Topup Iman : Bangunkan Ummah!

Tuesday, June 12, 2012

Assalamualaikummmmmmmmm......

Tak jawab berdosaaaaaa... <- Ayat cliche kan? Kotlah dah jawab dalam hati ke. Siapa tahu?? 

Kompas yang ini ke?? Haaaaa....
"Cuma jangan Islam dan Melayu dipindahkan".. Intro untuk hari ini. Saya tengah mendengar pengisian-pengisian KOMPAS 2012. Nak mencari sesuatu yang tidak bersifat POLITIKUS tetapi lebih kepada pembangunan Ummah dan ISLAM. Jujur saya katakan, saya takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali di tanah air kita. Perpecahan yang akhirnya mendatangkan lebih mudarat berbanding manfaat. Tempoh masa peralihan yang sangat menyeksakan nenek moyang kita suatu masa dahulu. Sungguh, saya bersyukur kerana diberi peluang hidup dalam negara yang aman. Tak perlu pegang senjata. Tak perlu takut untuk keluar dari rumah (Tapi takut juga dengan ancaman manusia liar!). Tak perlu takut untuk menuntut ilmu walau di mana jua. Sungguh! Saya bersyukur jika hendak dibandingkan dengan saudara-saudara seagama kita di luar sana.

"Dari sebuah negara miskin -> Negara Pertanian -> Negara Perindustrian -> Negara Maju 2020."
Jelas, kita nampak peningkatan itu. Kita lihat sendiri posisi MALAYSIA ketika zaman nenek moyang kita dan zaman sekarang. Kita lihat sendiri nilai wang yang kita miliki dulu dan sekarang. Kita rasai perubahan fasa itu. Dan kita nikmati semua itu. Kita lihat betapa selesanya ummat islam beribadah ketika ini berbanding suatu ketika dahulu. Kita menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan itu. Ingatlah "Islam dan Melayu bukan untuk kita pisah-pisahkan. Kerana hakikatnya Agama Islam dan Melayu adalah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan." 

Yang mengikat kita adalah perjuangan Islam itu!

Islam -> Menjadikan bangsa Melayu sebuah bangsa yang bertamadun sama ada dari aspek kehidupan, kebudayaan dan sistem politik. Kelangsungan dan keamanan negara adalah berlandaskan perpaduan ummah dan bangsa melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini. Berlakunya kecelaruan fikrah di kalangan masyarakat kita yang akhirnya menyumbang kepada perpecahan.

Dipendekkan kisah, kita juga harus memainkan peranan kita sebagai rakyat negara ini. Pelbagai kemudahan pendidikan dan pembiayaaan pendidikan disediakan untuk menjadikan kita insan berilmu. Dengan ilmu yang kita miliki, bukankah sudah tiba masanya untuk kita pula "memberi" kepada negara untuk kemudahan generasi yang mendatang. Bukan menjadi penyumbang kepada perpecahan ummah sebaliknya menjadi peneraju kepada peningkatan ekonomi dan teknologi berasaskan Islam di negara kita

Sebagai penutuppppp...

Tak cukup kita hanya bertakbir "wahazamal ahzaba wahdah!". Kita kena usaha, kita kena susun semangat, kebersamaan - Pelancaran KOMPAS, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 31:05

Untuk link penuh, jemput-jemputlah klik link ini ok... 


p/s :: Ini bukannya keseluruhan teks ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom untu perasmian dan pelancaran KOMPAS 2012 tu ye.. Hanya beberapa yang saya "quote" dan selebihnya pandangan saya sendiri. Tiada kaitan dengan sesiapa jua.. Live well in peace~



1 comments:

Bro Udi said...

sudah2lah asyik bersengketa...

zaman itu sudah berlalu...

kini zaman untuk umat Islam kembali bersatu hati dan menyusun semangat kebersamaan untuk membangun ummah...

suka kata2 di akhir itu

"Tak cukup kita hanya bertakbir "wahazamal ahzaba wahdah!". Kita kena usaha, kita kena susun semangat, kebersamaan"