Assalamualaikum..
Tik tok tik tok..dah nak jumpa Encik Senin balik. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik je dah siang. Hari sabtu jadi ahad. Hari ahad jadi senin. Hari ni hari ahad. Ikut rancangannya nak g tengok Hikayat Merong Mahawangsa dekat Pawagam. Tetapi sebelum itu, perlu anda tahu bahawasanya saya bukan seorang kaki wayang. Hikayat Merong Mahasuasa Mahawangsa ni kira penutup filem yang saya tonton di pawagam selama 4 tahun berada di U. Kalau tak silap, ini filem yang keempat yang saya tonton di pawagam dalam tempoh empat tahun.
Hahaha..ketawalah..saya tak kisah. Sebab saya memang bukan kaki wayang. Tapi disebabkan Hikayat Merong Mahawangsa, saya nak g nonton wayang. Tak kira..tak kira..nak pergi juga..Tapi sebelum pergi tengok wayang, kitorang singgah breakfast dulu..
Kacang Pool yang sangaaaat sedap~ |
Tadaaaa...
Inilah dia menu breakfast kami hari ini.. Kacang Pool.. Mantop..Memang terbaik. Rasa macam nak suggest dekat Jalan-Jalan Cari Makan suruh diorang datang review makanan ni. Harga untuk satu set ni baru RM4.00. Murah kan? Roti pun besar. Kuah cukup rasa. Sekali pandang macam sardin yang dihancur-hancurkan untuk buat sandwich tu. Tapi bila dah masuk mulut, "Owh! ni lagi sedap dari sardin!"..Nyum..nyum..
Lepas perut dah kenyang, teruskan perjalanan ke Jusco Tebrau. G TGV Cinema. Tengok tiket Hikayat Merong Mahawangsa. Waktu tu baru pukul 12.00tgh hari. Waktu tayangan paling awal filem tu adalah pukul 1.00tengah hari. So, sementara nak tunggu cukup jam, kitorang jenjalan dalam Jusco Tebrau tu dulu.
Tiket Hikayat Merong Mahawangsa. RM14. Mahal jugak ek? |
Best juga tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. Part lucu pun ada juga. Yang penting rasa puas dapat tengok dekat layar besar. Menonton sambil makan pop corn sampai tak sedar bekas pop corn dah tak berisi.. The best part is, tak banyak sangat part cintan-cintun. Dari segi aksi, menarik jugaklah sebab peperangan zaman silam menggunakan pedang, tombak dan keris. Tak de main pistol macam cerita James Bond segala bagai tu..
Lepas tu..Lepas tu..nak tahu tak? Kitorang g makan Tutti Fruti.. Aiskrim Yogurt.. nyum..nyum..1st time saya makan tapi dah rasa marvellous.. Kih3x.. Thanks kepada mereka yang memperkenalkan dan membawa saya ke situ.. Nak pergi selalu, tak dapetlah.. Not affordable. Bayaran dikenakan ikut timbang. Lagi banyak, lagi mahal. Tapi yang penting, puas, sedap dan menyihatkan..
4 cups of Tutti Fruti |
Different flavour of Tutti Fruti |
Akmal dan Aimie |
4 comments:
erk,selamat menikmati saat2 terakhir bsama kawan2 di tahun akhir...hehehe
weekend besh!!weekdays tak best!uwaaa!
betul2.xsuka weekdays..nak weekends spnjg masa hehe
@Salfiza
Betol tu ayong.. Weekend besh..weekdays tak best..(T___T)
@farah farhana
Betul3x..hehehe..nak hari-hari pun weekends..waiting for the next weekends
Post a Comment