Adik-Adikku InsyaALLAH boleh

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum

"Kamilah permata bonda, Khazanah Negara.."

Siaran langsung yang dipancarkan dari TV1, rancangan realiti anjuran JAKIM ini benar-benar menambat hati saya. Lain daripada yang lain. Tidaklah rancangan realiti hiburan ja semata-mata. Tapi memberi info dan maklumat kepada kita. itu lebih penting. Kagum kot tengok anak-anak bawah 12 tahun boleh berpidato dengan sangat petah. Boleh pula mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan sampaikan hadis yang berkaitan. Daie-daie kecil yang mampu mengolah kisah-kisah sirah nabi dan sahabat dengan sangat baik.

Saya dok cakap pasal apa? Ni ha, siaran langsung adik-adikku pentas akhir. Ala, comeynyelah dengaq bebudak yang asai dari kedah ni speaking utagha. Rasa dok dekat dah dengan ghumah..(^___^). Korang tonton dak tadi? baru ja sat tadi.



Ada 7 peserta akhir yang menyampaikan pidato dengan pelbagai gaya yang bagi saya sangat-sangat unik. Memang terbaik. Antara mereka adalah adik Salam, Adik Ammar, Adik Siha, Adik Ifa, Adik Munir, Adik Alia dan Adik Zaid. Ok, meh nak update cepat-cepat keputusan akhir Adik-adikku Musim kedua ni.. 

Tapi sebelum tu, jom saya kongsikan apa yang telah Datin Seri Paduka Rosmah Mansor umumkan sewaktu menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan penutupan rancangan Adik-adikku Musim kedua ni.. Check dis out..

"Pemberian inisiatif buat kesemua 7 peserta akhir Adik-Adikku Musim kedua serta 7 peserta akhir Adik-adikku Musim Pertama yang berbentuk Geran Pendidikan bernilai RM240ribu 2400 setahun sehingga mencapai tingkatan 5 dengan syarat pencapaian mereka konsisten. Selain itu, kesemua 14 peserta akhir Adik-adikku Musim pertama dan Kedua ini secara automatiknya layak menjadi ahli Kelab Santun Junior yang seterusnya membolehkan mereka mendapat saham daripada koperasi YAPIM" 

Untuk maklumat lanjut, cubalah baca kat surat khabar esok. Wartawan mesti lagi cekap menulis berbanding saya ni.. Hehehe..

Ok, nak update pemenang pula. Tapi sebelum tu jom berkenalan dengan para Murobbinya dulu..
Ustazah Asni Mansor
Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuddin
Ust. Ahmad Badhrulsani
Ust. Amir Azizi Ridzuan 
En. Farihin Abdul Fatah

Pemenang bagi anugerah saguhati bagi Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua telah dimenangi oleh:-

Muhammad AbdulSalam
Siti Nur Alia
Ammar Mukhlis
Ifa Ahmad Hilmi

Manakala 3 pemenang utamanya dimenangi oleh:-

.........
....
Tempat Ketiga
Hadiah berupa wang tunai RM6000, 2 tiket penerbangan ke China, RM1000 di dalam Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain.
Dimenangi oleh
Adik Zaid Najmuddin

........
....
Tempat Kedua
Hadiah berupa wang tunai RM8000, 2 tiket penerbangan ke China, RM2000 tabungan Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain.
Dimenangi oleh
Adik Syafikah Fasihah Ahmad Safri

Dan tuah malam akhir Adik-adikku Musim Kedua jatuh kepada...
.....
....

Adik Muhammad Amirul Munnir yang juga merupakan peserta terakhir yang menyampaikan pidatonya pada malam ini.
Adik Munnir memenangi wang tunai berjumlah RM10 000, 2 tiket mengerjakan umrah, RM3000 simpanan di dalam Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain..

Tahniah3x.. diucapakan kepada kesemua Daie yang telah berjaya di pentas akhir Adik-adikku Musim Kedua ini. Semoga kebolehan anak-anak kecil ini menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak kecil kita dan seterusnya menjadi generasi peneraju ummat yang terbaik. Diharapkan JAKIM dan RTM akan terus bergabung dan meneruskan lagi rancangan realiti Adik-adikku yang sangat luar biasa ini. Teruskan usaha melahirkan lebih ramai daie-daie kecil agar dakwah dapat terus disampaikan di setiap peringkat umur.

Tahniah JAKIM. Tahniah RTM dan tahniah kepada semua MUROBBI yang telah melatih daie-daie kecil dengan bersungguh-sungguh. Kepada daie-daie kecil ini, Saya kagum dengan bakat yang dimiliki kalian semua. Semoga terus sukses dalam menyampaikan dakwah islami.


7 comments:

shahjiehan said...

bgusnya adik2 ni... harap2 dah besar nnt,jd cam ni lagi ea... budak2 ni kene guide, smpai die besar, baru la mantap~ kankan

Cik Sara said...

@shahjiehan
Betul tu.. mudah-mudahan mereka menjadi lebih baik dan terbaik bila dah besar nanti

ms. ck said...

wawawa tgk jgak tdi...mmg sgt2 kagum dgn mreka2 ni. kecik2 dh pandai ckp. isi pidato dorg pn mantap2. ska tgh adik siha, mmg gaya pemidato yg hebat.
hmmm, quote dri ucapan DSP rosmah mansur, rsanya mcm dgr rm2400 setahun. bukan rm240 ribu.huhu

. said...

bagus program adik2ku tu... lihatlah tenaga pengajarnya juga mantap2....

ust badrul sani tu, kalau nak tengok dia berpidato, cetengok sini, cetengok....

http://www.youtube.com/watch?v=uKzw9skuCfI

Mantap =)

Cik Sara said...

@ms. ck

Oh, RM2400 setahun ek? betul agaknya.. saya dah betulkan. Thanks atas pembetulan itu.. Pelik juga saya kalau sampai RM240ribu setahun.

Cik Sara said...

@Bro Udi

Thanks untuk perkongsian itu.. nanti saya jengah ke situ ye.. melihat kepetahan Ust. badrul sani berpidato..

Nur Fannun said...

semuanya bgus2 adik-adikku musim kedua...
smoga mereka tetap istiqamah smpi dewasa kelak..