Ubat Oh Ubat!

Sunday, March 13, 2011


Assalamualaikum..

Ubat oh ubat! Banyaknya lah ubat. entri ni sepatutnya dipublishkan sebelum saya publish kisah di Sedenak atau lebih tepatnya gathering di rumah Mat Gebu. Tapi, telah dianaktirikan tanpa sebab.. Isy..isy..isy.. jadi tanpa melengahkan lebih banyak masa, meh saya cerita.. Ingat tak pasal kronologi kesakitan saya? kalau tak ingat, meh baca kat sini dulu.

Dah baca? Jadinya, pagi jumaat tu seperti yang dirancangkan saya pun pergilah ke Pusat Kesihatan UTM. Lepas ambil nombor dan scan nombor tu, saya terus bergerak ke makmal yang terletak di belakang PK. Dekat sana, saya buat ujian darah dulu sebelum diberi sebiji balang untuk urine test pula. Fuhh..fuh..nurse dah suruh relakskan tangan. Dia sapu apa kebenda namanya ntah lepas tu dia tarik jarum... Arggghhh...dah rasa macam nak cabut lari je..Sakit wo kena cucuk dengan jarum tu.. Lepas tu laju je darah mengalir masuk dalam botol di hujung jarum tu.. (T________T)

Lepas dah siap semua ujian, Kakak Nurse tu cakap, keputusan boleh dapat around 11.30 am.. waktu tu baru pukul 9.45am.. So, nak buat apa? Nombor dah terscan, tunggu jelah dipanggil doktor. Bila jumpa Dr., selamba je cakap yang saya dah scan nombor dulu sebelum pergi buat ujian,itu yang masuk je jumpa doktor bila nombor dipanggil. Doktor kata, kalau macam tu datang semula jam 11.30 pagi, scan semula nombor. Hype!

Daripada membuang masa, saya pun ajaklah Q pergi ke fakulti untuk attend "how to use ultrasound machine well" di bilik Dr.Eko di FKE. Sempatlah juga buat beberapa ultrasound scanning. Around 11.30am, terus pergi PK semula. scan nombor. berbaris manusia yang datang ke PK tu.. Around 12.20noon juga baru masuk jumpa Dr.. 

Hasil dari ujian darah dan ujian air kencing, doktor kata normal. Terlalu excited sampai terlupa nak tanya doktor, darah saya jenis apa..kih3x.. Doktor bagi few ubat untuk sembuhkan angin dalam perut yang menyucuk-yucuk itu selain diberikan juga gavoscin untuk mencuci perut serta ubat sembelit bagi memudahkan membuang air besar..

Haaa..the best part is, saya cuma makan ubat tu hari saya dapat ubat tu je.. lepas tu dah tak makan sebab dah tak rasa sakit perut..kih3x.. Thanks pada Doktor yang mendiagnose saya dengan baik.. Saya gembira sebab tidak didiagnose sebagai renal failure or kidney failure.. err,sama ke? Dan yang paling penting, saya sihat.. Yippe!! Itu yang bertambah gembira pergi ke Sedenak..

** Sempat juga timbang berat badan dengan ukur tinggi.. i am 50kg with 158.7cm..BMI is normal..around 20++.. tapi bila berdiri dekat chart pada dinding PK, saya jatuh dalam kategori Kurang Berat Badan??? apakah?

0 comments: