia sesuai dengan Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan our former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad about 30 years ago!.. Konon-konon nak bawa japanese engineering education style into the institute. So, malaysian citizens do grab the opportunity!.. Hahaha..siap promote lagi tuuu...



Ikut tentatif yang pihak pentadbiran MJIIT sediakan, Prime Minister sampai pukul 3.30pm. Before tu, HIS EXCELLENCY Japanese & ASEAN Ambassador/ High Commisioners, Federal Ministry and as well as Japanese Goverment Representative which is their Former Prime Minister dah sampai dulu.. Menyambutlah kami dengan kibaran bendera Jepun dan Malaysia sebagai simbol persahabatan yang termerterai antara dua buah negara.. Walla.. Menjadi sebahagian daripada mereka yang menyaksikan satu sejarah besar pada negara adalah sesuatu yang sangat bermakna!. I've become part of the history! Ahahaha...

Fuhhh.. nak habaq mai kat hangpa semua, bukan senang tau nak jumpa Perdana Menteri ni. Kita dah tak jauh dah dengan dia, tetiba mai jurugambaq hat badan besaq dengan beg besaq pintas dan tolak-tolak kita.. Aih, tension gua! Penat-penat gua berdiri tepi red carpet tu nak menyambut, sesuka hati lu olang je nak tolak gua ke tepi! Panas ni! ehehe... Taulah nak ambil gambaq Perdana Menteri secara close up, tapi bagilah can kat kitorang nak tengok depan mata sendiri Perdana Menteri yang mungkin seumur hidup sekali je nak jumpa tu! Ahahah... Sekurang-kurangnya, lepas ni orang tanya... Bolehlah jawab, saya dah jumpa PM. Nak salam, tapi nanti batal pula air sembahyang sebab tak bawa sarung tangan! hahahahaha...


 



Lepas tu...lepas tuuu.. ah, malaslah nak cerita panjang-panjang lagi.. Korang baca jelah apa yang keluar kat Surat Khabar tu. Kalau ada yang tak betul, nanti i betulkan.. Media, bukan semuanya betul! Hahahaha... Ah, kalau banyak masa, cubalah google Japanese News jugak.. Al-maklumlah, event dua negara. Apa lebihnya masuk MJIIT? Haaa... lain kali kita story.. mata dah berat. Nak upload gambar lagi.. Apa-apa pun, hari ini dalam Sejarah ye kawan-kawan!..



1 comments:

Hafizin Jamil said...

dasar pandang ke barat Pm tak nak buat ke.?kalau tak boleh buat liputan jugak...haha