Seribu kali cinta... Akasia.. Pukul 6.30 petang setiap isnin hingga khamis.. Haa..korang tengok tak citer yang tengah hot sekarang ni? Ala yang dilakonkan oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Cat Farish, Norkhiriah dan ramai lagi tu..
Tapi entri kali ni bukannya nak cerita sinopsis cerita ni.. Saya pun kadang-kadang terlepas juga nak tengok cerita ni.. Cumanya..
Cumanya.. semalam saya tengoklah cerita ni kan..
And saya tertarik dengan dialog Mina dengan Huda..pasal "Teman Tapi Mesra".
Peringatan:
Jangan sesekali jadi macam Huda yang terhegeh-hegeh nak dekat si Nizam tu sedangkan terang-terang lagi tak pakai lampu suluh, si Nizam tu dah cakap yang dia tak suka dengan Huda.
Lelaki dan perempuan. Endingnya memang kena kahwin ke? Tapi, boleh je kan jadi Kawan? Teman tapi Mesra.. Macam dialog Mina:
" Aku pun ada Teman tapi mesra. Aku rapat dengan dia. Bila dia susah, dia selalu cari aku.. Tapi..dia tak cintakan aku.. Dia cintakan orang lain."
aha..lebih kuranglah..Karang kalau tulis dialog full, boleh buat part time tulis skrip pula kan? hahahah..
The point here is;
1. Mungkin kita lihat lelaki itu caring habis dengan kita. Mulalah syok sendiri. Konon-konon laki tu sayangkan kita. Tapi sebenarnya tak.. Well..mungkin dia sayangkan kita.. BUT as a friends.. not more than that.
and vice versa.
2. Mungkin kita lihat lelaki tu rapat giler dengan kita.. Apa cerita pun mesti dia nak share ngan kita.. Sampai teman-teman lain yang melihat dah pheewit kat kita.. Sampai kita pun tersipu-sipu malu.. wahaha.. Tapi..Hey! Behave yourself.. Itu tak bererti lelaki itu tangkap cintan - cintun dengan kita. BUT..well mungkin dia selesa untuk bercerita dengan kita.. SO, kekalkan dia dalam zon selesa itu..
3. Mungkin kita lihat lelaki tu sering mencari kita.. Semua masalah tak kiralah masalah dunia ke, masalah ekonomi ke even sampai masalah hati pun, dia refer kat kita. Sampai kita rasa dah jadi macam pendengar setia pula.. Dia Deejay, kita pendengar.. Dia bercakap..Kita angguk-angguk, geleng-geleng je.. Tapi.. Hey! be careful!.. Itu juga tak menjanjikan yang dia sayang dan cinta sama kita.. BUT..well..dia tahu kita seorang pendengar yang baik.. Seorang kawan kan akan sentiasa ada si samping kawannya waktu susah dan senang?
Dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan lain.. Normal situasi:-
Perempuan paling mudah lembut hati bila ada guy cakap sayang, cinta dengan dia.. hahaha..ngaku jelah..tak yah nak geleng-geleng.. Walaupun luaran nampak kasar, hati tetap lembut beb!
Tapi....
Kadang-kadang, orang laki ni tak de maksud lebih-lebih pun bila cakap macam tu. Tak caya? Hahaha..percayalah.. Tapi kalau lelaki tu suami korang, abang korang tak pun adik atau ayah korang, jangan tak percaya pula..hehehe..
So, konklusi yang boleh di buat di sini adalah:
Perempuan dan lelaki masih boleh menjadi sahabat baik asalkan tahu menjaga adab, pergaulan dan tingkah laku.. Yang penting agama dipelihara..
Tapi...
Kalau dah ditakdirkan antara lelaki dan perempuan yang bersahabat baik itu bertemu jodoh suatu masa nanti, bersyukurlah.. Yang pasti itu ketentuan ILAHI..
aih, dah macam kaunselor cinta pula.. hahahah...
Sumber google
Hargai apa yang kita miliki.. Sayangi persahabatan yang terbina walaupun berlainan jantina.
Dedikasi:
Untuk kaum adam yang pernah rapat dengan saya. Berkongsi segala cerita sama ada suka mahupun duka.. Walaupun kini telah berkahwin, berpacaran dan tidak lagi single... Yang pasti, anda-anda semua tetap teman aka sahabat saya sampai bebila.. ('o,')
Rapat tak semestinya bercinta...(^o,-)'