Berjalanlah...

Saturday, October 30, 2010

" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tak selalu bahagia...

Sedekahkan senyuman walau di hati tak mampu bertahan...

Belajar memaafkan walau dirimu terluka..

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran...

Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..

Berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan..

Kehidupan cermin yang menilai sebuah pengabdian..

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.."

- Dari seseorang.. Sahabat, kawan @ teman...
 Kalau ketiga-tiganya membawa maksud yang sama, itulah yang selayaknya buatmu..
Terima kasih atas peringatan, nasihat dan perkongsian ilmu.. 




1st Lucky Draw by Atie Aizam

Friday, October 29, 2010


Next lucky draw to be joined..
Kali ni nye lucky draw, ye bagi hadiah laptop accessories..*wink..
suka..suka..
kalau bertuah leh dapat 10 barang yang antaranya adalah mouse, cable lock dan sebagainya...


Apakah lucky draw itu??

ni haaa...


1st Lucky Draw Atie Aizam..nak join, klik situ.. 


kena tag kawan..saya tag..
1) Fiq
2) Cik Pah
3) Nana

Bantal Panas/ Tunku Moden Giveaways


Kali ni nak join Giveaway yang ini pula.. Macam menarik je.. Sebelum ni pernah tengok.. dekat rumah kawan Mak, tapi lepas tu tak pernah jumpa pun lagi..

Tengah-tengah blogwalking jumpa page ni..


Bantal Panas aka tunku moden.
Bagus bantal panas ni.. dia guna cecair air garam bukit dan gel.. sekali panas, leh tahan sampai 3 jam.. sangat sesuai untuk gadis-gadis yang senggugut.. ibu-ibu bersalin..(pilih yang pertama..yang kedua belum lagi)...

Jadi, nak join giveaways ni.. siapa tahu ada rezeki leh dapat bantal panas ni secara percuma..yee haw..

kalau nak join, meh klik link kat bawah ni:

Facial + Steamboat

Sesuai dengan tajuk..Hari tu pun dah cerita panjang lebar...kalau ada yang terlepas atau tak ingat pasal kisah ni, leh tengok link ini : Steamboat + facial



Bukti amik facial n slimming treatment free dekat CRES, JUSCO Tebrau.. ada ajak manager tu bergambar sekali, tapi ye tak mau..hehehe..berseri-seri muka..wahaha


Wuuu..steambot..makan 4 orang tapi mcam mkn 8 orang..hahaha..melantak punya pasal.. Pilih sup dengan tomyam..half-half.. RM18 sekepala.. makan je lah.. tunggu apa lagi..


Ini Eqen dengan Aimie.. Tu ada ayam sedang di BBQ ngan satay.. nyum nyum..


Ni dengan akmal..Kawan paling dekat n rapat sejak tahun 1 sem 2..sama-sama jadi JKM sesi 08'..


time memasak..BBQ..



Kurang sopan...masuk je daun kangkung tak potong-potong dah..hahaha






Habis dah makan..perut pun dah sebu..sumbat macam-macam..Pencuci mulut, makan ais krim potong.. nak ambik berapa pun boleh..

itulah kisahnya...

Abstract: Keindahan Alam

Assalamualaikum...

"Berjalan,bermusafirlah melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnianya nilai harganya,iman dan taqwa bagi hamba yang setia.."


Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik(FKE), UTM




Di Taman Rekreasi Mutiara Rini, Skudai Johor Darul Takzim:


Sekumpulan Kura-Kura yang muncul dari dalam tasik..


Bunga yang cantik..berjaya memikat hati saya..walaupun tiada bau yang wangi..


Bunga lagi...


Dan juga bunga...

Semua gambar-gambar ni saya rakamkan menggunakan kamera OLYMPUS FE-360 kesayangan saya.. Tidak ditouch-up dengan Adobe Photoshop.. Wahh..sudah jatuh cinta nak amik gambar-gambar bunga...weeee..



"Mini Felt Car" Untuk KBE dan KCQ...


Assalamualaikum...

Bapaku pulang dari Kota.. 
Bapa ku beli kan keretaa.. 
Kereta kecil warna merah..
boleh ku bawa ke sekolah...

Janji kena tepati..Walaupun ianya mengambil masa yang lama.. Tapi..saya tetap nak tunaikan janji saya..

Masa praktikal dulu, saya dapat sorang kakak dan sorang adik.. ehehe..lahir lain tahun..tapi akademik sama tahun.. ngee.. dengan diorang ni saya belajar berblogging lebih aktif.. Dari aktiviti berblogwalking ni, saya jumpa dengan felt craft. Dan saya pernah janji nak bagi satu keychain setiap sorang kalau saya betul2 dapat set buat felt craft ni..


Dan alhamdulillah.. dengan izin-NYA, saya dapat memiliki satu set felt craft starter kit.. setelah puas berfikir, saya hasilkan 2 biji kereta comel ini.. Satu untuk Kak Pah dan satu lagi untuk adik Afiqah.. Hehehe..




Dekat belakang kereta tu saya letak plat kete diorang.. tak muat pula nak masukkan full sekali ngan nombor.. hehehe..

Kak Pah sayangkan Proton saga 1.5 warna metallicnye yang dipanggil KaCaQ nye.. nak tau story kak Pah dengan KaCaQ, bleh klik link tu.

Fiq pula sayang sangat-sangat dekat KBE dia.. Macam-macam dah yang berlaku dekat KBE, tapi dia sayang juga-juga.. dia punya url pun ada KBE.. nak tahu story Fiq dan KBE? klik link tu.. tak pun, cari lah link kelisa1.0 exi..sumenye pasal Fiq dan KBE nye..

Dua-dua kereta mini ni dah pun selamat sampai ke pada mereka berdua.. Ini responnya..



Untuk anda berdua.. jagalah mini KBE n KCQ ni macam jaga Saga n Kelisa tu ye..hehehe..('o,')
Eh, bila nak naik KCQ n KBE lagi ek? =)

p/s: ada yang berminat nak tempah?? hahaha 

Ikhlaskah kita?

Friday, October 22, 2010

"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana menjalankan agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)" - Surah Al-Bayyinah, ayat 5.

Assalamualaikum..

Kali ini saya mulakan bicara petang ini dengan sebaris ayat yang saya amik dari Al-Quran. Saya peroleh lewat Halaqat yang saya hadiri tengah hari tadi. Topik yang dibincangkan kali ini adalah perkaitan "Ikhlas". Dan inginlah saya kongsikan sedikit di ruangan blog saya ini..

Ini sebuah perkongsian.. Untuk anda dan juga untuk mengingatkan diri sendiri. 

Ikhlas. Sejauh mana kita faham akan konsep dan pengertiannya? Sejauh mana kita ikhlas dalam melakukan perbuatan dan amal jariah? Ikhlas. Mudah diungkapkan dengan kata-kata. Tetapi adakah ianya benar-benar lahir dari lubuk hati yang satu?

Ikhlas. Perkataan yang diturunkan ALLAH S.w.t melalui ayat-ayat Al-Qurannya.. Penggunaannya meluas tanpa mengambil kira ugama dan fahaman mereka.
Pernah tak anda mendengar pantun ini:

Ada ubi ada batas, Ada hari boleh balas..

Naik lori naik bas, nanti-nanti aku balas..

Tak pun mendengar kengkawan, saudara mara atau jiran tetangga atau sesiapa je lah yang cakap bergini kepada anda:

"La ni hang susah..aku tolong.. Esok-esok aku susah, hang buleh tolong aku pulak.."

ataupun begini :

"Time aku senang lah aku nak tolong kau. Esok aku dah susah, aku harap kau tolonglah aku pula.."  

Pernah dengar? Bohonglah kalau tak pernah dengar. Inilah senario masyarakat kita hari ini.. Jadi sejauh mana keikhlasan kita dalam membantu orang lain? bagaimana pula dengan situasi ini:

"Aku belajar sebab nak genggam ijazah. Aku nak dapatkan kerja besar, perbaiki kehidupan keluarga aku.."

dan yang seangkatan dengannya..

Iye, saya pun pernah terdetik begini. Lupa bahawa nikmat menuntut ilmu ni, ALLAH yang berikan. ANytime dia nak ambik, dia buleh tarik balik. Tapi, belum terlambat untuk kita analisis diri. Untuk kita perbaiki kelemahan diri. Pintu Taubat sentiasa terbuka. Keinsafan sentiasa ada.

Semua senario yang saya tunjukkan di atas ni menggambarkan bahawa kita tidak ikhlas kerana ALLAH.. apa yang kita lakukan itu, kita tidak niatkan kerana ALLAH.. dan hasilnya, bila musibah yang menimpa, kita akan gundah sebab mengharapkan orang yang pernah kita bantu, membantu kita semula. Hidup jadi tak tenteram. Tak aman. Timbullah sifat mengungkit. Habis semua kebaikan kita pada orang tu kita ungkit. Dah tu, kemana amal kita itu??

Fikir-fikirkanlah.. Bila kita berbuat sesuatu itu dengan niat kerana ALLAH, yang kita persembahkan kepada ALLAH adalah keikhlasan kita. Bukannya barang yang kita sedekahkan. Bukannya duit yang kita berikan. dan bukannya perit jerih yang kita keluarkan. tetapi keikhlasan kita yang ALLAH terima. 

Dan untuk menjadi seorang yang ikhlas bukanlah mudah. Tidak semudah membaca A B C..dan tidak juga semudah menaip aksara di komputer. Tetapi ketahuilah bahawa niat ikhlas kita itu sebenarnya didorang oleh iman yang bertindak sebagai "internal force" yang kuat. Bermula dengan sebuah keterpaksaan..Tapi akhirnya, dengan sendirinya kita akan ikhlas dalam melakukan kerja.

Kata Hassan Al-Banna :
Ikhlas dalam niat, ucapan dan perbuatan.

Kata-kata dari Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali dalam sebuah kitab:
"Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya Al-Quran, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti binasa kecuali orang-orang yang berilmu. Orang-orang berilmu pasti akan binasa kecuali orang yang aktif beramal. Semua yang aktif beramal akan binasa kecuali yang IKHLAS.."

Tiada ertinya andai anda seorang yang dermawan, tapi setiap huluran anda dipublisitikan. Tiada ertinya anda seorang yang ilmuwan, tinggi ilmunya, tapi langsung tidak melihat yang kekurangan. Urusan ikhlas adalah antara ALLAH dan hamba-Nya. bukan kita sesama manusia yang berhak menilai. Jadi, perbaiki diri..Tingkatkan iman. 

Wallahualam..

Cinta-Craft Giveaway

Assalamualaikum..

Dear all.. Dah lama rasanya tak join GA (urrr..lama ke?).. Rasa macam tak cukup je 24 jam sehari.. boleh ke kalau nak minta lebih? hehehe...

K, kali ni, saya nak join giveaways dari blog Cinta-Craft . Tak susah pun.. Lagipun, saya ni pun baru nak berjinak-jinak dalam bidang felt craft ni.. Barang-barang dah ada depan mata, tapi kesibukan menyiapkan assignment dan Final Year Project membataskan minat saya.. Tapi, apa-apa pun, nak join giveaways ini dulu..


Semua syarat dah dipatuhi.. So, apa lagi? kalau korang pun berminat, klik dekat sini.

Ini hadiah yang akan dapat..


Walk In Interview Intel 12.10.10

Tuesday, October 12, 2010



Tick tock tick tock..
Cepatnya masa berlalu.. 
Assalamualaikum buat semua kenalan.. yang jauh mahupun dekat.. Alhamdulillah.. lega...Lepas dah satu benda.. 


Malam semalam bersungguh-sungguh siapkan resume dengan CV gara-gara nak g walk-in interbiu.. betul bersungguh-sungguh.. Gara-gara walk-in, tidur pun jadi tak nyenyak.. Bukannya apa, pagi-pagi lagi dah ada lab. so, by hook or by crook kena juga siapkan dan sediakan apa yang patut sebelum gerak ke lab pagi tu.. dan disebabkan tidur tak nyenyak, makan kenyang dan mandi basah (hahahaha...)...bangun je pagi rasa sakit satu badan.. aduh..apakah??






Ikut sms yang diperoleh, schedule interbiu saya pukul 11.15am. Before tu, pukul 10-11am ikut waktu orang Malaysia, ada Career Talk berkaitan dengan Intel Architecture Group.. Nak tahu tak?? Rupa-rupanya, big boss atau orang yang mengepalai Intel ni, seorang perempuan... Ok lagi sekali saya cakap..Seorang Perempuan.. "hey Ladies!".. 






Tapi..dia bukan wanita melayu.. Bukan juga wanita islam.. Tapi orang putih.. Mat Salih kata orang kampung saya.. Eh, bukan nak bersifat kekauman ke apa mende yang seadik-beradik dengan dia tu.. Tak..tak..Just nak stress kan yang sebuah syarikat ternama..worldwide..Terkenal serata dunia..diterajui oleh Wanita Mat Salih.. See?? Pompuan pun bleh success.. Pompuan pun bleh terajui syarikat besar.. Kat Malaysia pun dah banyak usahanita..Tinggal nak tunggu syarikat diorang ni tembus pasaran antarabangsa pula..dan seterusnya berkembang menjadi peneraju peringkat dunia.. Siapa kata tak boleh?? Kalau Malaysia Boleh, apsal kita tak buleh plak kan?? hehehe..Ok..semangat patriotik seketika..


Eh, back to topic.. Ok, Al-kisah ditemuduga oleh Intel.. Banyak-banyak department, saya g try Department Software.. ahaks..walaupun tak brape tahu sangat pasal software, tapi minat tu adalah sket2.. Sekali masuk-masuk dia tanya software programming apa yang pernah belajar.. Fuhh...apa lagi..sesi menggoreng pun bermula.. tak perlu pakai periuk belanga ke apa.. Goreng je.. MATLab lah..Multisim lah, IDE 68000, Microsoft Visual C++ and bla bla bla.. Sekali dia suh uat coding C++ untuk employee.. kekonfiusan bermula.. Rupa-rupanya yang saya tulis tu C language.. Haa..amik ko..nak goreng lagi.. hahaha..


Tak cukup dengan teori itu, dia tanya pula pasal K-Map. Da one yang belajar dalam Digital Electronic dulu-dulu kala tu.. Masa zaman tok kaduk tu.. haha.. Sudah.. apa nak jawab.. benda dah lama tinggal.. Disebabkan kesian tengok saya, interviewer tu pun bagilah klu... Tapi..tapi....
Klu yang diberi tu, saya dah tahu!!! Wah..tak membantu..yang saya tak ingat, macam mana nak kuarkan output tu.. Hahaha..sekali lagi kantoi.. 


Paling best soalan dia pasal "Pass by Value, Pass By references" explained. Pergh..pernah dengar benda ni..tapi kat mana ye?? Sudahnya..


"Sir, may i speak in malay? Its really difficult for me to explain in english. You will understand it right?" 


Ahaks.. selamba sih tanya cenggitu.. Interviewer saya tu chinese.. Dia kata bleh.. Goreng dalam bahasa melayu pula.. sekali...Terbalik sih.. Explanation say tu songsang..hahaha... Dasyat tul interbiu ni..


Wah...i really hate when people ask me about theory.. Eventhough that Intel people told us " Basic Fundamental of your studies is important." lebih kurang cenggitulah.. Tapi nak buat macam mana, study teori bila nak exam je..tak terpikirlah nak interbiu macam nak exam!.. haaha.. 

Ten ten ten

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum...
Hai...Hai..Hai... Ten..Ten..Ten...
10.10.10

Apa yang menarik sangat ni ek? Dulu orang tunggu 09.09.09..sebelum tu 08.08.08..sebelum tu ada lagi..Apa yang menarik sangat dengan nombor sama ni?? kenapa tak pilih 20.10.2010 ke? haha...itu cerita lain..hari ni, cerita hari ni.. 

Tadi tengok Melodi.. dapat tahu yang angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar dah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr.Halina Yunos tepat jam 10.10 pagi tadi dengan mas kahwinnya RM80.. Wah, sumenya angka 1 dengan 0 yang membentuk 10. Tahniah buat kedua mempelai.. Percintaan selama lebih 8 tahun akhirnya membawa keduanya ke jinjang pelamin. Semoga ikatan yang dibina akan kekal selamanya. 

Istimewa Nona, pukul 2 petang..Korang tengok tak? Siaran langsung dari PICC sempena majlis repsepsi yang akan diadakan sebelah malam nanti. Majlis resepsi ni pun akan ditayangkan live dari TV3 pukul 9 malam.. So, yok duduk depan tV dan saksikan perkahwinan angkasawan ini yang bertemakan persandingan kayangan..


ihsan gambar dari blog limauais.com



Dasyat oooo kalau tengok persiapan perkahwinan mereka ni. Tak salah kalau saya katakan inilah wedding of the year untuk tahun 2010. Walaupun mereka berdua bukanlah artis, tapi ada sejarah yang mereka ciptakan. Sebelum ni, kedua-dua mempelai tu dah pun amik pre-wedding photoshoot dekat bukit broga..Cantik-cantik.. Larat sungguh mereka berdua memanjat.. Tapi untuk sesuatu yang sekali seumur hidup apa salahnya kan? Tempat lain orang dah biasa buat. 

Hehehe..Pape pun..setiap orang punyai cerita cinta sendiri..dan masing-masing punya harapan dan keinginan sendiri. Kepada Dr.Sheikh dan isteri, selamat Pengantin Baru.

Sambung Story semalam

Assalamualaikum....
Salam ceria..salam penuh gembira..kui2...

eh, hari ni nak sambung story semalam.. tak sempat nak habiskan...
Sambungannya.....

AMARAN : Bagi yang berminat nak g free facial treatment or slimming tu, bleh lah jadi kawan saya.. Semuanya free... Tapi..hehehe..ada juga tapinya tu.. Macam biasalah, bila kita dah buat treatment free, konfemlah orang tu nak jual produk tu kat kita kan? takkanlah buta-buta je dia nak bagi mende tu kat kita. Sampai part dia pujuk beli package dia ni, pepandailah korang guna akal dan budi bicara masing-masing.. Kalau rasa ada duit dan berminat, terimalah tawaran yang dibuat. Kalau dah rasa poket surut macam saya ni, pandai-pandailah buat reason ok.. Janji jangan buat orang marah ngan kita sudah.. Yang penting..adab..manners..

Ok..Lepas pergi facial tu, kitorang pekena air kat Arena Jusco sambil tunggu waktu maghrib.. Sekarang maghrib dah awal, pukul 7 dah masuk. So, before g steamboat, kita solat dulu..baru leh ngadap makanan sepuasnya.. Yang wajib tak lah tertinggal.. Hehehe..

Berpandukan mesej Cik Pah, kami pun mulakan perjalanan dari Jusco Tebrau. Fuhh..nak kena citer jalan ke kat sini ek? Tengok kat blog Cik Pah ek.

Hehehe..cari punya cari..akhirnya kitorang jumpa juga kedai tu.. Apa lagi.. Parking kereta..Pilih tempat.. Sementara orang kedai tu setup meja dan peralatan untuk steamboat, kitorang berempat masuk dalam dan mulalah memilih makanan.. Main dishes yang kitorang ambik adalah ayam yang dah diperap, sotong, udang segar dari ladang, ketam, sate, sayur-sayuran fresh, ikan,kerang dan segala benda yang boleh dimakan kat situ.. Fuhh..banyak gak r.. Kitorang tak ambik nasi dah..sebab nak melantak seafood dan bbq apa yang ada..

Dekat Rawa Steamboat ni, ambiklah apa pun. Janji tak membazir.. Kalau membazir, nanti ye charge kita.. So, kitorang pun makanlah sepuasnya.. Bayar RM18.00 sekepala sahaja termasuk tisu wangi and aiskrim potong. Fuhh..bayangkan, mana nak dapat makan seafood dan segala bagai makanan dengan harga RM18.00 je..memang berbaloi-baloi.. Rasa sungguh nikmat dapat makan steamboat.. Hahaha.. tak terucap dengan kata-kata.. even meja kitorang penuh dengan makanan mengalahkan orang yang datang 5-6 orang.. Dasat tak kitorang melantak.. Tak de dah nak bersopan santun. control ayu segala bagai.. Ada kesah kalau orang pandang pelik?? Janji perut kenyang.. burrrppp....

Hahahha..ok..itu tipu.. tak sampailah sampai berbunyi macam tu.. Kepuasan jelas terasa.. Nak pi lagi.. Kepada Akmal, Eqen, Aimie dan Siti, nanti kita g lagi nak tak? Kepada cosmate yang lain, nak ikut? jomlah, konvoi makan steamboat reramai.. Gerenti puas..

p/s : Gambar bakal menyusul nanti-nanti..

Thanks Nuffnang..Thanks Cres...And Rawa...memang berbaloi-baloi

Saturday, October 9, 2010


Amboi aii..Panjang plak title kali ni kan? hehehe..pape pun sebelum kita memulakan Hikayat Malim Deraman ni, nak lah saya ucapkan Assalamualaikum..Apa khabar saudara dan saudari sekalian???.. hehehe...

Saya? sihat..gumbira..hepi sesangat...ngee.. Story hari ini sangat menggumbirakan hati saya.. Tapi tak berjanji pada anda untuk menyajikan retina mata anda dengan gambar-gambar yang telah diambil.. bukannya apa, sejak blogspot ni berwajah baru, WIFI UTM ni macam tak support je blogspot untuk loading picture.. Lambatnya mengalahkan siput sedut.. agaknya siput sedut pun tak selambat tu.. entahlah..saya tak pernah makan siput sedut itu.. hehe..eh, pesal citer pasal siput sedut pula??

Thanks Nuffnang... Kenapa? Sebab dekat iklan yang disajikan nuffnang dalam blog sesape ntah, saya dapat buat facial treatment free dekat Cres.. Oleh itu, thanks pada Cres atas layanan yang sangat terbaik walaupun saya buat for free..

Oho..segalanya bermula bila habit ber"blogwalking" saya muncul semula.. Berjalan-jalan di alam maya pada lewat malam. Baca blog orang tu..Klik iklan nuffnang orang ni..sampailah saya terklik satu iklan CRES di blog sesape ntah (thanks juga pada tuan punya blog).. Dekat iklan tu tulis, Facial Treatment for Free.. Tanpa menunggu dan berfikir panjang, terus je buat pendaftaran... Isi nama, email ngan no.Phone.. Done.. Jalan-jalan lagi di alam maya.. Terjumpa lagi iklan yang sama, saya daftarkan pula nama kawan yang paling dekat dengan saya dekat UTM ni, AKMAL HAYATI...Kali ketiga jalan, jumpa lagi..Isi pula untuk Aimie Amalina, jiran depan bilik saya.. masuk kali keempat, dah tak jumpa iklan tu lagi..semua iklan nuffnang dah start tidur..ZZZzzzzz....

Asalnya, tak percaya sangat dengat iklan tu.. Tapi suddenly dapat email dari Cres..still ignore it.. Next day, g jenjalan kat Tebrau.. Menyulusuri kawasan kedai borong ..dan berjalan-jalan di JUsco Tebrau.. Tengah-tengah sonok belek buku dekat Harris, An uknown no muncul kat phone.. rupa-rupanya dari manager Cres tanya bila nak buat appointment tuk free treatment tu.. Pergh..tak caya lagi.. Terus g kedai dia dekat 1st Floor Jusco Tebrau tu.. Tanya punya tanya, konfem free.. Bleh pilih nak buat Facial or Slimming..

Saya? Pilih Facial je.. Teringin nak rasa macam mana orang buat facial treatment tu.. And today is the day.. Our appointment at 4.30pm.. Lepas isi one form tu, saya follow Miss Vivian ke satu bilik tertutup.. masuk je bilik tu rasa tenang je.. Aromanya.. Muziknya..wah..best3x.. After changing mana yang patut(takkan nak story detail lak kan?),
my treatment pun start..

1st of all, Miss Vivian sapu pembersih wajah. Semuanya produk dermatologi dari USA.. Lepas satu krim ke satu krim..bertukar pulak dengan gel.. Tak ingat dah saya nama-nama semua tu.. Tapi bau-bauannya sangat best.. SInce ini adalah free treatment, rawatan hanyalah selama 60 minit. But for me, that is more than enough.. Barang Free..hahaha..

Sambil buat facial kat wajah tu, adalah juga urutan kat bahu, kepala dan leher (eh, tak tersusun plak).. Lega lah juga walaupun geli sikit sebab saya ni memang sensitif part-part badan ke atas.. Pantang di sentuh... hehehe..

Nak tahu apa rasanya?? g sendirilah..

Saya ada kad kupon.. Macam kupon jugalah..macam kat Watson, yang beli barang atas RM50 dapat setem tampal2 dan kumpul tu.. Tapi yang Cres ni, saya akan dapat 1 cop setem atas setiap orang baru yang saya bawa gi situ.. Dan seperti mana saya dapat free treatment, orang yang saya bawa ni pun akan dapat free treatment. Dan sebagai pulangannya, bila cukup 5 setem, saya dapat 1 box mask. Same thing happen to each person yang saya bawa ke sana.. So, nak buat treatment free?? jom, saya rekemenkan.. Jadikan saya reference anda + bawa kad saya tu, dan free treatment is yours..

Aduh...sakit kepala...eh, bukan sakit kepala..Pening kepala..Perut sebu..macam nak meragam je setelah melantak pelbagai jenis makanan di Rawa's Steamboat lepas buat rawatan facial tu..EH, get off dululah..nanti sambung story len..and insyaALLAH with all the pic.. daa..

Rindukan Dia

Wednesday, October 6, 2010


Selamat Malam....Hai All..Assalamualaikum...
 
Fuhh..malam ni...tiba-tiba rasa rindu menjengah diri. Dah lama tak rasa macam ni.. Kenapa tibe-tibe ek? Saya tahu tak wajar saya berperasaan seperti ini..Apatah lagi, dia bukan sesiapa.. Dia bukan milik saya.. ANtara saya dan dia tiada ikatan yang sah. Tiada apa yang mengikat kami.. Tapi...

Tiba-tiba saya rindukan dia. Sangat rindukan dia.. Dah lama saya tak hubungi dia.. Dia pun tak hubungi saya.. Saya dah hilang contact dia. Walaupun saya tahu, saya masih ada sumber untuk menjejaknya tapi saya tak nak jejak dia. Saya rindukan dia.. Tapi saya tak nak mengejar dia. Saya tak nak nanti orang kata perigi cari timba. Saya sayangkan dia. itu saya mengaku. Tapi saya tak tahu kalau dia masih sayangkan saya ataupun tidak.. Tapi setelah hampir 3 tahun berdiam membawa haluan masing-masing, hari ni saya rindukan dia..

Perasaan itu datang sendiri. Tidak saya undang. Tidak juga saya fikirkan dia. Malah segala gambar, surat mahupun apa sahaja item yang mengingatkan saya padanya, semuanya saya dah hantar balik rumah. Tapi kenapa perasaan rindu itu hadir juga?? Kenapa ingatan saya pada dia semakin kuat?? Kenapa??

Macam mana kita nak tahu yang dia memang ditakdirkan untuk kita? Ya ALLAH, berikan aku petunjuk.. Jangan biarkan aku terus hanyut dengan pra rasa ini. Ya ALLAH, andai dia untukku, KAU berilah petunjuk yang terbaik. Andai dia bukan milikku, kau lapangkan dadaku agar cintaku sentiasa berlabuh buat-MU..

Rindu....Rindu...Rindu..


Hobi Baruku..

Sunday, October 3, 2010

Hobi baru.. Semuanya bermula dari LI.. Bermula bila dapat online selalooo.. Doing crafting.. itu memang my passionate..woo..giler suka kalau bab-bab kraftangan ni.. i wonder kenapalah tak sambung kat ikm ke buat seni-seni tangan segala bagai ni? uhuh! may be i'm destinated to be a full time student yang struggle with all the buku and exam.


Ok, back to the main story. Actually nak share with all of you about my new hobby. Before this, i've really enjoy doing crafting. whateva it is.. As long as it need me to use my skills, i'll do. Kecik-kecik dulu, of courselah gila buat origami. pantang nampak a4 paper, jadilah ia pelbagai benda.. dari bunga, bekas sampah sampailah the simple thing, kapal layar..hahaha..


itu kisah lama.. ini cerita baru......


Tadaaaa....inilah parcel yang saya terima dari Sus n d felt Product. Dah lama aim benda ni.. nampak cute. mcm tak susah je nak buat.. Apa lagi, beli je lah starting kit dia. Taklah mahal sangat.. rasa berbaloi dengan kepuasan yang diperoleh.. Inilah hobi baru saya...Felt craft!!


Those yang kat atas tu antara item yang diberikan.. include dalam package yang saya beli. Dah tak payah nak susah-susah pikir apa lagi nak beli.. Nama pun beginner kan? kita follow jelah dulu.. after that, barulah bleh innovate sket. kreatif sana sinun.


Aha..this is my 1st project. My 1st attempt.. Surely saya akan keep it.. takkan sesekali memberi pada yang lain.. because this is my 1st prototype..like my 1st babylah.. ahaks.. Tapi kalau ada yang berminat, boleh negotiate.. Saya tak keberatan untuk membuat.. tapi bukan percuma ok...


Benda ni kecik je.. sesuai dijadikan hp charm, keychain, aksesori headband and so on. but for my 1st prototype, saya jadikan keychain.. and i put it together with my new pendrive, kunci bilik saya and also come together with keychain dari singapore.. cute isn't it??

Sekarang dalam progress buat lagi pelbagai bentuk yang lain.. kalau sempat saya update lagi.. Tengah sibuk dengan assignment, presentation FYP and lab.. pray for me..

bye..