Assalamualaikum..
Malam ni..kenapa ek? Tetiba boleh terfikirkan tentang tawaran untuk sambung ke PhD terus. Dan tetiba juga rasa nak grab peluang tu. Rasa macam nak sambung PhD tu terus. Orang kata peluang tak akan datang selalu. Sebelum ni memang macam bertegas nak kerja terus, tapi bila baca-baca perihal phD ni macam menarik pula. Kalau dah buat by research, mana ada istilah masuk kelas lagi. Tapi....
Entahlah.. dilema sungguh.. ni PSM pun tak siap lagi. Projek transducer pasal ultrasonic pun tunggang terbalik lagi. Belum kira assignment tomografi + imaging yang kurang faham tu. Ditambah pula dengan coordinator SHELL yang tak reti-reti nak balas email yang membuatkan banyak persoalan saya tergantung tak berjawab. Hari jumaat ni ada phone interview dengan National Instrument. Diorang offer position as Hardware Engineer. Kalau lepas interview tu lah dan kalau SHELL lepaskan.
Mesti korang ingat saya ni tamakkan? Dah ada SHELL tapi still nak rebut yang lain. Macam tak cukup satu je. Tapi, bukan sebab tamak. Tapi sebab dengan SHELL tak ada kepastian. Dalam agreement ada "IF". korang faham kan kalau ada IF ni maksudnya apa? Either you get it or not. Tetap 50-50. Ini yang jadi hot sangat bila email tak berbalas.
Berbalik pada kisah pHd tadi. Jangan risau, saya takkan tanya pendapat sebab tahu mesti orang akan cakap terpulang pada diri sendiri. dan diri sendiri di sini adalah saya. makanya terpulang pada diri saya sendiri. Nak sambung phd atau bekerja? Bincang dengan family? a'a..saya akui yang saya tak bagitahu pun lagi dengan mak dan abah. Sebab dulu mak pernah cakap, Kerja dulu. Tapi kalau saya kerja dulu, ada lagi ke peluang macam ni untuk saya pada masa hadapan?
Kenapa tiba-tiba malam ni? Ok..nak sambung study Tomo.. Asyik tergendala je..=(
2 comments:
Assalamu 'alaikum,
bagi sy, klu dpt peluang phd tu, grab je... untung apa takyah wat master...
cam sy, tgh wat master ni... susah nak fokus... pk keja, nak wat assignment, nak attend class... rs kkdg cam mnyesal furter studies...
dulu sy lps abis belaja, yg sy pk nak keja... tp sbb tak dpt keja, baru pk nak sambung belaja... actually, sy dpt biasiswa jpa... jpa akan offer biasiswa utk master bg student yg degree pun dpt biasa jpa, tp dgn syarat within 1 year after grad... tp, sy lps 1 year baru sibuk nak further, dh melepas...
skrg dh keja, bru nak further balik, rs berat gaklah...
tp tgk matlamat kita... klu sambung phd ni mostly ke arah nak jd lecturer... klu kita nak apply keja dgn sijil phd, agak2 ada tak position selain lecturer yg akan offer based on our phd tu...
ultrasonic,tomografi,PhD..ayoyo..busy akak ni..
jap2..
http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/tips-khas-untuk-yang-terlanjur-bermain_23.html
Post a Comment