Berbukit-bukit menapak

Saturday, June 9, 2012

Annyeong! \(^___^)

Eheh... hari ni berjalan sungguh saya. Ye. Sungguh-sungguh. Sampai nak tercabut kaki ni.. Ahaha.. Selalunya naik LRT guna Kelana Jaya Lane je. Kekadang guna Sri Petaling Lane sebab nak g Plaza Rakyat. Untuk hari ni, kitorang try Monorail pula. Weeehaaa... Monorail ni pendek sikit daripada PUTRA dengan apa lagi satu tu ek? Hehehe..Ha! Star!. Dari stesen LRT Sri Rampai, kami turun dekat Stesen Dang Wangi. Tokennya, tak ingatlah pula berapa ringgit. RM 2.00 seorang kot. Dari Stesen LRT Dang Wangi tu, kenalah menapak sikit untuk sampai ke Stesen Monorail Bukit Nanas. Menapak beberapa tapaklah juga.. AHahaha...

Dari Stesen Monorail Bukit Nanas tu, kami pergi ke Stesen Imbi. 1st destinasi kitorang adalah Berjaya Times Square. Eheh. Jenjalan dulu dalam Berjaya Times Square tu. Sompatlah juga snap 3 helai pashmina 2 tones. Biasanya beli pashmina satu RM10. Kali ni dapat 3 pashmina RM25. Mahu tak sambor?? Eheh.. Lepas tu berjalan dan berpusinglah dalam Berjaya Times Square tu sampaikan kitorang ingatkan kitorang berjalan dekat tempat yang sama je walaupun dah turun escalator. Semuanya gara-gara kedai ShoeObsession yang ada dekat 2 aras tu.. Huhuhu.. Oh! Lupa pula. Pagi tadi breakfast Nasi Marrybrown. Buat pengisi perut!

Dah puas berjalan dalam Berjaya Times Square, kitorang menapaklah pula ke Plaza Low Yart. Ha! Peminat computer gadget mestilah "giler" masuk sini. Telefon pintar di setiap aras. Sabau ajelah hambo tengok! Nak beli, tak mampu. Nak simpan duit beli kereta dulu. Telefon yang dok ado ni baguih lagi fungsinya. Bak po nak tukarkan? Janji yang dekat kepala tu dah cukup pintar. Wahahaha... Done with Plaza Low Yart, naik Monorail kat Stesen Imbi tu untuk turun dekat Bukit Bintang pula! Nak pergi Pabillionlah!!! Eh, pelat pula. Nak pergi Pavilion. Nak cari Korean Cuisine! Eheh..

Sampai Pavilion...Wallaweh, ramainya umat manusia. Macam-macam jenis ada.. Tak tahulah berjenis ke tidak..=D.. Malas nak ambil port. Cari food court lagi baguih. Perut nak kena isi. Food Capital ek nama foodcourt dia? Ke, Food Republic. AH,apa-apo jalah.. Dekat situ ada Korean Food! Yeepie! Terus beratur untuk order. Itu pun puas pikir nak makan apa..Sudahnya... Haaa... Layan gambar jelah ek, tengok apa yang kitorang order.

 


 
Not badlah.. sedap juga.. Harga pun affordable. Affordable doesn't mean you can eat them everyday. Bagi kami, affordable untuk makan sekali sekala sahaja. Kalau hari-hari, kopaklah poket duit tu. Bukit kalau hari-hari tarah, gondol juga beb.. eheh.. OK. Last, haruslah gambor sendiri! Kihkihkih.. Nyum..nyum..


Perut dah kenyang, jom kita jenjalan lagi! Hahaha.. Selesai dekat Pavilion tu, jenjalanlah masuk LOT 10 tapiiiiii.. apakah? Memang LOT 10 tu ISETAN je ke? Adoi! Tak bestlah.. Terus keluar pergi Stesen Monoreil Bukit Bintang tu. Next Station? Bandaraya.. Wee... Ha! Mesti boleh agak kan?? Yes! Sogo! Wahahaha... Destinasi jalanan yang tak sudah!. Tak lama pun dekat SOGO tu. Kaki dah lotih. Rasa nak tercabut dah kaki ni.. Huhuhuhu..

Then, from SOGO ambil semula LRT dari Bandaraya, exchange Lane dekat Masjid Jamek dan teruskan perjalanan ke Sri Rampai. Home sweet home..Eh, silap.. Hostel sweet hostel! Hahahaha... And now? Time for rest. Tomorrow?? Kemas bilik, cuci bilik (?), sambung buat paper, research, bla bla bla..

Today journey:
KSJ -> Sri Rampai -> Dang Wangi -> Bukit Nenas -> Stesen Imbi -> Berjaya Times Square -> Stesen Imbi -> Stesen Bukit Bintang -> Pavilion -> Lot 10 -> Stesen Bukit Bintang -> Stesen Bukit Nenas -> Dang Wangi -> Masjid Jamek -> Bandaraya -> SOGO -> Bandaraya -> Masjid Jamek -> Sri Rampai -> KSJ.

Fuh!!.. Yang Hijau tu PUTRA, Merah untuk MONORAIL, Ungu untuk STAR. Hijau Bold untuk Interchange Station!.
 
Good nite everyone!! Oyasuumi Nasai Minnasan~



0 comments: