Assalamualaikum..
Setelah beberapa hari senyap tanpa entrie panjang lebar disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan.
Betul kata mak, Saya ni memang berat mulut. Tak tahu macam mana nak cakap dengan orang. Walaupun dah lama kenal tapi tetap rasa berat mulut untuk bercakap. Minta maaf kalau ada yang terasa dek keberatan mulut saya ni.
Kronologinya bermula..
Sabtu, 5hb Mac 2011
- Telinga tiba-tiba rasa tak dengar pape, diikuti pandangan yang semakin kelam. Cepat-cepat pegang aimie takut rebah di tapak PC fair
- Minum air + actifast = tak lalu untuk makan
- Malam :- Suhu badan naik dengan mendadak. Dalam istilah lain demam panas yang tiba-tiba
-Makan maggi cup untuk cukup syarat nak makan ubat..sebab tak lalu nak makan.
Ahad, 6hb Mac 2011
- Perut pedih, baru sedar sejak semalam tak sentuh nasi.
- Breakfast dengan nasi + pergi econsave beli barang keperluan dapur.
- Lepas asar, rasa perut sakit. Ingatkan nak membuang air besar, tapi apa pun tak buang.
-Urut-urut perut. tiada perubahan
-Sakit perut secara berterusan yang akhirnya menyumbang kepada sakit kepala
-Semalaman tak dapat tidur sebab perut yang tak tahu apa sakitnya..
Isnin, 7hb Mac 2011
- Masih terasa sakitnya perut. Tetap juga bukan bertujuan untuk membuang. Cirit birit jauh sekali.
-Telefon mak, dah start nangis-nangis sebab sakit yang bukan lagi dibuat-buat.
-Mak suruh pergi klinik. Saya kata tak nak. Nanti-nantilah pergi. Mak kata dah sakit pun nak nanti-nanti. G check dulu. g sekarang!!
- Tak tahu macam mana nak luahkan dekat kawan-kawan yang berdekatan. Dah kata tadi kan? berat mulut..
-End up ajak Q temankan sebab dia kata dia tak de papehal plus dah lama tak chit chat panjang-panjang dengan dia. Kepada Cik Akmal, Aimie, Siti and Ershadiah, sori tak bagitahu kome.. Tak tahu nak cakap mcm mana.
- Sampai PK, few minutes lepas amik nombor, terjumpa dengan Nik. Roomate masa kat Matriks dulu. dok borak dengan dia.
-masuk jumpa Dr.Salmah
-Unexplainable. Saya sakit perut. tapi tak tahu macam mana nak describe sakit tu. Doktor tak puas hati. Mcm-mcm dia tanya..
-End up, baring atas katil dia check area perut tu..
-Dr. sarankan buat Urine Test. Nik kata itu untuk pregnancy women.. Err..saya bukan Mariam yang dianugerahkan ALLAH seorang anak tanpa ayah.
-Positively pergi buat urine test.
- Dah siap. Doktor tengok result. Saya pun usha juga. tapi tak brape nak faham.
- Dr. suggest ubat lawas kencing + prostan incase sakit tu berulang.
-Dan Dr. suruh datang lagi jumaat ni untuk buat ujian darah dan urine. takut kalau ada kaitan dengan buah pinggang..
What the?? Ya ALLAH..semoga tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku atas diri ini.. Takut juga. Rasa nak menangis pun ada.. Owh ok! bukan nak menangis..dah nangis pun..Ingatkan Doktor nak kata perut awak kembong, awak pening kepala sebab tekanan darah rendah, tapi lain pula.. Pening kepala itu sesuatu yang lumrah kalau perut tak selesa..~
10 comments:
g scan buah pinggang guna ultrasound dr eko =)
menarik tu..nak jadi patient sapa ni? malaslah nak scan n analysis sendiri..huhuhu
semoga anda sentiasa sihat dan kembali pulih :)
@shafiq:
InsyaALLAH..Thanks
@miss Husna:
('o,') Thank you..
cecepat sembuh k..:)
meh ke rumah..
~oh student!~
keep in touch ye..♥♥♥
u semalam sakit perut ek Hari ni saya plak sbb smlm makan nasi ayam lemon..
Dda Ly:
InsyaALLAH..
saya singgah rumah kamu..will always keep in touch..
Radziey:-
hehe..lemon banyak sangat kot sampai you sakit perut..=)
sianya sara...biasalah tu kalau sakit perut mmg dr suruh buat test tu akak dulu pernah kena masa masih bujang huhu sadis betul... take care n get well soon k...
semoga takde pape.. insyaAllah.. ^^,
cik sara..
kesiannya kamu..
moga tak berlaku apa2 yang merisaukan yer..
minum air putih banyak2 yer
Post a Comment