Sabtu yang lepas (9 jun 2012), ada sebuah majlis ilmu yang secara singkatnya kita kenali sebagai KOMPAS telah diadakan di PUTRAJAYA. Disebabkan faktor-faktor tertentu, saya tidak berjaya menghadirkan diri ke sana (Faktor pengangkutan adalah utama...urmmm...memang kena pi beli gheta sebijik ni!). Tapi, tidak pergi tidak bermaksud tidak tahu apa-apa. Saya cuba dengar ulangannya di MobTV.my. Jom usha, apa je isi yang disampaikan itu.. Perihal Survival Ummah.
Ceramah Perdana: Perjuangan Survival Ummah disampaikan oleh Mantan Mufti Palestin, Syeikh Ikrimah Sobri yang menceritakan mengenai pengalaman dan perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah tumpah darah negara mereka.
- Nabi s.a.w berpesan "Jagalah ibumu (3x) dan barulah ayahmu"
- Perang dunia pertama (Barat + Yahudi) -> berusaha menjajah bumi Palestin (1917)
- Perjanjian -> Wujudnya satu negara untuk kaum Yahudi di bumi Palestin (Salah satu usaha terancang untuk merampas bumi Palestin)
- Walaupun orang Islam kalah dalam Perang Dunia pertama dan Palestin dijajah tetapi disitulah bangkitnya perjuangan orang Islam untuk membebaskan kembali bumi palestin
- British buka pintu untuk orang Yahudi masuk ke Bumi Palestin -> Krisis besar di bumi Palestin.
- Gerakan pembebasan telah mengambil 3 pendekatan:
- Mendirikan badan-badan/institusi yang mengkaji tentang sejarah bumi Palestin
- Melalui pendekatan aman seperti mogok lapar (1939 - mogok lapar selama 6 bulan)
- Menggunakan pendekatan jihad melalui tentera kerana tentera British berada di merata tempat di Palestin.
- 1936 -> Rakyat Palestin disekat dan akhirnya meletakkan mereka dalam kesempitan yang amat sangat + dikepong tentera British
- Penangkapan umat Islam secara bersar-besaran sehingga membawa kepada kematian, penjara dan kecederaan oleh pihak tentera British
- Perancangan Jihad tidak hanya tertumpu pada Rakyat di Bumi Palestin semata-mata.
- Barat ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka di dalam Perang Salib.
- 1967 -> Barat berjaya menguasai bumi Palestin sepenuhnya. tidak lagi hanya 80% seperti perancangan awal mereka.
- Bermulalah usaha pembebasan bumi Palestin sama ada dari dalam mahupun di luar Bumi Palestin.
- Jati diri, keimanan rakyat Palestin sangat kuat sehingga membuatkan mereka mampu bertahan sehingga ke hari ini dengan pelbagai ancaman dan komplot Barat + Yahudi untuk menguasai bumi Palestin.
- Rakyat Palestin (12 juta) = 6 juta di dalam Palestin + 6 juta di luar Bumi Palestin.
- 3 Pendekatan yang disebutkan sebelum ini akan dilaksanakan secara berterusan sehinggalah bumi Palestin berjaya kita bebaskan.
- Isu Palestin adalah isu umat islam secara keseluruhannya.
- Seorang sahabiah sanggup mengorbankan anaknya untuk berjuang di bumi ALLAH ini.(Kisah yang dibaca oleh mantan mufti ketika beliau masih kecil)
- Dan hari ini, kisah sahabiah ini terus berlaku di bumi Palestin di mana mereka sanggup mengorbankan anak-anak mereka demi untuk mempertahankan Bumi palestin.
- Tentera Israel menangkap 7 orang anak lelaki dari seorang ibu dan ibu itu bertanya "kenapa engkau menangkap 7 orang sahaja?" dan tentera Israel bertanya "mana yang ke-8?" dan si ibu menjawab "Yang ke-8 ada di dalam perutku!" Subhanallah. Allahuakbar! Bukti betapa si ibu sanggup mengorbankan anak-anaknya demi mempertahankan Bumi Palestin yang penuh rahmat itu.
- Tanah-tanah orang Palestin dirampas dan didirikan penempatan haram masyarakat Yahudi
- Perjuangan umat Islam di bumi Palestin faham perjuangan mereka adalah perjuangan untuk mempertahankan ISLAM dan akidah -> sumber kekuatan mereka untuk bertahan sehingga ke hari ini.
- Barat + Yahudi sedang dalam proses untuk memusnahkan masjidil al-aqsa -> penggalian terowong yang akhirnya hanya membawa kepada penemuan bukti-bukti sejarah islam dan bukannya kristian mahupun Yahudi seperti yang dimomok-momokkan mereka!.
- Runtuhnya Masjid Al-Aqsa bererti putusnya hubungan umat islam dengan bumi Palestin -> Rencana yang diatur oleh Pihak Yahudi.
- Al-Quds dikaitkan dengan jalan Isra' Mikraj -> Kunci dan pintu untuk naik ke langit dan dari langit turun ke bumi.
- Solat telah disyariatkan di atas langit bumi al-Quds.
- Sentiasa berpesan-pesan supaya melaksanakan solat pada waktunya.
http://www.mobtv.my/current_affairs-1522.html
0 comments:
Post a Comment