Topup Iman : Memartabat Islam, Memperkasakan Ummah (Note!)

Tuesday, June 12, 2012


Selamat Tengah hari... Konnichiwa minnasan..
Dah makan? Saya dah kenyang! =D Perut dah kenyang jom kita dengar PIDATO pula. Manalah tahu ada isi-isi penting yang boleh diambil buat teladan.. Ye tak? Ok, ambil mood. Keluarkan pen dan kertas..Errrr...letakkan tangan di keyboard! Misi bermula..

Cukup-cukuplah saling bertikam lidah.. Kini masanya kita... B.E.R.S.A.T.U!

Memartabat Islam Memperkasakan Ummah
By : Saudara Badrul Sani, KOMPAS 2012
  • Islam sentiasa berada di tempat yang tinggi.
  • Islam itu hebat dan terhebat. Dan tiada agama yang lebih hebat selain Agama Islam.
  • Senario sekarang : 
    • Umat Islam sibuk berselisih pendapat, bertikam lidah, fitnah menfitnah dan bunuh membunuh -> terkenal sebagai negara yang miskin, kotor dan banyak rasuah!
    • Lebih selesa beriman pada liberalisme.
  • Mesej buat Umat Muhammad:
    • Islam pada suatu masa dahulu hebat bukan kepalang kerana Islam bukan semata-mata ritual dan pengibadatan dan bukan sekadar halal dan haram TETAPI Islam itu menjadi tonggak kehidupan
    • Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniah -> Kerajaan yang hebat, dan unggul!.
    • Kerana usaha mereka untuk menjaga kesucian Islam di dalam kerajaan mereka.
  • Tanpa mengenali sejarah, kita takkan dapat membina masa hadapan.
  • Bangsa Melayu hebat kerana Islam! Kita seharusnya menggunakan kekuatan bangsa untuk mendaulatkan agama.
  • Walaupun laut menjadi darah, semangat melayu tak akan padam.. 
  • Biar kita berbeza parti, tetapi kita 1 hati. Biar kita berbeza persatuan, tetapi 1 kesatuan.
  • Melayu sepakat, Islam didaulatkan.
Okkk... sungguh bersemangat penyampai pidato ini. Saya suka! Benar apa yang disampaikan beliau. Dan itulah senario masyarakat Melayu masa ini. Bagaimanapun kita cuba menafikan hal itu, tetapi itulah yang berlaku tika ini. Peribahasa Melayu ada menyebut "Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserakan". Begitulah halnya dalam situasi kita tika ini. Kita menyeru masyarakat untuk menjadikan Islam tonggak kehidupan, tapi perlu juga diingat dalam usaha ke arah itu jangan sampai berlaku perpecahan umat dan bangsa. Sejarah lalu sudah membuktikan, ketidakfahaman akan membawa kepada perpecahan yang akhirnya mendatangkan lebih mudarat berbanding manfaat. Bukankah dari sejarah kita membentuk masa hadapan?? 

Ini kesatuan kami.. Walaupun berlainan bentuk dan warna gloves, tapi kami tetap 1 hati, 1 kesatuan!

Jadi, berfikirlah di luar lingkungan kotak. Untuk mendaulatkan agama, kuatkan benteng bangsa. Untuk Islam didaulatkan, Melayu harus terus bersatu. Negara akan maju dan hebat di mata dunia. Jangan asyik mencari salah orang, jangan asyik menunding jari sesama sendiri, jangan asyik mewujudkan perbalahan dalam masyarakat kerana Islam itu indah. Islam itu sukakan keamanan. Kita boleh meniru. Tiru pemerintahan Kerajaan-Kerajaan Islam yang gah pada masa dahulu. Kaji juga sebab musabab kemusnahan empayar Islam dahulu. Dari situ akan terbinalah masa hadapan yang unggul, hebat dan mantap!..

Ohyea! rasa macam saya pula yang sedang berbahas... Heheheh... Betul ke tidak peribahasa yang saya guna tu???? Tapi....Yang penting, point utama yang saya nak highlightkan di sini adalah:
"Biar kita berbeza Parti, tetapi kita 1 hati. Biar kita berbeza persatuan, tetapi kita 1 kesatuan"

Selamat Tengah hari!!!   




0 comments: