Assalamualaikum..
Walla..dari petang tadi dok ngadap html code. Konon-konon nak buat pengubahsuaian pada blog. Bosan dah tengok plain je background blog. Dok godek sana-sini, sekali jadi haru-biru pula blog. Dengan tak buat backup template.. haha..padan muka sendiri.
Saya nak buat blog berdasarkan tema warna pink, baby blue dan putih. Puas juga nak godek, tapi tak tahu macam mana nak cantikkan. Tak kreatiflah katakan. Nak buat header baru, tapi tak tahu nak letak apa je lagi selain dari nama blog dengan url. So, jalan paling mudah, kekalkan header sedia ada.
Jadi, saya minta maaflah pada semua kalau blog ni kelihatan sedikit kucar-kacir. Still under reconstruction.. Dan yang paling-paling harus meminta maaf adalah bila mana bloglist pada blog adalah zero. But dun worry, yang ini saya dah buat backup awal-awal. hehehe..nanti saya masukkan semula bloglist ke dalam sidebar.
Sebenarnya, saya lebih suka buat 3 column. Tapi dari tutorial yang saya ikut, cuma untuk buat 2 column je. So, kenalah terima apa yang ditunjuk ajarkan. nak buat sendiri, adoi, tak reti lah.. fail sket bab html code ni. microC punye language pun sampai sekarang saya tak faham-faham lagi..
Esok Jumaat. Ikut plan nak masuk lab sambung kerja psm. Tinggal brape minggu je lagi nak present. orang panggil Viva ek? weee..scary.. Tapi ada juga rasa nak singgah tapak pesta pepagi esok kot boleh masuk rancangan nasi lemak kopi o ke.. hahaha..berangan tinggi tak?
Ok..ok..mata dah merah kerana terlalu lama menghadap laptop. Sebelum bertukar menjadi red eyes, eloklah saya tidur. Mana-mana yang singgah dan sudi follow saya, thanks ya! nanti saya singgah dan follow semula. Jangan lupa tinggalkan jejak langkah anda supaya saya boleh ikut melangkah..
nyte..daaaa...
0 comments:
Post a Comment